Nuffnang

Celebrity News

sumber :-

Celebrity News


Keputusan SPM Adik Neelofa, Mohd aqief 11 A !!!

Posted: 21 Mar 2012 07:27 AM PDT

Keluarga Neelofa

Keputusan SPM 2011 turut dirasai oleh keluarga artis yang tengah meningkat naik, Neelofa kerana adik beliau Mohd Aqief mendapat keputusan yang cemerlang dengan mengondol 11 As. Dan ZoOM rasa Neelofa juga adalah pelajar cemerlang dalam keputusan SPM.

ZoOM "Tabik Spring" dengan keluarga Neelofa kerana sering kali menjadi salah seorang pelajar yang cemerlang dalam pendidikan.

Semoga Adik Mohd Aqief teruskan usaha menjadi seorang yang cemerlang dalam mengejar cita-cita anda.

Dan dibawah adalah Tweet daripada Neelofa yang kini berada diperantauan (Paris)



Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Badly Broken English

Posted: 21 Mar 2012 07:16 AM PDT


Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tita-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia
telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya....:

Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... Kata pemandu tersebut:

Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he stupid doesn't play! Let he taste.
(Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalo tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang bodoh bukan main... Biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya, bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

Boss : Why didn't you come to work?

Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin)

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Panas !! Gossip Aeril Zafrel Sebagai Anak Emas MIG !!

Posted: 21 Mar 2012 07:06 AM PDT

Alahai dunia artis....terbaru mengenai kisah Aeril Zafrel atau nama sebenar Suharil Suhari, 24 yang digossipkan menjadi "Anak Emas" kepada syarikat Produksi MIG. Namun anak muda ini tampil menjawap gossip tidak berasas yang tersebar diluar sana mengenai status "Anak Emas" ini.
"Kalau hendak diikutkan sebenarnya sudah tiga bulan sejak awal tahun ini lagi saya tidak terlibat dengan sebarang penggambaran filem kerana tiada watak yang bersesuaian.
"Apabila orang tuduh saya 'anak emas', itu adalah tidak adil tanpa orang mengetahui asas di sebalik dakwaan berkenaan. Saya akui terkejut dan anggap tuduhan (anak emas) itu sebagai ujian buat saya,"
Pelakon yang sudah empat tahun menceburi dunia lakonan itu berkata, ketika dia bersusah-payah cuba meyakinkan penerbit dan pengarah sebelum ini, beberapa pelakon popular lain di bawah pengurusan syarikat itu juga pernah dituduh sedemikian.
"Selama ini pun, saya terpaksa bersusah-payah bertemu dan meyakinkan banyak pihak pada bakat saya. Sebelum ini, ada juga beberapa pelakon lain di bawah MIG yang dituduh sebagai 'anak emas'.
"Kebetulan pula pada tahun ini, filem-filem yang saya bintangi pada tahun lalu menemui penonton, mungkin sebab itu ada yang tuduh saya menerima satu demi satu tawaran berlakon," katanya dalam nada kesal.
Aeril menegaskan pemilihannya pada sesebuah karakter filem itu dilakukan mengikut kesesuaian watak dan kualiti lakonan. Ia tiada kaitan dengan sikap berat sebelah penerbit, mengampu atau kronisme.
"Peluang yang saya atau mana-mana pelakon lain terima dalam sesebuah filem atau drama mengikut kesesuaian dan rezeki masing-masing.
"Apabila diberikan kepercayaan, saya menggunakan peluang itu sebaik dan sejujur yang mungkin," katanya
Info : Mstar
ZoOM : APa Pendapat dan Komen Anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Terbaru : Awal Dan Scha Umum Kahwin Selasa Depan (27 Mac 2012) | Majlis Perkahwinan Awal Dan Scha

Posted: 21 Mar 2012 06:43 AM PDT


Akhirnya zaman bujang pasangan romantik ini akan melangsungkan perkahwinan mereka minggu depan, dan ia sudah pasti menjadi perhatian kerana minggu dan bulan ini ZoOM rasa tidak ada artis yang melangsungkan perkahwinan. Kalau ada pun mungkin artis suam-suam kuku yang masih mendaki gunung dan lautan dunia artis yang penuh onak duri (Opsss lari tajuk la pulak).

Apa-apa pun ZoOM doakan semoga anda bahagia hingga ke akhir hayat, bukan ke anak cucu je tau !!!!

