Adsense

Rabu, 8 Februari 2012

borak kosong

borak kosong


Kesian Sungguh Kucing ni.....

Posted: 08 Feb 2012 09:15 PM PST

kesian sungguh kucing ni tersepit di celah pintu

dia cuba berusaha nak lepaskan diri


nasibnya baik ada orang yang nampak
orang itu mengeluarkannya dari tersepit
macamana boleh tersepit ni....
kucing-kucing nasib kau memang baik
kalau tak mati tersepit lah kau

Isteri Di Rogol Hantu Raya

Posted: 08 Feb 2012 09:00 PM PST

Seorang penarik kereta terpaksa berhadapan dengan situasi yang mencemaskan apabila isterinya  menjerit-jerit pada waktu malam.Isterinya didakwa di rogol oleh hantu raya belaan seorang pemilik kereta yang di tariknya.

Ramai penarik kereta menolak untuk menarik kereta lelaki terbabit kerana mereka mengetahui lelaki itu membela hantu raya.Hanya dia  seorang yang sanggup untuk menarik kereta lelaki tersebut.Selepas menarik kereta itu pada malamnya isterinya menjerit dalam keadaan telanjang bulat tanpa mampu dia berbuat sesuatu sehingga isterinya pengsan.

Dia mengetahui isterinya di rogol hantu raya apabila pergi berubat dan di nasihatkan supaya meminta maaf kepada lelaki terbabit.Selepas meminta maaf kejadian itu tidak berulang lagi.

Bengang (Bodoh,Masalah,Sopan-santun)

Posted: 08 Feb 2012 08:45 PM PST

Tiga orang sahabat mempunyai nama yang sangat unik iaitu BODOH,MASALAH ,SOPAN-SANTUN.Mereka ini berkaan sejak dari kecil lagi.Mereka bertiga selalu pergi kemana-mana bersama tetapi SI BODOH dan SOPAN -SANTUN tidak bertemu dengan MASALAH selama 3 hari.Lalu mereka berdua berpakat melaporkan kehilang kawannya di balai polis.SOPAN -SANTUN tidak mahu masuk dan hanya menyuruh Bodoh yang membuat laporan

BODOH : "Selamat pagi tuan,"
POLIS : "Pagi ,apa yang boleh saya bantu?"
BODOH : "Saya datang nak buat aduan ,tuan,"
POLIS : "Siapa nama awak?"
BODOH: "BODOH...tuan,"
POLIS :" Apa...cuba ulang sekali lagi (dengan nada yang kuat),"
BODOH : " BODOH tuan
POLIS : "Apa kena dengan awak ni panggil saya bodoh ,mana perginya sopan -santun awak?"
BODOH : "SOPAN-SANTUN ada kat luar tuan,"
POLIS : "Kenapa dengan budak ni...adakah awak datang sini untuk cari masalah?"
BODOH :" Ya tuan mana tuan tahu saya cari MASALAH?"
Polis itu terus benggang sambil menepuk dahi.

Ini Dia Model Iklan Paling Hot di Afrika

Posted: 08 Feb 2012 08:30 PM PST



amacam hot tak????

JRM BUNDLE COLLECTION

Posted: 08 Feb 2012 08:15 PM PST

JRM BUNDLE COLLECTION adalah satu tempat bagi mereka yang meminati jeans vintage.Terdapat berbagai jenama jeans vintage yang di jual disini antaranya Evisu,Denim,Warehouse,Samurai dan bermacam-macam lagi,
Selain daripada jeans terdapat juga koleksi pakaian vintage serta kasut daripada bermacam-macam jenama.Kasut jenis Asic Tiger serta barangan  Harley Davidson juga terdapat disini,
Bagi mereka yang berminat boleh kunjungi kedai JRM BUNDLE COLLECTION di alamat 8C Jalan Raja Muda Abdul Aziz 50300 Kuala Lumpur atau boleh juga melawat blog mereka di http://jrmbundle.blogspot.com

Model Iklan Susu Segar di Rusia

Posted: 08 Feb 2012 08:00 PM PST








luka sikit walaupun jatuh 300 kaki kedalam sungai

Posted: 08 Feb 2012 07:45 PM PST



Sepasang suami isteri yang berusia 58 dan 57 tahun terselamat walaupun kereta mereka yang melanggar pokok  terjatuh kedalam sungai dari ketinggian 300 kaki. 




Kereta BMWZ3 yang dipandunya 50mph telah tergesel kereta lain sebelum terjunam kedalam sungai.




Mereka berdua hanya mengalami luka yang kecil telah dibawa kehospital untuk pemeriksaan lanjut.


Porsche 'terslow' sekali di dunia

Posted: 08 Feb 2012 07:30 PM PST

         Inilah kereta Porsche 'terslow' sekali di dunia cuma mampu bergerak 10mph sahaja




Mungkin anda tak percaya,Sebenarnya kereta Porsche ini di reka oleh seorang artis dengan menggunakan kayuhan basikal sahaja .Rangkanya hanya mengunakan tiub plastik dan kertas aluminium emas .Hannes Langeder mengambil masa selama 6 bulan dan 1000 jam serta kos sebayak 11 ribu paun untuk membina kereta ini.

INI  GAMBAR CARA-CARA DIA MEMBINA KERETA INI:

                        DAN INILAH HASIL DARIPADA KERAJINANNYA :


Lambang-lambang berbentuk hati di alam, sebuah keajaiban atau kebetulan?

Posted: 08 Feb 2012 07:15 PM PST

Sejumlah lambang  berbentuk hati berhasil diabadikan di beberapa tempat di dunia. Lambang-lambang itu terbentuk daripada awan, danau, unggas dan haiwan lainnya, pulau, retakan tanah atau bahkan sebuah taman perkebunan. Sebuah keajaiban atau kebetulan?













Iklan Seksi David Beckham Dipamer di Bangunan New York

Posted: 08 Feb 2012 07:00 PM PST


infospesial.net -  Iklan David Beckham untuk H&M dipamer di bangunan New York City kelmarin. Bintang bola sepak ini tampil memukau dengan posenya dengan versi lebih besar dan dipamerkan di sebuah bangunan di The Big Apple.


Lelaki 36 tahun ini telah dicat ke sebuah billboard dan mungkin menjadi penyebab insiden lalu lintas beberapa orang yang melalui kerana terpesona oleh gambar hitam putih tersebut.


Mungkin ada bahagian yang langsung menarik perhatian jika melihat iklan ini. Julukan Golden Balls pada Beckham, kerana selain punya kemampuan bermain bola yang baik, Beckham juga dikenali sebagai lelaki yang hebat.

Janda Bisu Jadi Korban Pemerkosaan Lelaki Mabuk

Posted: 08 Feb 2012 06:55 PM PST


Seorang janda bisu di Bulukumba, Sulawesi Selatan menjadi korban pemerkosaan oleh pemuda mabuk. Bukan hanya diperkosa wanita malang ini juga diambil perhiasannya oleh pelaku.


Korban yang dikenali MN (35) yang merupakan warga Jalan Datu Tiro, Kelurahan Ela-ela, Kecamatan Ujung Bulu ini  melaporkan peristiwa yang dialaminya ke polis pada Rabu (8/2/2012) kelmarin.


Korban memberitahu, peristiwa memilukan itu berawal ketika ia sedang seorang diri berada dirumahnya. Tiba tiba saja datang seorang pemuda mabuk memeluknya hingga memperkosanya.


Pelaku bahkan juga hendak  merampas perhiasan rantai emas milik korban sehingga menyebabkan ranati korban terputus. Selepas diperkosa, korban mendatangi tetangganya dan menceritakan dengan bahasa isyarat tentang apa yang menimpanya.


Menurut bahasa isyarat yang diertikan oleh tetangganya tersebut, pelaku pemerkosa merupakan pemuda di kampung itu sendiri.
Pelakunya disebut memiliki ciri berkumis tebal dan terdapat bekas luka pada wajah sebelah kanan.


Polis saat ini masih terus melakukan penyelidikan untuk mendapatkan  pelaku sebenar dibalik peristiwa pemerkosaan itu.


