Adsense

Ahad, 5 Jun 2011

borak kosong

borak kosong


Barvikha desa keci tempat opang kaya

Posted: 05 Jun 2011 09:00 PM PDT

Barvikha sebenarnya adalah sebuah desa kecil di dekat Moscow, ibukota Russia. Namun selama era Soviet Barvikha mulai ditempati oleh pejabat pemerintah dan kaum intelektual tercatat diantaranya penulis terkenal Aleksey Tolstoy, tahun 1990-an desa ini malah ditempati oleh para jutawan Russia. Rumah-rumah kayu digantikan oleh rumah-rumah mewah yang dijaga ketat, tidak aneh kerana lokasi desa ini juga strategik. Dikelilingi oleh hutan pinus dekat sungai Moscow, menjadikan lokasi idaman untuk orang-orang kaya Moscow, selain itu juga dekat dengan ring road Moskva. Dengan banyaknya orang kaya di Barvikha membuat desa ini berkembang pesat. Lihat saja foto-foto dibawah ini.



Pelik...Wanita berpakaian lelaki ditangkap di Masjid Nabawi

Posted: 05 Jun 2011 08:30 PM PDT

Macam-macam hal...
saya petik dari myMetro

MADINAH: Polis di Masjid Nabawi menahan seorang wanita Saudi yang berpakaian lelaki selepas dia memasuki kawasan jemaah lelaki berhampiran makam Rasulullah (SAW).

Jurucakap polis, Fahd Al-Ghaman memberitahu akhbar Okaz, pegawai mengesyaki sesuatu tidak kena pada 'lelaki' itu kerana bentuk badannya. Dia kemudian ditahan ketika meninggalkan kawasan berkenaan sebelum diserahkan kepada polis.


Satu sumber berkata, penyiasat tidak yakin dengan dakwaan wanita itu bahawa dia hanya mahu melihat kawasan berkenaan.


"Wanita itu cuba melarikan diri apabila ditahan. Tetapi dia menyerah diri selepas lelaki yang ada bersamanya, berjaya ditangkap. Lelaki itu ialah suaminya," kata seorang pengawal masjid berkenaan. - Agensi

Nenek 70 tahun buktikan usia tak menghalangnya untuk belajar di sekolah rendah

Posted: 05 Jun 2011 07:42 PM PDT

Menuntut ilmu tidak kira usia...
saya petik dari myMetro

JENIN: Seorang wanita Palestin berusia 70 tahun tidak merasa malu untuk duduk bersama dengan teman sekelasnya yang berusia lebih muda daripada cucunya di sebuah sekolah di Kampung Jaba, utara Tebing Barat.

Kedutan pada muka dan dengan tangan sentiasa terketar-ketar tidak menghalang Arifa Malaysha daripada meneruskan keinginan untuk belajar membaca dan menulis dari peringkat asas.


"Saya tidak bernasib baik kerana terlepas peluang untuk belajar ketika muda akibat kemiskinan. "Keinginan untuk bersekolah tidak pernah padam walaupun saya sudah tua.


"Saya ingin menghadiahkan diri saya dengan mendapatkan pelajaran walaupun terpaksa duduk bersama mereka yang lebih muda daripada cucu saya," kata Arifa yang kini belajar di darjah satu.


Sebelum memasuki kelas secara rasmi, Arifa menghadiri pendidikan di sebuah sekolah untuk golongan buta huruf di kampungnya selama tiga tahun.


"Saya begitu gembira apabila sekolah itu dibuka di kampung kami. Ia membolehkan penduduk wanita belajar membaca dan menulis. "Kini saya yakin saya boleh membaca dan menuilis seperti golongan cerdik pandai lain," kata wanita itu.



Menurutnya, sejak mula memasuki sekolah secara rasmi dua bulan lalu, dia sudah boleh membaca dan menulis dalam bahasa Arab di samping tahu mengira pada peringkat asas.