Dan berikut berita mengenai majlis perkahwinan artis "Glamour" ini :

PETALING JAYA: Desas desus mengenai tarikh perkahwinan pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Al Yahya akan terjawab apabila kedua-dua artis tersebut akan membuat pengumuman rasmi mengenai pernikahan mereka pada Selasa depan.

Majlis berkenaan akan diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang dekat sini bermula pukul 3 petang yang akan dihadiri oleh kedua-dua pasangan tersebut.

Jemputan mengenai sidang media majlis itu telah dikirimkan kepada pihak media lewat petang Rabu.

Sementara itu pengurus kepada Awal iaitu Azlina Merican yang dihubungi mStar Online di sini memberitahu, pihak media boleh bertanya apa juga soalan kepada kedua-dua pasangan berkenaan berhubung teka-teki mengenai hubungan mereka selama ini.
"Insya-Allah, Awal dan Scha bersedia untuk berkongsi satu berita gembira buat peminat dan juga pihak media," katanya yang masih mahu berahsia mengenai inti pati majlis itu.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari,31, sebelum ini menjelaskan terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir,29, kerana tempahan dewan yang dikatakan telah penuh.

Bagaimanapun timbul pula desas desus mengatakan mereka akan mengakhiri zaman bujang masing-masing pada pertengahan tahun ini.

Info : Mstar Online

ZoOM : Apa Komen Anda ??

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip !! Komen Artis Youtube Ainan Tasneem Mengenai Video Di Padam Di Youtube | Video Lagu Ainan Tasneem

Posted: 21 Mar 2012 06:20 AM PDT

Mungkin sudah menjadi "Trend" remaja zaman sekarang mencuba nasib dilaman sosial terutamanya Facebook dan Youtube, terbaru mengenai kisah penuntut di Utara bernama Ainan Tasneem Ridzuan, 20, yang dikenali menerusi saluran berkenaan.

Penyanyi yang semakin dikenali dengan lagu Aku Suka Dia ini mengakui tidak mendaftarkan diri sebagai pemilik akaun YouTube dan memilih Facebook sebagai tempat dia mencurahkan hasil kerjanya.

Bagaimanapun, penuntut jurusan Sarjana Kejuruteraan Bioproses, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terkejut apabila ada peminat misteri bertindak memadam klip video asalAku Suka Dia yang sudah mendapat capaian 800,000 penonton Youtube pada hujung bulan Februari lalu.

"Ada orang beritahu lagu itu tak ada dalam YouTube, saya jadi panik sekejap memikirkan macam mana boleh jadi begitu. Saya memang tak ada akaun Youtube sebab selama ini ada orang yang muat naik ke situ.
"Di YouTube orang kenal saya tapi saya tak boleh nak jawab soalan kenapa Aku Suka Dia dah tak ada di YouTube. Tapi ada peminat saya yang baik hati buat salinan kedua lagu itu," jelasnya.
Adakah penyanyi yang lahir pada 4 November 1992 ini berasa kesal dengan tindakan peminat misteri tersebut, lantas dinafikan oleh Ainan Tasneem yang bermaksud pancuran mata air dari syurga ini.
"Tidak, saya tak rasa kesal pun, tapi kejadian itu buat saya berhati-hati. Saya tahu tak semua orang senang dengan kehadiran saya ke dalam arus perdana tapi tak apalah. Saya anggap semua itu permulaan cabaran pejuang seni macam saya," hemahnya.
Ditanya adakah Ainan akan mendaftar akaun di YouTube selepas ini, penyanyi lagu Keliru danTak Mungkin Aku ini memberi jawapan tidak tahu lagi.

Katanya, akaun Facebook miliknya adalah tempat pertama orang luar mengenali bakatnya dan lebih baik kalau Ainan mengekalkan cara sebegitu.

"Facebook ada nilai sentimental tersendiri. Biarlah ia di situ sampai bila-bila," katanya berkias di hujung perbualan.
Video Ainan Tasneem :
Video Lagu "Aku Suka Dia"


Video Lagu "Kiss Me"

Video Lagu "The Only Exception"

Video Lagu "Hatiku Milikmu"


ZoOM : Welcome Ainan, dan semoga berjaya dengan apa yang anda impikan (Menjadi Artis). Apa Komen Anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Komen