Adsense

Sabtu, 16 Julai 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Video : Episod Majlis Perkahwinan Farah AF2 & Johan Oleh LHMedia.

Posted: 16 Jul 2011 07:25 PM PDT

Memang umpph habis! Setakat ini, kami yakin tiada perkahwinan selebriti yang memaparkan siri episod seperti majlis perkahwinan Farah AF2 & Johan, dan ini semua hasil kerja team videografi, LHMedia.

Sudah 3 episod ke udara, bermula daripada majlis berinai, majlis pernikahan, dan yang terkini ialah majlis persandingan. Di episod ketiga, anda akan dibawa menghayati sendiri hasil kerja tangan mereka yang berada di "behind the scene" untuk menjayakan majlis perkahwinan ini.

Video berdurasi 4:43 minit ini turut memuatkan sedutan persembahan Bob yang dijemput khas untuk menghiburkan para jemputan. Menurut LHMedia, terdapat lagi satu episod yang akan memaparkan 'surprise' perkahwinan Farah AF2 & Johan. Kami pun tak sabar sangat nak menunggu ni, saspen ah!

Untuk yang terlepas episod 1 & 2, anda boleh enjoice selepas ini.

Episod 2 :

Episod 1 :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Gambar : Majlis Persandingan, Resepsi Farah AF2 & Johan Di Tasik Maritim, Putrajaya.

Posted: 16 Jul 2011 06:56 PM PDT

Persandingan Farah AF2 & Johan bertemakan Love Lake Wedding bertempat di Tasik Maritim, Putrajaya berlangsung dalam suasana yang amat eksklusif & unik sekali. Rakan foto, G.I Photoshoot mewakili pihak OHBULAN! telah bertugas di majlis tersebut untuk merakamkan detik-detik indah majlis resepsi berkenaan.

Perancang perkahwinan, Afeeq melakukan tugas yang mengagumkan demi menjayakan majlis ini. Pengurusan majlis oleh team Festival Pengantin tersusun dengan lancar tanpa ada cacat celanya. Sekitar pukul 8:40 pm, kemasukan pasangan mempelai ke lokasi persandingan diiringi oleh sebuah kereta klasik serta alunan selawat daripada penyanyi terkenal, Mawi.

Majlis kemudian dimulakan dengan bacaan doa & diikuti dengan upacara merenjis oleh tetamu-tetamu VIP. Para jemputan kemudiannya menikmati hidangan bersama alunan violin. Persandingan ini turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh penyanyi Misha Omar, Idayu & Hazama.

Sekitar pukul 10 pm, pengantin menuju ke pelamin bagi acara memotong kek sambil diiringi oleh nyanyian My Baby You daripada Bob. Majlis kemudiannya berakhir dengan ucapan terima kasih daripada keluarga pengantin, khusus untuk mereka yang menjayakan perkahwinan Farah AF2 & Johan.

Info bergambar :

Pelamin bertemakan Love Lake Wedding direka khas oleh Ari Wedding Couture.

Majlis makan beradab telah disediakan oleh Anjung Serai Catering.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger... Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.