"Saya adalah wanita pertama dari kampung saya yang belajar di sekolah rasmi kerana saya sentiasa dahagakan pelajaran," kata Arifa yang menyara kehidupannya dengan membuat botol tembikar.


Di rumah, katanya, dia akan belajar menulis dengan pensel di bawah cahaya lampu minyak tanah. Arifa berhasrat belajar mengenai sejarah Palestin supaya dia boleh menceritakannya kepada kanak-kanak di kampungnya. - Agensi

Kesian...Ibu bertarung nyawa di hospital dan anak mati dibunuh

Posted: 05 Jun 2011 06:52 PM PDT

Kesian...
saya petik dari myMetro


NILAI: Ibu bertarung nyawa di hospital dan anak mati dibunuh. Itulah tragedi berdarah yang menimpa seorang pekerja restoran makanan segera apabila ditemui mati dengan kesan tetak di Flat Cempaka Puri, semalam.

Lebih menyedihkan, mukanya turut ditekup bantal tidur sebelum ditinggalkan pembunuh terbabit yang kemudian melarikan komputer riba dan telefon bimbit milik mangsa.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Azizul Ali, 29, ditemui terlentang di dalam bilik tidurnya dengan kesan kecederaan teruk di kepala dipercayai ditetak.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang, berkata teman serumah mangsa berusia 20-an yang kebetulan baru menamatkan syif kerja menemui mayat mangsa di atas tilam di rumah flat tiga tingkat itu.

"Teman serumah mangsa yang kebetulan mahu mencari komputer ribanya di bilik mangsa terkejut apabila melihat mayat berlumuran darah dengan kesan kecederaan di kepala," katanya di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro

Di Texas, Pemuda berseluar londeh atau saggy dilarang naik bas

Posted: 05 Jun 2011 05:37 PM PDT


TEMPO Interaktif, Texas - Di kalangan anak muda Amerika Syarikat, memakai seluar londeh atau saggy trousers dianggap hebat. Tapi, bagi sebahagian orang seluar itu sama sekali tidak sedap dipandang. Bahkan tiga tahun lalu, Presiden Barack Obama pernah mengecam gaya anak muda yang gemar memperlihatkan seluar dalam mereka. "Saudara-saudara anda mesti menarik seluar mereka," katanya.

Pemerintah Texas agaknya juga geram dengan anak muda yang gemar memakai seluar londeh ini. Di beberapa kota di Texas, mereka yang memakai seperti ini dilarang naik ke bus. "Naikkan seluar atau cari kendaraan lain," tulis peringatan di beberapa bas di Kota Fort Worth, Texas.

"Para penumpang lain tidak ingin melihat seseorang memakai seluar seperti itu," kata Joan Hunter, Manager Komunikasi Transportasi Fort Worth. "Penumpang lain merasa mereka itu tidak sopan."

Seluar londeh telah menjadi trend selama lebih dari 10 tahun lalu. Seluar itu sengaja dipakai menggantung rendah hingga memperlihatkan seluar dalam yang memakainya. Gaya berseluar seperti ini biasa dipakai oleh komuniti atau pecinta rap dan hip hop. Seluar ini juga menjadi simbol kebebasan.

Sebelumnya, Datuk Bandar Delcambre, Louisiana, Carrol Brousard, pernah mengeluarkan peraturan yang melarang pemuda-pemudi di sana memakai seluar londeh atau saggy itu. Bila melanggar, ancamannya enam bulan penjara dan denda US$ 500 .

Canggih...Seni daripada bahan komputer terbuang

Posted: 05 Jun 2011 11:01 AM PDT












Sediakan Kek Berbentuk Payudara Untuk Pesta kanak-kanak, Restoran Disiasat

Posted: 05 Jun 2011 10:01 AM PDT


TEMPO Interaktif, London - Sebuah restoran sedang diselidiki atas tuduhan telah menyediakan kek berbentuk payudara untuk sebuah pesta anak.

Cawangan dari restoran makanan cepat saji Amerika, Hooters, di Bristol, dilaporkan telah menyajikan untuk seorang anak laki-laki 12 tahun dan teman-temannya kek berbentuk payudara telanjang dengan tulisan "Selamat Ulang Tahun ke-12″.

Mereka juga diduga memberikan merchandise porno Hooters.

Insiden yang terjadi bulan lalu itu telah membuat bantahan online yang menuduh restoran itu melanggar perjanjian lesen yang melarang hiburan tidak patut untuk anak-anak dan permintaan untuk menutup restoran itu.

Hanya dalam waktu tiga hari, lebih dari 900 orang telah menandatangani petision, termasuk komedian Jonathan Ross dan David Mitchell.

Ross menulis di twitter: "Ketika saya masih muda dan bodoh, saya mungkin berfikir itu menyenangkan. Senang, saya kini telah dewasa."

Kelompok di balik permohonan itu juga menyatakan bahawa pada tanggal 11 Mei restoran itu mengadakan pertandingan di mana pengunjung menilai pelayan yang menggunakan bikini semasa anak-anak ada pada masa itu.

Hooters telah dikritik di masa lalu kerana merekrut pelayan yang memakai seragam seluara pendek dan atasan ketat. Dewan Kota Bristol sedang menyelidiki restoran berikut beberapa surat pengaduan.

Pengurusan restoran itu menolak memberikan komen.

Hanya Gara-Gara Berjanggut, Lelaki Ini Dipecat oleh Armani Exchange

Posted: 05 Jun 2011 09:30 AM PDT

REPUBLIKA.CO.ID, DUBAI–Armani Exchange di Dubai memaksa pegawai lelakinya yang berjanggut untuk mencukur janggutnya atau si pegawai kena denda.

Demikian pengakuan HA (25) dalam sidang pengadilan Dubai. Peristiwanya terjadi Februari lalu. HA dipanggil menghadap atasannya.

Dia langsung diberi pilihan, mencukur janggutnya yang tidak sesuai dengan standard perusahaan. HA, yang warga Syria ini, menolak. Ia menegaskan, memelihara janggut adalah haknya sebagai Muslim.

Armani Exchange lantas memecat HA . HA mengadukan perlakuan Armani Exchange ke pengadilan. Selain itu, dia juga mengadukan Armani Exchange ke Kementerian Tenaga Kerja Dubai.

HA beralasan, Armani Exchange tidak punya hak melarang pegawainya berjanggut atau tidak. Armani Exchange menegaskan, HA tidak boleh masuk pejabat kalau belum mencukur janggutnya.

Ketika HA datang ke kedai untuk bekerja, pengurus kedai Armani Exchange memanggil polis dan memberi HA denda. Dalam sidang, HA mengatakan kedai Armani Exchange juga menahan pasportnya.

Jom tengok Gator,angsa yang diberi pakai sandal oleh tuannya

Posted: 05 Jun 2011 08:45 AM PDT

Angsa ini diberi nama Gator. Dia telah berjalan di daerah perkotaan dan pinggiran kota yang permukaan jalannya banyak berlapis batu . Untungnya pemiliknya menemukan cara yang menarik dan unik untuk menyelamatkan kaki haiwan peliharaan mereka.Mereka memberi sepasang sandal Teva khusus untuk angsa kesayangan mereka ini.



Lapar..? Ini Ikan Salmon Siap Saji....

Posted: 05 Jun 2011 07:41 AM PDT

Ini di Jepun. Jika anda kerja dan tidak ada waktu untuk pulang merasakan masakan isteri anda, maka ada penyelesaian. Kalau mie instant sudah bosan maka sekarang ada ikan Salmon tinggal dibakar sedikit sudah langsung boleh disantap.








JANGAN BUANG KOTAK PRINTER ANDA... ADA KEGUNAANNYA!!!.

