Adsense

Ahad, 11 September 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Andy Whitfield : Hero Spartacus Meninggal Dunia.

Posted: 11 Sep 2011 07:44 PM PDT

Andy Whitfield, berusia 39 tahun merupakan bintang drama bersiri berjudul "Spartacus: Blood and Sand," telah disahkan meninggal dunia, di Sydney, Australia, semalam.

Pengurus, Sam Maydew berkata pemergian mendiang Andy Whitfield berpunca daripada penyakit kanser darah yang dikenali sebagai non-Hodgkin Lymphoma.

Mendiang yang dilahirkan di Wales dan menetap di Australia mula dikenali apabila memegang watak hero sebagai 'Spartacus," sebuah drama siri yang menceritakan kebangkitan hamba abdi di zaman Rom. Spartacus : Blood and Sand ini menjadi hit kerana diterapkan dengan unsur seks serta keganasan yang mencerminkan kehidupan manusian zaman dulu. Ia tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak, kerana ia sememang mengandungi banyak babak-babak yang mengejutkan.

Whitfield dikatakan sedang bersedia untuk berlakon sebagai Spartacus musim kedua apabila dia disahkan menghidap kanser darah, kira-kira 18 bulan lalu.

Stesen tv mengumumkan bintang Australia, Liam McIntyre akan mengambil alih watak tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Video : Apa Yang Anda Suka Mengenai Malaysia?

Posted: 11 Sep 2011 07:07 PM PDT

Apakah yang membuatkan anda benar-benar rakyat Malaysia? Apakah yang anda suka mengenai Malaysia?

Adakah nasi lemak? Masakan ibu? Konsep muhibah di kalangan bangsa? Keluar lepak dengan kawan pekena teh tarik? Haiwan terpelihara seperti tapir dan orang utan? Atau kecantikan gadis Malaysia yang dikatakan antara tercantik di dunia?

Apa pun jawapan anda, sudah tentu ia perkara yang menarik mengenai Malaysia. Dan anda boleh luahkan perasaan sayang & suka anda kepada Malaysia dengan merakamkan jawapan anda dalam bentuk video. Paling menarik, video yang anda rakamkan berkemungkinan besar akan menerima wang tunai RM5000!

Bagi menyebarkan semangat Hari Merdeka di kalangan penduduk Malaysia, PETRONAS telah mewujudkan satu platform untuk anda mengekspres perasaan gembira dan bangga. Berjudul "PETRONAS Saya Suka Malaysia", pertandingan yang telah dilancarkan oleh Zenith Media ini telah bermula pada 23 Ogos 2011 – 12 September 2011 (Ya, hari ini tarikh tutup!).

Cara penyertaan amat mudah : Peserta perlu menjawab "Apa yang anda suka mengenai Malaysia?" dan 5 video yang mendapat undian tertinggi setiap satunya akan menerima hadiah wang tunai berupa RM5000.

Setakat hari ini, respon yang diberikan amat memberansangkan. Minggu pertama, 300 video peribadi telah dimuatnaik dan boleh ditonton di laman Facebook PETRONAS Saya Suka Malaysia. Lebih 600 000 views diterima dalam masa kurang seminggu, ditambah lagi dengan kenaikan Fans berjumlah 15000 orang sebagai indikasi bahawa kempen PETRONAS Saya Suka Malaysia ini benar-benar dekat di hati rakyat.

Saya Suka Malaysia, merupakan kata kunci spontan yang dicadangkan melalui laman Twitter, dan menjadi trending yang popular, menunjukkan konsep ini berjaya sebagai medan untuk menghubungkan pelbagai bangsa. Anda juga boleh tweet pandangan anda mengenai Malaysia, cuma letakkan hastag rasmi #sayasukamalaysia untuk berkongsi kegembiraan anda.

Rasakan semangat sebagai anak merdeka dengan menonton rakaman video yang menghiburkan dan luangkan masa untuk mengundi video terbaik (mana tahu, kawan anda pun hantar video, kan?) di laman Facebook PETRONAS Saya Suka Malaysia sekarang!

Oh ya, rakan kami sempat merakamkan video Saya Suka Malaysia. Tonton selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...