Sumber : http://news.okezone.com

Nasha Aziz tarik balik rayuan

Posted: 08 Feb 2012 06:45 PM PST

PUTRAJAYA - Pelakon Nasha Aziz hari ini menarik balik rayuan yang dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan di sini berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkannya membayar ganti rugi am RM10,000 kepada bapa kandungnya Abdul Aziz Mohd Ali.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Zainun Ali kemudian mengetepikan rayuan itu.

Dua hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Hakim Datuk Ramly Ali dan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim.

Terdahulu, peguam Siti Maspuah Maulan yang mewakili pelakon dan model itu memaklumkan kepada panel hakim berkenaan bahawa anak guamnya menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Okt 2009 yang meluluskan permohonan Abdul Aziz agar mahkamah membuat penghakiman dalam saman malu terhadap Nasha berikutan ketidakhadiran peguam yang mewakili pelakon itu sebelum ini pada pendengaran saman itu.

Bagaimanapun, tiada alasan diberi berhubung penarikan balik rayuan itu.

Mahkamah Tinggi juga memerintahkan Nasha, 40, membayar faedah lapan peratus setahun kepada bapanya, mulai tarikh saman itu difailkan iaitu pada 31 Mac 2005, hinggalah tarikh saman itu diselesaikan.
   
Abdul Aziz, 63, seorang guru silat, menyaman Nasha, yang nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz, berhubung sebuah tulisan dalam akhbar Mingguan Malaysia yang mendakwa bahawa dia bukan bapa kandung pelakon itu.

Dalam penyata tuntutannya, Abdul Aziz berkata dia adalah bapa kandung Nasha dan perkataan berunsur fitnah yang terkandung dalam tulisan bertajuk "Jangan tanya hal peribadi" itu, yang tersiar pada 24 Nov 2004, menyebabkannya menderita serta menanggung malu dan merosakkan nama baiknya.

Abdul Aziz menuntut ganti rugi, faedah, kos dan ganti rugi lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, dengan mendakwa tulisan itu membawa maksud atau mengandaikan yang dia telah meninggal dunia.

Dalam kenyataan bela dirinya, Nasha berkata perkataan "bapa" yang terdapat dalam tulisan itu merujuk kepada bapa saudaranya bernama Abdul Aziz Hathim, yang memeliharanya.

Pelakon itu tidak menafikan Abdul Aziz adalah bapa kandungnya, tetapi berkata dia menganggap bapa saudaranya itu sebagai bapanya.

Bercakap kepada pemberita, peguam M.Visvanathan yang mewakili Abdul Aziz, berkata berikutan penarikan balik rayuan itu, keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan agar anak guamnya dibayar ganti rugi, adalah terpakai. - Bernama



sumber : sinar harian

Tak sanggup jadi pemuas nafsu

Posted: 08 Feb 2012 06:30 PM PST

BALIK PULAU - Gara-gara tidak sanggup lagi menjadi bahan pemuas nafsu seks teman lelaki ibunya sejak awal tahun lalu, seorang pelajar tingkatan dua bertindak melarikan diri dari rumahnya bagi mengelak terus menjadi mangsa keadaan.

Remaja perempuan berkenaan dipercayai bertindak demikian pada 6 Februari lalu selepas suspek berusia 46 tahun itu dikatakan mengugut mahu memukul mangsa sekiranya memberitahu ibunya mengenai perbuatan jijiknya itu.

Difahamkan, suspek dikatakan tinggal bersama keluarga mangsa sejak empat tahun lalu selepas kematian bapanya akibat kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Hatta Md Zin ketika dihubungi berkata, kejadian itu berlaku apabila ibu mangsa tiada di rumah dan kali terakhir mangsa didakwa dirogol suspek pada dua minggu lalu, kira-kira jam 4 petang.

Menurutnya, mangsa bertindak meninggalkan rumah tanpa disedari ibunya pada Isnin lalu dan tinggal bersama seorang rakan di Seberang Perai.

Beliau berkata, remaja terbabit bagaimanapun dibawa rakannya untuk membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut kelmarin, kira-kira jam 8 pagi.

"Mangsa turut mengatakan kejadian sama berlaku sejak awal tahun lalu tetapi dia terpaksa mendiamkan diri kerana takut dicederakan.

"Remaja terbabit kini berada di Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut kesihatan dan polis telah memanggil ibunya untuk siasatan," katanya.



sumber : sinar harian

Tikus jadi haiwan peliharaan

Posted: 08 Feb 2012 06:15 PM PST



WALTHAM, Amerika Syarikat (AS) - Tikus kini dijadikan haiwan peliharaan di AS dengan para pemilik haiwan itu menganggap ia bijak dan suka bermain.
Seorang pemilik haiwan itu, Robin Ruslau dari Dresden, negeri Maine, AS pada mulanya menyayangi tikus selepas seorang anak perempuannya meminta dia menjaga seekor haiwan tersebut.
Anak perempuannya itu membuat permintaan itu kerana tuan haiwan tersebut pergi bercuti.
"Saya seolah-olah tidak mempercayai betapa luar biasa haiwan itu. Selepas berakhirnya dua minggu (menjaga tikus itu), saya tidak mahu melepaskan haiwan itu," kata Ruslau.
Menurut para pemilik haiwan peliharaan itu, tikus suka bermain dan penyayang jauh berbeza daripada reputasi tikus yang dianggap binatang menjijikkan. - Agensi
sumber : kosmo online

Bayi paling berat di China sejak tahun 1949

Posted: 08 Feb 2012 06:00 PM PST



XINXIANG, China - Seorang ibu melahirkan bayi gergasi seberat 7.04 kilogram di Hospital Bersalin Xinxiang di bandar ini pada Sabtu lalu.
Bayi lelaki yang bernama Chun Chun itu dipercayai yang paling besar pernah direkodkan di China sejak negara ini dibentuk pada tahun 1949. - Agensi
sumber : kosmo online

Dilenyek lori minyak

Posted: 08 Feb 2012 05:45 PM PST


MIRI: Seorang pengurus sebuah syarikat pembalakan maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya hilang kawalan sebelum bertembung dengan lori tangki minyak di Kilometer 22, Jalan Miri Bintulu, di sini, semalam.
Sebelum kejadian, mangsa, Liong Kieau Sat, 52, dari Desa Pujut, Permyjaya, di sini, dipercayai memandu sendirian dan dalam perjalanan pulang dari Bintulu ke Miri, kira-kira jam 7 pagi.

Jurucakap polis trafik Miri ketika dihubungi berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan termasuk kepala.


Katanya, keadaan jalan yang licin akibat hujan dipercayai menyebabkan kereta dipandu mangsa memasuki jalan bertentangan sebelum bertembung sebuah lori tangki minyak.

"Malah, kenderaan mangsa yang remuk itu diseret beberapa meter selepas pertembungan itu menyebabkan dia tersepit sebelum dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba," katanya.



sumber : myMetro

Maut dalam mesin sampah

Posted: 08 Feb 2012 05:30 PM PST


PUTRAJAYA: "Selepas mendengar seorang rakan menjerit, saya segera mematikan enjin dan bergegas ke belakang lori. Saya terkejut apabila melihat seorang pekerja tersepit sebahagian badan di mesin pemampat sampah dalam keadaan tidak sedar," kata pemandu lori syarikat Alam Flora Sdn Bhd, Mohd Osman, 39.
Dia menceritakan kejadian rakan sekerjanya yang maut di bahagian belakang lori ketika memunggah sampah di Apartmen Fasa 4, Presint 9, semalam.

Ketika kejadian pada jam 11 pagi itu, Kamarudin Hussin, 41, berada di bahagian kanan belakang lori pengangkut sampah sebelum dia terjatuh ketika mesin itu sedang bergerak memampatkan sampah dalam lori berkenaan.


Seorang rakan yang berada di sebelah kiri belakang lori bersama mangsa menjerit meminta enjin dimatikan.

Mohd berkata, dia menghubungi penyelia sebelum mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan kecemasan.


"Kejadian ini memang tidak terduga, malah mangsa juga seorang yang rajin bekerja. Kami tidak bersarapan bersama sebelum melakukan tugasan kerana mangsa membawa bekal sendiri.