Posted: 05 Jun 2011 06:00 AM PDT



bahan-bahan diperlukan...


cara-cara membuatnya..










klik gambar untuk lebih jelas..
printer tak berhabuk...selamat...

Jus dari katak...arrggh??? Sedap ke???

Posted: 05 Jun 2011 05:35 AM PDT

Jus dari buah atau paling tidak dari tumbuh-tumbuhan itu biasa. Tapi ada juse aneh. Jus dari daging. Nah.. dagingnya juga aneh,.. dari katak...







Jangan ditiru

Posted: 05 Jun 2011 04:00 AM PDT



jangan ditiru perangai mereka...

Nepal negara pertama didunia pondan sebagai kelamin jenis ketiga

Posted: 05 Jun 2011 03:00 AM PDT

VIVAnews - Jenis kelamin atau gender selama ini mungkin dikenal hanya ada dua, lelaki dan perempuan. Namun, pemerintah Nepal sejak tahun ini telah menetapkan jenis kelamin baru atau jenis kelamin ke tiga, iaitu gay atau homoseks.

Pengakuan jenis kelamin baru yang pertama kalinya di dunia ini dianggap sebagai kemenangan atas persamaan hak bagi kaum yang suka sesama jenis di negara berpenduduk 29 juta orang ini. Sebelumnya, pengakuan homoseksual dan penghapusan diskriminasi gender telah dilakukan di negara ini tiga tahun lalu pada 2007.

Pengakuan jenis kelamin baru tertulis dalam undang-undang Nepal dan tertulis dalam sijil kependudukan, termasuk di dalamnya kad pengenalan penduduk. Dengan ini, para gay dan transgender Nepal memiliki hak yang sama dalam pekerjaan, penghidupan yang layak dan berbagai hal lainnya yang dapat dilakukan oleh warga heteroseksual.

Juru Bicara Biro Statistik Nepal, Bikash Bista, mengatakan bahawa pengkategorian jenis kelamin baru adalah upaya mengubah citra Nepal dari negara tradisional yang konservatif menjadi negara moderat yang memiliki sudut pandang baru.

Namun, pengesahan pengakuan jenis kelamin ini bukan perkara mudah. Aktivis gay, Sunil Babu Pant, mengatakan bahawa mereka harus menekan pemerintah untuk pengakuan orientasi seksual mereka.

"Barulah ketika kami  akan membawa masalah ini ke pengadilan, pemerintah menyetujui pengkategorian jenis kelamin baru," ujar Babu.

Jika saja diajukan ke pengadilan, Babu dan kaumnya kemungkinan besar akan menang. Hal ini berkat disahkannya peraturan penghentian diskriminasi gender dan orientasi seksual oleh Mahkamah Agung Nepal pada 2007. Undang-undang  ini juga mengatur kebebasan seseorang di Nepal untuk memilih jenis kelamin mereka.

Di masa hadapan, para aktivis akan menekan pemerintah untuk melngesahkan perkahwinan sesama jenis. "Ada 50 sampai 60 pasangan homoseksual yang menunggu untuk menikah setelah pernikahan sesama jenis dilegalkan," ujar Babu.
• VIVAnews

Nenek 104 tahun punyai 55 ribu followers di Twitter

Posted: 05 Jun 2011 02:30 AM PDT

Pengguna twitter terdiri dari berbagai kalangan. Dengan usia yang sudah menginjak 104 tahun, nampaknya cukup sahih menobatkan Ivy Bean sebagai pengguna Twitter tertua di dunia. Bean yang tinggal di Bradford, Britain ini punya ramai follower, sekitar 55 ribu.

Meski sudah lanjut usia, ia memang akrab dengan dunia IT, terbukti sebelumnya Bean disebut-sebut pula sebagai pemakai Facebook tertua sejagat.


Kerana itulah, Bean tahun lalu diundang oleh Perdana Menteri Britain, Gordon Brown. Bean diundang untuk jamuan makan di pejabat Brown, Downing Street.

Dan tentu saja, ia memposting tulisan ke Twitter di account Ivybean104 mengenai kunjungan istimewa tersebut.

"Hallo semuanya, aku mengalami waktu yang menyenangkan di Downing Street, aku sangat menyukainya, perjalanan ke sana memang panjang tapi berharga untuk dilakukan," tulisnya di Twitter.

"Gordon Brown sangat baik, dia berbicara dengan baik padaku, rumahnya sangat cantik," tambahnya.

Bean lahir pada tahun 1905 ketika teknologi masih sangat sederhana jika dibandingkan dengan zaman sekarang. Ketika itu, telekomunikasi tercepat adalah dengan telegram.

Sumber :detikinet.com

Tak Rela Nabi Isa Dikata Nabi dalam Islam, Paderi Australia Minta Iklan Di Turunkan

Posted: 05 Jun 2011 01:27 AM PDT

Paderi Katolik mengecam billboard Islam yang dianggap kontroversi kerana "terlalu provokatif dan offensif". Ia meminta iklan yang dipasang di lokasi strategik di Sydney itu diturunkan.


Billboard itu bertulis "Yesus: seorang nabi Islam" didirikan akhir minggu lalu di Darlinghurst, Rozelle, dan Rosehill. MyPeace, sebuah LSM Muslim, yang telah membayar tempat untuk iklan mereka. Iklan ini ditujukan untuk mendorong orang Kristian dan Muslim untuk menemukan landasan bersama dengan meningkatkan kesedaran bahawa Islam percaya juga pada Yesus Kristus.

Tetapi Paderi Julian Porteous, dari Keuskupan Agung Sydney, mengatakan orang Kristian percaya bahawa Yesus "lebih dari seorang nabi". "Dia adalah Anak Allah. Dia adalah Tuhan yang diakui dan Juru Selamat umat manusia," ujarnya. Di Australia, katanya dengan warisan Kristian yang kental, sebuah billboard yang membawa pernyataan "Yesus Seorang nabi" adalah provokatif dan menyinggung perasaan orang Kristian.

Uskup Porteous, yang memberi komen sehari setelah billboard di Darlinghurst dirosak, mengatakan bahawa penting bagi agama untuk tidak memusuhi agama lain dengan "pernyataan provokatif". "Demi menjaga harmoni sosial dan saling menghormati antara agama-agama utama dunia billboard ini harus ditarik, bersama dengan orang lain yang membawa pesan langsung menyinggung Kristian," katanya.

Tapi MyPeace yang diwakili Diaa Mohamed mengatakan dia telah menerima "pandangan atau impak yang sangat positif dari orang Kristian, ateis, dan Muslim Australia". Dia mengatakan iklan itu merupakan sebahagian pertama dari tiga seri iklan, yang antara lain memajang slogan-slogan seperti "Holy Quran: bukti akhir" dan "Muhammad: rahmat bagi umat manusia" - pada bus antarakota.

Sumber : http://galaxymaya.blog Gan Yang Di Bawah spot.com

Video..Inilah guru tadika di Mesir yang sangat kejam terhadap anak didiknya

Posted: 05 Jun 2011 12:45 AM PDT


Apa yang terjadi dengan guru tadika ini? Beredar videonya bagaimana dia memukuli telapak tangan kanak-kanak yang kecil ini berkali-kali. Satu persatu anak didiknya ini berbaris memegang buku latihan dan sang guru biadab ini memeriksa buku tersebut sambil memukuli telapak tangan anak-anak kecil itu. Ada anak perempuan yang ditarik rambutnya. Seperti semua latihan yang dikerjakan anak kecil tersebut semua salah.....Apakah ini perlakuan yang benar???Semoga si guru biadab ini diadili..!!!.Baru kelas tadika ..baru nak belajar....



