Adsense

Jumaat, 16 Mac 2012

Celebrity News

Celebrity News


Kekasih Dan Tunang Liyana Jasmay Adalah Jiran Rumah, Fathuddin Mazlan

Posted: 15 Mar 2012 07:50 PM PDT

Mengikut sumber lelaki ditengah inilah Bakal Tunang Liyana Jasmay
 
Beliau dikhabarkan akan bertunang dengan jirang tetangga beliau juga iaitu, Fathuddin Mazlan.  Dikhabarkan lagi, mereka memilih tarikh tersebut kerana ia merupakan tarikh lahir Liyana Jasmay yang ke-24.

Menurut ibu Liyana Jasmay, Pn. Habsah, mereka telah lama berkenalan kerana mereka tinggal berjiran.  Menurut Liyana Jasmay pula, beliau tidak menyangka bahawa lelaki yang dicari-cari selama ni merupakan jirannya sahaja.

Liyana Jasmay baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Cinta Bersatu.  Jika dilihat pada bait-bait lagu tersebut, seperti sangat sesuai dengan kisah percintaan mereka ini..

Apa-apa pun, semoga pertunangan ini akan disambung hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya kekal hingga akhir hayat.

ZoOM : Tahniah Dan Semoga hari bahagia itu akan tiba dengan meriah dan bahagianya....Tetapi betul ke gossip yang ZoOM dengar, dikhabarkan Majlis pertunangan bersama jejaka pilihan hatinya pada 28 Mac ini. , gaun pengantinnya bernilai RM10,000 !! Huh mahal tu :) Bukan Selalu dilakukan kecuali yang dah kali ke 2..ke3 atau ke4 :)

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Download Video 3GP Melia Aimelia Bogel ??

Posted: 15 Mar 2012 07:35 PM PDT

Tajuk diatas merupakan tajuk yang ZoOM jumpa daripada sebuah laman blogspot yang baru di buat/create bulan ini .Namun persoalanya siapakah yang menjadi dalang dalam menyebarkan dan jika betul video tersebut benar apakah motifnya.

Mungkin ramai daripada anda tidak mengetahui kewujudan akaun blogspot ini, namun bagi ZoOm kehadiran blog yang hanya mempunyai satu post yang bertajuk "Download Video 3GP Melia Aimelia Bogel".

 Huh terkejut ZoOM, namun malas nak download sebab tak ada masa nak tengok dan mengesahkan. Namun demikian jika ada diantara anda yang sudah melihatnya tolong share BETUL KE TAK !!!?

Laman Blog tersebut melia-aimelia-3gp-download.blogspot.com

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Malek Noor Jaguh Bina Badan Buang Semua Hadia Yang Dimenangi

Posted: 15 Mar 2012 07:23 PM PDT

Bekas jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor mendedeahkan beliau membuang dan membakar semua pingat dan piala yang pernah dimenangi sepanjang terlibat dalam sukan bina badan. 

Katanya tindakan itu diambil kerana piala dan pingat mempunyai ukiran patung bentuk badan manusia yang diharamkan oleh Islam. 

Malek turut meminta masyarakat beragama ISlam supaya berfikir panjang sebelum terlibat dengan pertandingan membina badan kerana ianya suatu yang ditegah oleh agama. 

Dahulu saya galakkkan orang buka baju atas pentas, tapi sekarang saya meminta mereka berfikir dahulu kerana ianya berkaitan dengan akidah kita sebagai umat Islam 

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sembang Petang bersama Tokoh anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan di Pusat Dagangan Kelantan 

ZooM : Alhamdulillah kerana ramai orang popular di Malaysia terutamanya artis-artis terkenal dan ahli sukan sedar akan perkara yang ditegah daripada melakukan.