"Cuma apa yang saya perasan mangsa kelihatan berpakaian lebih kemas, berbanding sebelum ini. Biasanya, jaket dipakai dibiar terbuka, tetapi kali ini zipnya ditarik dengan kemas," katanya.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan sudah mengambil keterangan pemandu dan pekerja Alam Flora yang lain.


"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut, tetapi punca kejadian masih disiasat. Mayat dihantar ke Hospital Putrajaya sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan," katanya.

Jurucakap Alam Flora ketika dihubungi berkata, pihaknya bersimpati atas kemalangan yang menimpa pekerja itu dan berharap kejadian tidak berulang.


"Kami akan melakukan siasatan terperinci mengenai kejadian itu. Pada masa sama kami menasihati pekerja lain supaya utamakan keselamatan kerana nyawa lebih penting daripada segala-galanya," katanya.


Sementara itu, abang ipar mangsa, Mohd Azuan Abdul Rahman, 32, berkata, dia sekeluarga terkejut dan trauma dengan kejadian tragis itu.


Menurutnya, dia menerima berita mengenai kejadian itu pada jam 11.20 pagi dan menelefon beberapa ahli keluarga termasuk adiknya yang juga isteri mangsa, Noraziah Abdul Rahman, 30, untuk mengesahkan kejadian itu.


"Selepas adik ke Hospital Putrajaya, baru saya betul-betul percaya adik ipar sudah tiada.


"Apa penting sekarang, kami sekeluarga perlu memberi semangat kepada adik dan dua anaknya yang kehilangan orang tersayang," katanya.


Mohd Azuan berkata, arwah bekerja lebih lima tahun dengan Alam Flora dan kali terakhir mereka berjumpa arwah dua minggu lalu.


Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Alam Damai, Cheras, dekat Kuala Lumpur.



sumber : myMetro

Bungkusan bayi dalam plastik

Posted: 08 Feb 2012 05:15 PM PST


TAWAU: "Mujur kami meronda sejam sekali, kalau tidak bayi ini pasti jadi habuan anjing yang banyak berkeliaran di sini," kata pengawal keselamatan, Fredly Suman, 40, yang menemui bayi perempuan masih bertali pusat ditinggalkan di kaki lima bangunan berhampiran pejabat Jabatan Air di Tanjung Batu, di sini, awal pagi semalam.
Menurut Fredly, dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, dia bersama rakannya, Umar Emat, 55, sedang melakukan rondaan di kawasan itu sebelum melihat satu bungkusan plastik di siar kaki bangunan terbabit.

"Pada mulanya, saya menyangka plastik ini berisi sampah dibuang penduduk atau digonggong anjing.


"Tetapi, sebaik membuka plastik ini, saya terkejut melihat wajah bayi yang comel," katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Katanya, bayi perempuan itu kemudian menangis tanpa henti menyebabkan dia dan rakan membawanya ke pondok pengawal sebelum menghubungi polis.


Fredly berkata, dia melihat bayi itu seolah-olah kelemasan dalam plastik dengan berbantalkan kain batik ketika membuka bungkusan berkenaan.




"Sebaik dikeluarkan, saya lihat bayi ini masih bertali pusat namun keadaannya seperti sudah dimandikan dengan rambut disisir rapi serta tiada kesan darah di badan," katanya.

Fredly berkata, sepanjang bekerja di kawasan itu sejak 18 tahun lalu, kejadian itu pengalaman pertamanya.


"Mujur saya cepat membuka ikatan plastik itu, jika tidak sudah pasti bayi itu akan mati kelemasan atau menjadi mangsa anjing liar," katanya.

"Selama ini saya hanya membaca kejadian sebegini melalui media, tak sangka pula turut mengalaminya," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Ibrahim Chin berkata, polis yang menerima laporan bergegas ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan.


Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, bayi itu dipercayai baru dilahirkan serta berada dalam keadaan sihat dan polis yakin ia baru ditinggalkan di kawasan itu sebelum ditemui pengawal keselamatan berkenaan.


"Buat masa ini, bayi yang cukup sifat ini ditempatkan di Hospital Besar Tawau dan berada dalam pengawasan pihak hospital," katanya pada sidang media di pejabatnya.


Ibrahim berkata, polis sudah menjalankan siasatan termasuk menggunakan khidmat anjing pengesan dari Unit K9 bagi mengesan individu yang membuang bayi itu.


"Mereka yang bertanggungjawab perlu diberkas dan dihadapkan ke mahkamah.


"Polis meminta kerjasama mana-mana hospital, klinik bersalin atau mereka yang mengetahui kejadian ini supaya menghubungi polis dengan segera," katanya.


Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda atau kedua-duanya.



sumber : myMetro

Kemaruk raba sesama lelaki

Posted: 08 Feb 2012 05:00 PM PST


KUALA LUMPUR: Berkucupan, berpelukan dan raba-meraba sesama lelaki sambil berjoget mengikut rentak muzik menjadi lumrah di ruang tarian sebuah kelab malam di ibu kota yang sering dikaitkan dengan tempat golongan gay berpesta.
Tanpa mempedulikan suasana panas, dianggarkan hampir 200 pemuda bersesak-sesak menari terlompat-lompat sambil meneguk arak, berpelukan dan berkucupan sesama mereka tanpa segan silu sebaik muzik dimainkan.
Sebelum ini golongan homoseksual sering dikaitkan dengan hubungan cinta sesama jantina hingga melakukan hubungan seks luar tabii, namun tidak banyak diketahui mengenai aktiviti hiburan mereka.

Berdasarkan maklumat, Harian Metro melakukan tinjauan pada awal pagi Sabtu lalu di sebuah kelab malam di ibu negara dan mendapati ratusan lelaki berusia 20 tahun menari serta berpelukan ghairah sesama jantina bermula jam 1 hingga 3 pagi.



Disebabkan terlalu seronok, mereka mengajak orang yang tidak dikenali menari bersama, malah dalam suasana sesak itu ada di antara mereka 'kemaruk' meraba lelaki lain


sumber : myMetro

Amukan gila jiran

Posted: 08 Feb 2012 04:45 PM PST


KUALA LUMPUR: "Saya menjerit dan berdiri di belakang suami ketika kami diserang jiran yang bersenjata rantai besi dan topi keledar," kata Siti, 33, cedera dipukul jirannya yang berang selepas insiden kemalangan kecil membabitkan dirinya dan suami serta isteri jirannya.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi di Setiawangsa, di sini, kelmarin, pasangan terbabit tergamam apabila jirannya memecah pintu rumah sebelum menyerang mereka.

Menceritakan semula kejadian, Siti, penyelia sebuah pusat beli-belah berkata, sebelum diserang, dia bersama suami yang menunggang motosikal pulang ke rumah dilanggar motosikal ditunggang isteri jirannya.


Menurutnya, akibat pelanggaran itu berlaku pertengkaran beberapa minit sebelum suaminya meredakan keadaan dan mereka pulang ke rumah kerana motosikal mereka hanya mengalami kerosakan kecil.

"Sangkaan saya kejadian itu sudah selesai meleset apabila tiba-tiba jirannya itu mengamuk dan menyerang kami selepas dimaklumkan isterinya mengenai kemalangan kecil itu.


"Saya yang ketika itu memasak terkejut apabila terdengar dentuman kuat dari luar pintu rumah. Ketika itu, suami berada di ruang tamu sebelum melihat jiran meluru masuk dan memukulnya," katanya.




Siti berkata, lelaki terbabit yang berusia 30-an kemudian melibas rantai besi hingga terkena badan suaminya, malah dia yang berada di dapur meluru keluar membantu, namun turut dipukul lelaki terbabit yang seolah-olah hilang pertimbangan.

"Walaupun puas kami menyuruh jiran itu bertenang dan berbincang, namun lelaki terbabit tidak mempedulikannya sebaliknya semakin ganas menyerang kami.


"Selepas beberapa minit kami cuba mempertahankan diri, akhirnya lelaki itu berhenti sebelum melarikan diri," katanya.

Menurutnya, akibat serangan itu, mereka cedera di kepala dan lebam seluruh badan.


