Adsense

Jumaat, 13 Januari 2012

borak kosong

borak kosong


Chimpanze Nakal yang Mengintip Dibalik Tshirt Seorang Wanita

Posted: 13 Jan 2012 09:00 PM PST


Seekor chimpanze nakal ini tidak dapat menahan rasa keingintahuannya, dan dengan cepatnya mengintip dibalik tshirt penjaganya saat wanita tersebut sedang memeluknya erat-erat.
Primata berumur dua tahun ini tak melepaskan pandangannya ke arah belahan dada sang penjaga setelah menggunakan jari telunjuknya untuk menarik t-shirt hijau wanita tersebut.





Momen in berhasil diabadikan oleh fotografer Cyril Ruoso saat berada di Pandrillus Drill Sanctuary, Nigeria.
"Ini adalah sebuah foto yang lucu, menunjukkan sikap seekor chimpanze, dan itu adalah pertama kalinya saya mengambil gambar yang secara jelas menunjukkan perilaku semacam ini." kata  fotografer berusia 41 tahun dari Burgundy, Perancis, tersebut.

Gilalah sekolah ni...buat 19 bonggol depan pintu masuk sekolah

Posted: 13 Jan 2012 08:00 PM PST


Sekolah yang satu ini benar-benar sangat serius dalam menangangni  masalah keselamatan para pelajarnya dengan membuat 19 buah bonggol  diluar pintu masuk mereka.
Sebuah sekolah di Qingdao, Shandong, China, awalnya hanya memasang dua buah penghambat kecepatan didepan gerbang masuk mereka, namun disarankan untuk menambah 17 buah lagi untuk berjaga-jaga.





Bonggol-bonggol berwarna kuning dan hitam dengan biaya 20.000 Yuan  ini, telah dipasang di dalam dan luar gerbang dengan jarak sekitar 20 meter.
Mail Online menulis bahawa pihak pengawal keselamatan mengatakan bahawa ke-19 bonggol ini dipasang November lalu, kerana adajalan menurun tepat di luar gerbang atau pintu masuk.





"Selama hari-hari bersalji pada musim dingin, kawasan pintu masuk  menjadi sangat licin sehingga sekolah melabur sebanyak 20.000 Yuan, untuk memasang penghambat kecepatan ini," kata salah seorang keamanan.
Tujuan pembuatannya ini adalah untuk menghentikan orang-orang tergelincir dan memperlahankan kendaraan masuk dan keluar dari sekolah.


Parah...Bahana suntikan uri kambing kerana mahu cantik

Posted: 13 Jan 2012 07:00 PM PST


KUALA LUMPUR - Impian seorang pengurus akaun sebuah syarikat yang mahu kulitnya sehalus kulit bayi bukan saja tidak menjadi malah wanita itu terpaksa menanggung sakit sehingga meninggalkan parut pada punggung kanannya.
Bukan sekadar itu, mangsa Mandy Chong, 35, juga merasa tertipu kerana dalam tempoh menerima rawatan kecantikan itu dia terpaksa mengeluarkan perbelanjaan besar lebih RM15,000.
Kos tersebut termasuk kos dua kali pembedahan bagi membuang ketulan kesan suntikan plasenta (uri) kambing biri-biri dan membeli ubat-ubatan bagi menghilangkan rasa sakit dan memulihkan jangkitan kuman dalam sel kulit punggung Mandy di sebuah hospital swasta.
Rawatan kosmetik menggunakan kaedah menyuntik formula uri kambing biri-biri dilakukan Mandy di sebuah pusat kecantikan di Kota Damansara di sini bermula 15 Mei 2011 sebelum menyedari kesan buruk akibat suntikan itu pada 5 Ogos 2011.
Mengimbas sebelum kejadian, Mandy berkata, dia yang mahu kulit halus mula terpengaruh untuk melakukan rawatan mencantikkan kulit dengan pakej suntikan uri kambing biri-biri ketika mengunjungi pameran di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.
Produk uri kambing biri-biri itu didakwa dari New Zealand.
Selepas mengunjungi pusat kosmetik itu, Mandy yang berunding dengan seorang pakar kecantikan di situ ditawarkan supaya melakukan suntikan uri kambing biri-biri bagi mendapat kulit yang mulus.
Katanya, dia yang teruja kerana bakal mendapat kulit cantik bersetuju menandatangani satu dokumen sebagai tanda setuju dengan terma rawatan sebelum membayar RM8,180 bagi keseluruhan proses menyuntik uri kambing biri-biri.
sumber : kosmo online

Kerana kedegilan wanita ini berjaya hidup lebih lama

Posted: 13 Jan 2012 06:00 PM PST


LONDON: Ketika Katie Newell berusia 15 bulan, dia didapati menghidap penyakit berpunca daripada ketumbuhan di bahagian atas tubuhnya.
Keadaan itu menyebabkan Katie tidak mampu makan atau minum dengan sempurna, manakala ibu bapanya diberitahu, kanak-kanak itu mungkin tidak dapat hidup lebih daripada lima tahun.

Bagaimanapun, keberanian Katie membolehkan dirinya mengatasi masalah itu dan selepas menjalani beberapa pembedahan di Amerika Syarikat, dia baru saja meraikan ulang tahun kelahiran ke-18.


Bercakap dalam rancangan This Morning terbitan ITV semalam, remaja dari Chelmsford itu berkata, zaman kanak-kanaknya sangat sukar kerana menghidap neurofibromatosis yang menyebabkan tumbesarannya terganggu.

"Sukar bagi saya kerana semua kanak-kanak akan berbisik-bisik mengenai saya di jalanan," katanya.


Menurut Katie, ketumbuhan berhampiran paru-paru paling menyulitkannya, sehingga dia akan kepenatan hanya selepas berjalan atau menaiki tangga.




Kadang-kadang, katanya, keadaan dirinya menimbulkan ketakutan kepadanya.

"Seperti ketika berusia 14 tahun, saya diberitahu mungkin akan mati akibat pembedahan membuang ketumbuhan itu," katanya.


Neurofibromatosis adalah kecacatan genetik yang menyebabkan ketumbuhan dan menjejaskan sistem saraf. Biasanya ia tidak berbentuk kanser tetapi boleh menekan organ seperti paru-paru serta menjadikan penghidapnya pekak.

Doktor lazimnya hanya akan membuang ketumbuhan itu jika ia mengancam nyawa pesakit.


Bagaimanapun, kadang-kadang ketumbuhan itu boleh berulang selepas dibuang.


Ibu Katie, Vanessa, berkata selepas anaknya melepasi usia lima tahun, dia memutuskan untuk melakukan sesuatu.


Mengaku turut mengalami neurofibromatosis ringan, Vanessa berkata, dia tidak mahu sekadar berdiam diri dan membiarkan Katie meninggal dunia akibat penyakit itu.


"Justeru, kami mengumpul wang dan pergi ke AS untuk menjalani pembedahan di sana.


"Walaupun mereka memberitahu ada risiko untuk mati, pakar di situ juga memberi kami pilihan," katanya.


Menurut Vanessa, mereka "bernasib baik" kerana Katie remaja yang "degil." Menurut Vanessa, Katie sedar dia perlukan bantuan berbanding kanak-kanak sebayanya yang lain.


"Ketika kanak-kanak lain ke kedai, Katie menunggu teksi untuk membawanya pulang," katanya.


Bagaimanapun, penerima dua anugerah kepujian kanak-kanak itu bertekad mahu meneruskan pembelajarannya dan menjadi penulis.


Kata Vanessa, bagi Katie, penyakit itu tidak pernah melemahkan semangatnya.


"Katie selalu berkata: Saya ada neurofibromatosis tetapi neurobiromatosis tidak akan menewaskan saya," katanya. - DM



sumber : myMetro

Kesian..kakak ni kena nikah 'orkestra'

Posted: 13 Jan 2012 05:00 PM PST


KUALA LUMPUR: Seorang isteri kedua menjadi mangsa 'pernikahan orkestra' yang dirancang dengan sempurna oleh suaminya termasuk majlis kenduri, sebelum dia digantung tidak bertali sejak lima tahun lalu.
Wanita berusia 31 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Farah berkata, sebelum berkahwin mereka berdepan masalah kerana suaminya tidak mendapat persetujuan isteri pertama.
"Jadi, perkahwinan kami tertangguh hampir setahun. Namun, tiba-tiba muncul seorang lelaki dan memberitahu dia mengenali jurunikah yang boleh menikahkan kami biarpun tanpa keizinan isteri pertama.

"Kami bernikah pada pertengahan 2007 dengan jurunikah dan saksi disediakan kawan suami saya dan majlis berlangsung meriah siap dengan kenduri," katanya.



Bagaimanapun, kata Farah, tembelang suaminya menggunakan sindiket jurunikah palsu untuk urusan perkahwinan itu terbongkar selepas dua bulan berkahwin apabila dia mendapat tahu suaminya mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.

Remaja 15 tahun dijual rakan untuk melacur

Posted: 13 Jan 2012 04:37 PM PST


KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dia bukan saja 'dijual' rakan baiknya, malah dipaksa melacur sejak empat bulan lalu.
Jika mangsa enggan melakukan perbuatan keji itu, dia akan dipukul ibu ayam berusia awal 40-an selain dikurung dan tidak diberi makan serta minum.

Mangsa yang tidak tahan menanggung derita seksaan itu terpaksa akur arahan sindiket pelacuran terbabit selain menanti peluang melarikan diri.

Remaja itu mendakwa dia dibawa ke hotel di seluruh negara mengikut permintaan pelanggan selain dibayar RM200 hingga RM500 mengikut perkhidmatan diberikannya. Selain hotel di ibu kota, mangsa pernah dibawa ke hotel di Pulau Pinang, Genting Highlands dan Johor, oleh sindiket pelacuran yang mengawasi setiap pergerakannya.

Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri daripada sindiket pelacuran itu pada jam 7 pagi, 8 Januari lalu, sebelum membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini, Rabu lalu.

Menceritakan semula kejadian berkenaan, sumber polis berkata, mangsa yang berasal dari Melaka meninggalkan rumahnya pada jam 8 malam, 18 Ogos tahun lalu, selepas diperdaya rakan perempuannya untuk ke ibu kota.


"Rakan baik mangsa yang berusia 20-an menawarkan pekerjaan kepada mangsa selain berjanji mengahwinkannya.

"Lelaki yang dijanjikan untuk dikahwinkan dengan mangsa dikenali mangsa kerana mereka pernah berjumpa pada majlis kenduri di Ayer Keroh, Melaka, Ogos tahun lalu," katanya. Menurutnya, mangsa kemudian dibawa menaiki sebuah Proton Wira bersama lima wanita lain yang tidak dikenali.

"Mangsa dan beberapa wanita itu dihantar ke sebuah flet di Damansara Damai. Tiga hari kemudian, mangsa dibawa ke sebuah hotel di Jalan Ipoh sebelum diarahkan melacur.

"Tersentak dengan itu, mangsa berkeras dan cuba melawan menyebabkan dia dipukul seorang wanita dipercayai ibu ayam. Dia juga tidak diberi makanan mahupun minuman," katanya.

Sumber itu berkata, difahamkan, selepas dua kali cubaan melarikan diri gagal, remaja terbabit mencuba sekali lagi pada 8 Januari lalu dan berjaya.

Katanya, mangsa membuat laporan polis mengenai nasib itu dan difahamkan, dia kini berlindung di rumah keluarganya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, ketika dihubungi mengesahkan tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan membabitkan kes berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang 2007.

sumber : myMetro

Artis Hong Kong Tersiksa Batin kerana Disiksa Ahli Politik

Posted: 13 Jan 2012 03:00 PM PST


HONG KONG- Artis Jessica Hsuan membuat pengakuan yang mengejutkan banyak pihak. Dia mengatakan, bahawa keluarganya mengalami penyiksaan oleh tokoh politik China.
  
 Saat terlibat dalam opera sabun Xiangzi, Jessica juga mengaku merupakan masa kariernya yang paling sulit. Di mana dia mengalami keadaan yang tidak menyenangkan.
  
 "Saya selalu dipaksa untuk datang di jamuan makan malam dengan para tokoh, dan pemimpin Parti Komunis. Dan saya tidak dibayar," keluh Jessica, seperti dinukil Tianjinwe, Jumaat (13/1/2012).
  
 Yang paling menyakitkan, Jessica merasa tersiksa dengan pelecehan yang menimpa keluarganya.
  
 "Keluargaku dianggap pendusta. Dan mereka juga tidak dihargai," tegasnya.
(efi)

Kerana duit.. Perempuan Ini Lelong Punggungnya untuk Ditato

Posted: 13 Jan 2012 09:00 AM PST


WELLINGTON - Seorang perempuan New Zealand bersedia melakukan apapun untuk mendapatkan wang. Perempuan itu bahkan melelong punggungnya agar para pelukis tato menjadikan punggung tersebut sebagai media berkreasi. 


