Adsense

Sabtu, 15 Oktober 2011

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Nafi kahwin lelaki Kelantan

Posted:

Nafi kahwin lelaki Kelantan

Nafi kahwin lelaki Kelantan

MASIH solo! Status itu yang digenggam erat Zuliana Abdul Aziz atau nama komersialnya Jue Aziz, 28. Biar beberapa kali diusik sama ada kini sudah bergelar isteri orang, Jue setegas-tegasnya menafikan dakwaan itu.

Katanya: "Sudah lama saya single dan sampai ke saat ini saya masih lagi single, tiada apa yang perlu dihurai lanjut."

Bertebar tawa Jue menerobos ruang atmosfera lokasi temu bual di Kellie's Castle, Batu Gajah, Ipoh Perak itu tat- kala ditebak soalan itu. Malah ujarnya lagi, segala cerita itu nyata sekali direka-reka.

"Sudah tentu tidak betul sama sekali, saya tak faham macam mana orang dapat cerita itu, memang benar tiada sesiapa lagi di hati saya," tutur Jue ketika ditemui di lokasi penggambaran Nilapura, drama terbaharu lakonannya itu.

Menjawab lagi asakan yang diberikan tentang kebenaran akan gosip yang bertebar baru-baru ini ditambah pula secara tiba-tiba menghilangkan diri, Jue akui sering berulang-alik ke sebuah negeri di Pantai Timur sepanjang tempoh kehilangan itu.

"Saya ada rapat dengan sebuah keluarga dari Kelantan yang kini sedang menetap di Terengganu, itu keluarga angkat saya yang saya baru kenal awal tahun ini. Tujuan ke sana untuk merasai suasana kampung memandangkan kampung saya cuma di Kuala Lumpur.

"Mungkin jiran-jiran di sana yang tidak tahu akan kebenaran hal ini yang bercerita, mungkin ini cuma desas-desus, tidak betul sama sekali.

"Kalau benar saya sudah kahwin boleh semak sendiri di Jawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), sebab kalau saya tipu mesti sudah ada rekod saya ini isteri orang," hurai pelakon drama Janji Kekasih itu.

Berkahwin dan mempunyai anak-anak menjadi impian Jue paling agung. Tambahnya, detik bahagia bergelar seorang isteri bukan untuk disembunyikan daripada pengetahuan umum.


JUE menyarankan pihak yang mendakwa dirinya sudah berkahwin supaya mencari bukti kukuh terhadap dakwaan tidak benar terhadap dirinya itu.


"Buat apa ada kebahagiaan kalau tidak diceritakan dengan semua orang, kalau bercinta patut dikongsi-kongsi bersama.

"Lagipun, itu impian Jue, berumah tangga dan mempunyai anak-anak, dan saya sudah bersedia sekarang" ungkap si manis bersuara besar itu.

Sengaja mendiamkan diri, katanya, sepanjang kehilangannya sebelum ini tiada apa yang perlu dikhabarkan. Hanya melalui hari-hari biasa bersama keluarga tercinta.

"Memang hampir setahun saya memang mendiamkan diri, sebab dirasakan tidak ada benda yang penting untuk dikongsi dengan peminat, lagipun tidak adil pula saya asyik bercerita hal yang sama," katanya.

Tutup buku lama, selak lembaran baru. Keinginan itu yang kini disemat dalam kalbu seorang Jue Aziz. Biarkan segala kisah silam berlalu pergi dan segala cerita tidak enak didengar itu bersemadi.

"Cukup pasal perkara-perkara lama, peminat pun sudah tahu siapa saya dan itu perubahan paling besar saya," luahnya mengutus senyum.

Jejaka idaman

Begitu juga dengan kisah cintanya, enggan lagi dikaitkan dengan mana-mana artis, Jue bagaimanapun masih jua berpegang pada prinsip takdir hidup penentu segalanya.

"Seboleh-bolehnya saya tak nak lagi bercinta dengan artis, tapi perkara itu tidak boleh saya elak seandainya sudah takdir saya.

"Saya tahu pahit getir bercinta sesama artis, kalau ada peminat yang tidak faham pula mungkin akan mendoakan yang buruk-buruk, itu yang seboleh-bolehnya saya mahu elak," perlahan intonasinya dibawa bayu di sebalik rekahan dinding Kellie's Castle yang dibina pada tahun 1915 itu.

Namun, itu bayaran yang perlu Jue terima. Bergelar public figure yang pastinya setiap inci akan diintai, setiap lapis akan diselak masyarakat.

Pasrah dengan ketentuan yang telah ditetapkan Ilahi, Jue kini sudah punyai ketetapan buat sang arjuna yang ingin menyunting lubuk hatinya.


SELAIN Jue dan Amar, Nilapura turut dibintangi Ryzal Ahmad.


