Adsense

Jumaat, 10 Februari 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Zarina An Julie Tuduh Aliff Aziz Menipu

Posted: 10 Feb 2012 10:27 PM PST

Hubungan Alif Aziz & Zarina Anjoulie Panas Gara-Gara Tidak Puas Hati

Penyanyi dari Singapura, Aliff Aziz mendakwa kedudukannya sebagai penyanyi tergugat apabila pelakon Zarina Anjoulie Lavocah menuduhnya menipu. Aliff bagaimanapun enggan mengulas apakah isu yang dimaksudkan itu kerana diarahkan oleh syarikat rakamannya Sony Music.

"Saya tak boleh nak mengulas lanjut tentang isu tersebut selepas dinasihatkan oleh pihak Sony Music agar tidak memberi sebarang komen kepada pihak media. Tetapi saya akan menjelaskan semuanya apabila tiba masanya nanti. Cuma diakui, reputasi saya sedikit terjejas gara-gara kontroversi ini,"

twit 2 new

Antara entri Twitter Zarina

Tambah Aliff yang kini sibuk dengan rakaman album, dia berharap isu tersebut tidak diperbesarkan atau diputarbelitkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Pada Khamis lalu, Zarina mendakwa Aliff telah menipunya dan meminta penyanyi Singapura itu meminta maaf atas kesilapan yang dilakukan menerusi akaun Twitter miliknya.

Pelakon itu turut menghantar entri melalui Twitter Aliff dengan memperkatakan mengenai video kelakuan penyanyi muda itu yang sedang mabuk.

alif zarina new

Foto mesra Zarina dan Aliff yang dimasukkan dalam entri Twitter pelakon wanita itu.

Zarina masih mengambil pendekatan untuk mengunci mulut tentang entri di twitternya. Sebaliknya Zarina meminta mStar Online menghubungi Aliff untuk mendapatkan penjelasan.

"Tanyalah Aliff apa yang dia dah buat. Kalau dia cakap tak ada apa-apa, maksudnya tiada apa-apa lah kot," kata Zarina ringkas tetapi berbaur sinis menerusi SMS yang dikirimkan.

Difahamkan, pelakon itu memberi masa dua hari kepada Aliff untuk meminta maaf berhubung masalah berkenaan. via Mstar Online

Tags: , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Zarina An-Julie Anak Pontianak Liar Hisap Dada Kaki Disco?
  • Gambar Terbaru Zarina An Julie Bersosial
  • Zarina An-Julie Ditahan Sah Positif Dadah
  • Zarina Ann-Julie Hina Awal Ashaari di Twitter
  • Gambar Anak Zarina Zainuddin
  • Gambar Baju Mandi Maya Karin Swimsuits Photo
  • Gambar Bogel Zarina AnJulie Buat Seks Dengan Boy friend Tersebar di Internet
  • CJ7 Stephen Chow Meet Fan, Faizal Tahir OVER, Jomstar.com, Gambar Zarina Bogel
  • MPO'S MUSICAL JAMBOREE @ Dewan Filharmonik PETRONAS
  • Gambar Zarina AF2 Seksi Pakai Skirt Pendek?
  • TV9 Tawar Tiket Terbang Ke Paris

    Posted: 10 Feb 2012 10:11 PM PST

    Ganjaran untuk penonton setia TV9
    Tiket penerbangan ke Paris antara sajian hadiah peraduan

    Berita baik untuk semua penonton setia TV9 di mana anda berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi peraduan-peraduan hebat di TV9. Kesemua peraduan adalah amat mudah oleh itu jangan ketinggalan untuk mendapatkan maklumat lanjut dengan menonton TV9 dan melayari laman web rasmi TV9 di www.tv9.com.my. Antara peraduan menarik yang ditawarkan bermula pada bulan Februari ini adalah:

    Cipta Perbualan Romantis antara Ariana & Mikhail dan menang 2 tiket penerbangan ke Paris!

