Adsense

Khamis, 27 Oktober 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Bakal tampil kisah benar

Posted:

Bakal tampil kisah benar

Bakal tampil kisah benar

MENARUH kepercayaan penuh, Ning tidak pernah meragui kasih sayang dan kesetiaan suami terhadap dirinya.


JIKA dihitung, 18 tahun bukan satu tempoh masa yang singkat. Selama tempoh tersebut, pelbagai momen tidak kira yang manis mahupun pahit yang perlu dilalui oleh seseorang itu terutamanya apabila dia merupakan ikon yang dikenali ramai.

Bagi penyanyi yang dikenali dengan vokal soprano iaitu Ning Baizura Sheikh Hamzah, 36, atau nama komersialnya Ning Baizura, peristiwa pahit manis yang dilaluinya sepanjang bergelar artis membuatkan dirinya menjadi lebih matang dalam menjalani kehidupan sebagai anak seni.

Berbekalkan cerita yang 'dikumpul' melalui tempoh 18 tahun tersebut, Ning Baizura atau lebih mesra disapa Ning, ingin menghasilkan sebuah naskhah autobiografi mengenai diri serta pengalamannya untuk menjadi pengajaran kepada umum yang membaca.

"Saya memang sudah lama ingin menghasilkan buku seperti biografi atau kisah benar mengenai perjalanan karier seni Ning Baizura.

"Bercerita mengenai perkara ini, saya sebenarnya telah berjumpa dengan penulis yang mana jika perancangan ini jadi, ia merupakan projek selama dua tahun kerana saya ingin melancarkan ia pada genap 20 tahun saya berada dalam industri seni," bicara wanita tinggi lampai ini ketika ditemui di pelancaran muzik video single terbaharunya, Bila di Red Box, The Garden, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, menerusi buku tersebut, dia mahu menceritakan kisah sebenar apa yang pernah berlaku pada diri dari awal pembabitannya hingga kini. Ini kerana Ning merasakan masyarakat yang mengenali dirinya patut tahu kebenaran di sebalik setiap kisah tanpa berselindung.

Selain itu, bicara Ning lagi, kewujudan buku ini bukan bertujuan untuk mengungkit kisah lama, namun ia semata-mata untuk menceritakan pengalamannya supaya ia dapat dimanfaat oleh artis baharu yang mungkin boleh dijadikan pengajaran ketika ingin menapak atau membina nama di dalam industri hiburan tempatan.

"Saya bukan mahu mengaibkan sesiapa namun perkara ini harus kita ceritakan kerana perjalanan seni saya tempuhi setakat ini banyak pahit dari manisnya, dan saya rasa ia perlu diceritakan.

"Bukan juga mahu megah diri kerana kejayaan yang diraih namun ia sekadar ingin memberi pengajaran kepada setiap yag membaca kelak terutamanya artis baharu. Harap saya tidak akan disaman pula kerana menceritakan kisah-kisah tersebut," cerita Ning sambil ketawa kecil.

Menurut Ning lagi, berkemungkinan naskhah ini akan dihasilkan di dalam dua versi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta ingin menjadikan autobiografi ini sebuah naskhah yang tidak terlalu mahal dan mampu dibeli oleh semua.

Tidak pernah curiga

Bagi peminat Ning, pastinya sedar akan kontroversi baharu yang melanda dirinya serta suami, Omar Sharif Christopher Layton Dalton yang juga merupakan pengurusnya kini. Rumah tangga Ning dikatakan goyah akibat suaminya yang bermain kayu tiga di belakangnya bersama wanita berbangsa Cina.

Sebaik diajukan persoalan tersebut, Ning dan suami yang hadir ke pelancaran muzik video Bila bersama wakil-wakil Universal Music (M) Sdn. Bhd., ketawa besar mendengar gosip yang melanda diri mereka itu.

"Anda harus faham bahawa kini sejak abang (Omar Sharif) menjadi pengurus saya, dia banyak keluar berjumpa klien untuk berbincang mengenai kerja. Namun, saya tidak bimbang mengenai perkara ini kerana saya rasa tidak perlu untuk saya sentiasa 'melekat' bersama suami sepanjang masa.

"Saya juga tidak pernah curiga padanya kerana dia seorang yang lurus. Saya akui saya memang tidak terkejut kerana ini normal. Namun bagi suami saya yang tidak biasa dengan perkara ini, dia agak terkejut," tutur Ning yang mana suaminya juga menjawab ringkas dengan mengatakan 'saya sayang isteri saya'.

Jawab pelantun lagu Awan Yang Terpilu ini juga, suaminya terpaksa 'menjaja' diri isteri untuk mencari penaja bagi konsert yang akan datang kelak. Katanya, gosip ini keluar kerana mungkin orang ramai mengambil berat terhadap mereka dan ia bukanlah sesuatu yang terlalu buruk.

Full content generated by Get Full RSS.

2PM bantu mangsa banjir

Posted:

2PM bantu mangsa banjir

2PM bantu mangsa banjir


KUMPULAN 2 PM


PADA 20 Oktober lalu, kumpulan popular Korea Selatan, 2PM dan syarikat pengurusan mereka, JYP Entertainment telah menderma sejumlah wang untuk membina semula bangunan dan kemudahan awam yang rosak akibat banjir teruk yang melanda Thailand baru-baru ini.

Wakil daripada Korean National Red Cross berkata:

"Pada 20 Oktober 2PM dan JYP Entertainment telah menderma wang sebanyak RM408,000 untuk digunakan dalam proses pemulihan dan pembinaan semula bangunan yang rosak akibat banjir yang melanda Thailand.

Thailand merupakan negara yang dekat dan istimewa buat kumpulan 2PM kerana salah seorang anggotanya iaitu Nichkhun berasal dari Thailand.

"Anggota 2PM telah menulis di laman sosial milik mereka beberapa kali sebagai tanda sokongan untuk negara Thailand bangkit semula selepas banjir sebelum membuat keputusan untuk menderma.

Bermula bulan Julai lalu, Thailand telah berhadapan dengan banjir yang teruk dan menenggelamkan 70 peratus negara tersebut. Seramai 342 orang disahkan terkorban akibat banjir itu.

JYP Entertainment sebelum itu telah menderma sebanyak RM942,000 sebagai bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi dan tsunami di Jepun pada awal tahun ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Glamor ASK 2011

Posted:

Glamor ASK 2011

Glamor ASK 2011

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


SEBANYAK 23 kategori dipertandingkan dalam Anugerah Skrin 2011.


BERTEMAKAN Golden Glamour, Anugerah Skrin 2011 (ASK 2011) pastinya ditunggu-tunggu kerana ia merupakan pertandingan drama terbaik yang ditayangkan di semua stesen televisyen di Malaysia selain filem.

Menurut Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, dia yakin bahawa ASK 2011 merupakan pemangkin untuk melahirkan lebih ramai pengarah dan pelakon drama dan juga filem yang lebih berkualiti.

"Kita boleh lihat pada hari ini, kebanyakan drama yang ditayangkan kualitinya bertambah dari semasa ke semasa, begitu juga dengan filem.

"Sebab itu, kita boleh lihat jumlah penonton yang mengikuti sesebuah drama terutamanya drama rantaian juga bertambah," ujarnya yang ditemui pada sesi sidang media ASK 2011, di Hotel Double Tree, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tahun ini sebanyak 23 kategori anugerah dipertandingkan secara keseluruhannya. Kesemua kategori itu meliputi 10 kategori drama, tujuh kategori filem dan enam kategori penerbitan dalaman yang akan dipertandingkan.

Calon-calon yang dipertandingkan pula terdiri daripada penerbitan yang telah ditayangkan di kaca televisyen dan pawagam mulai 1 Julai 2010 sehingga 30 Jun 2011 selain pencalonan drama yang berdasarkan rating mengikut kajian AGB Nielsen Media Research mengikut genre masing-masing.

Bagi kategori drama sebanyak 17 buah drama, 10 drama rantaian dan tujuh drama komedi dicalonkan, manakala untuk kategori filem pula sebanyak 29 buah filem layak dipertandingkan.


IZHAM (empat dari kanan) pada sidang akhbar Anugerah Skrin 2011 baru-baru ini.


Tambah Izham lagi terdapat dua buah filem menarik diri daripada menyertai ASK 2011 iaitu filem ...Dalam Botol dan juga Dua Alam.

"Pihak kami tidak boleh menghalang mereka daripada menarik diri kerana keputusan terpulang pada tangan mereka," kata Izham.

Tambahnya, ASK 2011 bukan pertandingan antara stesen televisyen yang ada di Malaysia tetapi drama dan terbitan yang disiarkan melalui stesen-stesen televisyen yang dipertandingkan.

"Pihak kami amat berbesar hati kerana Anugerah Skrin 2011 sentiasa mendapat kerjasama dan sokongan positif daripada rakan-rakan stesen televisyen yang lain.

"Anugerah Skrin 2011 juga banyak menerima pencalonan muka-muka baharu dalam bidang ini. Ia merupakan satu petanda yang positif dalam meningkatkan mutu seni tanah air serta menyuntik semangat kepada penggiat-penggiat seni untuk berusaha dengan lebih gigih lagi agar mereka dihargai serta diberi pengiktirafan," ucap Izham lagi.

Dalam majlis yang sama turut diperkenalkan pengacara yang bakal menerajui ASK 2011 iaitu Ally Iskandar dan juga aktres popular, Rozita Che Wan, manakala untuk acara karpet merah akan dihoskan oleh Faiz dan Nabila Huda bersama Juara Hos Bintang Pantene yang mana pertandingannya dijalankan beberapa minggu sebelum ASK 2011 bermula.

Majlis anugerah berprestij ini akan bersiaran secara langsung di TV3 daripada Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 November depan pada pukul 9 malam.

Selain di TV3, ASK 2011 boleh juga disaksikan menerusi laman sesawang www.tv3.com.my atau www.tonton.com.my yang akan memuatkan kli-klip menarik di sebalik tabir dan kemeriahan karpet merah.

Full content generated by Get Full RSS.