Adsense

Rabu, 18 April 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Fazura Berat Hati Lakonkan Watak Melibatkan Sentuhan Lelaki

Posted: 18 Apr 2012 10:36 PM PDT

Fazura yang kini memanjakan diri bercuti selama 2 minggu di lokasi yang dirahsiakan memberitahu bahawa dia agak keberatan untuk melakonkan watak yang bersentuhan dengan lelaki melalui laman Facebooknya, semalam.

Luahan hati Fazura mendapat respon yang positif daripada peminat yang mencecah 200 000, dimana mereka bersetuju dengan kenyataan pelakon jelita itu.

Memetik kata-kata Fazura, "Belum ada drama atau filem baru, susah rupanya nak dapat watak yang tak bersentuhan dengan lelaki. Semuanya kena ada aksi atas katil, aksi rogol, aksi jatuh dalam swimming pool. Aduhai.. umur dah makin meningkat, banyak dah segan silu nak buat. Mungkin belum ada rezeki faz."

Selain itu, Fazura turut menjawab persoalan peminat mengenai kekerapannya yang jarang kelihatan di kaca TV atau filem.

"Selain tu Faz sibuk buat business. Dah kurang berlakon jadi kena cari sumber rezeki yang lain juga. Business apa? Tunggu May ini."

OHBULAN! harap apa yang dihajati oleh Fazura tercapai juga.

Foto: Lisa Surihani Comel Dengan Stail Baru Rambutnya!

Posted: 18 Apr 2012 10:36 PM PDT

Wahhh, selepas berkahwin makin berseri-seri pula OHBULAN! tengok pelakon kesayangan rakyat Malaysia ini.

Apa tidaknya, Lisa yang biasa kita nampak rambutnya diikat kebelakang kali ini buat pertama kalinya mendedahkan stail rambut yang lain dari selalunya. OHBULAN! percaya Lisa telah memotong sedikit pendek rambutnya dan dia kelihatan lebih muda dari sebelum ini. Untunglah Yusry.

Menurut sumber, imej rambut terbaru Lisa ini dibuat untuk filem berjudul "Dendam Orang Mati". Lagi satu filem seram lakonan Lisa Surihani selepas Jangan Pandang Belakang Congkak. Mari lihat lagi wajah comel Lisa dengan gaya rambut barunya selepas ini.

sumber : myartis