Adsense

Jumaat, 30 Disember 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Drama Ampunkan Dosaku Lakonan Sharifah Amani Zamarul Hisham

Posted: 30 Dec 2011 01:15 AM PST

"KASIH YANG TIDAK DAPAT ENGKAU BELI"
Dua sisi berbeza Hassan dan Sazali di dalam 'Ampunkan Dosaku'

Membuka tirai tahun 2012, TV3 bakal memperkenalkan sebuah slot baru menggantikan slot Lagenda iaitu Azalea. Uniknya slot ini, ia memberikan teladan dan pengajaran seterusnya mendidik nilai-nilai murni kepada penonton. 'Ampunkan Dosaku', drama bersiri 20 episod karya pengarah Bade Haji Azmi dan penulis skrip Jumal Yunus, cetusan pertama slot Azalea bermula 2 Januari 2012 nanti. Drama terbitan Pena Kreatif ini membariskan pelakon-pelakon hebat, antaranya, Zul Huzaimy, Shahrol Nizam, Sharifah Amani, Zamarul Hisham, Emelda Rosmila, Melissa Saila, Rozita Che Wan dan Fimie Don.

Azalea Ampunkan Dosaku Logo

'Ampunkan Dosaku' mengisahkan tentang Hassan (Shahrol Nizam) yang tidak henti-henti diuji dengan pelbagai dugaan dan kesulitan hidup, dia selalu sahaja menjadi mangsa Fatimah (Wan Maimunah) disebabkan dendam lama yang masih tersemat di dalam hatinya walaupun ibu Hassan telah lama meninggal dunia. Sebagai ibu tiri Hassan, Fatimah masih tidak dapat menerima kehadiran Hassan di dalam rumahtangganya. Seribu satu fitnah dilontarkan terhadap Hassan, seorang remaja naif yang dahagakan kasih sayang seorang ibu. Kebencian Fatimah terhadap Hassan membuat dia nekad meletak racun di dalam makanan Hassan, namun mujur Hassan selamat untuk kali ini.

Suatu hari, Fatimah berjaya juga mengenakan Hassan apabila dia diusir oleh bapanya iaitu Osman (Raisudin Hamzah) atas kesalahan yang tidak dilakukannya. Sejak itu, Hassan hidup merempat, bawah jambatan dan kaki lima adalah rumahnya sehinggalah dia bertemu dengan Sulaiman (Arash Mohd) dan isteri yang baru sahaja kematian anak mereka. Walaupun begitu, Fatimah yang masih tidak puas hati dengan Hassan telah mengupah orang untuk memukul Hassan. Hassan membuat keputusan membawa diri ke bandar bagi memulakan hidup baru.

Beberapa tahun kemudian, Hassan yang telah berkahwin dengan Sarimah menjalani hidup yang lebih baik bekerja di kilang dan mula berjinak-jinak menjadi penggubah lagu. Sarimah yang sarat mengandung sebenarnya sedang bertarung dengan nyawa, dia merahsiakan penyakitnya dari pengetahuan Hassan yang menjaganya seperti menatang minyak yang penuh. Sarimah meninggal dunia sebaik sahaja melahirkan anak lelaki mereka. Hassan yang masih sebak dengan pemergian isterinya berjanji akan menjaga anak lelaki mereka yang diberi nama Sazali (Zul Huzaimy) dengan penuh kasih sayang dan akan mengotakan apa sahaja yang dipinta oleh Sazali.

Kini, Hassan semakin senang. Dia telah membeli kilang di mana dia bekerja selama ini dan sebuah rumah besar untuk keselesaan Sazali. Namun, seperkara yang Hassan tidak tahu, Sazali baik di matanya tetapi di luar, Sazali merompak, terlibat dengan kumpulan samseng dan mempermainkan wanita sebagai pemuas nafsunya. Rokiah (Sharifah Amani), anak gadis Kassim (Zamarul Hisham) dan Suminah (Emelda Rosmila) yang baru pulang dari luar negeri. Sazali terpikat dengan Rokiah tetapi tidak mencintainya, dia hanya ingin memuaskan nafsu binatangnya.

Selama ini, Rokiah menganggap Sazali lelaki yang sempurna dan terbaik untuknya. Ternyata pandangan Rokiah meleset. Dia telah kehilangan sesuatu yang berharga di dalam hidupnya. Rokiah sedih tetapi terpaksa menerima hakikat itu dan menguatkan diri untuk menceritakan perkara sebenar kepada Hassan. Hassan sukar untuk menerima realiti anak yang ditatangnya selama ini lebih kejam daripada ibu tirinya, Fatimah. Hassan tidak mahu mengaku Sazali sebagai anaknya. Sazali dihalau daripada rumah tanpa sesen wang. Sazali yang hidup sebatang kara menyesali segala dosa yang pernah dilakukannya. Dia disahkan menghidap HIV dan keadaannya semakin nazak. Apakah yang bakal berlaku seterusnya selepas Rokiah dan Hassan mengetahui keadaan sebenar Sazali? Masih adakah timbang rasa di dalam hati mereka berdua untuk memaafkan segala dosa Sazali sebelum dia menghembuskan nafas terakhir?

Saksikan Zul Huzaimy, Shahrol Nizam, Sharifah Amani, Zamarul Hisham, Emelda Rosmila, Melissa Saila, Rozita Che Wan, Fimie Don dan ramai lagi di dalam slot Azalea, 'Ampunkan Dosaku', setiap hari Isnin hingga Khamis jam 4.00petang bermula 2 Januari 2012. Penonton yang terlepas menyaksikan 'Ampunkan Dosaku' boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my.

