Nuffnang

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

sumber :-

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Motor Naza Blitz Hadiah Cabutan Bertuah Rockaway 2011

Posted: 05 Oct 2011 10:32 PM PDT

Konsert Rockaway 2011 semakin hampir tiba. Hanya tinggal 2 hari lagi. Esok pula, akan diadakan sidang media terakhir yang akan membariskan band popular bertemu dengan media sebelum konsert terbesar ini diadakan di Car Park A, Stadium Bukit Jalil jam 12 tengahari. Budiey.com juga turut dijemput oleh penganjur untuk hadir menonton secara live festival Rock yang dikatakan terbesar di Malaysia ini. Budiey juga turut menerima 5 keping tiket untuk diberikan kepada pembaca. Korang yang nak tiket, boleh join contest kat sini.

Terbaru, berita yang Budiey terima, pihak penganjur telah menerima sebuah motor berjenama Naza Blitz tajaan dari Naza untuk diberikan kepada pengunjung bertuah yang membeli tiket berharga RM108 menerusi satu cabutan bertuah.

Kepada anda yang membeli tiket bernilai RM108, mungkin motor Naza Blitz bernilai RM5,000 ini akan menjadi milik anda!

Oh, jadi berita ini tiada kena mengena dengan pembeli tiket yang berharga RM68 dan RM88 ya. Jadi good luck kepada anda yang membeli tiket RM108

Teaser Rockaway Poster

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Menangi SKUTER NAZA BLITZ 150 di Muzik FM
  • Rockaway 2011
  • Gambar Boyfriend Noris Ali Pengacara Motor Addict di Astro Ria
  • Peraduan Menangi Tiket Konsert Rockaway 2011
  • Dashboard Confessional Batal Untuk Join Rockaway 2011
  • Pemenang Cabutan Bertuah Tajaan Langsing SIY di Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Gambar Kekasih Naza Times
  • Sum 41 & Dashboard Confessional Bakal Gegarkan Rockaway 2011
  • Faizal Tahir dan Anita Sarawak di Minggu Setiausaha PNB Darby Park
  • Ucapan Mila Jirin Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Gambar Sekitar Pelancaran Mini Album Qalisha

    Posted: 05 Oct 2011 10:05 PM PDT

    Sekitar Pelancaran Mini Album QALISHA

    Terlaksana sudah impian anak muda yang berasal daripada Kelantan pada tarikh keramat ini kerana album mininya yang bertajuk 'QALISHA' sudah pun berada di pasaran pada 8hb Septermber yang lalu di bawah edaran Warner Music (M) Sdn Bhd. Noor Qalisha Ahmad Rashid atau lebih mesra dengan panggilan Qalisha, mula memasang angan-angan untuk menjadi seorang penyanyi sewaktu di usia belasan tahun lagi. Bertemu Ajai lima tahun yang lalu di restoran ayahnya di Kuala Terengganu, Qalisha yang masih malu-malu sempat di uji bakat oleh Ajai.

    Qalisha

    Namun, hasrat gadis ini tidak kesampaian dan terpaksa dipendam kerana keluarganya menetap di Kuala Terengganu dan tidak berkesempatan melangkah ke Kuala Lumpur meneruskan minatnya.

    Walau bagaimanapun, jika rezeki telah tersurat, impian tak akan hilang begitu saja. Dua tahun yang lalu, keluarga Qalisha berpindah ke Kuala Lumpur dan peluang ini juga telah diambil oleh Qalisha untuk berkunjung ke studio Wake The Baby dan menyahut cabaran daripada Ajai. Sesi uji bakat ke dua dijalankan dan ternyata Qalisha mempunyai potensi yang tinggi untuk diketengahkan di dalam industri muzik kita.

    Dengan pakej yang serba lengkap, Qalisha mengorak langkah mempersiapkan diri bagi memulakan rakaman lagu-lagu yang telah dipersetujui. Keempat-empat buah lagu yang dimuatkan dalam album mini 'QALISHA' merupakan hasil ciptaan Ajai sepenuhnya.

    Single pertama yang menjadi taruhan merupakan sebuah single berentak balada bertajuk 'Satu Januari'. Single ini telah diedarkan dan mendapat tempat di corong-corong radio bermula April yang lalu. Bagi melengkapkan lagi promosi single pertama, klip video 'Satu Januari' telah dirakamkan. Chunk Azizi dan Elmie bertindak selaku pengarah bagi klip video tersebut.

    Di dalam album ini juga, Qalisha berkesempatan berduet bersama Ajai dalam sebuah lagu yang berjudul 'Takkan Ada'. Album yang berkonsepkan POP ini mengandungi empat buah lagu, dua buah lagu balada, sebuah lagu berentak 'moderate' dan sebuah lagi yang berentak 'fast'. Bagi para peminat yang ingin mengalunkan single 'Satu Januari' pula, minus one lagu tersebut disertakan sebagai lagu bonus di dalam album ini.

    Lagu-lagu di dalam mini album Qalisha :
    1. Satu Januari – (lagu/lirik : Ajai – Universal Publishing)
    2. Cerita Cinta – (lagu/lirik : Ajai – Universal Publishing)
    3. Bebaskanlah Cinta – (lagu/lirik : Ajai – Universal Publishing)
    4. Takkan Ada (duet bersama Ajai) – (lagu/lirik : Ajai – Universal Publishing)

    Bersempena dengan pelancaran album ini juga, pihak Wake The Baby dan Qalisha ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah banyak menyokong kerjaya dan perjalanan seni Qalisha. Pada hari ini juga kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak media, rakan-rakan artis, Warner Music selaku pengedar album Qalisha, pihak penaja bersama seperti

    • RIZMAN RUZAINI yang telah menaja busana Qalisha
    • JAMU MAK DARA di atas tajaan goodie bag
    • MAMEE & LEVIS EYEWEAR di atas tajaan hadiah cabutan bertuah
    • Rakan-rakan media dan rakan-rakan artis yang hadir
    • Ahli keluarga Qalisha dan tetamu-tetamu yang dihormati
    • Pihak Warner Music (M) Sdn Bhd
    • HARD ROCK CAFÉ, dan semua individu yang terlibat.

    Album mini 'QALISHA' telah berada di pasaran di bawah edaran Warner Music (M) Sdn Bhd bermula 8hb September, 2011. Dapatkan yang original!

    Tags:

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Sekitar Pelancaran Album Atilia
  • Gambar Selebriti di Majlis Pelancaran Album ALL Your LOVE
  • Gambar Mawi di Pelancaran Album Terbaru ALLAH HABEEBI
  • Gambar Linda Jasmine di Pelancaran Album Nas Adilla
  • Mila Jirin Bakal Lancar Album Terbaru & Showcase
  • Sneak Preview Pelancaran Album Aizat Percubaan Pertama
  • Gambar Fara Fauzana Jadi Hos Pelancaran Album CTKD
  • Gambar Dato' Siti Nurhaliza di Pelancaran Pembukaan Lord's Tailor
  • Gambar Saida di Pelancaran Album CTKD
  • Anang Ajak Syahrini Bercinta dalam Lagu
    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    0 ulasan:

    Catat Komen