Nuffnang

Berita Harian: Hip

sumber :-

Berita Harian: Hip


Cinta terhalang

Posted: 13 Jan 2012 04:48 PM PST

Hip

Hasrat JUPE kahwini bintang bola sepak Argentina tak direstui keluarga

TRAUMA kehidupan silam ibunya membuatkan artis jolokan simbol seks Asia, Julia Perez atau Jupe, 31, tersepit. Ibunya pernah berhadapan dengan sejarah hitam apabila hubungan cintanya dihalang orang tua. Malah, lebih teruk ibunya hamil dan ditinggalkan terkontang-kanting oleh si kekasih.

Dan sejarah kelam ibunya menjadi tempias kepada hubungan Jupe dengan kekasihnya, bintang bola sepak kelahiran Argentina dari Kelab Persiba di Indonesia, Gaston Castano, 26. Hubungan mereka mendapat bantahan hebat kerana ibunya tidak mahu Jupe menerima nasib yang sama sepertinya.

Ketika ini, pelakon, penyanyi, penyampai dan model sensasi Indonesia itu buntu memikirkannya. Januari ini bakal menentukan apakah perancangan Jupe dan Gaston untuk mendirikan rumah tangga menjadi kenyataan. Dek kerana berbeza agama dan budaya, mereka berkemungkinan berkahwin di Australia, manakala majlis resepsi akan berlangsung di Bali, Indonesia. Bagaimanapun, sehingga saat ini, Jupe masih berusaha memujuk hati ibunya. Jupe atau nama sebenarnya, Yuli Rachmawati, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang model, Damien Perez di Perancis pada 7 Oktober 2002. Namun rumah tangga yang dibina atas dasar cinta bergolak dan berakhir dengan perceraian pada 2009.

"Usia saya sudah menginjak 31 tahun. Saya berharap dapat berkahwin dan menimang cahaya mata segera. Namun, sayangnya trauma pada masa silam menyebabkan Mama enggan memberikan restu.

"Dua adik saya sudah memiliki cahaya mata. Tapi, tujuan utama saya berkahwin bukanlah mahu menimang anak semata-mata. Saya amat menyintai Gaston. Dan dengan perasaan cinta yang mendalam ini, sudah tentu saya mahukan zuriat untuk mengikat cinta, kasih dan sayang antara kami.

"Saya faham perasaan Mama. Beliau trauma dengan apa yang berlaku pada dirinya dulu. Bagi saya, kita seharusnya bersedia menghadapi apa juga risiko dalam kehidupan. Saya tidak peduli biarpun bergelar janda berkali-kali dalam hidup.
"Apa yang ditanya Allah SWT bukanlah gelaran janda berkali-kali tapi amal ibadat. Selain trauma, Mama juga tidak merestui hubungan kami kerana perbezaan agama. Terlalu sulit untuk membuka mulut memperkatakan soal ini. Saya hanya berserah. Gaston masih belum bersedia menukar agama.

"Setiap saat saya berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT. Kalau sudah jadi begini, pada siapa saya mahu meminta? Saya sedang berusaha mendapatkan jodoh, saya sedang berjuang, saya tidak henti-henti meminta restu Allah SWT.

"Dan restu orang tua, itulah yang paling utama. Bagaimanapun, cuma Allah SWT yang bisa membalikkan hati manusia. Bagi saya, perbezaan agama bukan halangan besar. Saya punya cinta. Saya punya keyakinan untuk membawanya ke syurga.

"Saya berharap perbezaan agama ini tidak memisahkan kami. Saya sudah merawat cinta ini dan akan memperjuangkannya. Allah sangat mencintai pernikahan atas nama cinta," katanya yang sudah membintangi 19 filem.

Jupe, keturunan Sunda-Betawi tidak menafikan ramai peminat tidak bersetuju dengan perkahwinan ini. "Peminat bilang jangan kerana berbeza agama. Semua menentang pernikahan ini termasuk Mama dan Habib. Tapi, saya sudah pupuk cinta ini sejak sekian lama.

"Saya akui melalui detik sukar sejak awal berpacaran lagi. Bagaimanapun, saya dan Gaston berusaha melalui rintangannya. Kami saling mencintai. Kerana cinta yang kuat membuatkan kami bersedia berdepan dengan apa juga halangan. Kami yakin akan beroleh bahagia seperti pasangan lain," katanya.

Sungguhpun belum mendapat restu ibu bapanya, Jupe tetap membuat persiapan perkahwinan. Ketika ini, Jupe mempersiapkan urusan perkahwinan. Namun, terbit sedikit keanehan pada dirinya apabila melihat data peribadi di daerah tempat tinggalnya di Kelurahan Cijantung. Di situ, tertulis dirinya sudah bernikah. Sebelum ini, pernikahan dan perceraiannya dengan Damien Perez tidak pernah didaftarkan di Indonesia.

"Saya mahu minta surat pengesahan dari daerah tempat tinggal. Tapi, saya terkejut apabila status yang ditulis berkahwin. Saya belum pernah bernikah di Indonesia. Mengikut undang-undang Indonesia, berkahwin di luar negara tidak diperakui pemerintah. Saya hairan, bagaimana mereka boleh mengisinya sendiri.

"Saya tidak melapornya. Jika saya bernikah 100 kali di luar negara dan tidak didaftarkan, pernikahan saya tidak dianggap tidak sah. Bermakna saya masih perawan (berseloroh).

"Saya akui urusan menjadi sulit dengan status ini. Saya sedang berusaha mencari jalan penyelesaian. Saya mahu majlis pernikahan saya berjalan lancar nanti. Bagaimanapun, saya kesal dengan apa yang berlaku yang menyebabkan urusan perkahwinan tergendala," katanya.

Jika rancangannya berkahwin Januari ini menjadi kenyataan, Jupe akan mengadakan pesta selama tujuh hari, tujuh malam.

"Semoga bulan ini kami dapat disatukan. Saya tidak mahu kalah dengan pasangan diraja, Putera William dan Kate Middleton. Saya teringin masuk Guinness Book of Records. Saya juga sudah mendapatkan tajaan untuk majlis resepsi yang akan digelar `Pesta Argentina' itu. Jadi tunggu saja.

"Ibu bapa Gaston juga akan hadir pada majlis perkahwinan kami nanti. Mereka dijangka tiba tidak lama lagi dan akan tinggal di sini selama dua bulan. Saya dan Gaston akan berganti-ganti menemani ibu bapanya. Soal Mama, saya yakin seiring dengan waktu dan selepas mengenali hati budi Gaston dan ibu bapanya, Mama akan menerima seadanya.

"Tidak kenal maka tidak cinta, mudah-mudahan dengan pertemuan ini akan membuka hati Mama dan keluarga menerima Gaston," kata pelakon utama filem Beranak Dalam Kubur ini.

Full content generated by Get Full RSS.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan