Adsense

Ahad, 14 Ogos 2011

- Blog Hanz -

- Blog Hanz -


Kad Perkahwinan Ashraf Muslim konsep Quran

Posted: 14 Aug 2011 07:06 AM PDT



Pertunangan Ashraf Muslim dan Dayana sudah pun memasuki 4 bulan. Alhamdulillah sehingga ke saat ini tali pertunangan masih lagi terpelihara. Dan kini mereka sibuk untuk menyiapkan dan mengedar kad perkahwinan yang dijangkakan perkahwinan mereka akan dilangsungkan pada 24 September bersamaan 26 Syawal. Mengenai kad nya pula, memang sungguh unik, tulisan jawi dan berkonsepkan Quran. Tapi yang tak tahu baca Jawi tue, jangan risau, sebab ada perkataan rumi dibawah ayat Jawi berkenaan. Apa-apa pun, kad ini sungguh unik dan jarang dapat kita lihat.


Tahniah, Siti Sarah Hamil 6 Bulan!

Posted: 14 Aug 2011 07:03 AM PDT



Dipetik melalui laman portal ManggaOnline, penyanyi, Siti Sarah Raisuddin dan juara Maharajalawak, Shuib Sepah dikhabarkan bakal menimang anak tidak lama lagi. Siti Sarah kini dikatakan hamil anak sulung lelaki mereka yang berusia 6 bulan setelah membuat pemeriksaan jantina anak berkenaan dengan doktor baru-baru ini. Pasangan ini betul-betul sangat gembira da bersyukur dengan kurniaan Allah.

Sehingga teruja begitu menantikan saat-saat kelahiran, Siti Sarah dan Shuib masing-masing dah pilih nama anak. Siti Sarah pilih nama Uwais Alqarni (nama seseorang lelaki di zaman rasulullah yang hebat, taat dan sangat menghormati ibunya sehinggakan segala doanya termakbul) dan Shuib pula mahukan nama Ahmad Didad (nama seorang pendebat islam yang sangat pintar dan hebat). 

Gambar Kekasih Farhan AF4

Posted: 14 Aug 2011 05:46 AM PDT




Dipetik melalui portal Gua, Inilah dia, wajah teman lelaki aka kekasih kepada penyanyi, Nur Farhan binti Azizan atau nama famousnya Farhan AF4, Ahmed Rashdan Suhaimi yang berumur sama dengan Farhan, 27 tahun. Kekasih Farah ni dikatakan 'disorokkan' Farhan sejak lima tahun lalu. Mungkin tidak mahu dilanda gosip yang besar keatas dirinya, maka inilah tindakan yang dilakukan Farhan, Tapi kata pepatah, sepandai-pandai cicak merangka atas siling, akhirnya kena lastik juga. Hehe. Apa-apa pun berbahagialah selalu. Kahwin jangan lupa untuk umumkan ya. :)


Lagi Gambar Raja Farah bertudung

Posted: 14 Aug 2011 05:38 AM PDT



Baru-baru ni ada program kat PWTC Kuala Lumpur. Ntahlah apa nama program tu, mungkin majlis berbuka puasa kot. Yang menariknya ketika majlis itu, penampilan pertama kali Raja Farah dikhalayak umum mendapat perhatian. Sungguh anggun dan ayu pelakon ini bila bertudung, apatah lagi ditemani suami tersayangnya Megat Bashirun yang juga berbaju Melayu. Serba biru gitu Raja Farah. Tapi tahu ker anda? desas desus Raja Farah akan bersara daripada berlakon? buat masa ini belum ada lagi ada ke arah itu sebab masih ada lagi 'offer' lakonan, tapi sepertinya Farah mahu ke arah itu, bersara...


(GAMBAR) 4 Ibu selebriti jadi Remaja!

Posted: 14 Aug 2011 05:36 AM PDT



Wah bukan main lagi melihat empat ibu-ibu ni amik bahagian dalam sesi photoshoot untuk cover sebuah majalah. Mereka adalah Natasha Hudson, Ziana Zain, Sari Yanti dan Nora Danish. Semua mengayakan aksi remaja betul. Yang lain tue tak kesahlah, lainlah kalau lihat Ziana Zain yang dah berusia tue kat cover ni. Nampak muda betul kan, seolah-olah Ziana masih lagi budak remaja.


(EKSKLUSIF) Gambar kad perkahwinan Norman, Memey

Posted: 14 Aug 2011 05:32 AM PDT



Perkahwinan diantara pasangan kontroversi Norman Hakim dan Memey Suhaiza pada 25 September ini diberi tamparan hebat apabila bekas isteri Norman tidak akan datang ke majlis itu walaupun undangan sudah diberikan, tak pe lah nak pergi atau tidak itu terserah, yang penting dah berbaik-baik antara satu dengan yang lain. Terbaru pasangan ini dikhabarkan sudah giat mengedar kad perkahwinan mereka kepada media.

Kad perkahwinan serba merah itu mengandungi tertera foto-foto eksklusif mereka berdua dalam bermacam gaya dan mood bersama persalinan serba putih yang sebelum ini sudah pun tersebar di internet. Bentuk mungkin simple tapi bermakna berbanding kad perkahwinan artis yang lain yang dianggap lebih kreatif pun juga dianggap bermakna. Mana-mana jerk lah, asalkan orang dapat baca tulisan dan juga 'map' majlis itu diadakan. Hehe.