Adsense

Rabu, 5 Januari 2011

borak kosong

borak kosong


Kata bekas ratu cantik Brazil lelaki 70 tahun seperti lelaki yang berusia 30 tahun

Posted: 05 Jan 2011 09:00 PM PST


Dalam kabinet pemerintah (Brazil) baru Presiden Dilma Rousseff, Tahun Baru lalu,dihebohkan dengan munculnya wajah cantik dan muda. Bekas peserta ratu cantik berusia 27 tahun ini tiba-tiba menjadi  perhatian seluruh media di Brazil.

Marcela Temer, nama wanita cantik ini, menjadi popular dan popularnya hampir mengalahkan popularPresiden Brasil Dilma Rousseff kerana menikahi lelaki berusia 70 tahun, Michel Temer, Naib Presiden Brazil.

Gambar Marcela Temer dan suaminya, Naib Presiden Michel Temer, menghiasi halaman depan surat khabar tempatan secara berturut-turut sejak Tahun Baru setelah  hubungan mereka dirasmikan.

Perempuan berambut perang yang tamat pengajian fakulti undang-undang itu bertemu dengan suaminya tujuh tahun lalu ketika dia meminta Michel bergambar dalam satu acara di kota tempat tinggalnya di pinggiran negara bahagian Sao Paulo. Sebagai balasannya, Michel mendapatkan nombor telefon gadis cantik yang ketika itu baru berusia 20 tahun.

Hubungan keduanya terjalin selama tujuh tahun sehingga akhirnya Michel dan Marcela memutuskan berkahwin minggu lalu.

"Soal hubungan, umur tak menjadi penghalang dalam kes kami. Rasanya Michel seperti lelaki yang berusia 30 tahun, masih bersemangat dan penuh energi. Luar biasa," kata Marcela Temer.

Marcela merancang mengikuti ujian tertulis untuk memastikan apakah dia memenuhi syarat untuk membuka biro perundingan undang-undang dan akan menjalani kegiatan amal, jika ada tuntutan ke arah itu, sebagai isteri naib presiden.-kompas.com

[Malang] Baru beli kereta dah ditimpa batu besar sehinggakan pemandunya meninggal

Posted: 05 Jan 2011 08:30 PM PST

Takdir memang sebuah misteri yang tidak ada yang mengetahui bila akan menimpa kita, samada baik  ataupun buruk..  Secanggih manapun teknologi yang ada ketika ini belum ada yang bioleh yang menentukan secara betul bila kita akan menemui ajal.

Beginilah sebuah kejadian yang tragik yang terjadi menimpa seorang lelaki bernama Hu yang memandu sebuah kereta yang baru sahaja dibeli dan baru keluar dari  showroom.Lelaki mengalami nahas ini ketika melintasi jalanan di pegunungan Qingtian, daerah Zhejiang di bahagian timur China.

Jalan yang sempit memang sangat berbahaya dan berisiko, namun siapa yang menyangka sebuah batu besar seberat kurang lebih 2 tan menjunam kebawah tepat menimpa kereta yang dipandu Hu dan akhirnya pula menyudahi riwayat hidupnya dengan penuh tragik.Mengurut surat khabar tempatan People Daily menyebutkan pertolongan polis dan pasukan penyelamat hanya tiba selepas empat jam kemudian selepas kejadian .

Hikmah yang boleh kita ambil dari kisah  ini adalah, tidak ada yang mengetahui bila kita bakal meninggal, bila kita bakal susah ataupun bila rezeki juga jodoh datang dan pergi, namun lebih baik kita selalu mempersiapkan  diri sekarang sebelum segala kemungkinan dalam hidup kita datang menghampiri.-ruanghati.com

Gadis ini lelong rambut yang disayangi secara online untuk biayai kos rawatan ibunya

Posted: 05 Jan 2011 07:40 PM PST

Pengorbanan seorang ibu sejak mengandung si buah hati kemudian membesarkannya, melindungi dan memberikan pendidikan pada anak-anaknya dengan penuh kasih sayang tidaklah mungkin boleh digantikan oleh seorang anak walau dengan apapun.

