Adsense

Jumaat, 24 Februari 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Ana Raffali & Aznaim Sah Bergelar Suami Isteri

Posted: 24 Feb 2012 08:08 PM PST

Foto kredit Takie Kamil

Dengan sekali lafaz, Ana Raffali, 26,sah bergelar isteri kepada Ahmad Aznaim Abdullah, 30, dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati. Majlis yang disaksikan oleh ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat ini dimulakan dengan majlis pertunangan Ana Raffali dan Aznaim sejam sebelum mereka diijabkabulkan.

Ana Raffali yang berwalikan bapanya iaitu Mohd Raffali Mohd Nor selamat diijabkabulkan pada 11.55 pagi. Pasangan pengantin tampil dengan busana kelabu sedondon dengan Aznaim yang direka khas oleh Ezuwan Ismail.

Pengantin lelaki memberi 7 dulang hantaran iaitu satu dulang coklat, set perfume Mont Blanc, sireh junjung, manisan, gelang berlian dan cincin, set telekung dan wang hantaran sebanyak RM11,412.

Manakala pengantin wanita membalas 9 dulang hantaran berupa sedulang buah-buahan, bunga rampai, kek, dompet, jam Stuhrling dan perfume Lacoste, sireh junjung, Ipad, cincin, dan 7 biji kamera simbolik 7 tahun perkenalan mereka.

Majlis resepsi Ana Raffali dan Ahmad Aznaim akan berlangsung pukul 2 petang pada hari dan tempat yang sama.

Wan Shades Nak Saman Blog Sebar Fitnah Kes Rogol

Posted: 24 Feb 2012 01:28 AM PST

Peristiwa kes rogol anak yang melibatkan seorang penyanyi hip hop telah menjejaskan reputasi baik Wan Shades ekoran tersebarnya spekulasi buruk di sebuah laman blog yang mengaitkan namanya, baru-baru ini. Laman blog itu menyebut bahawa Wan Shade antara individu yang dikaitkan dengan kes rogol berkenaan walaupun tiada bukti kukuh yang menguatkan dakwaan sedemikian.

Dakwaan berbentuk fitnah itu turut dianggap sebagai salah satu bentuk serangan peribadi kerana ia turut menjejaskan kepercayaan peminat terhadap Wan Shades. Berita sensasi itu bagaimanapun telah dinafikan Wan Shades yang dihubungi OHBULAN! sebentar tadi.

"Saya ingin menuntut blog berkenaan supaya tampil ke hadapan untuk menjelaskan keadaan sebenar dan meminta maaf. Kalau mereka enggan berbuat demikian, pihak saya tidak teragak-agak untuk mengeluarkan surat saman. Dakwaan sebegitu bukan sahaja menjejaskan nama baik saya, malah keluarga saya turut terkena tempiasnya," ujarnya.

Wan turut mengakui bahawa dakwaan itu memang mengejutkan pada mulanya.

"Macam manusia biasa, memang terkejut. Saya terkejut kerana ia melibatkan maruah saya kerana perkara rogol ini bukannya main-main. Senang cakap, bukan boleh bawa bergurau. Pada masa yang sama, saya mempunyai tanggungjawab sosial iaitu mengajar anak muda bersilat serta membuat pelbagai program untuk mereka. Jadi, perkara sebegini sudah tentu mengusarkan ramai pihak."

Wan menambah lagi, "Alhamdullilah, ramai pihak yang menyokong saya kerana mereka tahu dakwaan itu tidak benar. Malah, ramai pelajar saya yang mengecam dakwaan berbentuk fitnah seperti yang disebarkan oleh blog berkenaan."

Update berkaitan kes rogol, pihak polis masih belum mendedahkan identiti individu berkenaan kerana ia masih berada dalam siasatan. Blog berkenaan juga telah membuang arkitel fitnah daripada arkib mereka.