Adsense

Jumaat, 16 September 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Saturday Spotlight: Demascus Terbit Video Klip Dengan Kos RM600 Sahaja!

Posted: 16 Sep 2011 10:20 PM PDT

Mereka adalah sebuah kumpulan muzik yang tampil dengan konsep yang berbeza. Merupakan bekas pelajar Universiti Multimedia Cyberjaya ,telah muncul dan membentuk satu kumpulan yang dikenali sebagai Demascus. Walaupun datang dari latar belakang dan citarasa muzik yang berbeza, mereka telah bersatu atas nama kumpulan pop.

Demascus yang dianggotai oleh 5 orang ahli iaitu Miff, Huzaifah, Iki, Amal dan Edry. Masing-masing mempunyai pelbagai latar belakang muzik yang berlainan. Miff adalah penyanyi RnB/Soul, Huzaifah cenderung kepada Country/Jazz, Iki pula ialah bekas  pop superstar di kampus, Edry bergiat aktif dalam hiphop underground, manakala Amal penyanyi bersuara pop/rock. Mereka bersatu tenaga dalam menghasilkan karya muzik dan membuat persembahan di atas pentas. Inilah yang menjadikan mereka sangat berbeza dan unik.

Demascus juga terkenal dengan idea dan karya segar dalam menyampaikan mesej yang positif beserta dengan persembahan yang bertenaga di atas pentas.4 tahun bekerja keras, kini mereka tampil dengan sebuah album penuh bertajuk "Kita Berbeza".

Album Kita Berbeza yang telah mula dipasarkan sejak awal September lalu, memuatkan 6 buah lagu. Lagu-lagu yang terkandung dalam album tersebut ialah  KITA BERBEZA, MENGEJAR SEMPURNA (feat. Ikram Mirwana), HADIRMU, MASIH BELUM BERAKHIR,  SELAMANYA dan HADIRMU(versi piano). Album Kita Berbeza telah mendapat sentuhan komposer dan music arranger yang hebat ,antaranya ialah AG COCO, Akmal Mirwana, JAYJAY, Belle Fattah,Firdaus Mahmud .

Keseluruhannya, lagu-lagu yang terdapat di dalam album ini memberi kesegaran dan mempunyai mesej yang tersirat melalui lirik-lirik lagu yang disampaikan. Album Demascus ini diterbitkan oleh Demascus Production, di bawah pengurusan artis Arteffects International Sdn Bhd, sebuah syarikat milik komposer muda dan penyanyi Hafiz Hamidun serta diedarkan oleh Warner Music.

Klip video single pertama mereka, KITA BERBEZA KINI boleh di lihat di laman youtube .Klip video KITA BERBEZA diterbitkan dan dihasilkan sendiri oleh DEMASCUS dengan bantuan beberapa orang kawan mereka. Dengan hanya kos sebanyak RM600, mereka berjaya merakamkan klip video tersebut selama sehari sahaja di 7 lokasi yang berbeza.

Segala perkembangan dan info terkini Demascus boleh diikuti di laman sesawang www.thedemascus.com , Facebook Demascus dan Twitter Demascus. Untuk tempahan album, emailkan ke admin@thedemascus.com.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Gambar Hi-Res : Pernikahan Eira Syazira & Azad Jasmin

Posted: 16 Sep 2011 10:04 PM PDT

Aktres, Eira Syazira & pelakon, Azad Jasmin dengan sekali lafaz telah selamat bergelar suami isteri sekitar pukul 9, malam tadi. Majlis pernikahan kedua-dua pasangan bahagia ini berlangsung di kediaman keluarga Eira Syazira di Putrajaya.

Majlis pernikahan kedua-dua bakal mempelai ini telah dihiasi dengan konsep Cermin & Kristal serta diwarnai dengan tema Silver & Red White. Manakala baju persalinan Azad Jasmin & Eira Syazira ditaja & direka oleh pereka fesyen Hairi Tajuddin & Wanpa.

Majlis turut dihadiri penyampai radio terkenal, Faizal Ismail (FBI) & koreografi tarian, Adam Corrie Lee.

Bagaimanapun, majlis resepsi pasangan ideal ini akan ditunda ke bulan November dimana tarikhnya akan diumumkan kelak.

Rakan G.I Photoshoot (Like Us!) yang turut hadir bersama sempat berkongsi beberapa keping gambar hi-res majlis pernikahan Eira Syazira & Azad Jasmin untuk tatapan eksklusif pembaca OHBULAN!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...