Unik...bangunan institut yang tembus pandang

Posted: 04 Jun 2011 11:00 PM PDT


Kanagawa Institute of Technology, begitulah nama rasmi sebuah isntitut teknologi yang terletak di daerah Atsugi, Kanagawa Prefecture, Jepun.

Sekolah tinggi yang dibina pada tahun 1963 itu  bukan sekolah yang terkenal, tapi yang membuat mereka unik adalah keunikan bangunanya yang semuanya dinding bangunan tembus pandang yang terbuat dari bahan kaca.


Check It Out 







Rekaan bangunan kaca institut kanagawa ini adalah hasil rancangan kelompok arkitek Junga Ishigam.Rekaann bangunan kaca ini dimaksudkan agar semua siswa yang berada di dalam ruangan bengkel teknologi tetap boleh berinteraksi dengan alam sekitar sehingga akan menjernihkan fikiran mereka yang selalu dibebani dengan berbagai bahan kuliah teknologi. Dan kebetulan, di sekitar bangunan kaca, terdapat taman dengan pepohon yang menghijau yang semakin menambah keindahan bangunan kaca Institut teknologi kanagawa ini


Sanggup Benar Mereka Memperlakukan Kucing Sebegini Untuk Dijual Kulitnya

Posted: 04 Jun 2011 10:00 PM PDT

Kucing adalah salah satu makhluk terlucu dan paling menyenangkan di dunia. Kucing juga merupakan ubat stress yang dapat membuat hati kita menjadi tenang ketika bermain dengan mereka.  Untuk memelihara kucing tidaklah sulit.

Jika mendengar adanya perlakuan buruk terhadap kucing, sedih dan geram rasanya. Rasanya ingin  melihat mereka diperlakukan seperti itu pula oleh kucing yang mereka siksa.

Bicara mengenai penyiksaan binatang, China dan Eropah Timur menjadi tempat yang legal bagi industri kulit yang illegal dibanyak negara.

Kenapa illegal?

Kerana industri kulit yang  bicarakan di sini bukanlah kulit buaya, ular, atau sapi yang biasa dibudidaya.

Lalu apa?

Ialah industri kulit/bulu kucing dan anjing. Dan menurut saya ini adalah kejahatan.

Sejarah penggunaan bulu kucing untuk pakaian



Pada abad ke 13, banyak kerajaan dan gereja di Eropah yang menggunakan bulu kucing sebagai salah satu aksesoris mereka. Bulu kucing dianggap eksotis dan murah. Pada abad-abad itu bulu kucing banyak diproduksi di Belgium bahkan dikhabarkan saat ini di Belgium masih ada yang membiakkan kucing untuk diambil bulunya. Selain bulunya yang tebal untuk pakaian di tempat dingin, ternyata bulu kucing juga dijadikan fashion bagi mereka. Semakin bagus warna dan coraknya, semakin mahal pula harganya. Salah satu bulu kucing yang terkenal mahal di Eropah Timur adalah dari jenis "Russian Blue" yang memiliki bulu berwarna silver kebiruan.

Biasanya bulu kucing mereka gunakan untuk membuat jaket, topi, dan kasut

China sebagai pengeluar bulu kucing terbesar dunia

Menurut PETA (People for the Ethical Treatment of Animals), lebih dari 2.000.000 kucing dan anjing diambil kulitnya secara sadis di China. Mereka bahkan menguliti bulu mereka dalam keadaan hidup atau setengah sedar. Mereka membiakkan kucing kerana masih banyaknya permintaan dari pasar Amerika dan Eropah. D.

Menurut mereka menguliti bulu kucing dan anjing hidup-hidup lebih mudah daripada ketika dalam keadaan mati. Tubuh mereka masih hangat sehingga kulitnya masih lunak untuk dikuliti. Saat dikuliti sebahagian besar binatang itu bahkan masih mengeong dan merintih kesakitan. Para pekerja bahkan memijak kepala atau menusuk kemaluan binatang lucu itu agar mudah untuk dikuliti. Kemudian setelah habis dikuliti, tubuh kucing-kucing itu kemudian dilemparkan ke kumpulan kucing-kucing lainnya yang bernasib sama dan sudah berdarah.

Ada beberapa artikel yang menyebutkan bahawa para wartawan yang pernah melawatke sana bahkan menangis dan lemas melihat kumpulan kucing-kucing itu masih hidup dan hanya dapat mengeong dengan suara kecil.

Setelah diolah, kemudian bulu-bulu kucing tersebut dieksport ke berbagai negara (terutama Eropah dan Amerika) dengan label bulu sintetik atau bulu binatang lainnya. Sungguh perbuatan yang tidak berperikemanusiaan! Orang yang memproduksi, menjual, dan bahkan membelinya adalah orang-orang tak berperasaan.

Mitos yang berkembang di Eropah

Penggunaan bulu kucing di EropaH sudah sejak abad ke 13. Mitosnya bulu kucing dapat mengubati berbagai penyakit-penyakit yang ada pada pemakainya. Seperti penyakit radang sendi, rematik, dan nyeri pada tulang belakang. Namun hingga saat ini mitos tersebut tidak pernah terbukti meski sudah banyak metode pengobatan canggih yang dapat mengatasi penyakit-penyakit tersebut.

Negara-negara lain yang masih melegalkan

Selain China, ada beberapa negara lainnya yang diketahui memproduksi dan melegalkan industri tak berperikemanusiaan ini. Negara-negara itu adalah Thailand, Filipina, Korea,Australia, dan Inggris.

Siasatan rahsia yang dilakukan di negara-negara tersebut oleh HSUS (Humane Society of the USA) selama 2 tahun mendapatkan hasil yang sangat mengejutkan. Mereka mendapati ratusan kucing dikurung dalam sebuah kandang sempit yang kotor. Untuk mendapatkan kucing-kucing tersebut, mereka boleh menangkapnya di jalanan atau menculik kucing peliharaan. Jika mereka mendapatkan kucing jenis langka atau berbulu cantik, biasanya akan mereka taruh di tempat khusus kerana harganya akan sangat mahal. Pihak Polis Britain melaporkan bahawa penculikan kucing makin banyak kerana hal ini, sementara di banyak negara perburuan kucing liar masih banyak terjadi untuk diambil bulunya.

Kucing menurut Islam

Dalam riwayat hidup Rasulullah Muhammad SAW, diceritakan bahawa beliau memiliki seekor kucing bernama Mueeza. Mueeza adalah kucing yang amat lucu dan penurut.

Pernah suatu ketika saat Rasulullah SAW hendak mengambil jubahnya, Mueeza sedang tidur di atas lengan jubah beliau. Kemudian beliau memotong lengan jubahnya yang ditiduri Mueeza agar sang kucing tak terbangun. Ketika Nabi kembali ke rumah, Mueeza terbangun dan merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Rasulullah dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu sebanyak 3 kali.

Keistimewaan sifat Mueeza lainnya adalah saat mendengar adzan ia selalu mengeong-ngeong seolah mengikuti suara adzan tersebut. Rasulullah pun selalu memangkunya saat menerima tamu.

Diriwayatkan dari Abu Qatadah berkata bahwa Nabi SAW pernah bersabda, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang peliharaan)."
(Hadits riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahwa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah.

Lalu, beliau berkata, "Ya Anas, tuangkan air wudhu untukku ke dalam bejana."

Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun, seekor kucing datang dan menjilati bejana. Melihat itu, Nabi berhenti sampai kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhu.

Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tidak ada najis."

Pedulikah anda akan hal ini?

Mari kita tolak industri biadab dan mengerikan ini bersama-sama dengan memberitakannya kepada orang ramai di seluruh dunia agar segera dihentikan!

Penulis : Tio Alexander
Sumber : PETA, MessyBeast, dan berbagai sumber lainnya.


sumber :http://un2kmu.wordpress.com