"Saya tidak sangka hanya kerana salah faham menyebabkan dia menyerang kami dan bertindak ganas memecah pintu rumah.


"Saya dan suami hingga kini masih trauma, tambahan pula ini kali pertama ia berlaku," katanya.


Bimbang dengan keselamatan diri dan tidak mahu kejadian sama berulang, mereka membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak untuk tindakan lanjut.



sumber : myMetro

TERLUPA SUDAH BERKAHWIN

Posted: 08 Feb 2012 04:30 PM PST

Michelle Philpots 47 tahun hanya mampu mengingati peristiwa setakat tahun 1994 sahaja.Dia telah berkahwin pada tahun 1997 dan suaminya terpaksa menyakinkan yang dia sudah berkahwin dengan menunjukkan gambar perkahwinan mereka.Dia mengalami lupa ingatan sejak mengalami dua kemalangan.
Setiap pagi  bangun tidur suaminya akan memberitahunya yang mereka sudah berkahwin.
Nasib baik dapat suami jenis penyabar kalau tak dah lama kena tinggalkan.

Terpaksa di bedah kerana main sms

Posted: 08 Feb 2012 04:15 PM PST

Annie Levitz 16 tahun seorang pelajar di sebuah sekolah Lincolnshire Ilinois A.S bakal menjalani pembedahan di kedua-dua belah pergelangan tangannya kerana dia telah menghantar lebih 100 sms sehari daripada telefon bimbitnya.Dia kehilangan deria rasa di kedua-dua tangannya dan hanya boleh mengangkat barang -barang tertentu sahaja serta terpaksa memakai pendakap tangan. Dia juga di beri suntikan penahan sakit.
Doktor mengatakan dia mengalami sindrom carpal tunnel ,sindrom yang dikaitkan dengan penggunaan komputer yang kerap.

Ijazah Tak Berkat Bahana Jual Diri

Posted: 08 Feb 2012 04:00 PM PST

Ketika rakan sekuliahnya sibuk mengulankaji pelajaran di waktu malam ,dia pila sibuk mencari lelaki hidung belang yang sanggup menyewanya.Ketika itu dia masih menuntut di sebuah IPTA dan sanggup melakukan apa saja termasuk mengadaidiri asal pokket penuh dengan wang ringgit.Dia kadang mampu mendapat sehingga  RM 2000 satu malam.
Tetapi setelah dia bekerja barulah dia sedar bahawa ijazah yang diperolehinya dengan duit haram tidak berkat.Walaupun bergaji RM4000 ada saja masalah dan kesempitan wang.Kenderaan hilang,kenderaan terbakar dan bermacam lagi mala petaka yang menimpanya.
Dia juga mengaku ramai pelajar yang sanggup mengdaikan maruah di untuk memuaskan nafsu dan wang ringgit semasa zaman dia belajar dulu.

(Video) Seorang Pencuri Ditelanjangi Orang Ramai di Jalan Raya Kerana Ragut Beg Seorang Wanita Tua

Posted: 08 Feb 2012 03:45 PM PST

Mungkin ini merupakan hari yang buruk untuk melakukan kejahatan bagi pemuda asal Mexico ini, setelah ia ditelanjangi oleh orang ramai ketika tertangkap ketika cuba meragut beg milik seorang wanita tua.


Pemuda ini ditelanjangi orang ramai kerana cuba meragut beg seorang wanita tua

Orang ramai yang marah bertindak melucuti pakaian sang peragut, hingga sang pemuda ini hanya tinggal stoking kaki saja di jalan yang sibuk.

Ratusan orang yang menyaksikan kejadian ini mencemuh sang peragut, dan melemparinya dengan duit syiling serta botol bekas air mineral,sebelum ia ditahan oleh polis.



Isteri di langgar dengan lori 26 tan

Posted: 08 Feb 2012 03:30 PM PST

Kerana bosan atas sikap cemburu seorang lelaki sanggup melanggar isterinya sendiri dengan lorry seberat 26 tan.
Dalam pemeriksaan polis lelaki itu dalam keadaan mabuk ketika melakukan perlanggaran itu.