Adsense

Khamis, 12 Januari 2012

Zon Artis

Zon Artis


Sah! Ally Iskandar Akan Bernikah Pada 20 Januari 2012

Posted: 11 Jan 2012 05:31 AM PST

GAMBAR PERNIKAHAN ALLY ISKANDAR FARAH LEE

Nyata gosip yang sampai ke telinga kami mengenai Ally Iskandar akan melangsungkan pernikahan dengan Farah Lee pada 20 Januari ini benar apabila Farah Lee sendiri memberikan kepastian tentang pernikahan mereka berdua termasuk tarikhnya sekali.

Farah Lee juga telah menghantar mesej kepada rakan-rakannya menerusi Facebook menjemput mereka hadir ke majlis kesyukuran, doa selamat, tahlil dan majlis pernikahannya dengan Ally Iskandar pada 20 Januari 2012 di kediaman keluarganya di Terengganu.

Turut dimaklumkan yang majlis tersebut akan dibuat secara kecil-kecilan kerana kekangan masa. Farah Lee juga mengatakan tiada kad undangan yang diedarkan disebabkan dia baru sahaja pulang dari Korea dan tidak sempat menempah kad jemputan kahwin.

Dengan ini, sahlah bahawa Ally Iskandar akan menamatkan zaman bujang'nya di usia 36 tahun pada 20 Januari nanti. Tahniah kami ucapkan dan semoga apa yang telah dirancang ini akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNYA. InsyaAllah.

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.

(Gossip) Nasha Aziz Sudah Bernikah Dengan Jejaka Warga Brunei

Posted: 11 Jan 2012 04:02 AM PST

GAMBAR PERNIKAHAN NASHA AZIZ

Straight to the point. Model dan juga pelakon yang boleh dikategorikan terkenal jugalah iaitu Nasha Aziz dikatakan sudah bernikah dengan seorang warga Brunei yang bergelar Haji dan berstatus duda. Malah turut dikatakan bahawa Nasha Aziz dan jejaka warga Brunei itu sudahpun bergelar suami isteri dalam tempoh 5 ke 6 bulan. Lama sudah tu.

Seperti apa yang disampaikan oleh penyampai gosip ini di laman Cari:-

"Correction. The guy yang kahwin Nasha ni ex wife bukan Caucasian hah, mintak ampun. Local woman ex wife p dah lama divorced lah.

"Khabarnya dah 5-6 bulan kahwin. Abis lah tentu wartawan scoop tis news nanti. Ampun lah tuan haji bocor citer kat sini lak,"

Walau bagaimanapun, apa yang dikatakan ini masih boleh dicop sebagai gosip atau dalam erti kata lain, baca boleh percaya jangan kerana tiada sebarang berita sahih mengenai perkara ini keluar di mana-mana akhbar. Jadi, sama-samalah kita nantikan jawapan daripada Nasha Aziz sendiri berhubung gosip ini. Reporter, tunggu apa lagi?

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.