Adsense

Rabu, 5 Oktober 2011

Zon Artis

Zon Artis


Sepah Bubar, Jep & Shuib Tubuhkan Sepahtu

Posted: 05 Oct 2011 12:08 AM PDT

JEP DAN SHUIB TUBUH KUMPULAN SEPAHTU

Mungkin masih ada antara anda yang tidak tahu bahawasanya kumpulan Sepah telah dibubarkan secara rasmi pada bulan Ogos lalu walaupun sebelum itu mereka masih tidak mengakuinya dengan memberi alasan yang mereka masih bersama tetapi ada masa-masa tertentu mereka bergerak sendirian mengikut tawaran yang diterima dan juga jadual masing-masing. Tapi kini, hakikat perpecahan itu tidak dapat disembunyikan lagi dan secara rasminya Sepah sudah tiada. Ya, sudah tiada!

Mungkin tidak mahu hilang begitu sahaja dari bidang yang mereka sendiri ceburi, Jep dan Shuib telah menubuhkan kumpulan baru yang dinamakan Sepahtu pada September lalu tanpa penglibatan Mamat. Menurut Jep, mereka nekad memilih haluan untuk bergerak berdua tanpa Mamat atas alasan tertentu setelah beberapa kali memberi peluang kepada Mamat yang dapat kami klasifikasikan sebagai bermasalah. Kalau tak, takkan la mereka tak nak terima Mamat untuk menyertai mereka lagi?

Menyentuh tentang nama Sepahtu, Jep berkata mereka terpaksa menggunakan nama baru memandangkan nama Sepah digunakan untuk mereka bertiga. Jadi, adil untuk semua pihak.

Related Posts with Thumbnails