Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Bicara seorang mualaf"NAMA saya kini Dahlia," si cantik Daphne Eleanor Iking membuka bicara. Sebuah ikrar bahawa dirinya kini sudah bergelar Muslim dan memeluk Islam. Dahlia melafazkan dua kalimah syahadah pada tarikh bersejarah, 8 Januari 2011. Tarikh itu juga menyaksikan dia sekali lagi menyarung status isteri. "Jangan segan untuk terus menggunakan nama Daphne," sambungnya. Wanita keturunan Kadazan ini sudah lali apabila dirinya menjadi bahan bualan. Kisah rumah tangganya yang terdahulu terbuka luas, umpama buku yang dibuka lembar demi lembar. Dia mahu menakluk privasi. Mahu menjadikan kehidupan peribadinya tidak terlalu terbuka. Dia seolah-olah mahukan segala ketenangan yang dulu seperti tidak melekat pada dirinya. Kini dia membuka buku baru, bergelar isteri dan rusuk kiri buat lelaki bernama Azmi. Takdir menjadi mualaf Mungkin ada yang berfikiran skeptikal, berkahwin dengan seorang Muslim bernama Azmi Abdul Rahman atau mesra disapa Joe membuatkan Daphne terpanggil memeluk Islam. Namun dia punya sebab tersendiri, punya rasa tersentuh dengan kemurniaan Islam dan menjadi salah seorang umat Nabi Muhammad S.A.W. Ini kisah bagaimana Daphne atau Dahlia akhirnya bergelar mualaf. "Saya bertukar agama bukan kerana sesiapa. Saya lakukan dengan ketulusan hati, demi diri dan masa depan saya. Alhamdulillah, ia adalah pengalaman yang paling indah," tegasnya yang membikin kejutan kepada penonton Anugerah Sri Angkasa 2010 apabila melafazkan ungkapan 'MasyaAllah' dan 'Assalamualaikum' pada malam tersebut. DAPHNE memilih nama Dahlia sebagai nama Islamnya. Ujar personaliti televisyen popular ini, telekung dan sejadah adalah peralatan pertama yang dibelinya sebagai persediaan bertukar agama. "Pengalaman bertukar agama adalah yang paling indah," ujar si bunga baru, Dahlia. "Saya selalu berminat terhadap agama lain. Malah, saya datang daripada keluarga yang gemar membaca. Bahan bacaan ilmiah berbentuk kerohanian menjadi pengisi rak buku di rumah kami. "Keluarga ibu saya juga merupakan campuran yang unik, datang daripada pelbagai bangsa, budaya dan agama. Ia membuatkan kami sentiasa saling menghormati terhadap kepercayaan agama-agama lain," katanya. Dia menamakan takdir sebagai titik yang mendekatkan dirinya terhadap Islam, bertemu rakan-rakan mualaf yang gemar bercakap indah tentang agama. Mendalami apa yang diperdengarkan di telinganya, Daphne secara semula jadi mendekati Islam dan sering mengutarakan soalan demi soalan kepada ustaz apabila berhadapan dengan keraguan. "Kebetulan, pembantu rumah saya juga Muslim dan menunjukkan kepada anak saya cara kehidupan Islam. Langsung saya tidak terganggu dengan caranya. Malah bersikap terbuka terhadap pelajaran yang positif dan membangun," terangnya tentang buah hatinya Isobel yang juga sering membuat dirinya bahagia dan bercahaya. Ujar Daphne, Isobel yang merangkak ke usia empat tahun merupakan anak yang cukup gembira, sihat walafiat dan cukup pintar. "Dia terlalu muda untuk memahami semua ini tetapi apabila dia memerhatikan pembantu rumah saya solat dan cuba meniru dengan sejadah mininya, itu adalah momen yang cukup manis," terang ibu berusia 32 tahun ini.
Solat jemaah "Barang pertama yang saya beli adalah sejadah dan telekung serta sebuah buku bertajuk, How To Solat in English and Malay. Buku yang dibaca oleh kanak-kanak berusia enam tahun bukan? Jujurnya saya tidak terus bersolat tetapi memahami dan mempelajari cara-cara untuk mengambil wuduk dengan tertib seiring doa-doanya," ujar Daphne yang cukup gembira dibelikan buku-buku tentang Islam oleh suaminya. Kini dia membacanya satu persatu, perlahan-lahan memahami dengan hati. Masuk ke dalam gerbang perkahwinan kedua bersama Joe, ujar Daphne, mereka kini sering melakukan solat berjemaah dan percaya perkara tersebut adalah salah satu kunci untuk memperkuatkan hubungan mereka sebagai famili. "Insya Allah," balasnya. Pada tarikh 8 Januari juga, Daphne dan Joe menyatukan hati, bicara dan nekad mereka bergelar suami isteri. Hembusan bayu di Penampang, Sabah menjadi saksi jiwa mereka diikat. Berlangsunglah acara pernikahan dan resepsi perkahwinan yang diadakan secara kecil-kecilan dengan disertai jiwa-jiwa terdekat mereka, keluarga dan rakan karib. Pasangan yang sudah mengenali hati masing-masing selama setahun lebih ini sebenarnya bertemu melalui rakan mereka. Lelaki pilihannya merupakan bekas Pengarah Urusan Redberry Group yang merangkap rakan bisnesnya. Sebenarnya penulis pernah bertembung dengan 'pasangan' ini beberapa kali dan benar, mengikut pandangan mata sewaktu itu, mereka beraksi sebatas profesional. Mereka tidak memberi gambaran langsung bahawa cinta sedang bertali. "Joe adalah seorang usahawan. Sangat proaktif dan mahu dirinya tidak menjadi tumpuan khalayak," Daphne mewakli Joe yang dilihat peramah dan senang bergaul dengan sesiapa sahaja.
Bukan hal untuk ditertawa Nur sedang dilimpahkan dalam hidup Daphne. Kini mempelajari satu persatu, dia juga sedar khalayak sedang memerhati dan memberi respons dengan cara mereka sendiri. Bicara wanita ini amat tegas. "Memeluk dan masuk agama lain bukanlah satu hal yang boleh ditertawakan. Semestinya bukan aspek yang boleh dibawa main-main. Lebih penting lagi saya mengetahui sepenuh hati dan jiwa raga saya ke mana arah yang saya tuju. Mungkin kerana saya berada dalam lapangan seni, semuanya diperbesarkan 10 kali ganda. "Tidak guna rasanya saya merangsang sokongan daripada teman-teman atau keluarga sekiranya saya sendiri tidak bersedia. Senang dikatakan begini, Those who matter don't mind. Those who mind, don't matter. Biarlah Allah melembutkan hati mereka," tegasnya. Menjadikan Islam agama dan anutannya kini, Daphne mengaku semuanya menuntut masa. "Sebagai permulaan cara-cara sembahyang, saya merujuk kepada nota yang saya tampalkan di dinding. Saya perlu memahami dan melakukannya. "Alhamdulillah. Saya boleh fokus dengan famili baru dan teruskan dengan kehidupan kini," ujarnya yakin. Selamat datang buat saudara baru ini. | ||||
Posted: Tuah Shila tidak bergolek
STATUS Shila Amzah sebagai anak selebriti ND Lala memberinya satu kelebihan namun pencapaiannya dalam bidang seni kini adalah atas usaha sendiri. Shila mewakili negara ke Konsert Asia Star Session pada Festival Voice of Astana sempena berlangsungnya temasya sukan musim dingin, di Kazakhstan pada bulan lalu. Selama lapan hari dia turut bergandingan dengan Ning Baizura dan Jaclyn Victor untuk merakamkan 10 buah lagu dimuatkan dalam album 3 Suara. "Awalnya perbincangan itu datang secara spontan sahaja, produser album berkenaan, Kevin Chin memang peminat Ning dan Jaclyn dan berhasrat mahu terbitkan sebuah album gandingan mereka berdua. Cuma dia merasakan ada sesuatu perlu dimasukkan untuk seimbangkan gandingan itu, daripada duo ia menjadi trio tiga generasi. "Asalnya Kevin hanya lihat satu persembahan saya daripada laman YouTube seperti yang dicadangkan seorang. Dia terus bersetuju," jelas naib juara One In A Million (OAIM) itu ceria. Sesuatu yang agak unik, kemunculan terbaru Nurshahila Amir Hamzah, 21, itu merupakan gandingan tiga lapangan nyanyian yang berbeza. Jaclyn merupakan ratu balada, Ning diva soul dan R&B manakala Shila puteri pop. | ||||
