Adsense

Ahad, 9 Oktober 2011

Sensasi

Sensasi


Johan dan Zizan bergaduh?

Posted: 09 Oct 2011 08:02 PM PDT

Johan dan Zizan merupakan gabungan yang serasi dan kelakar,banyak jugak drama komedi kat Astro yang menggandingkan mereka berdua,,tergelak gelak sensasi tengok.

Tapi kebelakangan nie Johan dan zizan jarang berkerjasama bersama,johan dilihat bergerak sendiri dan zizan pun dengan hal sendiri..Ada desas desus yang mengatakan mereka berdua nie bergaduh..ye ke?

"Kami tidak ada sebarang masalah. Khabar angin yang memperkatakan bahawa kami bergaduh itu tdak benar sama sekali. Bukan tidak bertegur sapa tapi memandangkan masing-masing sibuk dengan jadual seni masing-masing.

"Cerita itu juga tidak benar kerana saya baru saja bertemu dengan Zizan. Mungkin cerita ini timbul kerana boleh jadi ada sesetengah pihak tidak berpuas hati dengan kami," ujar Johan yang kini sudah sebulan menjadi penyampai di stesen radio Era.

Bercerita mengenai perkembangan kariernya selain muncul dalam program "Edisi Khas", filem arahan Prof. A. Razak Mohaideen, "Raya Tak Jadi" terbitan Lineclear Motion Pictures dan Grand Brilliance lakonan Johan dan Saiful Apek berjaya mencapai kutipan sebanyak RM4 juta pada hari ketujuh tayangannya dan terbaru, filem "Libas" lakonannya bersama Rosyam Nor dan Scha Al-Yahya yang telahpun ditayangkan sejak 29 September lalu.

Menyusul selepas itu pula, Johan sekali lagi bakal digandingkan bersama Saiful Apek, Nabil Raja Lawak serta aktres cantik, Fazura Ahmad menerusi filem "Bujang Terlajak" yang juga arahan Prof Razak A. Mohaideen.

Gambar pertunangan Ana Dahlia dan Chef Riz (anak lelaki Chef Wan)

Posted: 09 Oct 2011 06:26 AM PDT

Tahniah kepada chef wan yang bakal mendapat menantu baru iaitu ana Dahlia.Dan tahniah juga kepada Chef Riz yang dah selamat bertunang..lepas nie mesti majlis besar besaran akan dilangsungkan ,maklumlah bukankah sebelum nie Chef Wan komen mengomen majlis kahwin Norman dan Memey... Pasti Chef wan akan buat yang terbaeks supaya majlisnya sempurna..

Kelass kau chef Wan..

Ana Dahlia, 28, dan Mohd Nadzri Redzuawan, atau Chef Riz, 30, akan melangsungkan pernikahan pada 11 Disember depan selepas dipersetujui dalam majlis pertunangan yang diadakan di rumah Ana di Changkat Jering, Taiping, Perak pada Rabu.

Mengenai wang hantaran, Ana memberitahu pihak lelaki akan memberikan wang sebanyak RM20,000 sementara hal-hal lain masih belum diputuskan.

Bercerita mengenai majlis pertunangan yang diadakan, Rabu, Ana memberitahu pihak lelaki dari Kuala Lumpur hadir seramai 15 orang manakala sebelah perempuan menunggu lebih daripada 100 orang.

Selain Chef Wan dan bekas isterinya Norhayati Ayob, rombongan pihak lelaki turut disertai oleh kedua-dua anak pasangan tersebut iaitu Serina dan juga Chef Riz.