Adsense

Ahad, 16 Oktober 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Imej Seksi Chomell Fana dalam Carta Blockbuster

Posted: 16 Oct 2011 04:22 PM PDT

Chomell Fana Pengacara Baru Carta Blockbuster KRU TV
Tahniah buat pelakon dan penyanyi Chomell Fana atau nama sebenarnya Noorhanis Farhana Shaharuddin sebab terpilih menjadi hos terbaru program terbitan KRU TV, Carta Blockbuster musim kedua. Dari '2P' (Pelakon dan Penyanyi), kini Chomell boleh berbangga dengan gelaran '3P' kerana bekas pemain bolasepak wanita remaja kebangsaan mewakili Malaysia dan dan jaguh silat Selangor ini dah pun dilamar oleh KRU TV untuk mengacarakan Carta Blockbuster musim terbaru. Tahniah Chomell! Bukan senang nak dapat peluang macam ni, so buat betul-betul ya.

Chomell akui dia masih dalam proses belajar untuk menjadi seorang pengacara.

Dengarnya, Chomell Fana menggantikan pengacara Cristina Suzanne yang menngacara Carta Blockbuster musim pertama di mana Cris terpaksa melupakan seketika kerana menerima job untuk jadi pelakon utama dalam sebuah filem arahan Osman Ali. Murah betul rezeki Cristina selepas menyertai program Pilih Kasih dan jadi hos Carta Blockbuster. Budiey tahu pasal benda ni si sebab ada borak-borak dengan Cris masa beliau jadi hos di Carta Blockbuster dan Budiey pula selalu ke lokasi pengambaran untuk rebiu filem dalam Carta Blockbuster.

Chomel Fana

Mulanya, Chomell yang mula dicungkil bakat melalui drama bersiri Comel arahan Aziz M. Osman ini hanya mencuba nasib apabila dipanggil oleh penerbit Carta Blockbuster iaitu Astra Melda. Setelah seminggu, Astra memanggil Chomell untuk membaca skrip dan cuba jadi hos. Apabila diberitahu yang beliau berjaya jadi hos, Chomell rasa macam tak percaya. Baginya, cabaran menjadi hos sangat mencabar dan berbeza dengan dunia lakonan dan nyanyian. Kesukarannya, seseorang hos perlu baca dan hafal skrip dengan betul dan lancar on the spot dan perlu bersedia untuk berdepan dengan kamera. Sudah tentu, perasaan berdebar dan nervous itu tetap ada. Itu memang perkara biasa. Insyaallah, pada masa depan, Chomell mahu mencuba jadi hos secara live pula. Sebelum ini, Chomell pernah mengacara program TV RTM iaitu di TVi, Remaja di RTM pada tahun 2010.

Bekas peserta sukan silat wakil Selangor ini berkata dia sangat bernasib baik kerana penerbit Carta Blockbuster tidak lokek untuk mengajar beliau sesuatu yang baru kerana bagi Chomell, Carta Blockbuster satu program TV yang sangat unik kerana ia menampilkan carta top 10 filem di pawagam. Kalau boleh Chomell mahu mencuba untuk lakukan yang terbaik dan mahu dirinya lebih perfectionist dalam setiap apa jua bidang yang diceburi.

Okay, kepada peminat filem di luar sana, jangan lupa untuk tonton Carta Blockbuster setiap minggu dengan melayari www.tonton.com.my

Ingin Maju Dalam Dunia Lakonan
Sebelum ini, anak keempat daripada lapan beradik ini pernah meletop di kaca TV3 dengan drama Stanza Cinta dan dia akui, ramai yang mengenali siapa itu Chomell Fana dengan lakonannya sebagai Auni yang begitu penyayang dan berkarakter agak kasar. Jika sebelum ini, Chomell juga pernah berlakon dalam Roda-Roda KL memegang watak sebagao tomboy yang psiko dan membunuh. Chomell mahu menjiwai watak sebagai gadis kampung atau gadis yang agak kasar. Tapi jangan tak tahu, sebelum ini, karier Chomell bermula dengan tugas di belakang tabir sebagai kru produksi saje.

Sebagai pelakon dia sentiasa mahu melakukan yang terbaik ketika membawakan watak walaupun bertindak sebagai pelakon pembantu ia juga memainkan peranan penting dalam sesebuah drama untuk impak yang positif kepada penonton.

