Adsense

Khamis, 26 April 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Muzik Video: Tyler Ward & Katy McAllister Berkolaborasi Hasilkan Cover Lagu Maroon 5

Posted: 26 Apr 2012 10:46 PM PDT

Ini barulah cover lagu, susah untuk dibandingkan dengan lagu "Payphone" asal Maroon 5.

Bintang sensasi Youtube, Tyler Ward & Katy McAllister telah berkolaborasi untuk mnghasilkan sebuah cover muzik video untuk lagu berjudul "Payphone". Video berdurasi 3.14 minit ini memperlihatkan suasana "country" dengan landasan keretapi dan beberapa lagi faktor lain.

Ahhh, OHBULAN! tak mahu cakap panjang, sila tonton dan berikan komen anda selepas selesai menonton ya? Enjoice.

Linda Jasmine Lahir Anak Ketiga Secara Pembedahan

Posted: 26 Apr 2012 10:27 PM PDT

Tahniah kami ucapkan pada Linda Jasmine & Que Haidar. Pasangan suami isteri ini telah dikurniakan seorang bayi perempuan seberat 2.8 kilogram semalam (Khamis).

Bayi perempuan ini merupakan anak ketiga Linda Jasmine dan anak kedua bagi Que Haidar. Diberi nama Tengku Cleopatra Haidar, cahayamata ketiga Linda ini dilahirkan melalui kaedah pembedahan.

"Alhamdulillahlah semuanya telah selamat dan paling penting Cleo (panggilan manja untuk Cleopatra) dalam keadaan sihat dan sempurna. Bagaimanapun saya masih mengalami kesakitan kerana tidak boleh mengambil pil tahan sakit disebabkan alergi." – dipetik dari mStar Online.

Cleopatra digambarkan oleh Linda ialah seorang bayi perempuan yang mempunyai kulit yang lebih putih berbanding dua anaknya yang lain selain mata yang jernih. Linda turut mengakui bahawa anak ketiganya ini lebih mirip wajahnya.