Adsense

Jumaat, 6 Januari 2012

Sensasi

Sensasi


Simple Plan Concert di KL Live 14 Januari 2011

Posted: 06 Jan 2012 09:25 AM PST




Kepada peminat-peminat Simple Plan,jangan lepaskan peluang untuk ke Konsert Simple Plan pada hari Sabtu ini.

The Simple Plan... "Get Your Heart On" Tour Live In Malaysia

Bertempat di KL Live Jalan Sultan Ismail ,Kuala Lumpur pada 14 Januari 2012

Dipersembahkan oleh Tune Talk,dibawakan oleh JS Concert Production dengan kerjasama Fat Boys,Pierre Bouvier dan kumpulan Simple Plan.

Dapatkan ticket anda di Rock Corner ,VictoVictoria Music Centre dan The Guitar Store outlets. Ticket prices are RM258 (Rock Zone), RM188 (Upper Tier) dan RM98 (Free Standing).

untuk maklumat lanjut hubingi Ticketpro Hotline (+603-78807999) atau beli secara online di www.ticketpro.com.my


Jumpa anda disana!!

P/S: beberapa konsert lagi bakal dibawakan oleh Tune Talk tak lama lagi iaitu konsert Avril Lavinge dan Evanescene pada bulan February 2012...kemudian Konsert Jessie J pada 16 March 2012..

Zizan menangis Juliana Evans ke luar negara 2 tahun

Posted: 06 Jan 2012 08:29 AM PST


Hubungan Zizan dan Jue Evans masih lagi menjadi teka teki kerana kedua mereka hanya mengaku berkawan baik tetapi bukan kekasih.

Tapi banyak hint yang kita tengok menunjukkan yang Jue Evans dan Zizan bercinta.Johan sendiri pernah berseloroh dengan bercakap Jue Evans nakkan Zizan.

Kisah terbaru ,juliana Evans melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi massa di University of Michigan di Ameika Syarikat.

Semasa di Lapangan terbang,Jue Evans dihantar oleh keluarganya,teman-teman rapat dan juga Zizan.

Zizan pada mulanya kelihatan menahan sebak namun akhirnya dikatakan menangis kesedihan kerana Jue melanjutkan pelajaran di Us selama 2 tahun.

2 tahun,berjauhan nampaknya Zizan dan Jue Evans..takpe skrg nie ada skype ye boleh jumpa setiap hari melalui video..lagipun zizan duit dah banyak boleh pergi melawat buah hati sambil melancong nanti..hehe

Kim Kardashian pernah curang terhadap bekas Kekasih Reggie, skandal dengan Kanye West?

Posted: 06 Jan 2012 07:59 AM PST


Model dan juga bekas kekasih kepada penyanyi rap Kanye West, Amber Rose telah mendakwa bahawa bintang televisyen realiti terkenal, Kim Kardashian adalah seorang perampas sehingga memusnahkan hubungannya dengan Kanye pada pertengahan 2010.

Dalam satu temubual bersama majalah Star, Amber memberitahu Kim yang ketika itu sedang bercinta dengan teman lelakinya, Reggie Bush, mempunyai hubungan sulit dengan Kanye pada waktu yang sama.

"Dia adalah seorang perampas! Mereka berdua menipu. Mereka berdua menipu terhadap saya dan Reggie."

Malah Amber turut mendakwa Kim seringkali menghantar gambar-gambar seksi kepada Kanye selain daripada menelefon dan menghantar pesanan ringkas.

Amber memberitahu dia pernah meminta penjelasan kepada sosialit berusia 31 tahun itu melalui emel tetapi tidak dibalas.

"Saya ingatkan dia akan berani untuk memberi respon kepada saya. Malangnya tidak.

"Ianya sangat penting untuk kaum wanita sentiasa bersama dan tidak menikam belakang antara satu sama lain seperti itu."

Walaubagaimanapun sebelum Kim menegaskan hubungannya dengan Kanye tidak lebih sebagai rakan kerana sudah mengenali sejak beberapa tahun lalu.

Kanye pernah muncul dalam musim pertama program televisyen realiti Kim, "Kourtney & Kim Take New York" tahun lalu.


Amber Rose bersama Kanye West.
Kim Kardashian bersama bekas teman
lelakinya, Reggie Bush.

Wajah-Wajah Rozita Che Wan dulu dan sekarang..

Posted: 06 Jan 2012 07:26 AM PST


Biasa lah bila ada selebriti yang nampak cantik sikit,pasti ada yang meragui keaslian wajahnya.
Rozita Che Wan kini berusia 38 tahun,masih lagi cantik jelita ,sering dikaitkan dengan jejaka muda.

Rozita kini bertstaus janda dan mempunyai dua orang anak lelaki yang masih bersekolah.Terbaru khabarnya Rozita sedang bercinta dengan Zain,anak-anak Rozita juga rapat dengan Zain Saidin ,adik kepada Sasha Elite .

Dulu Zain pernah memberitahu dia minatkan Rozita,so skrg dah dapat bercinta,okey lah tue..hehe..cinta tak mengenal umur?

Rozita memang semulajadi cantik semenjak remaja lagi..kat Cover Majalah Remaja nie,Rozita berusia 19 tahun..

Rozita juga dulu pernah menjadi Miss Malaysia,tahun bila sensasi tak sure...Selain Rozita Vanidah Imran juga pernah menjadi Miss Malaysia.



Perbezaan wajah Rozita ketika memakai tudung dalam gambar dibawah ,dengan wajah sekarang,mungkinkah kerana mekap?

Sensasi tengok Lipstik yang dipakai kat gambar bertudung bawah nie,macam terlebih dari bibir,lepas tue kening dilukis dengan tipis ,dan juga takda bulu mata palsu,mata Rozita kelihatan kurang galak.hehe..

Mungkin Rozita juga agak berisi kot masa nie..nampak wajah chubby.

Di bawah nie pula gambar terbaru Rozita bertudung..bulu mata palsu dah mula dipakai Rozita untuk mencantikkan dan menggalakkan matanya.Wajah Rozita juga kelihatan lebih tirus.





Apapun,bagi Sensasi Rozita sebenarnya memang cantik orangnya,tapi biasalah bila dah jadi artis mestilah nak tambah cantik lagi,melakukan rawatan itu dan ini .Umur dah 38 masih kekal jelita dan mampu mencairkan banyak hati jejaka muda..

Hafiz akui banyak kontroversi meretakkan hubungannya dengan Adira, pernah pukul Pengkid

Posted: 06 Jan 2012 06:45 AM PST

Hafiz dan Adira telah putus cinta beberapa bulan yang lalu,namun menurut hafiz bukanlahj kerana orang ketiga.Mereka berdua gagal mengenali hati budi masing-masing dan kontroversi lepas kedua mereka mengeruhkan lagi perhubungan yang terjalin setahun.

Dari beberapa sumber sensasi dengar Adira yang mintak putus,dan akhirnya Hafiz hanya akur dengan kehendak Adira .



"Hubungan kami yang dibina hampir setahun retak disebabkan beberapa isu kontroversi yang membabitkan kami sebelum ini yang secara langsung mengganggu karier masing-masing," ujar Hafiz ketika ditemui pada sidang media Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) di Bentley Music Auditorium, petang semalam.

Menafikan kehadiran pihak ketiga, Hafiz turut menyatakan keputusan untuk berpisah diambil selepas masing-masing mahu lebih fokus kepada karier yang baru beberapa tahun dibina dan mereka kini kekal berkawan baik.

"Banyak kontroversi yang melanda kami, keadaan tersebut telah memberi impak negatif kepada hubungan kami," jelas jejaka kelahiran bumi Kenyalang ini lagi.

Sebelum ini, Hafiz menggemparkan dunia hiburan apabila dilaporkan bertindak kasar ke atas seorang wanita dipercayai pengkid yang bekerja sebagai pengurus pentas ketika rakaman sebuah program hiburan selepas berang dan cemburu apabila mengetahui wanita tersebut cuba menjalinkan hubungan sejenis dengan Adira.

Gambar Terbaru Leia Rose Caunter Nasaruddin

Posted: 06 Jan 2012 06:11 AM PST




Comelnyer baby Leai Rose Caunter,anak kepada pasangan Marion Rose Caunter dan SM Nasaruddin..

wajahnya banyak ikut muka daddy dier kot..kene tunggu dah besar sikit baru boleh nampak..

Ada setengah baby masa kecik muka emak bila besar sikit ikut muka bapak..