Adsense

Selasa, 3 April 2012

Celebrity News

Celebrity News


Hot News : Harga RON 97 Naik 10 Sen Kepada RM2.90 Mulai Tengah Malam Ini

Posted: 03 Apr 2012 08:43 AM PDT


KUALA LUMPUR: Harga petrol premium RON97 akan naik 10 sen kepada RM2.90 pada tengah malam Selasa, menurut Persatuan Peniaga Petrol Malaysia (PDAM).

Tidak akan ada perubahan harga dalam petrol RON95 harga dan diesel, kata Timbalan Presiden PDAM Datuk Zulkifli Abdul Mokti pada Selasa.

Kenaikan harga adalah disebabkan harga minyak global yang melambung tinggi yang mencecah USD120 setong, katanya.

Harga RON97 naik dan turun disebabkan kerajaan telah menarik balik subsidi petrol ini.

Sumber : mStar


ZoOM : Ini berita terbaru yang ZoOM baca dalam akhbar online Mstar, mengenai kenaikan harga minyak RON97, namun harga RON95 masih kekal dengan harga asal. ZoOM risau dengan keadaan  harga minyak dunia, kesan daripada sekatan minyak daripada Iran oleh negara KEPARAT !!!

Sampai bila kita akan membayar harga minyak yang mahal, padahal kita adalah Negara pengeluar utama minyak !!!! Walaupun anda sudah mengetahui apa yang berlaku, tetapi kita sebagai Negara yang mementingkan keamanan perlu bersabar dengan sifat sesetengah pihak yang hanya mementingkan keuntungan walaupun ZoOM menyokongnya.

Kemana perginya untung berbilion-bilion yang digembar gembukan dalam media massa dan cetak saban hari. Dan yang menjadi mangsanya adalah kita (Rakyat Malaysia).

Apa KOMEN ANDA !?Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Kisah Haruan Makan Anak !!

Posted: 03 Apr 2012 07:54 AM PDT

Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebih kurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semua tingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak dia suruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi mak balik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapak berkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa... berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalam selimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok ni

Bedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok. Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap. Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.





ZOOM : Jangan Marah Yer :P
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

8 Gambar Adam Adli Di Tumbuk Di Pangsapuri PKNS Kampung Kerinchi

Posted: 03 Apr 2012 07:07 AM PDT

Rundingan 34 penduduk pangsapuri PKNS Kampung Kerinchi dekat Kuala Lumpur bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu merobohkan kediaman mereka pagi ini dicemari oleh insiden aktivis pelajar, Adam Adli ditumbuk.
Menurut saksi kejadian, Adam Adli Abd Halim kelihatan ditumbuk ketika menuruni pangsapuri empat tingkat itu oleh lelaki, dipercayai penduduk setempat.


Dia yang hadir bersama seorang lagi aktivis pelajar Ekhsan Bukhari kelihatan mengalami kecederaan di bahagian bibir dan mata.
Adam ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan dikasari dan mengalami kecederaan yang kini sedang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Pantai Baharu.

Adam sebelum ini 'popular' kerana menurunkan bendera memuatkan bendera memuatkan wajah Datuk Seri Najib Razak dalam perhimpunan mahasiswa di depan ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur.

Lagi gambar dibawah :


Selepas Membuat Laporan Polis
Mata Merah Kesan Di Tumbuk Kot !!
Ops...Abang ini tunjuk buku lima dekat budak sekolah ni !!
Kan dah kena.....!!!
Inilah rumah yang dikatakan bakal dirobohkan.

Adam menunjukkan salinan laporan polis kepada Media


Sumber : Malaysiakini


ZoOM : Budak ni pun semakin hari semakin berani nak berkecimpung dalam dunia politik, ZoOm bukan nak berpihak kepada mana-mana pihak tetapi sebagai saudara seagama sepatutnya dia perlu memikirkan pelajarannya dan bagaimana cara untuk membalas jasa ibubapa.

APA KOMEN ANDA !?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Nadia Mustafar Disamun RM20,000 !!