 Seorang anak gadis cuba untuk memberikan pengorbanannya pada ibunda tercinta yang sedang sakit dan memerlukan kos yang sangat besar.A'zhen seorang gadis 17 tahun dari daerah Guang'Xi dataran China yang telah mengiklankan diri secara online disebuah web untuk menjual rambut yang dimilikinya  sepanjang 1,5 meter yang selama ini dijaga dan dirawat dengan susah payah, rambutnya tersebut ditawarkan senilai RMB 20.000 .  Ramai orang yang  meragukan pengakuan gadis ini tentang keadaan ibunya yang sakit kuat  kerana  A'Zhen tidak memperincikan identiti  ibunya kerana alasan privasi.

Setiap hari di laman web tersebut memang banyak pengakuan yang dibuat untuk memohon bantuan, namun pengelola laman web Tianya Community tersebut menyatakan tidak tahu mana pengakuan dan informasi yang betul atau yang palsu.

Namun akhirnya seorang pengusaha kaya Wang Chengzhi dari Jiangsu amat perihatin dengan kes A'zhen ini dan telah berhubung dengan hospital tempat ibunya dirawat serta bersedia memberikan jaminan bantuan untuk pengubatan ibunya tersebut.Ibunya yang berkerja sebagai wartawan tersebut bernama Xiong Qian akhirnya dibantu oleh pengusaha tersebut  sebanyak RMB 30.000 untuk mengubati sakitnya yang disebut sebagai gangguan Ginekologis yang dideritanya sejak bercerai dengan suaminya.

Lelaki gay posting pesanan di Facebook sebelum bunuh diri

Posted: 05 Jan 2011 06:00 PM PST

Jane Simone Back, 42, mengambil jalan aneh untuk membunuh diri. Sebelum dia mengakhiri hidupnya, dia mem-posting pesanan di akaun Facebook-nya dan dibaca oleh teman di friendlist-nya.

"Saya akan meminum semua pil ini, agar saya segera mati. Selamat tinggal, bye-bye," tulisnya.

Dia menghantar pesanan tersebut pada hari Krismas lalu, namun tak ada yang memedulikan tulisannya tersebut, sampai akhirnya dia diketahui benar-benar meninggal.

Sebelumnya, lelaki gay ini sempat mengeluh ketakutannya akan kehilangan kekasihnya, yang telah menipu dirinya.

Namun, keluhannya ini menjadi bahan ejekan oleh teman-temannya di Facebook, yang membuat Simone tertekan dan menyatakan bahawa dia merancang untuk bunuh diri.

Bukannya cuba untuk menyelamatkannya tetapi beberapa teman online-nya mengejek. Seorang temannya menyebutnya sebagai pembohong dan yang lain menulis ini sebagai pilihan terbaiknya.

Tujuh belas jam kemudian, polis membuka pintu flatnya di Brighton, dan Simone ditemukan telah meninggal dunia. -TRIBUNNEWS.COM

Tangkap ikan air tawar dengan tangan jadi kegilaan sejak disiarkan di internet

Posted: 05 Jan 2011 05:45 PM PST

Kegilaan menangkap ikan menggunakan tangan semakin menjadi
ikutan sejak disiarkan di internet...saya petik dari kosmo online


LONDON - Terdapat kegilaan terbaru dalam kalangan pemancing apabila mereka menggunakan tangan untuk menangkap ikan, lapor sebuah akhbar semalam.

Pertandingan menangkap ikan dengan menggunakan tangan itu bermula pada 1990-an tetapi apabila iklan mengenainya disiarkan di Internet ia kini mempunyai ramai pengikut.

Seorang pemancing yang aktif menggunakan tangan, Tim Jones berkata: "Kebanyakan aktiviti itu berlaku di kawasan air cetek.