"Lelaki itu mestilah hormat orang tua, pandai jaga hati keluarga. Memang saya pentingkan prinsip kekeluargaan. Ibarat bila bercinta dengan saya, dia mesti bercinta dengan keluarga saya.

"Dalam masa yang sama dia mestilah penyayang, mengambil berat, bertanggungjawab dan menjadi peneman setia. Maknanya saya boleh anggap dia seperti kawan baik saya, ayah saya mahupun abang saya," bicara gadis genit itu yang mengimpikan hubungan saling memahami antara satu sama lain.

Puteri Ratna Emas Lela

Jue kini masih terlibat dalam proses penggambaran drama terbaharu berjudul Nilapura yang bakal disiarkan pada 31 Oktober ini di slot Aksi TV3.

Menceritakan peranan yang dibawa dalam drama itu, Jue memegang watak Puteri Ratna Emas Lela yang merupakan puteri bongsu Raja Bumida Bimasakti yang berjiwa rakyat dan gemarkan kerja amal.

"Dalam drama ini, saya akan mengorbankan cinta demi kasih sayang terhadap negara saya, Bimasakti dan terpaksa berkahwin atas dasar diplomatik antara negara saya dan Nilapura," singkapnya mengenai watak utama yang dibawa dalam drama bercorak epik itu.

Selain Jue, Nilapura juga membariskan pelakon hebat tanah air antaranya Ryzal Jaafar, Amar Asyraf, Memey Suhaiza, Ramli Hassan, Zarina Zainuddin, Rosnah Johari, Razib Salimin, Adam Shah, Hilal Azman dan Ramona Zam Zam.

Full content generated by Get Full RSS.

Siri jelajah AIM 18

Posted:

Siri jelajah AIM 18

Siri jelajah AIM 18


KYOTO PROTOCOL antara artis yang terlibat dengan siri jelajah AIM 18.


SIRI jelajah promosi program anugerah Anugerah Industri Muzik (AIM), kini giat menarik perhatian peminat muzik dengan persembahan calon-calon AIM 18 di beberapa tempat terpilih.

Selepas menghangatkan suasana di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor pada hujung minggu lepas, siri jelajah AIM 18 bakal menghiburkan pengunjung pusat beli-belah Jusco AEON AU2 di Setiawangsa, Kuala Lumpur pula pada hari ini dan esok.

Calon-calon AIM 18 yang hadir dijangka akan memeriahkan lagi suasana dengan petikan muzik pelbagai genre, dari muzik rock alternatif, balada, etnik, nasyid dan pop.

Jangan ketinggalan menyaksikan persembahan hebat trio bersuara mantap, 3 Suara yang terdiri daripada Jaclyn Victor, Ning dan Shila. Tidak ketinggalan kemunculan Dayang Nurfaizah, Nora, Nowseeheart, Amirah Ali, Project Pistol, Mirwana, Kyoto Protocol, James Baum, Devotees, Castury dan Saujana.

Peminat juga turut berpeluang berkenalan dengan artis kegemaran mereka semasa sesi autograf dan bergambar. Jelajah promosi AIM 18 itu bermula dari pukul 11 pagi hinggalah ke 9 malam.

Dicetuskan oleh Celcom sebagai penaja utama AIM 18, jelajah promosi AIM 18 ini juga dipenuhi dengan aktiviti dan pelbagai hiburan serta peluang untuk memenangi hadiah percuma dan tiket ke malam berprestij anugerah AIM18 yang bakal diadakan secara langsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, pada 12 November ini.

Majlis anugerah gilang-gemilang itu dijadualkan bermula dengan siaran langsung acara Blue Carpet pada pukul 8.30 malam diikuti dengan siaran langsung AIM18 pada pukul 9 malam, eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Bagi maklumat mengenai AIM, boleh layari laman web http://aim.org.my.

Full content generated by Get Full RSS.

Konsert tiga dekad Search

Posted:

Konsert tiga dekad Search

Konsert tiga dekad Search

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN
roni.ridwan@kosmo.com.my


AMY masih tegar dan segar meneruskan misi Search selepas 30 tahun hayat kumpulan rock tersohor itu.


DALAM kebanyakan kumpulan rock yang ada di negara ini, ternyata Search merupakan salah satu kumpulan yang sememangnya berada di satu kelas yang tersendiri dengan himpunan lagu-lagunya yang masih malar segar sehingga ke hari ini.

Ditubuhkan pada tahun 1981 di Johor Bahru, Johor, kumpulan yang dianggotai oleh Amy (vokalis), Kid (gitar utama), Nasir (gitar bass), Nordin (gitar irama) dan Yazit (dram) masih mampu mengekalkan momentumnya sebagai sebuah kumpulan rock legenda yang sudah bertapak dalam industri seni selama 30 tahun.

