Adsense

Khamis, 17 November 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Debaran Si Bakal Pengantin, Zahiril Adzim…

Posted: 17 Nov 2011 08:00 PM PST

"Perasaan saya berdebar-debar, teruja pun ada," begitulah ungkapan pertama pelakon Zahiril Adzim saat ditanya tentang perasaannya yang akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan hati, pelakon dan pengacara Shera Aiyob pada 20 November ini selepas mengikat tali pertunangan pada Mei lalu.

Malah menurut Zahiril lagi, debaran makin kuat dirasai selepas dia menghadiri majlis resepsi pelakon dan pengacara Melodi, Dira Abu Zahar dan pasangannya Mohd Helmi mohd yusof baru-baru ini.

"Saya dapat tahu semasa pernikahan Dira dan Helmi, Helmi sampai tiga kali lafaz nikah. Kalau Helmi sampai tiga kali lafaz, bagaimanalah agaknya dengan saya nanti?"

"Masa saya datang majlis resepsi Dira hari tu, teman-teman artis ramai yang sakat, takut-takutkan saya dan itu buat saya makin nervous." ujar Zahiril ketika ditemui pada tayangan telemovie, 'Parit Jawa', di sini Rabu lalu.

Menurut pelakon drama bersiri hit, 'Juvana' ini juga, setakat ini persiapan perkahwinan sudah siap hampir 90 peratus. Segala persiapan diserahkan kepada ibu dan bakal isterinya kerana percaya orang perempuan lagi arif dalam melaksanakan persiapan perkahwinan.

Tambahnya lagi, persiapan akhir perkahwinan urusan ibunya dan Shera, manakala dia sebagai bakal suami pula sedang mempersiapkan diri dalam hal-hal agama yang berkaitan dengan alam perkahwinan agar dapat menjadi ketua keluarga yang baik kelak.

"Sekarang ini saya sedang berehat dari terlibat dengan sebarang shooting drama mahupun filem sehingga penghujung November ini. Tapi sekiranya dalam tempoh cuti itu saya ada menerima sebarang tawaran berlakon yang menarik, Insyaallah saya akan pertimbangkan," jelas Zahiril lagi

Majlis pernikahan mereka akan diadakan pada pagi Ahad ini di kediaman Shera di Ipoh, Perak dan acara resepsi akan diadakan pada hari yang sama di dewan berhampiran kediaman Shera, bertemakan konsep perkahwinan dalam taman. Majlis resepsi di sebelah pihak lelaki pula akan berlangsung secara sederhana di Shah Alam pada 27 November nanti.

Full content generated by Get Full RSS.

‘Travelog AirAsia’ Bawa Selebriti Jelajah Dunia!

Posted: 17 Nov 2011 05:39 PM PST

Bermatlamatkan misi menyediakan tambang rendah terbaik Asia kepada para penumpang serta motto, ' Now Everyone Can Fly', bermula dengan hanya dua buah pesawat sahaja, kini siapa sangka selepas 10 tahun beroperasi, AirAsia telah berjaya berkembang pesat dengan menyediakan hampir 107 buah pesawat ke hampir 165 rangkaian destinasi di seluruh dunia.

Signifikan dengan pencapaian ini lah serta meraihkan ulang tahun kesepuluh AirAsia, sebuah rancangan kembara, 'Travelog AirAsia' telah dihasilkan.

Program terbitan Primeworks Studios ini akan bersiaran selama 13 episod dan dihoskan oleh Edd Razhe, pembantu khas kepada Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia.

Selain itu ia bakal menyaksikan kehadiran beberapa selebriti tanahair seperti Maya Karin, Julia Ziegler, Linda Hashim, Elfira Loy, Juliana Evans dan ramai lagi menggembara bersama Edd sebagai hos undangan ke beberapa buah destinasi percutian AirAsia dan AirAsia X antaranya Paris, Perancis, Hanoi, Vietnam, Jogjakarta, indonesia, Macau, Hong Kong, Tehran, new Delhi, Guilin, China serta banyak lagi destinasi menarik.

Episod pertama akan menampilkan Edd bersama Maya Karin menjelajah Paris, Perancis mengunjungi beberapa lokasi tarikan 'kota cinta' seperti Menara Eiffel, istana Raja louis, Chateau de versailles dan beberapa lokasi popular di bandar Champs-Elysees. Menariknya lagi, Edd dan Maya juga berpeluang menyaksikan pertunjukan fesyen Guy Laroche yang diadakan bersempena dengan Minggu Fesyen Paris.

Jadi jangan lupa, siap siaga duduk di atas sofa empuk dan  pastikan temujanji anda dengan 'Travelog AirAsia' pada setiap hari Ahad, jam 7.30 malam di TV3 di kaca TV rumah anda bermula 20 November ini.

Pelakon jelita, Maya Karin dan hos 'Travelog AirAsia', Edd Razhe ketika ditemui pada majlis Pelancaran Program 'Travelog AirAsia' baru-baru ini.

Full content generated by Get Full RSS.