    Ariana Mikhail print ad

    Jika sebut "Paris", pasti ramai yang terus membayangkan kecantikan dan nilai-nilai romantis yang tersemat di dalam kota cinta tersebut. Drama Ariana Mikhail lakonan Nora Danish dan Syed Hussein (Sein) melalui slot Ratu, setiap Isnin & Selasa, 8.30 malam mengisahkan cinta pertama mereka yang berlatarbelakangkan kota Paris ini. TV9 ingin memberi peluang kepada penonton setianya untuk merasai detik-detik percintaan Ariana dan Mikhail dengan menawarkan dua (2) tiket penerbangan ke Paris.

    Caranya mudah sekali di mana peserta hanya perlu mencipta perbualan paling romantis di antara Ariana dan Mikhail berdasarkan gambar yang dipaparkan di www.tv9.com.my. Paling menarik, pemenang akan dipilih sendiri oleh Ariana (Nora Danish) dan Mikhail (Sein) berdasarkan dialog yang paling romantis. Peraduan bermula pada 13 Februari dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 29 Februari.

    Tiket istimewa ke Lost World of Tambun menerusi Peraduan SMS Mutiara Hati – Anugerah. Program Anugerah menerusi slot Mutiara Hati di TV9 kini kembali sekali lagi dengan Peraduan SMS yang menjanjikan para pemenangnya tiket istimewa ke Lost World of Tambun! Peraduan SMS Mutiara Hati ini akan bermula pada 13 Februari 2012 dan berakhir pada 9 Mac 2012.

    Untuk menyertai peraduan ini, peserta perlu menonton sinetron Anugerah yang disiarkan di TV9 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 5.30 petang untuk mendapatkan kata kunci yang berlainan pada setiap hari. Terdapat 4 kata kunci pada setiap minggu dan seterusnya peserta perlu menghantar SMS MUTIARA ke 33399 untuk memberi semua kata kunci pada minggu tersebut serta menjawab satu soalan seminggu. Peserta dengan jawapan yang tepat dan paling pantas akan diumumkan sebagai pemenang. Satu (1) pemenang akan dipilh setiap minggu mengikut kriteria pemilihan dan pemenang akan diumumkan pada hari Jumaat minggu yang seterusnya. 4 pemenang bertuah akan diumumkan dan setiap pemenang akan mendapat tiket ke Lost World of Tambun (Baucer Keluarga untuk 4 orang).

    Anugerah2

    iPod Touch, PSP Go dan XBOX 360 Slim untuk dimenangi dalam peraduan Movie Night

    Seperti yang sudah diketahui ramai, TV9 kini menyiarkan pelbagai filem antarabangsa terbaik pada setiap hari Sabtu jam 10.00 malam menerusi Movie Night. Penonton hanya perlu menonton TV9 untuk mendapatkan 3 soalan dan slogan. Jawapan paling tepat dan cepat serta slogan paling kreatif yang dihantar di www.tv9.com.my akan diumumkan sebagai pemenang. Peraduan bermula pada 26 Februari 2012 dan tarikh tutup adalah pada 6 April 2012. Filem-filem terbaik di bulan Mac menerusi slot ini adalah:

    1. Knowing (3 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
    2. Drag Me To Hell (10 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
    3. Gamer (17 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
    4. Aeon Flux (24 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)
    5. Bandslam (31 Mac 2012, Sabtu, 10 malam)

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Video Youtube Paris Hilton at The Late Show David Letterman
  • Paris Hilton is finally a free woman
  • Paris Hilton Bling Bling Dashboard costs $280,000
  • Promosi AirAsia X Blast Off 2012
  • AirAsia X Took Talented Designer to Paris Fashion Week
  • Gambar Sharifah Amani Botak – Filem Muallaf
  • L'oréal Paris Signs Matthew Fox As The New Spokesperson
  • Paris Hilton's My New BFF di 8TV
  • Zizi & Halim Othman Suria FM Tukar Kerja
  • Hero Remaja 2008 Milik Kamal