Adsense

Sabtu, 24 Mac 2012

Zon Artis

Zon Artis


Irma Hasmie Akan Tamatkan Zaman Bujang Pada 1 Julai Ini

Posted: 24 Mar 2012 10:10 AM PDT

GAMBAR PERTUNANGAN IRMA HASMIE

Setelah bergelar tunangan orang pada petang kelmarin, pastinya anda ingin tahu bila Irma Hasmie akan melangsungkan pernikahan. Kan? Seperti dilaporkan oleh akhbar favorite kami iaitu mStar Online, Irma Hasmie akan melangsungkan pernikahannya pada 1 Julai ini di Keramat Hall, Kuala Lumpur.

Tarikh tersebut telah diputuskan selepas dipersetujui oleh pihak Irma Hasmie dan juga pihak lelaki dalam majlis pertunangan yang berlangsung petang kelmarin.

Tarikh pernikahan dah tahu, pasti anda ingin tahu juga siapakah gerangannya jejaka yang telah menjadi tunang Irma Hasmie tu kan? Tunang Irma Hasmie tu adalah seorang anak Datuk dan merupakan seorang ahli perniagaan. Namanya Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan berumur 31 tahun.

Mengimbau kembali detik pertemuan mereka berdua, Irma Hasmie berkata, dia dan Reza bertemu buat pertama kalinya di kota Mekah ketika Irma Hasmie menunaikan umrah buat kali ketiga pada Februari lalu dan kemudian dirisik oleh pihak keluarga lelaki pada 12 Mac lalu. Kata Irma Hasmie:-

"Syukur Alhamdulillah saya menganggap jodoh saya dan Reza adalah satu anugerah Allah S.W.T. Tak sangka pula umrah saya yang ketiga ini menemukan saya dengan Reza yang turut menunaikan umrah bersama keluarganya pada masa itu.

"Perkenalan kami amat singkat tetapi saya cukup senang bersama dengannya. Lebih menguatkan perhubungan kami ialah apabila kami direstui kedua-dua belah pihak keluarga. Moga jodoh ini berpanjangan sehingga akhir hayat,"

GAMBAR PERTUNANGAN IRMA HASMIE
Dari kiri: Ibu Irma (Ropitah Abdul Hassan), ibu Reza (Azizah Osman) dan Irma.

Pada majlis pertunangan Irma yang berlangsung kelmarin, Irma menerima sebentuk cincin berlian serta tujuh dulang hantaran berupa set mandian, sepersalian pakaian, sejadah, manisan kurma, kek dan buah-buahan. Irma pula membalas sebanyak sembilan dulang iaitu sireh junjung, buku-buku ilmiah, pencukur, sejadah, kek, manisan, sepersalinan pakaian dan set mandian.

Related Posts with Thumbnails

Berita Ringkas Dunia Hiburan (Edisi 2)

Posted: 24 Mar 2012 09:36 AM PDT

JANUARY JONES EATING OWN PLACENTA Percaya atau tidak, January Jones (gambar) sanggup memakan plasenta dari rahimnya sendiri untuk mengekalkan kecantikan wajah. January mula mengamalkan memakan plasenta sejak dia melahirkan bayinya, Xander pada September tahun lalu dan bintang filem Mad Men itu percaya dengan memakan organ tersebut, dirinya akan lebih sihat. – TVNZ (Laporan asal Bang Showbiz)

Penyanyi Marilyn Manson dikatakan sudah ada kekasih baru selepas putus cinta dengan Evan Rachel Wood pada tahun lalu. Marilyn dikhabarkan kerap kelihatan makan malam bersama seorang penyanyi yang bernama Lana Del Ray, dan baru-baru ini mereka telah ke sebuah hotel bersama. – Gawker

Mulai 30 Mac ini, stesen televisyen 8TV akan membawakan sebuah drama bersiri Kantonis popular berjudul A Fistful of Stances. Menurut Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, Airin Zainul, drama yang berkisarkan tentang konflik keluarga ini mampu membuatkan penonton 'ketagih' untuk menyaksikan episod-episod yang lain. – mStar Online

Mania minggu ke-2 menyaksikan persembahan daripada kumpulan Kristal, Adira, Hafiz, Alyah dan Chaq. Kumpulan Kristal bernaung di bawah empayar Dato' M. Nasir, Adira dan Alyah bernaung di bawah empayar Aubrey Suwito manakala Hafiz di bawah empayar Ahmad Dhani. Chaq? Hanya akan diketahui pada minggu hadapan. – Astro RIA

Related Posts with Thumbnails