Adsense

Jumaat, 23 Disember 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Siti puas dapat ‘tembak’ staf

Posted:

Siti puas dapat 'tembak' staf

Siti puas dapat 'tembak' staf

Oleh IFQDAR A. RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF
Lokasi: Galactic Laser, Mid Valley Megamall


TEMPUR... Pasukan Siti dan Datuk K saling mengacukan pistol sebagai amaran berjaga-jaga sebelum permaianan dimulakan.


PUAS! Itulah ungkapan yang terpacul dari mulut penyanyi nombor satu tanah air, Datuk Siti Nurhaliza setelah meluangkan masa hampir sejam di pusat permainan Galactic Laser yang terletak di tingkat tiga, pusat membeli-belah Mid Valley Megamall, Petaling Jaya.

Ironinya, apa yang lebih menggembirakan ialah penghibur yang mesra disapa sebagai Siti itu turut ditemani oleh suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K bersama dua anak bujangnya, Muhammad Adib, 21 dan Muhammad Asyraf, 20.

Bahkan bukan mereka berempat sahaja yang seronok bermain permainan ala paintball itu, tetapi keseronokan itu turut dikongsi bersama kakitangan produk kecantikan Simply Siti seramai lebih 30 orang.

Rata-rata di kalangan mereka, ia merupakan kali pertama mencuba bermain permainan tersebut dan semuanya ternyata teruja.

Menurut Siti, syarikat kosmetiknya itu akan sentiasa melakukan aktiviti riadah bersama bagi memastikan tekanan di tempat kerja dapat diseimbangkan.

"Sebelum ini kami pernah bermain boling, futsal dan berkaraoke untuk menghilangkan tekanan kerja di pejabat.

"Ini adalah salah satu inisiatif atau pendekatan yang saya gunakan untuk menghargai kakitangan kami.

"Dengan cara ini, setiap kali selepas berseronok, minda mereka akan berasa lega dan segar untuk memikirkan idea baru dalam tugasan masing-masing," katanya.

Game yang selamat

Mengulas mengenai permainan laser tag, Siti akui pada awalnya dia langsung tidak tahu cara untuk bermainnya.

Namun, setelah diberi taklimat oleh salah seorang petugas di situ yang digelar Marsyal, barulah dia faham serba sedikit pasal peraturan dan teknik permainan tersebut.

Bagaimanapun, di mindanya masih lagi samar selagi dia belum memasuki ruang gelap yang direka khas menyerupai medan pertempuran itu.

"Setelah siap menyarungkan uniform khas yang dilengkapkan dengan pistol laser, perasaan mula berdebar-debar.

"Kemudian, apabila sudah memasuki medan perang, saya terus mencari sudut terbaik untuk melakukan serangan.

"Tidak lama selepas itu, keseronokan terus dirasai dan saya tidak henti-henti berkejaran ke sana sini untuk menembak ataupun mengelak tembakan musuh," cerita Siti yang mengetuai pasukannya di kumpulan D itu.

Menariknya, dalam aksi tembak menembak tersebut, Siti harus berhadapan dengan pasukan Datuk K (kumpulan B).

Gelagat lincah Siti yang terkenal sebagai olahragawati di zaman persekolahannya itu banyak membantunya untuk menjadi penembak yang berjaya mengumpul markah tertinggi dalam kumpulan.

Pernah pada satu ketika, Siti mendahului carta markah yang dipaparkan di luar medan perang dan sesekali saling berganti kedudukan dengan anak tirinya, Adib.

Ternyata, Siti masih lagi aktif dan ligat untuk bersaing dengan kakitangannya dan pertempuran antara kedua-dua pasukan agak sengit.

Bagaimanapun, di akhir pertempuran yang berlangsung selama 10 minit itu, pasukan Datuk K berjaya menumpaskan pasukan Siti.

Meskipun tumpas di tangan suaminya, Siti ternyata puas dan seronok bermain permainan tersebut dan menyifatkan permainan berkenaan sebagai sukan ekstrem yang selamat.

"Permainan ini sesuai dengan semua peringkat usia asalkan masih berupaya untuk berlari.

"Walaupun penat, yang penting saya dan kakitangan Simply Siti dapat mengetepikan seketika masalah di pejabat dan berseronok di sini.

"Mungkin pada masa akan datang, satu aktiviti lain pula akan diadakan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pilihan terbaik sepanjang tahun

Posted:

Pilihan terbaik sepanjang tahun

Pilihan terbaik sepanjang tahun

TAHUN 2011 akan melabuhkan tirainya hanya seminggu sahaja lagi. Lazimnya setiap kali hujung tahun, pelbagai organisasi sibuk mengimbas pencapaian sepanjang tahun dan menetapkan jangkaan untuk tahun depan.

Bagi industri hiburan, inilah masanya untuk mengeluarkan pelbagai senarai 10 terbaik – sama ada yang berkait dengan bakat seperti muzik dan lakonan atau yang tidak ada kena-mengena dengannya daripada paling jelita, paling hodoh, paling kaya sehinggalah paling banyak skandal.

Baru-baru ini, TNmS iaitu agensi penarafan yang menjalankan soal selidik ke atas 4,000 isi rumah dan 13,800 penonton di Korea telah menyenaraikan 10 program televisyen yang mencatat jumlah penonton tertinggi sepanjang tahun ini. Berdasarkan kaji selidik itu, drama yang menduduki tiga tangga teratas adalah Smile Donghae dengan 36.4 peratus, diikuti Secret Garden (26.5 peratus) dan Ojakgyo Brothers (25.5 peratus).

Namun dalam tempoh seminggu ini, ia mungkin boleh berubah. Ini kerana drama Ojakgyo Brothers yang masih ditayangkan semakin ramai pengikutnya selepas dua watak utamanya iaitu Hwang Tae Hee lakonan Joo Won dan Baek Ja Eun (Uee) yang selama ini sering bercakaran baru memasuki fasa bercinta. Episod terbaru drama itu dilaporkan mencatat rating lebih 30 peratus.

Pada masa sama, drama Deep Rooted Tree lakonan pemenang anugerah tertinggi Baeksang, Jang Hyuk yang begitu menyerlah lakonannya dalam Slave Hunter tahun lalu – juga kini dilaporkan mengekori rapat dengan rating lebih 20 peratus.

Namun rating di Korea bukan ukuran populariti di negara lain termasuk Malaysia. Drama World Within lakonan pasangan yang pernah bercinta Hyun Bin-Song Hye Kyo mencatat jumlah penonton yang rendah di Korea tetapi mendapat sambutan cukup memberangsangkan di luar negara.

Sebagaimana setiap orang menilai kecantikan rupa paras itu berbeza-beza mengikut citarasa masing-masing, rasanya tidak salah kalau penulis pun membuat penilaian mengikut tanda aras sendiri.

Full content generated by Get Full RSS.