Tina Beznec mengaku dirinya memerlukan wang, setelah dia kehabisan wang miliknya selama beberapa tahun terakhir. Perempuan berusia 23 tahun itu pun dikatakan bankrup dan tidak mampu membayar hutangnya.


Sedar dirinya tidak memiliki skill , Beznec pun memutuskan untuk melelong punggungnya di internet. Dia pun membuat sesi lelong internet yang diberi judul "Your Tattoo on my Bum" .


Seperti dilapor AFP, Jumaat (13/1/2012), Beznec pun memastikan siapapun pemenang lelong ini berhak menggambar tato apapun di punggungnya.


Lelong tersebut mulai menunjukan hasil. Dalam waktu 24 jam, lelong yang diajukan Beznec telah menghasilkan tawaran hingga mencapai 10 dolar New Zealand.

Lawak..budak kecik 6 tahun disaman polis kerana motor mainannya melanggar sebuah kereta mewah

Posted: 13 Jan 2012 08:00 AM PST




CIUDAD JUAREZ - Menghairankan melihat karenah pihak polis Mexico. Hanya kerana seorang anak kecil enam tahun melangggar motor mainannya ke arah sebuah kereta mewah,kanak-kanak tersebut di saman. 


Tentunya perilaku pihak polis ini mengundang pertanyaan dari banyak pihak. Terlebih lagi  motor mainan tersebut juga turut disita oleh polis. Demikian diberitakan Reuters, Jumaat (13/1/2012).


Selain dikenai saman dan penyitaan atas  motor mainan, orangtua dari kanak-kanak bernama Gael ini harus membayar denda sebanyak US183. 


Ibu kanak-kanak tersebut, Karla Noriega, sepertinya tidak tahan dengan keputusan dari pihak polis tersebut. Noriega pada akhirnya memutuskan untuk membawa kes ini ke media.


Setelah kes ini dimuat di media Mexico, pihak berwenang setempat pun membatalkan denda serta saman kepada kanak-kanak malang itu. Sementara  motor mainan miliknya pun dikembalikan kepada orangtua Gael.
(faj)

Lelaki ini ditangkap kerana melakukan perbuatan tak senonoh dengan anjing jirannya di caravan

Posted: 13 Jan 2012 07:00 AM PST



Ray Lynn Mitcham Jr ditangkap oleh pihak berwajib di Cumberland County, North Carolina, pada Isnin (09/01) setelah tetangganya mengatakan  bahawa ia melihat Mitcham berhubungan seks dengan anjing peliharaannya.


Lelaki  berusia 33 tahun dari Linden, North Carolina ini didakwa dengan kejahatan terhadap haiwan. Dia akan tampil di hadapan hakim di penjara county pada 9 Januari dan dibebaskan dengan wang jaminan 5.000 dolar.


Debbie Tanna Dari Pejabat Sheriff Cumberland County mengatakan bahawa insiden tersebut terjadi 2 Januari lalu, dimana tetangga Mitcham, yang juga merupakan pemilik tanah yang ditinggalinya, membuka pintu caravan dan melihat lelaki tersebut berhubungan seks dengan anjingnya.


Sang anjing, kemudian dibawa ke Cumberland County Animal Control, dimana doktor haiwan mengambil sampel DNA yang menurut Tanna sesuai dengan Mitcham.


"Tidak mungkin dia bioleh mengelak dari bukti ini," kata Tanna kepada Associated Press yang dikutip huffingtonpost.


Dr John Lauby, direktur Cumberland County Animal Control, mengatakan bahawa pemeriksaan menunjukkan tidak ada cedera fizik pada anjing tersebut

Iklan Menyentuh Hati Dari Toshiba [Video]

Posted: 13 Jan 2012 06:00 AM PST


Jarang sekali ada iklan yang mampu menyentuh hati penontonnya seperti iklan mentol lampu LED dari Toshiba ini. Meskipun iklan ini untuk Jepun, penonton pasti mengerti pesan apa yang ingin disampaikan.





klan di atas menunjukan sebuah drama singkat yang terjadi kepada dua sejoli. Momen-momen indah mereka semenjak bercinta, menikah, hingga berkeluarga diperlihatkan melalui saat yang berasal hanya dari sebuah bola lampu.

 Iklan ini bermaksud menunjukan kekuatan bohlam LED milik Toshiba, dimana mereka mengatakan dapat bertahan  hingga 10 tahun ke depan.

 Iklan tersebut mendapat sambutan penduduk Jepun. Dan videonya yang diupload ke YouTube juga mendapat sambutan hangat dari pengguna YouTube seluruh dunia.



sumber: rocketnews

[Kreatif] Ketika Pekerja Bosan di Pejabat,Melukis Di Kaca Jendela

Posted: 13 Jan 2012 05:00 AM PST

Karya Ini Terjadi kerana kebosanan seseorang pekerja yang kerja di pejabat,dan akhirnya dia mempunyai idea melukis atau menggambar di Kaca Jendela








Trend Fashion Wanita Yang Dibenci Lelaki

Posted: 13 Jan 2012 04:00 AM PST

Majoriti lelaki  bukanlah sahabat terbaik untuk memberikan idea atau kritik tentang cara berpakaian. Jika tidak percaya, tanyakan saja bagaimana penampilan Anda hari ini atau bagaimana kasut baru Anda menurut mereka.. Kami pastikan hampir semua menjawab "Ok!", "Kasutmu bagus," atau  "Kasutmu aneh," tetapi mereka tidak akan boleh memberi alasan kenapa memberi pendapat kasut Anda buruk. 


 Berbeza dengan sahabat wanita Anda, mereka selalu boleh memberi kritik dan idea yang bagus tentang penampilan Anda. Mereka boleh menjelaskan kenapa kasut ini sesuai untuk Anda, mana yang tidak sesuai, entah warnanya, model atau bahannya yang tidak ok dengan kulit Anda ,kerana itu kita lebih memilih sahabat wanita saat membeli berbagai fashion . Tetapi, lelaki tidak seburuk itu mengenai fashion. Mereka boleh mungkin tidak dapat menjawab panjang lebar 'mengapa' tetapi inilah  trend fashion yang digilai wanita tetapi jelek di mata para lelaki.


 1. Ugg


Kasut ini mirip dengan boot dan para lelaki membencinya kerana terlihat sangat berat dan tidak nyaman dipakai para wanita.


 2. Sesuatu Dengan Warna Neon


 Memakai gelang warna-warna neon masih dimaafkan, tetapi jika Anda memakai atasan atau bawahan warna neon, bagi para lelaki.,Anda benar-benar nampak seperti lampu berjalan.


 3. Kacamata Hitam Besar


 Memakainya akan membuat seseorang merasa bagai selebriti terkenal. Sayang ramai lelaki tak menyukainya entah dengan alasan apa. Mungkin.. keranana kacamata itu menyembunyikan mata Anda.


 4. Jegging


 Bentuknya mirip legging, hanya saja memiliki motif jeans. Bagi beberapa pria, wanita yang memakai jegging nampak aneh dan bodoh.


 5. Seluar Harem


 Tak semua wanita sesuai memakai seluar jenis ini, tetapi majoriti lelaki nyata juga tak menyukainya. Alasan mereka? Bentuknya membuat tubuh wanita nampak aneh.


 6. Skinny Jeans


 Ini agak mengejutkan, ternyata ramai lelaki yang tidak menyukai wanita yang memakai skinny jeans. Alasan mereka.. seluar ini memang bagus dipakai sesekali, tetapi jika dipakai terlalu sering, imajinasi mereka akan bentuk tubuh Anda menjadi loya kerana terlalu sering melihatnya tercetak sempurna pada skinny jeans.


7 . Gladiator Shoes


 Alasan para lelaki membenci kasut ini cukup aneh: sulit memakainya dan buang-buang waktu. Hmm.. sepertinya para lelaki tidak tahu cara memakai gladiator.


   Sumber : http://www.vemale.com/relationship

Video Lucu Saat Bayi Merasai Lemon Untuk Pertama Kalinya

Posted: 13 Jan 2012 03:00 AM PST


Ketika bayi J menrasai lemon untuk pertama kalinya, ia langsung menyedari bahawa tidak semua di dunia ini adalah manis.


Namun, yang membuat video ini begitu lucu adalah ekspresi bayi J yang diantara benci dan suka pada waktu menghisap lemon tersebut.

citrus babybayi makan lemon


Sejak diposting di YouTube pada hari Isnin (09/01) video ini telah ditonton lebih dari 87.000 kali.