Apa kata anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Aiman Hakim Ridza Pelakon Vanila Dan Coklat Top 10 Carian Google

Posted: 15 Mar 2012 07:16 PM PDT

Aiman Hakim Ridza atau Aiman memang semakin popular dalam kalangan peminat sejak berlakon dalam drama rantaian popular Vanila Coklat di TV3 dengan episod akhirnya pada Selasa lalu ditonton seramai 4.5 juta penonton.
Jangan ada yang terkejut jika fakta sebenarnya, Aiman, 23, yang mula terjun dalam bidang seni menerusi program realiti nyanyian, Mentor, kini menjadi subjek carian kesembilan tertinggi daripada sepuluh carian tertinggi oleh pelayar Google di negara ini sepanjang bulan Februari lalu.
Kenyataan itu dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Google Malaysia baru-baru ini dan dalam kenyataan mereka, Aiman merupakan selebriti tunggal tempatan yang berada dalam senarai sepuluh carian tertinggi tersebut.
Aiman yang ditemui pada majlis tontonan episod akhir drama Vanila Coklat bersama peminat di Rasta, Damansara, Selangor malam Selasa lalu ternyata cukup terkejut dengan penerimaan peminat terhadapnya bagaimana masih belum meninggalkan cita-citanya sebagai penyanyi.
Kosmo!: Apakah perasaan Aiman apabila diumumkan sebagai satu-satunya selebriti tempatan dalam senarai sepuluh carian tertinggi oleh pelayar Google di Malaysia sepanjang bulan Februari lalu?
Aiman: Saya tidak tahu bagaimana nak cakap tetapi mestilah gembira. Saya tahu pun apabila terbaca di akhbar baru-baru ini. Syukur selepas berlakon beberapa buah drama Vanila Coklat drama kelima lakonan saya dan ia benar-benar berjaya melonjakkan nama saya. Terima kasih buat peminat setia Vanila Coklat.
Apabila dikerumuni peminat dan semakin dikenali, Aiman rasa diri makin popular?
Entahlah, saya masih macam dahulu lagi, saya masih orang sama cuba yang bezanya penerimaan orang terhadap saya berubah. Kalau dulu saya pergi ke mana-mana tiada orang yang kisah, sekarang Alhamdulillah ada juga orang kenal (ketawa).
Mungkinkah Aiman menjadi pelakon kerana kerjaya nyanyian yang tidak berapa menjadi?
Apa yang boleh saya katakan adalah peluang yang datang. Saya tidak sangka saya akan dikenali seperti hari ini, tetapi bagi saya lakonan juga satu cabang seni. Walaupun saya lebih dikenali sebagai pelakon hari ini tidak bermakna saya lupakan bidang nyanyian.
Nama Aiman memang semakin popular tetapi ada juga pihak yang mengatakan lakonan Aiman masih kaku. Komen?
Saya akui perkara itu sebab saya pelakon baharu. Masih terlalu banyak perkara tentang ilmu lakonan yang harus saya pelajari. Bagi memantapkan lagi mutu lakonan, saya telah meminta ibu saya mendaftarkan saya di sebuah kelas lakonan.
Nampaknya Aiman kini semakin sibuk di set penggambaran, ada masa untuk rakam lagu?
Ada. Sebuah lagu berjudul Bicara Hati yang dicipta oleh Adi Six Sense, saya akan nyanyikan lagu itu untuk dijadikan lagu tema sebuah drama. Saya tidak pernah lupakan bidang nyanyian, buat masa ini saya tidak boleh janjikan apa-apa lagi tetapi saya mempunyai perancangan untuk muncul dengan single tidak lama lagi.
Tidak ada sebarang kerjasama dengan bekas mentor dalam program Mentor, Rahim Maarof?
Rasanya tidak kerana dia pernah berkata mahu bersara daripada dunia seni untuk memberi tumpuan kepada keluarga, jadi saya tidak mahu menyusahkan Rahim Maarof. Lebih baik saya bergerak sendiri.
Projek terbaharu selepas drama Vanila Coklat berakhir?
Saya ada mendapat beberapa tawaran drama dan filem. Filem itu datangnya daripada produksi yang menerbitkan drama Vanila Coklat sendiri.
Mungkinkah ada sambungan Vanila Coklat versi filem?
Mungkin (ketawa). Saya tidak tahu, harus tunggu dan lihat sahaja.
 ZoOM : Wow superb sangat-sangat sebab artis baru macam Aiman ini telah menjadikan fenomena Google beralih arah kepada beliau. Tahniah sekali lagi kerana dapat menjadi perhatian dalam arena industri hiburan di Malaysia...tahniah juga kepada pihak produksi drama Vanilla dan Coklat.

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!