"Jika paras air melebihi kepala anda, menangkap ikan dengan menggunakan tangan akan menjadi sukar dan mustahil untuk bergusti dengan seekor ikan di permukaan."

Menurutnya, pemancing yang menggunakan tangan suka menangkap ikan air tawar di bawah pokok yang tumbang, celah batu atau lubang di tepi tebing sungai.

"Ikan air tawar akan membuat sarang di tempat yang dianggap selamat. Semasa musim bertelur dan musim panas, suhu dalam air akan meningkat. Anda akan sukar untuk mencari ikan di sarang pada waktu itu kerana haiwan itu kerap meninggalkan lokasi tempat bertelur," katanya.

Seorang pemilik laman web memancing, Jason Cook berkata, menangkap ikan dengan tangan itu dianggap sebagai aktiviti berbahaya.

Menurutnya, jari si penangkap ikan boleh hilang dimakan ikan.

Para penangkap ikan itu akan memasukkan tangan ke dalam mulut ikan air tawar menyebabkan terdapat calar dan luka pada lengan mereka kerana terkena gigi haiwan tersebut.

Berat sebahagian ikan yang ditangkap itu boleh mencecah 27.21 kilogram. - Agensi

Uniknya cybercafe di Jepun

Posted: 05 Jan 2011 04:45 PM PST

Internet cafe di Jepun tidak hanya sekadar tempat untuk ber-internet  tetapi juga biasanya kita boleh membaca buku komik (manga) yang penuh dengan koleksinya yang  banyak.

Mereka biasanya membahaginya dalam 2 bahagian iaitu ruangan terbuka dan ruangan tertutup untuk privasi dengan bentuk bilik-bilik kotak (cubicles).

Dan tergantung permintaan, kita boleh memilih untuk satu bilik  diisi 1 orang, 2 orang atau lebih dari 2 orang. Dan kadang, mereka juga menyiapkan 2 komputer dalam satu bilik.

Sebahagian besar bilik tersebut sudah dilengkapi dengan berbagai macam alat, mulai dari komputer itu sendiri, webcam, mic dan juga TV untuk menonton.

Walaupun sedikit mahal untuk ber-internet disini, ada satu hal yang membuat kita sedikit senang iaitu kita boleh minum sepuasnya sampai kembung kecuali untuk makanan kita harus bayar.











Macam mana mereka boleh parking kereta macam ni

Posted: 05 Jan 2011 10:01 AM PST

12940332664059029

12940332753645289
hebat betul dia orang nie…..

Sanggup jaul dara untuk biayai pelajaran

Posted: 05 Jan 2011 09:01 AM PST


Di Telegraph diberitakan bahawa seorang pelajar universiti di UK berhasrat melelong daranya untuk membiayai kos pelajarannya selama tiga tahun. Berita tersebut bukanlah sesuatu yang baru kerana perkara seumpama ini sudah banyak kali heboh diperkatakan di luar negara.

Kali terakhir saya membaca berita seumpama ini membabitkan seorang pelajar yang berjaya menjual daranya dengan nilai 200 ribu pound atau lebih RM1 juta. Lelaki yang berjaya membida "dara" pelajar itu jika tidak silap seorang jutawan dari Rusia. Cerita ini ada disiarkan dalam blog ini sekitar pertengahan tahun lalu.

Berbalik kepada cerita pelajar tadi, Telegraph melaporkan bahawa pelajar yang tidak dikenali itu menawarkan dirinya untuk wang di laman sesawang The Student Rooms. Setakat ini, tawarannya sudah mendapat 92 respon daripada kalangan pelajar.

Iklan yang ditulis pada pukul 4.34 petang pada 26 Disember itu bertajuk "Berhasrat untuk Menjual Dara". Keterangan iklan: "Saya pelajar tahun 1 di sebuah universiti. Keluarga saya tidak berkemampuan dan saya memerlukan wang untuk membiayai pelajaran saya/beri saya kesempatan/pilihan dalam hidup."

Selain itu, pelajar itu turut menggambarkan dirinya agak menarik, berusia 18 tahun, bertubuh kurus, berambut perang, bersaiz 32DD, dan berwajah cantik.

Berita yang saya olahkan semula itu berlaku di luar negara. Namun, apa kurangnya dengan pelajar di negara kita? Bezanya, pelajar di negara kita belum lagi sampai mengiklankan dara di internet, namun mereka tanpa segan silu menjualnya di lorong-lorong gelap, menjajanya di pusat beli-belah, atau menjadi "wanita simpanan" lelaki kaya demi memperoleh wang yang banyak dan menjalani kehidupan mewah.  Jangan nafikan kerana hal ini kerap kali diberitakan di akhbar.

Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan seorang siswi IPT melacurkan diri selama 45 hari hanya kerana mahu menggantikan komputer riba pemberian ibu yang hilang di asrama. Bayangkan betapa hina dan bodohnya siswi tersebut yang sanggup menggadaikan maruah diri hanya semata-mata kerana komputer riba bernilai RM3 ribu!  Ini hanyalah sekelumit contoh untuk membuktikan kebodohan segelintir pelajar IPT yang kunun-kununnya bijak namun hakikatnya "bingai tahap gaban".

sumber : duniacacamarba.blogspot.com

Lelaki ini rakam dan simpan 480 video adegan hubungan seksnya

Posted: 05 Jan 2011 08:46 AM PST


TRIBUNNEWS.COM - Lelaki ini memiliki 500 video seks yang dilakukannya dengan bermacam -macam perempuan dan dia merakam secara diam-diam kemudian mem-postingnya di internet.

Lelaki bernama Chen Guilin  yang berasal Singapura ini merakam adegan hubungan seks itu dengan beberapa  pasangan. Aksi itu dirakam diam-diam dengan menyimpan kamera dalam beg plastik yang dilubangi.

Beberapa orang perempuan ini bersedia dirakamkan namun dan ada juga di antaranya tidak mengetahui jika mereka dirakamkan oleh Chen yang menggunakan nama internet Gary Ng. Lelaki berusia 28 tahun ini mem-posting video hubungan seksnya itu dengan wajah perempuan yang ditutupi.

Dia kemudian dinyatakan bersalah menyimpan 507 video seks dan lebih dari 480 video berisi adegan seks dirinya dengan beberapa perempuan. Polis kemudian menyita semua video itu di Yishun Street .Bekas agen properti ini juga didakwa atas kejahatan lain dan salah satunya adalah menceroboh masuk ke rumah pelanggannya ketika mereka tiada di rumah, melakukan pemalsuan, dan merosak kepercayaan.

Sumber: The Straits Times

Inilah yang akan terjadi bila tiada semangat kesukanan

Posted: 05 Jan 2011 07:30 AM PST






LETAK MAKLUMAT IKLAN
Bila semangat kesukanan hilang dan tak mahu mengaku kalah
maka timbullah sikap begini...orang sebegini adalah orang yang lemah
didalam perjuangan.....
Apakah yang patut di buat keatas lelaki ini?

Kalau anda diberi tugas untuk menemurah orang macam ini, sanggup tak?

Posted: 05 Jan 2011 06:00 AM PST





LETAK MAKLUMAT IKLAN
Lelaki ini dikatakan seorang pembunuh di Brazil yang sedang ditemuramah oleh
wartawan berita.....kalau anda sanggup tak nak menemuramah orang 
macam ini

Aksi lelaki mengamuk dengan parang

Posted: 05 Jan 2011 05:00 AM PST










Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2011

Posted: 05 Jan 2011 04:28 AM PST

kalender-gaji-kakitangan-awam-2011
Nota : Berdasarkan jadual gaji 2011, gaji Tahun Baru China, Hari Gawai dan Hari Raya Haji tidak diberi awal kerana jatuh sebelum 11hb bagi bulan tersebut

Sumber: Dialog Rakyat

Monyet gelak besar bila lihat kemaluan anak anjing ini

Posted: 05 Jan 2011 04:00 AM PST




LETAK MAKLUMAT IKLAN

betul-betul punya gelak monyet ni..

Adakah anda sehebat lelaki ini?

Posted: 05 Jan 2011 03:40 AM PST

Cuba perhatikan gambar dibawah ini...dan cuba
anda tanya pada diri anda adakah aku sehebat lelaki ini????







Aku akui aku memang tak sehebat lelaki ini walaupun
sempurna..aku tak reti nak tukar tayar basikal.....memang cukup hebat
lelaki ini...

Sampah selamatkan lelaki ini

Posted: 05 Jan 2011 02:30 AM PST

Vangelis Kapatos (26) cuba membunuh diri dengan terjun dari apartmentnya ditingkat sembilan.Dia mendarat di atas kumpulan sampah yang belum diangkat petugas kebersihan. Maklumlah, pada akhir Disember lalu terjadi hujan salji yang hebat di New York, Amerika Syarikat, dan sampah itu belum juga dibersihkan. Vangelis terus dibawa ke hospital karena cedera dan dikhabarkan keadaannya stabil.

"Semua orang mengeluhkan sampah yang masih belum dipunggut, tetapi saya sangat bersyukur sampah itu masih berada di situ sehingga saya terselamat," ujar Vangelis yang kemudian menyesali tindakannya untuk membunuh diri tersebut.

Polisi menyatakan, Vangelis tidak meninggalkan sebarang pesan atau nota sebelum terjun dari apartmentnya. Mak Ciknya Katharina Kapatos, mengatakan, Vangelis sangat tertekan dan dirawat dibahagian mental selama satu bulan sebelum dibenarkan pulang. Anak muda itu juga pernah menyatakan khuatir tidak dapat membayar sewa apartmentnya

Pemungut sampah yang baru akan mengumpulkan sampah itu ,mengatakan ada 77.000 tan sampah yang belum diangkut sejak datangnya hujan salji itu. Datuk bandar New York Michael Bloomberg berharap para pekerja dapat menyelesaikan pengangkutan sampah akhir minggu ini. (Reuters/Joe)

Makhluk separuh dinasour separuh kura-kura dijumpai di China

Posted: 05 Jan 2011 01:30 AM PST

Makhluk separuh dinosaurus separuh kura- kura dijumpai di China .Sun Yongcheng sedang menangkap ikan di tasik Weishan daerah Anhui, dan dia terkejut kerana berjaya menangkap ikan yang sangat aneh.Penduduk menamakannya sebagai buaya penyu .Makhluk tersebut sangatlah aneh dan rupanya seperti gabungan antara dinosaurus dan kura- kura.


Melihat dari bentuknya, diyakini bahawa haiwan itu bukan merupakan haiwan asal dari daerah tersebut. Menurut petugas perikanan setempat, spesies aneh itu berasal dari Amerika Utara, dan mungkin saja merupakan binatang peliharaan seseorang yang kemudian terlepas atau dilepaskan di tasik

Ikan aneh seberat 7 kg tersebut boleh membahayakan ekosistem kehidupan ikan lain. "Aku tiba-tiba terkejut ketika ada yang hitam dan besar dan menakutkan tersangkut di jala.

Kerja keras diperlukan untuk membawa ikan itu naik. Menurut juru cakap Biro Pemancingan Jining, penemuan ini merupakan kes pertama yang ditemukan di tasik yang menjadi pusat sistem perairan tempatan. "Seseorang mungkin telah membuangnya ke tasik Ini akan membahayakan ekologi tasik," tambahnya.

[Mesti lihat] Cara baru berdating

Posted: 05 Jan 2011 12:50 AM PST

4e4e5c3f568200_n.jpg
hebat betul cara baru ini…alamatnya makin lakulah payung…

Mati kerana pakai bra berdawai

Posted: 04 Jan 2011 11:30 PM PST

SETIAP manusia pasti mati. Namun penyebab kematian manusia itu caranya berbeza-beza, tempat dan masaya. Ada kematian-kematian yang tak terduga akan penyebabnya.Kadang-kadang hal penyebab kematian itu remeh, tetapi ada juga kematian yang dirancang.

Ini adalah antara kematian yang kadang-kadang tak masuk dek akal :


* Mati kerana pakai bra berdawai.

Pada tahun 1999 lalu, dua wanita di London,  dilaporkan meninggal kerana menggunakan bra berdawai. Bukan bra yang mencekik dua wanita tersebut, tetapi dawai di dalam bra yang bertindak sebagai konduktor pengantar arus elektrik. Dua wanita tersebut mati terbakar kerana disambar petir tepat di dawai di dalam bra-nya. Dada kedua wanita tersebut kelihatant hangus terbakar dan membuat merekamati ditempat kejadian.

* Mati kerana saluran pembuangan air

Pada tahun 2008 lalu, seorang lelaki di Kanada mati setelah berusaha mengambil dompetnya yang dicuri dan termasuk kedalam saluran pembuangan air. Dia menelefon polis sebelum mengambil dompet tersebut di saluran itu tetapi setelah polis sampai di lokasi kejadian, mereka menemukan kepala lelaki tersebut sudah terjsepit di saluran yang, beberapa meter di bawah jalan (salurandi bawah jalan raya). Dia sempat dilarikan ke hospital tetapi tidak dapat diselamatkan.

* Mati kerana deodoran

Pada tahun 1998, seorang remaja berusia 16 tahun, meninggal keraa serangan jantung setelah terhidu wap deodoran (deodoran spray) terlalu banyak. Dia yang sangat mementingkan kebersihan diri dan ingin selalu segar, jadi dia meyembur seluruh tubuhnya dengan deodoran sebanyak dua kali  sehari.

Dia tidak pernah berfikir tindakkannya itu mengundang bahaya. Hasil bedah siasat menemukan bahawa ada 10 kali ganadat jumlah butana dan propana yang mematikan di aliran darahnya. Bukti mengatakan remaja itu sering menggunakan deodoran di tempat yang sempit. Produk seperti itu di syorkan untuk digunakan di tempat lapang dan tidak ditempat yang sempit.

sumber : tribunnews.com

[Tabik] Walaupun berusia 101 tahun tetap mahu bekerja

Posted: 04 Jan 2011 10:30 PM PST

Majoriti pekerja umumnya pencen di usia 56-60 tahun. Maksima 65 tahun. Bahkan banyak yang bermimpi ingin pencen segera Tapi, tidak bagi Sally Gordon. Memasuki usia 101 tahun, dia masih aktif bekerja penuh waktu (fulltime).

Gordon bekerja sebagai asisten sarjan pada angkatan bersenjata untuk badan legislatif negara bahagian Nebraska, Lincoln. Dia masih mencintai pekerjaannya, dan menolak mengurangkan jam waktu kerjanya.


"Selama saya boleh saya akan bekerja fulltime," ujar Gordon. "Saya fikir anda harus bekerja selama anda boleh kerana bekerja memberikan anda tujuan hidup."

Ketika ditanya rahsia hidup awet muda, Gordon menjawab, "Saya makan makanan sihat dan selalu berjalan kaki." Gordon memang tak pernah memiliki kereta. Dia lebih senang berjalan kaki atau menaiki kendaraan awam.

Dia mengatakan sup sebagai makanan kegemarannya yang dia makan sepanjang tahun. "Saya selalu makan menggunakan chopsticks untuk memperlambat makan sekaligus menikmatinya."

 Gordon juga masih tampil bergaya dengan aksesori kepala di kepalanya. "Saya selalu mencuba untuk kelihatan rapi, kerana kita tidak pernah tahu apa yang terjadi," kata wanita yang pernah bekerja sebagai model department store.