Posted: Ana, Aidit berpisahANA RAFFALI bukan lagi artis naungan Aidit Alfian (kanan), bagaimanapun Ana menafikan kononnya berlaku pergeseran atau salah faham antara mereka. ANA RAFFALI berusaha sehabis baik untuk membuktikan trofi Juara Lagu ke-25 yang menjadi miliknya baru-baru ini merupakan satu pengiktrafan yang tidak pernah silap. Barangkali seperti tajuk single terbarunya, Sehabis Baik, yang kini mula berputar di corong radio, Ana sekali lagi mengejutkan banyak pihak apabila menubuhkan sebuah syarikat pengurusan sendiri, About The A Letter Sdn. Bhd. yang akan menguruskan segala keperluan dan pergerakan kariernya dalam bidang muzik. Penyanyi lagu Tolong Ingatkan Aku itu kini bukan lagi berada di bawah pengurusan komposer Aidit Alfian yang bertanggungjawab membawanya ke dunia seni. Pengunduran Ana daripada pengurusan Indah Karya Sdn. Bhd. yang dimiliki Aidit itu berjaya dihidu oleh Sensasi Bintang. Aidit yang dihubungi bagaimanapun tidak mahu membesar-besarkan isu itu, sebaliknya menyerahkan hak itu kepada kebijaksanaan Ana. Sebagai seorang artis yang bijak mengatur haluan muzik, Ana seharusnya menjadi orang pertama yang mengulas tentang perkembangan dirinya. Sensasi Bintang: Ada khabar terbaru mengatakan anda tidak lagi bernaung di bawah syarikat Aidit? ANA RAFFALI: Ya, benar. Perkara itu dilakukan secara baik. Rasanya semua orang tahu saya memiliki sebuah studio fotografi, About The Letter A Studio, ia cuma dikembangkan menjadi sebuah syarikat, About The Letter A Sdn. Bhd. yang akan menguruskan perjalanan karier saya dalam bidang muzik. Sekarang, saya berada bawah pengurusan label sendiri. Sudah lama merancang untuk bergerak sendiri? Sebenarnya, sejak bersama Indah Karya, abang Aidit ada memberitahu, sampai masanya nanti saya boleh bergerak sendiri. Setelah tiga tahun bersama, rasanya inilah masa yang paling sesuai. Sudah tiba masanya untuk saya lebih bertanggungjawab terhadap karier dan mencari peluang-peluang lain yang sebelum ini tidak saya terokai. Sejak bila keluar daripada pengurusan Indah Karya? Baru-baru ini sahaja, sekitar pertengahan Februari ini. Sebenarnya saya masih ada kerjasama dengan Indah Karya dari segi produksi dan penerbitan muzik. Pengurusan sahaja yang berbeza lagipun pengurusan dan penerbitan muzik suatu perkara yang berlainan. Rasanya tiada masalah dan bagi saya, dari segi penerbitan muzik, pasukan Indah Karya adalah yang terbaik. Adakah pengunduran anda dari Indah Karya berpunca daripada salah faham sehingga kedua-dua pihak tawar hati untuk terus bekerjasama? Tidak, kami tidak bergaduh. Sampai hati tuduhan sebegitu dilemparkan kepada saya. Saya dan pasukan Indah Karya masih ada dan akan ada lagi kerjasama dari segi muzik. Bagi saya Aidit Alfian sudah seperti abang, dialah guru terbaik yang mengajar saya tentang industri muzik. Tak mungkin saya akan melupakan orang yang bawa dan ajar macam-macam kepada saya tentang muzik. Cuma, sekarang saya mahu buktikan segala tunjuk ajarnya itu tidak sia-sia dan akan saya gunakan pengalaman bersama Indah Karya untuk menjadi seorang anak seni yang matang. Ini cara saya membalas budi mereka terhadap saya untuk membuktikan ilmu yang telah diterapkan mereka tidak sia-sia. Macam ibu bapa juga, sampai masanya mereka kena lepaskan anak-anak untuk berdikari dan membentuk masa depan sendiri. Jadi tidak betul desas-desus mengatakan kalian bergaduh dan anda sudah lupa jasa? Perkara itu takkan berlaku. Saya bukannya keluar sepenuhnya daripada Indah Karya, saya cuma diberi sedikit kebebasan untuk lebih bertanggungjawab terhadap perjalanan karier saya. Jadi bila ada syarikat sendiri, pihak luar akan nampak saya lebih serius dalam bidang ini. Sampai bila saya mahu bergantung harap kepada abang Aidit, takkan saya sahaja artis naungannya yang harus diberi tumpuan. Alasan paling kuat Ana untuk bergerak sendiri? Saya mahu melebarkan porfolio seni saya, mahu berdikari dan bertanggungjawab terhadap karier sendiri. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |