Adsense

Ahad, 3 Julai 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Tidak kisah bekerjasama

Posted:

Tidak kisah bekerjasama

Tidak kisah bekerjasama

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN dan FAUZI BAHARUDIN
Solekan dan dandanan LYANA DEE (012-2321235)


IMPAK besar daripada Maharaja Lawak telah mempopularkan nama Shuib dan Dafi.


SEMUANYA bermula daripada minggu kelima program Maharaja Lawak sewaktu kumpulan lawak popular yang menggelarkan diri mereka sebagai Sepah ini mempersembahkan jenaka berkaitan perubahan wajah.

Ketika itu, salah seorang anggotanya, Shahmira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib menggambarkan wajah barunya selepas pembedahan seperti bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Dafi.

"Cuba tengok wajah aku? Ada macam Dafi tak," soal Shuib kepada dua temannya, Jep dan Mamat yang terpinga-pinga sambil bertanyakan siapakah Dafi yang dimaksudkan Shuib itu.

Sejak daripada itu, nama Dafi sudah sebati dengan Shuib dan sering bermain di bibirnya. Jika tidak menyebut nama Dafi, bahasa tubuh mahupun tanda pengenalan Dafi sewaktu AF5, Baik Punya pasti akan terselit dalam persembahan Sepah.

Apabila Shuib menyebut nama Dafi, ia kedengaran sungguh lucu sekali dan bagaikan ada magnet yang menarik mereka berdua sehingga dapat dilihat Shuib dan Dafi seperti ada keserasian.

Apakah yang menyebabkan Dafi begitu dekat di hati Shuib sehinggakan nama penyanyi lelaki itu tidak lekang dari bibirnya?

Walhal baik Shuib mahupun Dafi, mereka tidak pernah bertemu secara empat mata mahupun bertanya khabar.

Lalu, Hits mencuri masa Shuib dan Dafi daripada jadual padat masing-masing dengan menggabungkan mereka dalam satu sesi fotografi yang berlangsung di Studio Utusan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tidak memperlekeh Dafi

Tidak menunggu lama selepas fotografi, Hits dengan pantas bertanyakan kepada Shuib tentang kehadiran Dafi dalam hidupnya.

Dengan penuh teruja, Shuib memulakan bicaranya sambil diperhatikan oleh isterinya yang berada di sebelahnya ketika itu.

Cerita Shuib, semuanya bermula ketika dia dan anggota kumpulan Sepah yang lain mahu mencari personaliti yang dilihat hampir serupa dengan diri masing-masing untuk persembahan pentas.

"Jep memilih Faizal Hussein dan watak itu memang kelihatan kena dengan dirinya memandangkan dia memiliki ketinggian yang lebih kurang sama dengan aktor itu.

"Ketika itu, saya bercadang mahu memilih Aaron Aziz tetapi macam tak kena pula. Entah bagaimana tiba-tiba nama dan wajah Dafi terus bermain di mata saya.

"Jadi, daripada situ, nama Dafi terus menjadi pilihan saya sehinggalah dibawa ke gelanggang Maharaja Lawak. Alhamdulillah, ia diterima dengan baik oleh peminat dan telah membawa sinar baru untuk Sepah," kata Shuib sambil ketawa kecil.

Dafi memang comel

Dalam masa yang sama, anak kelahiran Johor Bahru, Johor itu menafikan dia sengaja menggunakan nama Dafi untuk melonjakkan lagi populariti kumpulan Sepah.

Bukan itu sahaja, Shuib juga menafikan sekeras-kerasnya dia cuba mempersendakan atau hendak menjatuhkan maruah dan integriti artis muda itu.

"Soal itu langsung tidak pernah timbul. Bagi saya, Dafi seorang lelaki yang cukup istimewa kerana jarang ada lelaki yang begitu comel sepertinya.

"Kecomelan Dafi tidak ada pada mana-mana lelaki. Saya begitu mengagumi kulitnya yang putih, bersih dan gebu itu. Dalam erti kata lain, comel Dafi umpama seperti gula.

"Bukan hanya saya, tetapi isteri dan ibu saya serta Jep sendiri memuji raut wajah Dafi yang comel itu. Maklumlah, kalau hendak dibandingkan dengan saya memang jauh panggang daripada api," ujar Shuib penuh rendah diri sambil menyifatkan Dafi memiliki identiti sendiri yang menyebabkan dirinya mudah diingati oleh sesiapa pun.

Selepas beberapa minggu, Dafi dijadikan modal oleh Shuib dalam persembahannya sepanjang Maharaja Lawak berlangsung, akhirnya penyanyi itu muncul di pentas akhir untuk sketsa kumpulan Sepah.

Untuk pengetahuan, kemunculan Dafi pada malam akhir yang menobatkan kumpulan Sepah sebagai juara Maharaja Lawak itu memang merupakan satu rahsia yang tidak diketahui ramai.

Lalu, apabila Dafi membuat kemunculan istimewa bersama-sama Sepah dalam persembahan mereka, ia berjaya menggegarkan Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor dengan sorakan dan tepukan gemuruh penonton.

Bagi Shuib, ia merupakan detik terindah buat dirinya dan Sepah kerana tidak menyangka Dafi sudi meluangkan masanya untuk mereka.

"Apabila namanya sudah kerap disebutkan dalam program mingguan, saya fikir sudah tiba masanya untuk saya menutup kisah saya dengan Dafi dengan kemunculan Dafi pada malam itu.

"Namun, saya berharap ia bukan pengakhiran untuk selama-lamanya. Jika ada pihak yang mahu menyatukan kami dalam mana-mana program, saya tidak menolaknya," jelas Shuib yang kini sibuk merancang idea untuk sebuah sitkom bersama Sepah.

Dafi minat Sepah

Apabila Shuib menggunakan namanya sebagai bahan jenaka dalam persembahannya, jujurnya, Dafi memberitahu dia langsung tidak terkejut.

Ini kerana kata Dafi, sebelum ini Zizan juga telah menggunakan namanya sewaktu Raja Lawak musim pertama.

Baginya, dia begitu terbuka seandainya ada pihak yang mahu menggunakan namanya dalam mana-mana persembahan.

"Saya anggap ia sebagai penghormatan. Selagi ia terkawal dan tidak melampaui batasan sehingga mampu menjejaskan imej serta maruah, saya tidak kisah.

"Memang pada mulanya, saya pelik mengapa nama saya sering disebut oleh Shuib dalam persembahannya. Jujurnya juga, saya memang tidak berkesempatan untuk menonton Maharaja Lawak setiap minggu.

"Lalu, saya menonton setiap episod di YouTube dan saya perhatikan jika Shuib tidak menyebut nama saya, pasti akan ada perkara lain yang ada kena-mengena dengan saya yang akan digunakannya sebagai bahan jenaka.

"Saya memang tidak ketinggalan menonton kesemua persembahan mereka di YouTube. Apa yang boleh saya katakan, mereka memang kumpulan lawak sejati dengan jenaka yang membuatkan kita tidak kering gusi," ujar Dafi yang cukup popular dengan lagu Bila Terasa Rindu itu lagi.

Namun begitu, Dafi tidak dapat menolak prasangka yang mula terbit dalam dirinya dengan menyangkakan Shuib sengaja mahu memperlekehkan dirinya.

Tetapi, lama-kelamaan, selepas menonton persembahan Sepah, barulah Dafi faham dan dia sendiri terhibur dengan jenaka mereka di Maharaja Lawak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

AIM 18 hapuskan kategori album

Posted:

AIM 18 hapuskan kategori album

AIM 18 hapuskan kategori album

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar NORAZILA MOHD. REBIN


TENAGA penting di sebalik penganjuran AIM 18 (dari kiri) Khairul Anwar Salleh, Rosmin Hashim, Aefendy Zainal Abidin dan Adrian Lim menggenggam trofi anugerah itu pada sidang akhbar di Kuala Lumpur baru-baru ini.


BIASANYA sesebuah album menampilkan sesuatu genre muzik seperti pop, rock, hip hop, nasyid dan etnik tradisional dalam lagu-lagu yang ditampilkan bagi membezakannya dengan album-album lain.

Genre-genre muzik yang diketengahkan menerusi sesebuah album itu juga memudahkan Anugerah Industri Muzik (AIM) memberi anugerah buat pemenang bagi setiap genre yang dipertandingkan sejak 17 tahun lalu.

Bagaimanapun, pada AIM kali ke-18 (AIM 18) pada tahun ini, anugerah anjuran Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) itu tidak mempertandingkan anugerah Album Terbaik bagi genre-genre muzik tersebut.

Menurut Naib Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri RIM, Rosmin Hashim, pihaknya tidak menyediakan kategori Album Terbaik untuk setiap genre muzik kerana kurangnya penerbitan album pada tahun ini.

"Ini semua kerana album baru yang diterbitkan oleh ahli-ahli RIM semakin berkurangan. Contohnya, tahun lepas cuma ada tiga album etnik yang diterbitkan, album pop rock ada tujuh dan album nasyid juga tujuh album.

"Semua itu mempengaruhi jumlah pencalonan anugerah dalam AIM 18. Sebab itu kami tidak mengadakan kategori Album Terbaik untuk setiap genre muzik terbabit," katanya sewaktu ditemui selepas sidang akhbar AIM 18 baru-baru ini.

Pada majlis itu, Rosmin turut mendedahkan ekoran kurangnya bilangan penerbitan album baru, RIM hanya mencalonkn 19 anugerah pada AIM 18 berbanding 29 anugerah sebelum ini.

Meskipun tiada kategori album terbaik mewakili genre-genre muzik tertentu serta kurangnya pencalonan anugerah, tetapi AIM 18 turut menyaksikan munculnya satu lagi anugerah baru iaitu Artis Mobile Terbaik.

Ia ekoran berkembangnya trend muat turun lagu-lagu secara digital melalui telefon yang kini mendapat perhatian semua syarikat telekomunikasi yang melihatnya sebagai satu cabang perniagaan muzik yang baru.

Syarikat-syarikat terbabit misalnya, mengiktiraf Anugerah Industri Muzik (AIM) apabila turut sama menyediakan kategori Anugerah Khas iaitu Artis Mobile Terbaik Celcom pada anugerah yang akan berlangsung pada 12 November ini.

Salah satu syarikat telco yang terbabit menjayakan kategori itu, Celcom Axiata Berhad akan memilih lagu yang paling banyak dimuat turun secara digital menerusi talian telefon sebagai pemenang bagi kategori itu yang menyediakan hadiah berupa trofi.

Menurut Ketua Pegawai Pemasaran Celcom Axiata Berhad, Zalman Aefendy Zainal Abidin, anugerah itu yang pertama kali diperkenalkan sejak AIM dianjurkan 17 tahun lalu bertujuan menggalakkan lebih banyak lagu dimuat turun secara digital melalui syarikat-syarikat telco.

"Pemenang anugerah ini dikira berdasarkan bilangan lagu yang dimuat turun secara digital menerusi telefon di mana ia tidak dikira hanya daripada perkhidmatan yang disediakan oleh Celcom sahaja. Sebaliknya, ia juga daripada syarikat-syarikat telco yang lain.

"Beberapa minggu sebelum AIM ke-18 berlangsung, kami akan umumkan lagu manakah yang paling banyak dimuat turun secara digital meliputi kesemua syarikat telco yang ada sepanjang tahun ini," katanya pada sidang akhbar pertama AIM yang ke-18 di sini hari ini.

Selain anugerah Artis Mobile Terbaik Celcom, AIM ke-18 turut mempertandingkan 19 lagi kategori antaranya Album Terbaik, Lagu Terbaik, Lagu Pop Terbaik, Lagu Rock Terbaik, Lagu Nasyid Terbaik, Lagu Hip Hop Terbaik, Video Muzik Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik.

Hadir sama pada sidang akhbar itu ialah Naib Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Adrian Lim, Naib Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri RIM dan Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh selaku penyiar rasmi AIM ke-18.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.