Nuffnang

Celebrity News

sumber :-

Celebrity News


Kisah Hantu Bukit Putus Negeri Sembilan

Posted: 20 Dec 2011 07:29 AM PST

Kisah gempar dan menyeramkan ini terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di Seremban. Pada hari tersebut (hari khamis petang jumaat) beliau terpaksa balik ke Kuala Pilah kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Seremban sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja.

Sampai di Bukit Putus, jalan yang bengkang-bengkok tu, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya "Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?","Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya sampai ke Seremban aje. Saya boleh bayar berapa abang nak??". Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…


" Oklah. Saya pun nak ke seremban jugak", terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

"kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
"ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… "
" Saya ada kelas yasin… " jawab perempuan tu
"Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya "
tanya lelaki tu lagi.
"Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??"
" Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… "
" Ehh takkan sampai seram… "

"Pakai aje le Breeze colour baru!!!"

Lelaki tu bengang dan terus aje memecut keretanya. Sekianlah aje… ..

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Gambar Anak Dan Suami Ayu Damit

Posted: 20 Dec 2011 07:24 AM PST

Suami Ayu Syed Fauzi Syed Badaruddin, 24

Inilah wajah suami dan dua orang anak Ayu Damit yang suatu ketika menjadi konterversi kerana perkahwinan mereka secara sembunyi. Tetapi pantang mengalah dengan gossip, gambar ini cukup untuk menggambarkan bertapa bahagianya keluarga ini.


Untuk pengetahuan anda nama anak pertama Ayu Syed Nashrul Haikal dan anak kedua Syarifah Alya Adriana yang lahir pada julai lalu.


 Anak Pertama : Syed Nashrul Haikal
Syarifah Alya Adriana

ZooM : Comel Tak ?
Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

News : ADUN Bukit Gasing Meninggal

Posted: 20 Dec 2011 07:06 AM PST

Berita terbaru yang ZoOM Baca : ADUN Bukit Gasing, Edward Lee Meninggal.

Dan menurut info mendiang meninggal akibat kanser.


Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

Azizah Mahzan Dah Bertudung

Posted: 20 Dec 2011 06:57 AM PST


Alhamdulillah dan tahniah kerana anda telah berubah dan mengetahui salah dan betul sebagai umatnya. Jika sebelum ini gambar konterversi dan gossip panas mengenai beliau namun hari ini rata-rata penulis blog diluar sana mungkin sudah menghebahkan gambar ini.


Mungkin agak terlambat sedikit namun gambar ini hanya untuk kita kongsi bersama, dan jika ada artis diluar sana yang melihat gambar ini. Fikir-fikirkanlah dan amatilah apa yang tersirat dengan perubahan artis bernama Azizah Mahzan ini.



ZoOM : Apa Pula Kata Anda di ZoOMartis Dot Net.

Suka Gossip Ini ClickLah Like @ Share !!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan