Adsense

Jumaat, 17 Februari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Hot FM BIG JAM di Kuala Terengganu

Posted: 16 Feb 2012 08:56 PM PST

KEMBALINYA KEHANGATAN Hot FM BIG JAM

Meniti 6 tahun di arus penyiaran radio pada 6 Febuari 2012, ternyata stesen radio pilihan utama bagi kategori 35 tahun ke bawah ini terus relevan dengan menyajikan pelbagai pengisian bersifat peribadi kepada pendengarnya. Terbaharu, Hot FM Klate dan Hot FM T'Ganu di lancarkan pada 2 Januari 2012, sejajar dengan acuan khas khusus untuk pendengar di Pantai Timur.

Satu produk yang telah menjadi buah mulut pencinta muzik tempatan kini kembali. Hot FM BIG JAM, telah di angkat menjadi satu jenama yang sinonim setiap kali ulangtahun Hot FM. Konsert yang bertujuan untuk mengungkap rasa jutaan terima kasih kepada pendengar Hot FM atas sokongan mereka selama ini bakal di realisasikan pada 10 MAC 2012 bertempat di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.

Kenapa Kuala Terengganu?

Sebelum ini Hot FM BIG JAM telahpun melabuhkan jenama itu di Dataran Shah Alam (2007), Dataran Petaling Jaya (2008), Danga Bay, Johor Bahru (2009) dan Pulau Pinang (2010. Pantai Timur merupakan satu-satunya kawasan yang belum di singgah oleh Hot FM BIG JAM. Malah, selari dengan usaha untuk mempromosikan Hot FM T'Ganu dan Hot FM Klate, Dataran Syahbandar yang terletak di Kuala Terengganu merupakan lokasi paling sesuai untuk menyambut ulang tahun ke enam Hot FM.

Lantunan Vokal Hangat Oleh?

Barisan artis muda, senior serta serantau kali ini di himpunkan bagi memenuhi citarasa setiap pendengar.

Bagi konsert bahagian pertama pada jam 4.30petang hingga 6.30petang, Hafiz AF, Alyah, Sofazr, Ally AXL's, Zamani Slam, Amir Ukays dan Najwa Latif bakal menyerikan pentas Hot FM BIG.

Kemunculan Spider dan Ella sudah pasti akan memanaskan konsert kedua yang bermula pada jam 8.45 malam. Apatah lagi dengan kehadiran band rock otai, XPDC dan vokal bertenaga Black, sudah pasti pengunjung tidak akan duduk diam. Turut mengisi kekosongan artis serantau, Nidji dari Indonesia turut di undang untuk memeriahkan lagi konsert Hot FM BIG JAM nanti.

Pastinya turut sama adalah barisan penyampai Hot FM seperti Fara Fauzana, Faizal Ismail, AG, Usop, Leya, Kieran, Ikhwan, Suraya, Chad dan Deen. Tidak ketinggalan penyampai baharu daripada Hot FM Klate iaitu Shaz, Fizie, Farid dan Renny serta 4 daripada Hot FM T'Ganu iaitu Ain, Bell, Rafly dan Azri.

big jam

KOLABORASI HANGAT Hot FM DAN TV9

Hot FM sentiasa mencari peluang untuk berkolaborasi dengan pelbagai platfom demi mendapatkan hasil yang terbaik. Tahun lalu dua jenama ini memulakan kolaborasi melalui penghasilan album raya yang bertajuk Hangatnya Raya di Hatiku, album yang menggandingkan para penyampai Hot FM dan juga adik-adik dari Idola Kecil. Gandingan itu menjadi dan terkini, program Kaki Bola di pertaruhkan untuk pendengar dan penonton dua stesen itu.

Dan tahun ini, buat julung kalinya, Hot FM BIG JAM akan di pancarkan secara langsung di televisyen bermula jam 9.30 malam nanti. Selain itu, TV9 dan Bot FM juga akan membuka gerai bagi mempromosikan pelbagai program, barangan eksklusif serta aktiviti "on ground"

Selain itu, siaran langsung tersebut juga boleh di tonton di laman web rasmi Hot FM pada waktu yang sama.

Frekuensi radio Hot FM seluruh negara pula akan menyiarkan konsert tersebut juga secara langsung daripada jam 4.30 petang hingga 6.30 petang dan 9.30 malam.

Jadi jangan lupa, catatkan tarikh ini di mana saja yang membolehkan anda mengingati Hot FM BIG JAM 2012 – 10 MAC 2012, Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu dari jam 2 petang hingga lewat malam.

Apakata kata Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio Media Prima

"Sukar untuk menggambarkan perasaan kami sepanjang 6 tahun beroperasi di bidang penyiaran radio tempatan. Setiap komen konstruktif kami ambil kira untuk memenuhi citarasa pelbagai lapisan pendengar dan terus kekal relevan di telinga mereka. Hot FM BIG JAM kembali tahun ini adalah untuk menunjukkan rasa penghargaan kami kepada mereka semua serta secara tidak langsung membantu menghangatkan industri muzik secara amnya."

"Sempena ulangtahun ke 6 ini juga Hot FM, Hot FM semakin memantapkan radio di pelbagai platfom seperti Android, Blackberry dan Iphone."