Wanita Habiskan 50 ribu dolar Guna Mengklon Anjingnya yang Mati

Posted: 13 Jan 2012 02:00 AM PST



Terkadang sulit untuk menerima kenyataan ketika haiwan peliharaan kesayangan kita mati, dan itulah yang dialami oleh Danielle Tarantola ketika anjing peliharaannya Trouble mati tiga tahun yang lalu.
Namun, kerana cintanya yang begitu besar pada terhadap anjing peliharaannya tersebut, wanita dari New Yor, Amerika Syarikat (AS) ini rela mengeluarkan wang 50 ribu dolar untuk memiliki peliharaan yang sama, dengan mengklon DNA Trouble.




Akhirnya, ia pun memiliki anjing yang sama dengan sebelumnya yang ia beri nama 'Double Trouble' setelah menghubungi satu-satunya perusahaan klon haiwan di dunia yang terletak di Korea Selatan.
"Saya benar-benar tidak dapat membezakan mereka. Begitu banyak gerak dan cara mereka bermain yang sama." tutur Danielle tentang anjing barunya itu.


Beberapa bulan lalu,bekas pekerja di Wall Street tersebut mendapat panggilan telefon dari para ilmuwan perusahaan yang memberitahukan bahawa anjing betina pengganti pembawa embrio yang dikembangkan dari DNA Trouble telah berhasil hamil. Dan beberapa minggu kemudian, Danielle menyaksikan kelahiran Double Trouble dengan webcam dari rumahnya di Amerika Syarikat.






Diketahui, Danielle begitu sedih ketika ia kehilangan Trouble, anjing yang dimilikinya sejak masih berumur 18 tahun, saat ia mati tiga tahun yang lalu.
"Dia seperti anak bagi saya, aku memperlakukan dia lebih baik daripada kebanyakan orang memperlakukan anak-anak mereka." tutur Danielle yang dikutip Mail Online.


Danielle bahkan mendandani anjingnya dengan kostum-kostum rumit termasuk tuksedo saat hari pernikahannya, dan memiliki potret besar Trouble dilukis di dinding rumahnya.




Remaja minum minyak selama 5 tahun semata-mata nak jadi robot Tranformers

Posted: 13 Jan 2012 01:00 AM PST


Entah apa yang merasuki remaja China berusia 14 tahun ini, nekad meminum minyak selama kurun waktu 5 tahun demi menjadi robot transformers.Remaja laki-laki dari kota Yibin tersebut meminum minyak untuk mendapatkan energi dan menjadi "gagah berani" seperti Optimus Prime, tokoh dalam film animasi yang ditontonnya, seperti diberitakan oleh harianShanghai Daily

Anak laki-laki tersebut mulai meminum bensin sejak tahun 2004 ketika ibu anak tersebut mulai membuka sebuah warung. "Dia mulai minum minyak lima tahun lalu, ketika kami temukan jika dia ternyata menyukai bau bahan bakar ringan," kata ayah remaja tersebut. 

"Kami menemukan beberapa kali minyak dalam tangki motor kami sering habis, dan satu hari sesudahnya kami menemukan anak kami yang mabuk dengan setengah sebotol bensin hasil curian dari  motor."

Bukan itu saja efeknya, remaja  tersebut juga mengalami penurunan tingkat intlejensia secara progresif gara-gara ingin meniru sang pahlawan idolanya tersebut.

"Sejak anak saya mulai minum bensin, IQ-nya terus menurun t dan sekarang ia tidak dapat mengerjakan soal penambahan dan pengurangan sederhana. Sebelum itu, dia adalah seorang anak laki-laki sangat cerdas, dan ia bahkan dapat memperbaiki televisyen. Tetapi sekarang bahkan dia tidak mengetahui jawaban dari 7 tambah 17, " kata orang tuanya.

Orang tua remaja tersebut kemudian membawanya ke hospital setempat di mana ternyata kemudian remaja tersebut didiagnosis mengalami kekacauan mental (mental disorder) yang kuat serta "ketergantungan minyak". 

Menurut Dr Peng Houquan, dalam minyak terdapat material timah dan timbal yang dapat merosak otak. 

Untungnya jadi perempuan ni

Posted: 13 Jan 2012 12:00 AM PST




serba-serbi di manjakan..sampaikan dua orang sekali mengasihinya

Cara bijak sipencuri TV LG Plasma TV 42-inch

Posted: 12 Jan 2012 11:00 PM PST

Saksikan cara bijak lelaki ini mencuri TV plasma



Mahukah perut hamil isteri anda dibuat begini?

Posted: 12 Jan 2012 10:00 PM PST