Adsense

Isnin, 9 Januari 2012

Celebrity News

Celebrity News


Diana Rafar Kembali Setelah Beberapa Tahun Menghilang

Posted: 09 Jan 2012 08:40 AM PST

Setelah beberapa tahun menyepikan diri daripada dunia hiburan, kini Diana kembali menjadi penyinar kepada industri seni di Malaysia khasnya. Menurut info beliau menyepikan diri kerana ingin menumpukan perhatian kepada keluarga terutamanya anak beliau Kashfi Haikal yang kini berusia dua tahun tiga bulan.

Dan berikut beberapa jawapan beliau apabila ditanya tentang kemunculannya semula dalam arena industri hiburan :
"Saya memang tidak aktif sepanjang tahun lalu kerana sibuk menumpukan perhatian pada anak yang sedang membesar dan menguruskan spa yang semakin berkembang. 
"Kalau ada pun saya menerima beberapa tawaran lakonan, saya tidak terlibat dengan penggambaran yang mengambil masa panjang di lokasi demi anak, keluarga dan bisnes," katanya.

Diana mendirikan rumah tangga bersama aktor Zamarul Hisham, 41, pada 16 Mei 2009 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Diana berkata keputusan untuk kembali aktif itu tercetus selepas dia merasakan pengurusan keluarga dan perniagaannya sudah berada pada tahap yang lebih stabil dan lancar.Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Video DSAI di Perhimpunan 901 | Letupan Bom Semasa 901

Posted: 09 Jan 2012 07:59 AM PST

ZoOM rasa lega juga sebab tidak ada perkara buruk yang berlaku walaupun ada beberapa letupan yang mengejutkan orang ramai semasa perhimpunan 901. Dan berikut beberapa video semasa perhimpunan 901 hari ini yang menjadi tajuk utama di kaca TV, dan sudah pasti ia akan menghiasi muka depan surat khabar esok hari.
Bekas Menteri Perak Berucap

Video Daripada Atas Bumbung Mahkamah

Letupan Bom yang tidak melibatkan nyawa semasa menunggu keputusan Mahkamah

Lagi Video Letupan Yang Mengakibatkan Kerosakan beberapa kereta dan 2 motor

Insiden Tolak Menolak Berlaku

PERKASA membuat lapuran polis kerana membenarkan 901


ZoOM : APa Kata Anda Yang Menonton dan yang mengikuti perkembangan 901.
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Keputusan Kes Liwat Anwar Ibrahim - Tidak didapati Bersalah

Posted: 08 Jan 2012 09:11 PM PST

BEBAS - TIDAK DIDAPATI BERSALAH
KUALA LUMPUR 9 Jan. – Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, keputusan melepas dan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mahkamah hari ini mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau hampir empat tahun lalu. – UTUSAN



ZoOM : Alhamdulillah jalan tak JEMM hari ni, dan perhimpunan 901 nampaknya berjalan dengan lancar walaupun menurut info ada beberapa letupan (Mercun kot).

APA KATA ANDA ?
 
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!