ATURCARA

2.00 petang – 4.30 petang Acara santai dan games bersama Hot FM Zoomerz

Booth TV9 dengan pelbagai aktiviti "on ground" dan promosi

Booth Hot FM dengan jualan barangan eksklusif Hot FM

Siaran luar Hot FM bersama penyampai Hot FM

4.30 petang hingga lewat Konsert Hot FM BIG JAM 2012 bermula

Hot FM, Lebih Hangat Daripada Biasa

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • The Fabulous Cats ABP Berita Harian Road Tour Kuala Terengganu
  • Pesta Negeri Terengganu di Menara Kuala Lumpur
  • Pesta Negeri Terengganu di Menara Kuala Lumpur
  • Konsert SEARCH Di Awan Biru di Kuala Terengganu Ditunda
  • Karnival Sua Rasa TV9 Kuala Terengganu
  • PILIHAN RAYA KECIL / PILIHAN RAYA PENENTU: KUALA TERENGGANU
  • SESI ROAD TOUR LELONG AMAL SURIA FM DI KUALA TERENGGANU
  • Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2011
  • Dokumentari Dari Kuala Ke Kuala Ajak
  • Nor Radhiah Ramli Dakwa Masih Isteri Aziz M. Osman?
  • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran DERMAGIC

    Posted: 16 Feb 2012 07:59 PM PST

    Semalam, Budiey bersama rakan media yang lain telah hadir di Sunway Hotel Resort & Spa untuk menyaksikan Majlis Pelancaran DERMAGIC – satu lagi produk terbaru penuh inovasi dari SimplySiti yang dikatakan begitu magis yang boleh menghilangkan stres dan dapat merangsangkan hormon Endorfin yang boleh membantu melahirkan rasa gembira secara semulajadi.

    Dermagic menjadi produk pertama SimplySiti yang dilancarkan untuk tahun 2012 dan akan menyusul tak lama lagi, ada beberapa lagi produk terbaru SimplySiti bakal diperkenalkan.

    Pelancaran Dermagic semalam turut memperkenalkan Duta DERMAGIC iaitu Shazween.

    Selain itu, serentak dengan pelancaran ini, SimplySiti bekerjasama dengan AirAsia X selaku Syarikat Penerbangan Rasmi bagi kempen SimplySiti Dermagic yang turut melancarkan satu peraduan di mana pengguna DERMAGIC berpeluang memenangi percutian Stress Free Getaway bersama Dato' Siti Nurhaliza dan AirAsia X ke Sydney, Australia di mana 15 orang pemenang akan dipilih untuk bersama Dato' Siti dan rakan media ke sana. Ini

    Rasanya, ramai pembaca yang dah tahu apa keistimewaan produk DERMAGIC ini di mana sebelum ini Budiey pernah menulis dengan panjang lebar di satu entri. Sila baca entri ini: Hilangkan Stress Dengan Produk DERMAGIC.

    Sesuai dengan wanita mahu pun lelaki dan Budiey dah pun mencuba produk DERMAGIC ini. Ternyata ia sangat berkesan! Produk DERMAGIC sudah pun berada di pasaran dan ia boleh dibeli di farmasi dan rangkaian niaga SimplySiti di seluruh Malaysia dan Brunei.

    Apa-apa pun, Budiey ingin mengucapkan tahniah buat semua wargakerja SimplySiti yang berjaya mengadakan majlis pelancaran semalam dengan penuh jaya dan meriahnya dengan warna tema ungu.

    Juga tahniah buat pengasas SimplySiti, Dato' Siti Nurhaliza Tarudin yang kini membawa nama SimplySiti sebaris dengan jenama kecantikan yang lain dan sedar tak sedar sudah SimplySiti kini dah berusia hampir 2 tahun di pasaran.

    Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran DERMAGIC.

    Siti Nurhaliza di Pelancaran Dermagic

    Siti Nurhaliza di Pelancaran Dermagic

    Siti Nurhaliza di Pelancaran Dermagic

    Siti Nurhaliza di Pelancaran Dermagic

    Siti Nurhaliza di Pelancaran Dermagic

    Siti Nurhaliza di Pelancaran Dermagic

    Siti Nurhaliza di Pelancaran Dermagic

    Siti Nurhaliza di Pelancaran Dermagic

    Siti Nurhaliza di Pelancaran Dermagic

    Siti Nurhaliza di Pelancaran Dermagic

    Siti Nurhaliza di Pelancaran Dermagic

    Siti Nurhaliza di Pelancaran Dermagic

    Siti Nurhaliza di Pelancaran Dermagic

    Siti Nurhaliza di Pelancaran Dermagic

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Selebriti di Majlis Pelancaran Album ALL Your LOVE
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Album ALL YOUR LOVE
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna
  • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa SNP 2010
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Jeddah Mekah Tunai Haji
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran SimplySiti Gold Edition
  • Keluarga Datuk Khalid & Datuk Siti Nurhaliza
  • Gambar Terkini Siti Nurhaliza & Datuk Khalid
  • Video Ucapan Siti Nurhaliza di Pelancaran Tahajjud Cinta
  • Gambar Siti Nurhaliza di National Folk Museum Korea