Adsense

Jumaat, 12 Ogos 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Berniaga sampai pukul 4 pagi

Posted:

Berniaga sampai pukul 4 pagi

Berniaga sampai pukul 4 pagi

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULAH


Bienda di hadapan gerainya di Bazar Malam Downtown, Cheras.


WALAUPUN jam sudah menunjukkan pukul 11 malam, namun suasana di sekitar Bazar Malam Downtown, Cheras, masih dikunjungi ramai orang.

Itulah suasana yang dapat dilihat di kawasan tersebut kerana sepanjang bulan Ramadan, para peniaga di situ mula berniaga pada pukul 10 malam hingga 4 pagi pada hujung minggu.

Salah seorang peniaga yang setiap malam berada di tapak gerai nombor satu adalah penyanyi Bienda atau Nor Razlinda Razli, 26.

Kata Bienda, ini merupakan tahun ketiga dia berniaga tudung di bazar tersebut setiap kali Ramadan dan mula berniaga sejak 5 Ogos lalu.

"Alhamdulillah, sejak tahun pertama berniaga hingga malam ini, perniagaan Bienda berjalan lancar. Sudah ada pelanggan tetap yang setiap tahun datang ke gerai Bienda.

"Ada pelanggan dari Kajang, Kedah dan Singapura yang datang. Kadang-kadang ada pelanggan yang membeli borong daripada Bienda untuk berniaga di tempat lain," ceritanya.

Menurut isteri kepada Kamarul Zariman Abdul Rahman atau Boy, dia menawarkan 10 jenis fesyen tudung termasuk jenama Syria yang dijual dalam pelbagai jenis serta selendang.

Kata Bienda, dalam perniagaan dia lebih mengutamakan kualiti fabrik dan bukan mengejar keuntungan mendadak.

Dia yang mengambil bekalan tudung daripada pembekal secara langsung seminggu sekali menawarkan harga tudung serendah RM10 hingga RM20.

"Bienda percaya setiap peniaga ada rezeki masing-masing. Walaupun Bienda tawarkan harga murah tetapi tetap untung dan boleh pulang modal.

"Walaupun gerai Bienda nampak simple tapi alhamdulillah, bekalan tudung yang Bienda ambil seminggu sekali itu sudah kena ambil dua kali seminggu," katanya.

Sepanjang S3 menemubualnya di gerai, Bienda sempat lagi mempelawa orang ramai yang lalu lalang di hadapan gerainya untuk singgah melihat tudung yang dijual.

Sempat bertanya padanya, kebanyakan pelanggan yang singgah ke gerai sebab ingin membeli atau bergambar dengannya.

Sambi tersenyum Bienda memberitahu, rata-rata pelanggan singgah sebab ingin membeli tudung dan dia sendiri bersedia melayan mereka.

"Adik dan suami, ditugaskan untuk menarik perhatian pelanggan. Bab melayan pelanggan tugas Bienda dan pekerja wanita. Orang yang memakai tudung lebih tahu apa kehendak si pemakai.

"Kadang-kadang pelanggan ingin membeli tudung sebagai buah tangan kepada sanak saudara, jadi Bienda akan memberi cadangan warna dan jenis tudung yang sesuai," katanya ramah.

Daripada pemerhatian S3, kebanyakan pelanggan yang singgah di gerai Bienda akan keluar dengan senyuman kerana mendapat layanan terus daripada penyanyi tersebut.

Kata Bienda, sejak berniaga di bazar, dia sudah menyimpan impian untuk membuka kedai tudung sendiri dengan jenamanya. Bagaimanapun hasrat itu menjadi kekangan kerana modal.

"Tengoklah kalau ada rezeki, Bienda bercadang nak buka kedai tudung kerana itu yang Bienda tahu.

"Walaupun berniaga di gerai, keuntungan tahun pertama Bienda gunakan untuk perbelanjaan majlis akad nikah kemudian majlis resepsi. Keuntungan Ramadan ini, alhamdulillah akan digunakan untuk persiapan Bienda bersalin," katanya terus terang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Irin tidak rambang mata

Posted:

Irin tidak rambang mata

Irin tidak rambang mata

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF
Lokasi Pasar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail


IRIN Putri ketika mencari juadah kegemarannya di Pasar Ramadan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur , baru-baru ini.


PROGRAM televisyen yang memaparkan kisah masyarakat yang hidup dalam kesusahan di TV3, Bersamamu benar-benar mengundang keinsafan kepada pengacara rancangan tersebut, Irin Putri Azmi, 29.

Bagi Irin, pengalaman mengacarakan program yang meruntun jiwanya itu, kedatangan Ramadan mengingatkannya kepada beberapa keluarga yang serba daif.

"Bermain-main di fikiran saya, apakah juadah mereka ketika bersahur, berbuka dan juga apakah perasaan mereka apabila Aidilfitri menjelma.

"Sedih sangat apabila mengenangkan keadaan mereka. Sebab itulah, Ramadan kali ini, saya nekad untuk bersederhana ketika berbelanja di pasar Ramadan.

"Jadi, bagi mengelakkan saya boros berbelanja, saya akan pastikan terlebih dahulu makanan yang mahu dibeli.

"Nanti, apabila sampai di pasar Ramadan, saya akan terus mencari menu pilihan yang telah difikirkan sebelum datang ke sini," terang Irin yang cukup gemar memakan ayam percik, ikan stim, sotong goreng tepung dan undang mentega.

Bagaimanapun, Irin mengakui, dia seorang yang obses dengan makanan pencuci mulut.

Justeru, tabiatnya yang gemar membeli juadah pencuci mulut pelbagai jenis begitu sukar untuk dikikis.

"Saya cukup suka dengan puding terutamanya perisa karamel selain suka memakan bermacam-macam jenis kek.

"Bukan itu sahaja, saya juga menggemari kuih muih tradisional seperti keria, seri muka, kasui dan sebagainya.

"Tambahan pula kesemua menu kesukaan saya ada di sini. Itu yang membuatkan saya kadang-kadang rambang mata untuk memilih pencuci mulut," kata ibu kepada Raees Aryan yang berusia dua tahun.

Namun menurut Irin, apabila mengenangkan kesusahan keluarga yang pernah ditemui ketika mengendalikan Bersamamu, ia cepat menyedarkan Irin agar tidak terus hanyut daripada membazir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.