"Buat masa ini memang watak yang diberikan pada saya seperti gadis remaja dan pelakon yang bergelar artis. Memang saya masih belum puas melakonkan pelbagai watak. Jika diberi peluang saya ingin mencuba lebih banyak watak jahat atau antagonis. Sebenarnya saya lebih suka bawa karakter jahat seperti dalam drama Roda-Roda KL sebagai minah rempit. Bukan sebab watak jahat tetapi watak yang membuatkan saya lebih agresif seperti menjerit lebih mudah dilakukan. Saya agak susah untuk menangis. Walaupun pernah membawa watak sedih dan lembut dalam telemovie Laila Sari,"

Terbaru, Chomell juga tidak sabar menantikan maklum balas peminat dengan penampilannya di layar perak menerusi filem Cinta Kura-kura, Siti Suka Ramli Sarip (filem pendek) dan Azura yang bakal menjengah pawagam tidak lama lagi.

Chomel Fana

Budiey bersama Chomell Fana semasa rakaman Carta Blockbuster musim terbaru episod yang kedua.

Budiey sempat bertanya tentang imejnya yang nampak agak seksi semasa penampilan Carta Blockbuster episod kedua yang lalu. Chomell berpendapat, pengertian seksi itu ialah ketika mana seseorang itu mendedahkan auratnya. Jadi itu yang menyebabkan orang akan menganggap seseorang itu seksi. Namun, Chomell tak nafikan orang yang menutup aurat juga seseorang yang seksi kerana penampilan dan mungkin pada karakternya.

Gadis yang berasal dari Perak ini mahukan teman lelaki yang bermata kuyu, ada didikan agama dan mampu memberikan kebahagian kepada dirinya. Namun, beliau masih belum berfikir untuk mencari teman lelaki yang bakal menjadi suaminya di usianya kini yang menjangkau 25 tahun.

Chomel Fana

Chomel Fana

Chomel Fana

Chomel Fana

Chomel Fana

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • CARTA BLOCKBUSTER Menampilkan Top 10 Filem Paling Popular
  • Album Kompilasi OMG Gempak
  • Liyana Jasmay di Jelajah Era di Nilai, Negeri Sembilan
  • Drama Bersiri Beret Hijau Lakonan Chomell Fana
  • Drama Bersiri Beret Hijau Lakonan Chomell Fana
  • Gambar Seksi Amanda Imani
  • Gambar Seksi Pelakon Ku Milikmu Eira Syazira Berkemban
  • Gambar Seksi Jasmin Hamid
  • Gambar Skirt Siti Elizad Sharifudin Seksi di Malam 20 Yang Anggun
  • Gambar Nana Baju Jarang Meletop Seksi Fun
  • Full content generated by Get Full RSS.

    Astro Kasih Cipta Rekod di Malaysia Book of Records

    Posted: 16 Oct 2011 01:00 AM PDT

    Astro Kasih catat "Malaysia Book of Records" Penanaman terumbu karang yang terbesar di Malaysia

    Semalam telah berlangsung pelancaran Projek Beautiful Malaysia – Penanaman Terumbu Karang Terbesar di Jeti Pelancongan Semporna, Sabah. Budiey, sebagai wakil blogger turut sama dijemput untuk membuat liputan event ini bersama dengan beberapa media yang lain. Terima kasih buat Astro yang memberi peluang dan menaja Budiey.com untuk hadir di majlis ini.

    Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah

    Terbang dari LCCT Sepang ke Tawau pada 14 Oktober lalu bersama dengan serombongan artis yang bakal buat persembahan. Antaranya, Stacy, Adira, Bob dan Mawi.

    Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah

    Adira tampil dengan serba oren

    Tahniah buat Astro yang telah berjaya mencatatkan nama mereka dalam Malaysia Book of Records apabila berjaya memecah rekod penanaman terumbu karang terbesar di Malaysia dalam masa sehari.

    Projek Beautiful Malaysia ini bertujuan untuk menyahut matlamat Kementerian Pelancongan Malaysia bagi memupuk semangat cintakan keindahan dan kebersihan. Astro melalui projek Astro Kasih telah melakar sejarah tersendiri dengan menempa nama dalam Malaysia Book of Records apabila seramai 50 orang penyelam termasuklah 25 orang daripadanya adalah kakitangan Astro berjaya memecah rekod penanaman terumbu karang terbesar di Malaysia dalam masa sehari sahaja. Tahniah buat Astro & Astro Kasih.

    Bagi menyahut matlamat Kementerian Pelancongan Malaysia untuk memupuk semangat cintakan keindahan dan kebersihan di kalangan rakyat Malaysia khususnya di destinasi-destinasi pelancongan menarik negara, Astro menerusi teras alam sekitar program tanggungjawab korporatnya, Astro Kasih telah melakar sejarah tersendiri dengan menempa nama dalam "Malaysia Book of Records" apabila berjaya memecah rekod penanaman terumbu karang terbesar di Malaysia dalam masa sehari melalui projek "Beautiful Malaysia".

    Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah

    Membawa kempen "1Malaysia Green, 1Malaysia Clean" yang dilaungkan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia, seramai 50 orang penyelam dari dalam dan luar negara termasuk 25 kakitangan Astro telah mencipta rekod baru dengan menanam sebanyak 777 karang individu (individual coral) dalam sehari di Ribbon Reef, Taman Marin Tun Sakaran, Semporna, Sabah mengatasi rekod lama penanaman 501 karang pada tahun lalu.

    Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah

    Yang berhormat Dato' Sri Dr Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia

    Menteri Pelancongan Malaysia; Yang Berhormat Dato' Sri Dr Ng Yen Yen turut hadir menyaksikan majlis yang penuh bersejarah ini bersama-sama Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, dan Encik Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Kewangan Astro.

    Yang berhormat Dato' Sri Dr Ng Yen Yen, Menteri Pelancongan Malaysia berkata, "Tahniah kepada Astro kerana bukan sahaja mensasarkan untuk menjadi salah satu kumpulan media bersepadu yang utama di rantau ini, malah mempunyai misi untuk menjadi sebuah badan korporat yang prihatin. Menerusi 152 saluran dengan 38 saluran tempatan, Astro mempunyai kemampuan untuk sama-sama membantu mempromosikan banyak destinasi menarik di seluruh Malaysia. Selain daripada itu, melalui saluran Astro juga keindahan alam semulajadi, kekayaan budaya berbilang kaum serta kepelbagaian etnik yang wujud di negara ini terutamanya di negeri Sabah juga dapat dipertontonkan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

    Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah

    Projek penanaman terumbu karang terbesar di Malaysia yang dilaksanakan pada hari ini juga turut membantu Kementerian Pelancongan serta lain-lain Kementerian yang berkaitan untuk menggalakkan kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dikalangan rakyat di negara ini. Usaha ini secara tidak langsung telah membantu Kementerian Pelancongan mencapai visi untuk membangunkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan terunggul di dunia."

    Ketua Pegawai Kewangan Astro, Encik Ahmad Fuaad berkata berkata, "Menyahut seruan kerajaan dan menyedari bahawa bidang pelancongan membantu menjana sebahagian besar dari ekonomi negara, kami ingin terlibat secara langsung dalam menjaga khazanah alam semula jadi. Hasrat kami iaitu untuk menzahirkan rasa cinta dan kesedaran tentang kepentingan keindahan dan kebersihan alam sekitar kepada orang ramai yang sekaligus mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records merupakan kenangan manis buat kami semua."

    Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah

    Majlis petang semalam dihoskan oleh Jimmy Shanley

    Untuk melaksanakan projek penanaman terumbu karang terbesar ini, Astro telah menyemai serpihan karang di underwater nursery yang telah dibina semenjak bulan Ogos yang lalu. Astro turut diberi peluang untuk bertanggungjawab dalam memastikan dua kawanan anak-anak penyu dilepaskan ke laut dengan selamat untuk mengharungi gelora laut dalam dan terus hidup bagi menyambung ekosistem lautan.

    Selain berbudi kepada bumi, pihak Astro turut menyumbangkan sebuah televisyen LCD 32'', sebuah Beyond PVR beserta 17 saluran Astro bagi memperkaya sumber pembelajaran murid-murid di Sekolah Kebangsaan Selakan, Semporna.

    Astro Kasih menyampaikan inisiatif tanggungjawab sosial korporat melalui empat teras utama iaitu sukan dan kehidupan yang sihat, melahirkan nilai melalui pembelajaran yang berterusan, melaksanakan inisiatif kebajikan untuk kakitangan ke arah keharmonian masyarakat dan memajukan ketahanan alam sekitar. Oleh itu, sejak penubuhan Astro Kasih iaitu program khidmat masyarakat untuk kakitangan Astro, kurang dua tahun yang lalu, lebih daripada 480 kerja-kerja amal telah berjaya dilaksanakan yang melibatkan lebih 3000 kakitangan Astro di seluruh negara.

    Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah

    Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah\

    Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah

    Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah

    Snorkeling di Pulau Mataking Semporna Sabah

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Refleksi Orkestra Catat Malaysia Book Of Records
  • Egyptian Book of the Dead
  • Gambar Mawi di Projek Beautiful Malaysia di Semporna Sabah
  • Malaysia Book of Records
  • Orkestra RTM dalam Malaysia Book of Records
  • Gambar Adira di Rumah Terbuka Era FM 2011
  • Gambar Mawi di Jom Bowling Muzik FM Longest Non Stop Bowling Event
  • Muzikfm Keluarkan Setem Khas Sempena 35 Tahun
  • 'Brady Bunch' Star Reveals All About Lesbian Fling With TV Sister?
  • Hari Susu Sedunia 2010 Meriah & Happening
  • Full content generated by Get Full RSS.