Adsense

Rabu, 12 Oktober 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


9 tahun menunggu

Posted: 11 Oct 2011 03:26 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]DILIHAT kepada pakej dimiliki, tampak bagai ada kelebihan pada jejaka ini untuk muncul sebagai bintang pujaan. Dia punya rupa dan gaya, malah berbakat dalam lakonan dan nyanyian. Begitupun mungkin nasib belum menyebelahi Pekin Ibrahim untuk tampil sebaris dengan nama besar lain dalam bidang seni.

Sambutan produser filem dingin

Posted: 11 Oct 2011 03:21 PM PDT

Hip

Bangunan Studio Dolby Digital Mix Stage di pintu masuk kompleksStudio Merdeka FINAS.

Bangunan Studio Dolby Digital Mix Stage di pintu masuk kompleksStudio Merdeka FINAS.

Kemudahan i di Dolby Digital Mix Stage, FINAS dipantau wakil dari London, Australia

RATA produser dan pengarah filem dan drama tempatan masih belum meyakini kemudahan dan kelengkapan canggih yang terdapat di Studio Dolby Digital Mix Stage, Kompleks Studio Merdeka, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS).

Sekalipun kemudahan yang terdapat di situ diiktiraf antara studio Dolby Digital Premium ke-12 terbaik di dunia. Studio yang memiliki dua bilik adunan suara atau dubbing, bilik suntingan bunyi dan masing-masing satu bilik rakaman foley, bunyi optik kamera dan mix stage yang dibina khusus untuk penyediaan keseluruhan filem.

Jadi seharusnya tiada alasan penerbit dan pengarah mencari alternatif lain yang seharusnya membelanjakan kos yang tinggi untuk ke luar negara terutama Bangkok, Thailand dan Hong Kong, China untuk mengadun filem.

Di sini kita boleh buat apa saja rakaman suara sama ada untuk filem, drama, dokumentari, video korporat termasuk untuk vokal muzik.

Jurutera Bunyi Mix Stage, Azriddin Hamzah berkata, keyakinan produser dan pengarah tempatan kini masih di tahap rendah untuk mengambil kesempatan daripada kemudahan dan kelengkapan yang terdapat di studio Dolby Digital Mix Stage FINAS.
"Buat masa ini belum ramai lagi produser berani menggunakan kemudahan di FINAS ini kerana tidak pernah mencuba. Apa yang saya nampak dari segi kepakaran tenaga kerja memang FINAS tidak punyai masalah, tetapi akur kami masih mengalami kekurangan tenaga kerja, walau bagaimanapun ia bukan masalah besar, tetapi masalah besarnya keyakinan produser dan pengarah filem agak rendah kerana tidak pernah mencuba.

"Terus terang, dari segi kelengkapan dan kemudahan yang terdapat di sini memang tidak boleh dinafikan memiliki peralatan yang jauh lebih canggih berbanding di Bangkok, Thailand. Lebih lagi ketika studio ini dibina, kita menempah kesemua peralatan terkini yang belum lagi digunakan di negara seperti Bangkok,' katanya.

Antara filem tempatan yang pernah menggunakan khidmat Studio Dolby Digital, Mix Stage seperti Belukar, Estet, Senjakala, Hooperz, Toyol Nakal, Gerimis Mengundang dan Jangan Pandang-Pandang.

Menariknya studio yang dilengkapi pelbagai kemudahan terkini itu sentiasa dikawal kualitinya oleh penasihat Dolby Digital dari Australia sepanjang masa.
Menurut Azriddin, setiap filem yang menjalani proses di situ akan ditauliahkan oleh wakil Dolby Digital dari London dan mereka akan mengeluarkan sijil sebelum filem itu boleh ditayangkan.

"Mengikut piawaian Dolby Lab di London, setiap filem yang melakukan proses Dolby harus mengikut piawaian yang sudah ditetapkan oleh Dolby Digital. Tujuan adalah untuk mendapatkan bunyi yang asli, setiap kali selesai sesuatu filem, wakil Dolby Digital dari Australia akan datang ke Malaysia untuk menilai kualiti Dolby untuk setiap filem yang dikeluarkan.

"Mereka sendiri mentauliahkan dan mengeluarkan sijil bererti filem itu mengikut spesifikasi yang sebenar. Mereka amat cerewet, sangat teliti dan sentiasa berhati-hati untuk mentauliahkan sijil untuk sesuatu filem yang bertujuan menjaga kualiti," katanya.

Studio Digital Mixstage mula beroperasi sejak 1 Februari 2009 dengan kos perbelanjaan sebanyak RM54 juta. Dengan keluasan 2,396 meter persegi, studio empat tingkat itu dilengkapi kemudahan audio canggih seperti mixing (adunan bunyi), premix (peralatan projektor filem dan video digital), dubbing (adunan suara), sweetening (suntingan, rekaan dan efek audio), foley (mencipta kesan bunyi seperti tembakan dan kilat) dan optical sound camera (proses akhir audio Dolby Digital).

Olivia pelik kena buat dubbing

DUA pelakon filem Gerimis Mengundang arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri, Kamal Adli dan pelakon Indonesia, Olivia Lubis Jensen berkesempatan melakukan proses memasukkan suara untuk filem itu di studio Dolby Digital baru-baru ini.

Sepanjang dua tahun lebih berkecimpung di dalam dunia perfileman Indonesia dan sudah membintangi tujuh filem, Olivia mengakui kali pertama menjalani proses memasukkan suara ke dalam filem.

"Ini pengalaman pertama saya menjalani proses 'dubbing' yang sebelum ini tidak pernah membuatnya di Indonesia. Lebih lagi pengalaman berharga dapat melakukan proses dubbing di studio yang cukup canggih menjadi pengalaman berharga saya.

"Selain itu, banyak pengalaman berharga sepanjang saya menjalani penggambaran filem di negara ini dan semuanya adalah pengalaman berharga. Saya dapat melihat kru yang bertugas untuk sesuatu produksi terlalu sikit berbanding di Indonesia, namun mampu menyiapkan filem dengan cepat," katanya seronok bekerja di bawah syarikat penerbitan filem terbitan Excellent Pictures dengan kerjasama E-rama Creative.

Bagi Kamal, pengalaman pertama bekerja bersama pelakon Indonesia memberi kelebihan buatnya apabila industri filem dan drama Indonesia kini mula mengenalinya.

"Memang saya tidak menyangka akan dikenali di Indonesia, ia terbukti apabila gosip saya bersama Olivia yang sedang bercinta kini kecoh di media mereka.

"Rupanya barulah saya tahu permainan media mereka untuk memperkenalkan seseorang artis, ketika saya menjalani penggambaran di Jakarta bersama Olivia mereka mengambil gambar dan mengekplotasi gambar itu untuk dijadikan gosip. Katanya saya sengaja datang ke Jakarta semata untuk berjumpa Olivia sedangkan gambar itu diambil ketika kami tengah shooting," katanya yang berbangga apabila ada produser Indonesia meminta profil dan menawarkan dirinya berlakon sinetron.

Filem Gerimis Mengundang bakal ditayangkan pada Mac tahun depan di lebih 70 pawagam tanah air dan lebih 55 pawagam di Indonesia.

Full content generated by Get Full RSS.