OHBULAN! |
Kekasih Baru Nabil Raja Lawak, Pramugari Yang Cun Meletup! Posted: 11 Jan 2011 04:00 PM PST
Memang kami tabik spring dengan Nabil, muka biasa-biasa tapi dapat tackle wanita-wanita yang cantik seperti Irma Hasmie, Uqasha & yang terbaru, pramugari bernama Zira. Apa'lah agaknya pickup line yang digunakan oleh Nabil untuk menambat hati wanita-wanita ini? Mungkin taste wanita sekarang yang gemarkan lelaki pandai melawak, sekurang-kurangnya dapat menghilangkan stress kerja. Anda yang bergelar wanita, setuju? Status wanita ini yang berbunyi, "Officially missing him…" menimbulkan tanda tanya, sama ada ia ditujukan kepada Nabil Raja Lawak atau lelaki yang lain. Tetapi, ada orang berkata bahawa wanita ini sering bertukar-tukar gambar profil bersama Nabil dengan status berbaur cinta. Mungkin ada benar kata orang itu. ![]() |
Melda Ahmad, Gadis Youtube Muncul Rancangan Realiti Gadis Semasa Sunsilk Posted: 11 Jan 2011 03:45 PM PST
Jalan cerita juga amat menarik, ya memang serius menarik! Gadis Semasa mengisahkan seorang pelajar jurusan muzik yangdicungkil bakat muziknya menerusi laman sosial. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk merealisasikan minatnya dalam bidang itu sehingga ke pentas terkemuka. Namun dengan bantuan pakar, dia mula membina keyakinan diri dan melihat perubahan dalam hidup. Rancangan ini sememangnya idea yang segar & baru untuk penonton drama. Kebiasaannya, pihak produksi & penaja lebih gemar mengambil selebriti popular untuk merealisasikan idea rancangan realiti. Berlainan pula kali ini mereka berani untuk mencuba sesuatu yang baru. Selepas menonton episod pertama, kami berani kata sambungan episod kedua akan lebih menarik dengan perkembangan cerita Melda Ahmad yang putus cinta, dan mencipta lagu ini. Kami terfikir, kalau penyanyi Yuna boleh menyanyikan semula lagu ini dalam versinya, confirm awesome! ![]() |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |