Adsense

Isnin, 7 November 2011

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Abby Abadi punca ‘perpisahan’

Posted: 06 Nov 2011 03:25 PM PST

hi 05.1 Abby Abadi punca perpisahan


WANITA ini begitu berhati-hati dengan kata-katanya sewaktu menceritakan semula tentang kisah percintaan yang dikatakan sudah berakhir dengan kekasihnya, Zul Ariffin.

Kelihatan raut wajah muram dan sesekali genangan air di kelopak mata tatkala memuntahkan apa yang merunsingkan benak pemikirannya.

Terus-terang, dia mengakui 'kejadian' itu berpunca daripada dirinya sendiri dek pengakuan berani mengungkap kata perpisahan dalam blog peribadi, www.absolutelyabbyabadi.blogspot.

Pengumuman yang dilakukan tanpa persetujuan bersama itu dibuat pada hari jadi Zul yang ke-25 pada 25 Oktober lalu.

Dalam blog Abby itu, wanita berusia 33 tahun ini mencurahkan masa depan hubungan mereka yang sudah menemui titik noktah.

"Saya nak orang tahu situasi sebenar," reaksi awal wanita ini membuka cerita pada pertemuan di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur pada petang Selasa lalu.

Abby memberitahu bahawa kudrat wanita tidak mampu untuk menolak takdir perpisahan yang disuratkan oleh-Nya, apabila lelaki yang menjadi pendengar setianya itu bukan lagi pasangannya.

"Saya berani cakap bahawa Zul banyak menggembirakan saya sepanjang tiga tahun kami bersama. Dia pendengar setia terutama ketika saya berdepan dengan situasi 'sakitnya dikhianati'.

"Mungkin dalam keadaan saya yang tak nampak apa yang berlaku pada masa depan, tanpa disengajakan saya mencoretkan apa yang bermain dalam fikiran saya di blog.

"Setelah tiga minggu kami tidak berjumpa dan saya sendiri tak nampak sebarang usaha daripada dia untuk mencari saya. Iyalah, masing-masing sibuk dengan kerja dan membuatkan saya rasa semakin terpinggir.

"Inilah masa paling kritikal. Kami diduga dalam hubungan ini sebab sebelum ini tak pernah berpisah lama. Biasanya, selang sehari, pasti bertentang mata. Jadi bila berlaku jurang itu dan dengan tidak sengaja saya telah melakukan kesilapan," dedahnya satu persatu.

Bekas penyanyi kumpulan Elite ini juga mengakui tentang minatnya yang mendalam dalam bidang penulisan. Medium blog dan Facebook sering dijadikan sasaran untuk melepaskan gian coretan peribadinya.

Hanya menerusi kegiatan tersebut, Abby dapat melegakan diri sekali gus bertindak sebagai terapi tanpa berniat untuk memburukkan sesiapa.

"Apa yang berlaku (perpisahan dengan Zul) adalah kesilapan saya. Saya tak akan salahkan dia sebab perkara ini sudah berlaku. Kalau nak tahu, saya ada jumpa Zul dua hari selepas hari jadinya.

"Dalam pertemuan itu, kami diam dan saling berpandangan antara satu sama lain. Dia tahu betapa saya sayangkan dia dan begitu juga dengan saya. Tapi disebabkan ego masing-masing menyebabkan hubungan kami semakin keruh.

"Saya akui banyak dugaan dalam hubungan ini. Jadi apabila saya sudah terbuat benda yang terkeluar dari hubungan kami menyebabkan hubungan ini semakin jarak.

"Sebab itu, saya membuat kesimpulan bahawa jangan ambil terlalu lama untuk berbaik dengan pasangan kita kalau ada perselisihan faham sebab perkara itu akan bertambah mudarat," katanya tanpa berselindung.

Mengorek punca lain yang menyebabkan kepudaran cinta pasangan sejoli tersebut, wanita ini dilihat tersenyum pahit.

"Hubungan ini direstui semua pihak pada mulanya dan berakhir dengan cara ini. Biar saya dengan Zul yang tahu apa yang berlaku keseluruhannya sebab kami manusia yang sama-sama buat kesilapan.

"Saya pernah cakap dengan dia, kalau tak jadi pasangan sekali pun, saya mahu kita berkawan sampai bila-bila. Urusan selebihnya, serah kepada IIahi sebab dia Maha Mengetahui apa yang berlaku pada masa depan," katanya optimis.

Ditanya tentang status hubungan Abby dengan Zul, wanita ini mengatakan dia selesa dengan istilah 'tergantung'.

"Biarlah orang tahu yang kami ini berkawan dan saling berhubung antara satu sama lain," katanya ringkas.

/// utusan ///

Full content generated by Get Full RSS.