Azalea Ampunkan Dosaku

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Sharifah Amani & Liyana Jasmay di Festival Filem Malaysia 23
  • Drama Tiramisu
  • Drama Ihsan Sempena Maulidur Rasul di TV3
  • Gambar Seksi Sharifah Amani di Anugerah Skrin 2009
  • Sinopsis Drama Lillahitaala Lakonan Zamarul Hisham, Rita Rudaini
  • Gambar Gavin Stenhouse Kekasih Sharifah Amani
  • Poster Emil Emilda & Gambar Aaron Aziz
  • Drama Cita & Cinta
  • Zamarul, Diana kahwin 16 Mei
  • Drama Terlebih Sudah Temukan Zamarul Hisham & Fouziah Ghous
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Neelofa Dilantik Menjadi Duta Avon Terbaru

    Posted: 30 Dec 2011 12:40 AM PST

    NEELOFA, CINTA TERBARU AVON
    Memperkenalkan wajah rangkaian mekap Avon Style

    Budiey nak ucapkan tahniah kepada Neelofa kerana dah dilantik menjadi duta terbaru produk Avon. Syabas, beb!

    Avon cukup teruja untuk mengalukan kedatangan ahli baru dalam keluarga jelitawannya, Neelofa sebagai wajah terbaru untuk Avon Style.

    Menurut Ketua Bahagian Pemasaran Avon Malaysia, Aspalin Sirat, kehadiran Neelofa sebagai ikon baru Avon sungguh bertepatan. "Wanita hari ini mahukan ikon yang tidak sekadar cantik dipandang. Mereka mahu sesorang yang peramah namun sensual, bijak dan berani, dan paling utama, seseorang yang berperibadi tinggi dan percaya pada keupayaannya membentuk masa depan diri sendiri; Neelofa adalah wanita tersebut. Kami gembira untuk berkerjasama dengannya dan yakin bahawa para Wakil Avon dan pelanggan akan turut mencintainya."

    Neelofa
    Si molek berusia 22 tahun ini bukanlah nama asing dalam industri hiburan tanahair. Baru mengorak kerjaya dalam bidang lakonan tahun lepas, Neelofa telahpun berlakon dalam 4 filem dan pelbagai rancangan TV. Pemenang anugerah Dewi Remaja 2010 ini turut mencatat kecemerlangan akademik pabila mendapat keputusan A untuk semua matapelajaran ketika UPSR, PMR dan SPM. Beliau kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Pengurusan Perniagaan di sebuah kolej di Sunway.

    Biarpun glamor dan 'cool' dengan dress berkilau dan kasut tumit tinggi, bakal ikon popular tanahair ini tampil teruja saat ditanya mengenai kerjaya barunya.

    "Lofa memang teruja untuk berkerjasama dengan Avon. Avon menjadikan kejelitaan sesuatu yang boleh dikecapi oleh sesiapa sahaja, pada masa yang sama membuka peluang kewangan untuk jutaan wanita seluruh dunia. Lofa bangga dapat bersama sebuah syarikat yang bertaraf antarabangsa dan penting sekali, sebuah syarikat yang begitu prihatin terhadap wanita."

    "Sejak kecil, Lofa kagum dengan jelitawan Avon seperti Erra Fazira dan Nasha Aziz; mereka berjaya mengubah lanskap industri dan mencuri hati rakyat Malaysia dengan keupayaan mereka. Macam tak percaya, sekarang saya berada dalam jejak mereka, dan tampil cantik sentiasa melakukannya, bersama Avon setiap hari!" tawa Neelofa di set penggambaran UMR Rose Lipstick untuk penampilan pertamanya bersama Avon.

    Neelofa bakal muncul sebagai wajah baru Avon Style di Risalah Kemuncak Avon bulan Februari, 2012. Beliau juga bakal tampil sebagai pelakon utama dam filem rekaan semula yang dinanti ramai, Filem Azura pada bulan Februari 2012 nanti.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari http://www.my.avon.com

    Neelofa

    BIODATA NEELOFA
    • Noor Neelofa Mohd Noor
    • Dilahirkan pada 10 Februari 1989
    • 22 tahun
    • Tinggi : 158cm
    • Berat: 47kg
    • Berasal dari Pasir Mas, Kelantan
    • Anak ketiga dari Sembilan adik beradik
    • Keputusan semua A dalam UPSR, PMR & SPM
    • Pemenang Dewi Remaja 2010
    • Berjaya menghabiskan A Levels di Kolej Damansara Utama
    • Sedang meneruskan pengajian dalam bidang PErdagangan Antarabangsa & Pemasaran
    • Mempunyai perniagaan kasut sendiri di Facebook

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Nur Fazura Duta Perfume Terbaru Herve Leger AVON
  • Gambar Neelofa Cantik Sangat di AIM18
  • Gambar Neelofa Bersama Ibu & Adiknya
  • Gambar Neelofa di Karpet Merah FFM24
  • Gambar Neelofa di Majlis Pelancaran Filem Azura 2012
  • Maya Karin Dilantik Jadi Duta Produk InnerShine Prune Plus
  • The Search For Avon Style Make Up Queen
  • Gambar Nur Fazura Duta LUX Terbaru
  • Gambar Neelofa di Majlis Pelancaran KRU TV
  • Haruman Outspoken Intense Fergie dari Avon
  • Full content generated by Get Full RSS.