Kini dengan usia yang sudah mencapai tiga dekad, Search akan tampil dengan sebuah konsert istimewa yang bakal menggegarkan peminat rock tanah air menerusi Konsert Fenomena 30 Tahun Search.

Menariknya tentang konsert yang dianjurkan oleh Oracle Accord, ia akan diadakan di tiga buah lokasi utama iaitu di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang (19 November), Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru (3 Disember) dan kemuncaknya di Padang Astaka, Kuala Lumpur (17 Disember).

Pada satu sidang akhbar yang diadakan baru-baru ini, Amy selaku vokalis berkata, konsert sempena ulang tahun Search yang ke-30 itu adalah sebagai satu penghargaan kepada para peminat mereka.

"Sudah tentu kami amat berbangga kerana masih dapat bertahan sehingga ke hari ini serta dapat mempertahankan muzik rock di Malaysia. Ini semua adalah disebabkan sokongan berterusan yang diberikan kepada peminat.

"Pada masa yang sama, kami juga sangat menghargai sokongan peminat yang terdiri generasi hari ini, di mana ibu dan ayah mereka yang terlebih dahulu sinonim dengan kumpulan ini terutama pada era 80-an," ujarnya.

Seorang lagi anggota kumpulan itu, Nasir Daud menyatakan, 30 tahun adalah satu tempoh yang lama dan antara faktor utama kumpulan Search masih terus bertahan kerana mereka dapat meletakkan genre muzik rock ke persada muzik Malaysia sehingga ia diterima ramai.

Ujarnya lagi, ketika awal penubuhan kumpulan itu suatu ketika dahulu, kebanyakan kumpulan rock yang diwujudkan sekadar membuat persembahan di majlis kenduri kahwin dan tidak ramai pihak yang yakin sesebuah kumpulan akan mampu bertahan dalam tempoh yang lama.


DARI KIRI: Jerome, Yazid, Amy dan Nasir pada sidang akhbar Konsert Fenomena Search 30 Tahun di Kuala Lumpur baru-baru ini.


"Bagaimanapun dengan usaha kami yang berterusan akhirnya genre muzik yang kami bawakan semakin diterima peminat dan terus kekal. Malah, sekarang ini sudah ada badan korporat yang turut tampil untuk menjadi penaja dalam penganjuran konsert sebegini," jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Oracle Accord Sdn. Bhd., Jerome Lee ketika ditemui berkata, konsert yang diadakan nanti turut menjurus kepada sebuah festival kerana penonton akan dihiburkan dengan persembahan lagu-lagu rock selama tujuh jam.

Menurutnya, pada seawal pukul 5 petang penonton yang datang akan disajikan persembahan beberapa buah kumpulan rock tanah air terlebih dahulu sebelum acara kemuncaknya iaitu konsert kumpulan Search yang dijangka akan bermula pada pukul 9 malam.

"Untuk konsert kali ini, pihak kami turut menggunakan khidmat jurutera bunyi terkemuka iaitu Yamaguchi yang sebelum ini pernah terlibat dengan konsert di peringkat antarabangsa bagi memastikan ia menjadi konsert terhebat untuk tahun ini," ujarnya.

Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert tersebut sudah mula dijual di beberapa cawangan stesen Petronas terpilih, Rock Corners dan wakil jualan sah yang tersenarai di www.tickethotline.com.my dengan harga RM59 untuk konsert di Pulau Pinang dan Johor Bahru dan RM69 untuk konsert di Kuala Lumpur.

Tiada medley

Selain menggunakan khidmat jurutera bunyi terkenal untuk konsert berkenaan, kumpulan Search juga memberitahu mereka akan menampilkan satu persembahan yang mantap sebagai hadiah kepada peminat.

Menurut Amy, konsep untuk ketiga-tiga konsert itu nanti masih belum ditentukan lagi buat masa ini. Namun, mereka akan tetap mempersembahkan lagu-lagu yang popular di kalangan peminat.

"Sudah tentu kami akan mempersembahkan lagu-lagu wajib kami kerana ia adalah permintaan peminat sendiri. Sebagai sebuah konsert sempena sambutan ulang tahun, kami mahu memastikan peminat yang datang akan berasa puas dan berbaloi," ujarnya.

Menurut Nasir pula, sebanyak 18 sehingga 20 lagu yang akan dipersembahkan dalam tempoh dua jam. Menariknya, berbeza dengan konsert-konsert sebelumnya, mereka sudah sepakat untuk tidak menyanyikan lagu yang berbentuk medley.

"Bagi kami, tidak perlu sampai menyanyi sehingga 30 buah lagu termasuk menjadikan beberapa buah lagu dalam persembahan medley. Biar lagu yang dinyanyikan sedikit, asalkan peminat yang datang rasa puas hati," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.