Adsense

Khamis, 10 November 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Watak serupa bukan kelemahan

Posted:

Watak serupa bukan kelemahan

Watak serupa bukan kelemahan

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN, BARIQ RAMADHAN RASMION dan ihsan SKOP PRODUCTIONS


TIGA teraju utama filem Aku Bukan Tomboy, Shaheizy Sam, Scha Al-Yahya dan Syamsul Yusof.


AKTRES tinggi lampai ini boleh dikatakan antara bakat baru tempatan yang cukup bertuah apabila sering kali menjadi perhatian penerbit dan pengarah filem.

Apatah lagi selepas bergelar Dewi Remaja 2006, laluan seni Scha Alyahya begitu mudah sehingga dia mampu sebaris dengan barisan aktres popular negara yang lain.

Untungnya Scha apabila dia dikurniakan dengan pakej lengkap - ketinggian dan paras rupa yang lembut dan menawan membuatkan Scha antara daya penarik untuk penonton menonton lakonannya sama ada dalam filem mahupun drama.

Bayangkan, hanya dalam tempoh empat tahun, wanita kelahiran Sungai Petani, Kedah itu sudah membintangi tujuh filem dan lebih 10 buah drama.

Tidak keterlaluan jika dikatakan ia merupakan satu pencapaian luar biasa untuk bintang baru seperti Scha.

Sedang enak diuliti populariti, nampaknya bakat lakonan Scha dipertikaikan lantaran watak yang sering diberikannya tidak banyak berubah.

Dalam erti kata lain, mutu lakonannya tidak menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sekali gus Scha dilabelkan sebagai pelakon stereotaip.

Lihatlah sahaja watak-wataknya dalam drama bersiri Bella, Awan Dania dan Mimi Mencari Cinta serta filem-filem seperti Evolusi KL Drift 2, Libas dan terbaru, Aku Bukan Tomboy.

Sama ada watak gadis tomboy, wanita cemerkap mahupun berperwatakan kasar, memang watak itu yang sering diberikan kepadanya sehingga ia sudah menjadi sinonim dengan Scha.

Secara tidak langsung, ia memperlihatkan Scha mempamerkan lakonan yang sama, statik dan tidak banyak bezanya dengan perwatakan dirinya yang sebenar.

Apakah ini menunjukkan Scha bukan seorang pelakon yang bagus dan hanya bersandarkan paras rupa semata-mata?

Berpeluang bertemu dengan aktres popular ini, Hits tidak menunggu lama untuk bertanyakan soalan tersebut kepadanya.

Ternyata soalan itu telah mengundang rasa kurang selesa kepada Scha sehingga lontaran suaranya kedengaran sedikit tinggi.

"Setakat ini saya belum pernah mendengar lagi seperti apa yang anda katakan. Oleh itu, adalah lebih baik untuk saya tidak menjawab soalan itu.

"Apa yang boleh saya katakan di sini ialah masyarakat boleh berkata apa sahaja tentang saya. Tetapi untuk saya mengambil kisah dan peduli akan hal itu, sudah pasti tidak," kata Scha atau nama penuhnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya.

Scha sebaliknya lebih selesa melihat pandangan orang ramai yang mengatakan dirinya seorang aktres stereotaip dari sudut positif.

Dia mengakui tidak dapat lari daripada perwatakan sama yang acap kali diberikan kepadanya. Tetapi dia melihat itu sebagai kekuatan yang dimiliki untuk ditonjolkan kepada khalayak.

"Kalau hendak mengatakan hanya seorang sahaja yang berlakon seperti itu, memang tidak adil. Saya merasakan ada juga pelakon yang sering membawakan watak yang juga sama.

"Saya pun masih baru dan perjalanan masih lagi panjang tetapi saya tidak menafikan yang saya sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam setiap lakonan saya.

"Malah, saya juga melihat tiada salahnya untuk saya berterusan membawakan watak seperti itu seandainya itu yang diinginkan oleh pengarah dan penerbit," kata Scha yang juga pernah membintangi filem Papadom dan Histeria.

Wanita berusia 28 tahun itu memberitahu, dia sentiasa mencari peluang untuk mempelbagaikan lagi watak dan lakonannya di masa hadapan.

Namun kata Scha, semuanya bergantung kepada pengarah dan penerbit.

"Berlakon adalah rezeki dan mata pencarian saya. Jadi, selagi ada permintaan untuk saya membawakan watak seperti itu, saya tiada sebarang masalah," ujar Scha yang pernah dicalonkan untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-22 (2009) bagi filem Histeria.

Dalam pada dia menelan segala kritikan yang dilemparkan kepadanya, wanita itu mengakui bukan senang baginya untuk membawakan watak terbabit walaupun dikatakan stereotaip..

Baginya, segala kritikan adalah asam garam industri seni yang perlu dilaluinya sebagai seorang pelakon. Untuk itu, dia menerimanya dengan hati terbuka.

"Selagi saya berada dalam industri,

saya akan terus berusaha untuk memperbaiki lagi mutu lakonan dari masa ke semasa.

"Saya tetap berterima kasih kepada mereka yang mengkritik kerana ini menunjukkan mereka mengikuti perjalanan seni saya dari awal sehingga kini," katanya.

Meskipun ada yang seperti kurang selesa dengan perwatakan dirinya yang sebenar, tetapi sebagai seorang artis kata Scha, dia tidak mampu memuaskan hati semua pihak.

Apa yang penting baginya adalah untuk dia sendiri berasa selesa dengan caranya dan bekerja dalam suasana tenang serta positif.

"Saya tidak mahu bertindak hipokrit dan menjadi orang lain di belakang tabir kerana ia hanya akan mengelirukan peminat.

"Apa yang peminat lihat di kaca televisyen, memang begitulah perwatakan saya di dunia luar. Saya berharap peminat dapat menerima dan menghargai siapa saya yang sebenar walaupun mereka hanya mengenali saya melalui lakonan saya.

"Saya berterima kasih kepada pihak yang terus menerus memberikan kepercayaan dan menyediakan pelbagai ruang untuk saya mengembangkan lagi bakat yang ada," jelasnya yang pernah mengacarakan program realiti Sehati Berdansa bersama kekasihnya, Awal Ashaari.

Full content generated by Get Full RSS.

Kemuncak segala-galanya

Posted:

Kemuncak segala-galanya

Kemuncak segala-galanya

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


TUAH Ning Baizura apabila menerima dua pencalonan untuk Album Terbaik.


ESOK, malam kemuncak Anugerah Industri Muzik Ke-18 (AIM 18) akan berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, tepat pukul 9 malam.

Segala debaran nampaknya semakin berdegup kencang terutama kepada warga seni tempatan yang dicalonkan untuk tahun ini.

Sudah pasti, setiap tahun kategori yang paling dinanti-nantikan oleh pencinta dan pemerhati dunia muzik tempatan khususnya ialah Album Terbaik.

Seiring dengan perubahan mendadak industri muzik tempatan yang tidak lagi bergantung kepada penghasilan album fizikal semata-mata, penyertaan AIM 18 telah mengalami rombakan besar.

Tahun ini pemilihan untuk kategori ini dilakukan berdasarkan album yang dihantar untuk pencalonan - tidak kira apa genre sekali pun.

Lima calon yang layak ke senarai akhir Album Terbaik AIM 18 menyaksikan persaingan yang boleh dikatakan sengit dan mencabar.

Karya yang dipertandingkan untuk kategori ini ialah album 3 Suara milik Ning Baizura, Shila Amzah dan Jaclyn Victor serta Urusan Aizat Amdan (Aizat).

Tidak ketinggalan, album solo Ning berjudul Dewa juga layak ke peringkat akhir selain Dayang Nurfaizah yang bertanding atas tiket Sayang & Cahaya.

Seorang lagi calon iaitu Datuk Sheila Majid pula dicalonkan menerusi album The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid.

Sebetulnya, penyertaan Sheila kali ini cukup menarik perhatian kerana jika tidak silap perkiraan, Sheila kembali ke gelanggang AIM selepas 11 tahun.

Kali terakhir penghibur genit itu menyertai AIM adalah pada tahun 2000 dan telah menyaksikan Sheila mengungguli empat trofi termasuk Lagu dan Album Pop Terbaik untuk Ku Mohon.

Persoalannya kini adakah album yang dirakamkan secara langsung sewaktu Sheila membuat persembahan di Dewan Filharmonik Petronas tahun lalu itu akan membawa tuah untuknya?

Sudah pasti tidak mustahil kerana album itu sebenarnya telah membawa satu anjakan baru dalam penerbitan album secara live terutamanya.

Dengan susunan muzik yang segar dan bertenaga serta kualiti rakaman yang bermutu tinggi, semestinya album tersebut menjadi calon utama untuk memenangi Album Terbaik.

Apatah lagi, tiada album live yang pernah memenangi Album Terbaik selepas Search pada tahun 1996. Jadi, kemungkinan besar Sheila akan mencipta sejarahnya sendiri.

Walaupun usia pembabitannya masih hijau, namun usah dipandang enteng kepada kredibiliti album Urusan Aizat Amdan kerana album itu juga antara yang terbaik dihasilkan sepanjang tahun lalu.

Aizat melahirkan setiap lagu dengan penuh jiwa dan setiap satunya memiliki sentuhan tersendiri lalu memberikan album ini tarikan nafas yang segar.

Apakah mungkin Album Terbaik menjadi milik Ning menerusi Dewa sekali gus mencipta rekod apabila memenangi kategori itu hanya selepas 17 tahun.

Tidak dinafikan, Ning telah lari daripada norma muziknya sebelum ini dan bereksperimen dengan gelombang muzik semasa dalam Dewa.

Begitu juga dengan album 3 Suara yang juga mampu mencipta kejutan untuk dinobatkan sebagai juara. Kualiti penerbitan album ini juga dilakukan dengan teliti dan lengkap segala rencah untuk diangkat sebagai pemenang.

Bukan mahu memperkecilkan kredibiliti album Dayang tetapi rasanya Sayang & Cahaya dilihat belum cukup kuat untuk bersaing dengan album milik Sheila atau Aizat.

Apa yang ditulis ini hanyalah sekadar ramalan dan langsung tidak mempengaruhi keputusan juri. Jika album Sayang & Cahaya menang pada malam itu, sudah tertulis rezeki menjadi milik Dayang kerana hanya jauhari yang mengenal manikam.

PILIHAN HITS: Sheila Majid - The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years of Sheila Majid.

Full content generated by Get Full RSS.