Adsense

Jumaat, 11 November 2011

Zon Artis

Zon Artis


(Tahniah) Dira Abu Zahar Sah Bergelar Isteri Helmi

Posted: 11 Nov 2011 03:38 AM PST

GAMBAR PERNIKAHAN DIRA ABU ZAHAR DAN HELMI

Tarikh cantik pada hari ini iaitu 11.11.11 menjadi tarikh bersejarah buat pelakon yang kini juga sebagai pengacara Melodi iaitu Dira atau nama penuhnya Khaidhirah Abu Zahar kerana kini sudah sah bergelar isteri kepada pengarah fotografi Mohd. Helmi Mohd. Yusof atau Helmi dengan tiga kali lafaz.

Mereka dinikahkan oleh Imam Masjid Kampung Merlimau iaitu Haji Md Yamin Bin Long sekitar pukul 4.15 petang tadi dengan mas kahwin RM7777.77.

GAMBAR PERNIKAHAN DIRA ABU ZAHAR DAN HELMI

Pada majlis pernikahan tersebut, Dira menerima wang hantaran sebanyak RM17,171.71 dengan sembilan dulang hantaran berupa iPad 2, beg tangan, kek, helmet berjenama X-Lite, telekong, sejadah, sirih junjung, mas kahwin, cincin dan wang hantaran.

Manakala Helmi pula menerima balasan dengan 11 dulang hantaran antaranya coklat, jam tangan Tag Heuer, kek, helmet berjenama X-Lite, Al-Quran, sejadah, laptop Macbook Air, kurma, buah-buahan, kasut, baju, sirih junjung dan set kelengkapan diri.

GAMBAR PERNIKAHAN DIRA ABU ZAHAR DAN HELMI

GAMBAR PERNIKAHAN DIRA ABU ZAHAR DAN HELMI

Pada malam ini turut berlangsungnya majlis resepsi bagi pihak perempuan yang diadakan di kediaman keluarga Dira. Resepsi sebelah pihak lelaki pula akan diadakan di Lanai@Matic, Jalan Ampang pada 13 November ini.

GAMBAR PERNIKAHAN DIRA ABU ZAHAR DAN HELMI

Dengan ini, tahniah kami ucapkan kepada Dira dan Helmi kerana kini sudah bergelar suami isteri. Kami doakan agar penyatuan ini akan berkekalan buat selama-lamanya dan selamat berbahagia.

Related Posts with Thumbnails Full content generated by Get Full RSS.