Adsense

Isnin, 23 Mei 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Kejutan Hari Jadi Syamsul Yusof di Prebiu KL Gangster

Posted: 23 May 2011 04:48 PM PDT

Semasa Prebiu Media KL Gangster semalam, Budiey pun sebenarnya tak sangka diorang akan celebrate hari jadi pelakon dan pengarah filem muda, Syamsul Yusof. Wah, dah makin meningkat usia nampaknya anak lelaki Datuk Yusof Haslam ni. Sejurus selepas sesi ucapan dan tangkap gambar pelakon di depan skrin, tiba-tiba lampu dalam dewan 7, Cathay Cineleisure Mutiara Damansara dipadamkan. Serentak, kedengaran lagu Selamat Hari Jadi berkumandang, dinyanyikan oleh mummynya yang membawa kek, daddy Syamsul Datuk Yusof Haslam serta pelakon dan semua yang ada di dewan. Budiey pun apa lagi, terus je pusing balik untuk ambil gambar. Ingat ke acara dah selesai.

TONTON VIDEO SAMBUTAN HARI JADI SYAMSUL YUSOF

Sebenarnya, hari jadi Syamsul jatuh pada 21 Mei lalu. Kira ni dah 'belated' la eh. Syamsul dilahirkan pada tahun 1984. Wah, kira umur Syamsul dah cecah 27 tahun la ya. Orang kata, kalau dah sampai umur macam ni, sesuai sangat la kalau Syamsul cari kekasih. Mak Syamsul dan ayah pun duk tanya, bila nak kawin ni. Tak sabar nak makan nasi minyak.

Syamsul Yusof

Kepada Syamsul Yusof, Budiey nak ucapkan SELAMAT HARI JADI untuk kamu ya. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan terus cemerlang dalam menghasilkan filem yang hebat-hebat di masa akan datang.

Filem KL Gangster yang dipertontonkan kepada media semalam mendapat pelbagai komen. Apa yang boleh Budiey katakan, filem ke-5 karya pengarah muda ini lebih memberi fokus kepada kehidupan mafia di ibu kota yang sangat kelakuan mereka sangat ganas. Padat dengan aksi dan bahasa yang digunakan juga pun bukan main ganas jugak, asyik wa – lu – wa – lu. Tapi filem ni takdelah nak mengganas memanjang, sebab diselitkan juga drama sedih dan komedi. Nak tahu lebih lanjut kena tonton la ya. Filem ini akan ditayangkan di 90 buah pawagam di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura mulai 9 Jun ini.

Seperti adanya, Syamsul Yusof begitu mengharapkan filem ini diterima oleh semua peminat. Selain menjadi sutradara, mengarah & berlakon, Syamsul juga turut bergabung dengan Rizal Ashraf dalam menulis skrip filem ini. Watak yang dipegang oleh Syamsul iaitu Shark (sebijik macam ikan jerung daaa) bukan main ganas la, ada tattoo kat leher. Menurut ceritanya, Syamsul sengaja buat dirinya rasa stres untuk mendalami watak Shark, seorang gangster yang sangat kejam, tamak dan selalu busuk hati, dan yang penting, misi Shark ni mahu menjadi ketua segala mafia di KL dan menghapuskan Malek (lakonan Aaron Aziz) yang dah kembali ke jalan benar.

Dalam cerita ni, Shark sebenarnya anak tiri kepada King (lakonan Ridzuan Hashim) yang juga turut menjadi ketua kongsi gelap paling disegani di KL. Kira anak beranak ni memang mafia. Baik ayah, baik anak dua kali lima je perangai diorang. Kadang-kadang tu, walaupun dengan ayah tiri, si Shark ni memang biadap sikit sebab tak hormat dengan ayahnya. Sampai satu masa, Shark menyimpan dendam kepada ayah tirinya.

Selain Syamsul, filem yang menelan belanja 2.1 juta ini dijayakan oleh Adi Putra, Zizan Raja Lawak, Shoffi Jikan, Adam Corrie dan Sheera Iskandar.

Tahniah buat Syamsul kerana berjaya menghasilkan filem KL Gangster ni. Bukan senang nak bawa watak Shark ni ya sebab memerlukan Syamsul menjiwai watak yang lebih agresif dan panas baran. Asyik nak marah dan melenting je. Itu yang jadi cabaran utama untuk Syamsul. Sebelum ke set pengambaran, Syamsul buat casting dulu ke atas dirinya dan makan masa berminggu-minggu untuk menjiwa watak Shark ni.

Dalam 2-3 hari lagi, maka adalah tu rebiu dalam akhbar tempatan.

Oh ya, Budiey diberitahu, Khurafat 2 akan dibuat tak lama lagi. Tapi jangan ingat ada kesinambungan dari Khurafat sebelum ni. Khurafat 2 katanya adalah sebuah filem seram komedi.

Syamsul Yusof

Syamsul Yusof

Syamsul Yusof

Budiey:
Saksikan Fuhhh! Istimewa Akustika Amal Al-Taqwa pada Selasa 24 Mei, jam 11.00 malam secara langsung bersama Faizal Tahir, Aizat, Jaclyn Victor, Black, Noh Hujan dan Lan Typewriter dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam. Salurkan derma anda melalui rancangan ini.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Fesyen Syamsul Yusof & Zed Zaidi di Karpet Merah FFM23
  • Trailer & Sinopsis FIlem KL Gangster
  • Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift
  • Gambar Fesyen Rambut Terkini Syamsul Yusof
  • Sekitar Prebiu Media Filem KHURAFAT
  • Gambar Sekitar Malam Gala Filem HAQ
  • Sinopsis Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam
  • Gambar Scha Alyahya di Majlis Prebiu Media Evolusi KL Drift 2
  • Gambar Scha Al Yahya di Karnival Filem Evolusi KL Drift 2
  • Krisis Zed Zaidi Dengan Syamsul Yusof
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Semerbak Industries Perkenal CarSemerbak

    Posted: 23 May 2011 08:03 AM PDT

    Semerbak Industries dengan bangganya telah melancarkan satu produk wangian yang unik bebanding dengan produk-produk yang biasa kami tawarkan di www.Semerbak.net.

    Produk terbaru yang dikeluarkan ini adalah CarSemerbak, sejenis pewangi kereta unik yang terdiri daripada 5 jenis wangian untuk memberikan wangian semerbak di setiap inci kereta anda untuk kesegaran berpanjangan sehingga 45 hari!

    Umum tahu bahawa pewangi kereta digunakan untuk menghilangkan bau-bau hapak yang terkumpul di dalam kereta kesan daripada penggunaan alat penyaman udara (air-conditioner) dan juga bau-bau yang tidak disenangi yang datang dari barang-barang pasar, buah-buahan seperti durian serta makanan-makanan lain yang dibawa masuk ke dalam kereta.

    Oleh itu, ramai pemilik kenderaan mula menggunakan pewangi kereta dengan bauan yang digemari oleh mereka dan seisi keluarga.

    IMG_5259

    Dari hasil pemerhatian kami di Semerbak.net, kami dapati hampir 80% pemilik kenderaan meletakkan pewangi kereta di dalam kenderaan mereka. Oleh itu, kami mendapat idea untuk mengeluarkan produk pewangi kereta CarSemerbak dan mula menjualnya di www.Semerbak.net untuk memudahkan ia diperolehi para pelanggan produk pewangi Semerbak Industries.

    Keunikan pewangi kereta CarSemerbak adalah pada jenis-jenis bauannya yang pelbagai. Antara yang paling laris adalah Lemon, Apple Blossom, Aqua, Pacific Air dan Vanilla Bouquet.

    Nama wangian itu saja dah cukup untuk buatkan anda terbayang-bayang betapa harumnya kereta anda bila sudah mendapatkan pewangi kereta CarSemerbak. Setiap pewangi kereta CarSemerbak didatangkan di dalam botol 5ml dan 7ml serta penggunaan wangian CarSemerbak mampu bertahan sehingga 45 hari.

    Cara penggunaannya amat mudah dan tidak sama seperti pewangi-pewangi kereta yang lain yang perlu dilekatkan pada tempat penyaman udara kereta. Ia juga tidak perlu letakkan di atas dashboard dan meninggalkan kesan pelekat atau kadangkala boleh mengganggu penglihatan dan pemanduan anda. Dengan pewangi kereta CarSemerbak, anda hanya perlu menyangkut botol wangian pilihan anda di batang lampu signal atau batang wiper dan masih mampu mengeluarkan wangian yang kuat.

    Tapi bagaimana pewangi kereta CarSemerbak mampu bertahan sehingga 45 hari penggunaan? Jawapannya mudah. Pewangi kereta CarSemerbak boleh digunakan mengikut keperluan pemilik kenderaan menggunakan pewangi masing-masing. Lebih kerap anda gunakan pewangi kereta tersebut ketika memandu, lebih singkatlah kesan wangian kereta CarSemerbak anda.

    Untuk memaksimakan penggunaan pewangi kereta CarSemerbak, ikuti langkah-langkah berikut:

    1. Buka penutup kayu luar dan penutup plastik di bahagian dalam penutup kayu.

    2. Tutup semula dan ketatkan penutup kayu.

    3. Terbalikkan botol pewangi kereta Car Semerbak selama lebih kurang 5 saat (penutup kayu dihalakan ke bawah) agar pewangi meresap ke dalam penutup kayu.

    4.  Gantung botol pewangi kereta CarSemerbak di tempat yang anda rasakan sesuai di dalam kereta anda.

    5. Hanya resapkan pewangi kereta CarSemerbak pada penutup kayu sekiranya kesan bauan semakin hilang di dalam kereta anda.

    Anda tidak perlu was-was dengan kandungan pewangi kereta CarSemerbak kerana bahan-bahan yang digunakan dalam produk-produk keluaran Semerbak Industries dijamin selamat 100% serta tidak mengandungi alkohol. Anda boleh membuat tempahan bagi mendapatkan pewangi kereta CarSemerbak dengan 5 bauan unik iaitu Apple Blossom, Aqua, Lemon, Pacific Air dan Vanilla Bouquet dengan harga Cuma RM8.90 bagi 5ml dan RM10.90 bagi 7ml sebotol di Semerbak.net atau daripada wakil Pengedar Semerbak Industries yang sah berhampiran anda.

    Mahu dapatkan pewangi yang harum & best-best, sila layari www.Semerbak.net

    uda

    2oo1

    DSC_0688

    DSC_0648

    PERADUAN MENANGI WANGI SEMERBAK

    Anda mahu menang pewangi dari Semerbak? Budiey ada hadiah pewangi dari Semerbak untuk dihantarkan kepada anda.

    Senang sahaja. Sila tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini.

    Apa yang anda perlu buat ialah menulis pengalaman tentang minyak wangi yang pernah anda guna. (dalam 1 perenggan sahaja)

    Jangan lupa sertakan alamat email anda ya.

    Terima kasih semua!

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gossip: Ketiak Pelakon Berbau Semerbak
  • Beautee Perkenal Sabun Pencerah & Sabun Jerawat
  • Program Wanita Hari Ini Bakal Perkenal Set Baru
  • Kempen Kurang Gula Kurang Belanja
  • MIMOS Celebrates 25Th Years Of Research & Development
  • Avon Perkenal Ultra Moisture Rich Moisture Seduction Lipstik
  • The Black Eyed Peas Global Launch of Full HD 3D LED TV
  • Hari Susu Sedunia 2010 Meriah & Happening
  • Aishah Mat Desa, Rozie Rashid, Nazri Sapuan dalam JIHAD KHADIJAH
  • MinnalFM Stesen Radio Tamil RTM Perkenal Segmen Baru
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.