Posted: 03 Apr 2012 06:39 AM PDT

PETALING JAYA: Pelakon Nadia Mustafar kerugian RM20,000 selepas disamun dua lelaki bermotosikal di tempat letak kereta Pasar Pudu, Kuala Lumpur, Isnin.

Akhbar tabloid Harian Metro pada Selasa melaporkan, dalam kejadian pukul 1 petang itu, Nadia atau nama sebenarnya Siti Naziyah Sheikh Mustafa, 35, berada bersama anak keduanya di dalam kereta Toyota Camry sebelum seorang lelaki yang masih memakai topi keledar membuka pintu dan membawa lari beg tangan pelakon berkenaan yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan.

Nadia yang ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berkata, dia yang terkejut dengan tindakan dua lelaki itu pantas keluar dari kereta dan menjerit meminta tolong.

Namun, beberapa orang awam di situ gagal mengejar dua lelaki terbabit yang memecut laju motosikal mereka.

"Saya baru tiba di tempat letak kereta pasar itu apabila tiba-tiba dua lelaki berhenti di sebelah pintu kiri saya sebelum seorang daripada mereka membuka pintu dan melarikan beg tangan saya. 
"Di dalam beg itu ada tiga beg kecil masing-masing berisi wang perniagaan RM18,000 manakala dua lagi wang perbelanjaan diri dan dokumen peribadi," katanya.

Menurutnya, dia terkilan dengan kejadian itu kerana wang berkenaan hasil pendapatan 13 hari membuka gerai jualan di Pusat Kraf Negara.

"Wang itu hasil pendapatan berniaga yang sebahagiannya saya mahu bayar gaji enam pekerja," katanya.
Sumber : Mstar

ZoOM : Kesiannya Nadia, kalau tak silap ZoOM suami beliau ke yang kena belasah tu...tak habis satu..satu lagi musibah yang datang menimpa beliau. Semoga Nadia dan keluarga tabah menghadapi dugaan daripadanya.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Kisah Al-Quran Terbang Dan Melekat Pada Pintu Kaabah

Posted: 03 Apr 2012 06:17 AM PDT


Ratusan ribu jemaah haji yang sedang melakukan tawaf terkejut apabila sebuah Al-Quran tiba-tiba kelihatan melayang dan terus melekat pada pintu kaabah. Peristiwa mengejutan itu membuat ramai jemaah menangis.

Saksi kejadian berkata pada malam jumaat sekitar jam 2 pagi, seorang wanita Morocco sedang melakukan tawaf sambil membaca Al-Quran dan sebaik saja sampai depan pintu kaabah, beliau di rempuh oleh sekumpulan jemaah lain menyebabkan beliau terbabas dan quran yang dipegang terlepas, tapi tidak jatuh malah melayang dan melekat di pintu kaabah.

Selepas seorang staff Masjidil Haram mengambil kembali Al-Quran tersebut dan diturunkan dengan kayu, saksi-saksi berpeluang mencium Al-Quran tersebut. Ternyata baunya sangat wangi seolah-olah dipenuhi berpuluh botol minyak wangi. 


ZoOM : Sesungguhnya apa yang berlaku (jika betul) adalah petunjuk kepada kita bahawa sumber rujukan dan anugerah yang diberikan kepada kita dimuka bumi ini adalah Al-Quran. Dan ia juga menunjukkan bertapa sucinya Al-Quran yang selama ini menjadi panduan kita sebagai insan yang lemah di muka bumi ini.

Insyallah dengan niat dan usaha anda akan dibalas dengan kebaikan.


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Keluarga : Tips Untuk Mendapatkan Bayi Kembar

Posted: 03 Apr 2012 06:01 AM PDT


Faktor-faktor dan kebarangkalian mendapat anak kembar:

1.GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga kita terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar kita juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat kita. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.

2.UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan ke atas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

3.BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.


4.BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.


5.DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

6.PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.



ZoOM : Namun apa yang penting sentiasa berdoa kepadanya, dan sesungguhnya semua yang baik adalah daripadanya. Insyallah


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!