Adsense

Rabu, 22 Disember 2010

Sensasi

Sensasi


Yusri KRU dan Maya Karin Dating lagi

Posted: 22 Dec 2010 01:25 PM PST




Masuk kali nie dah kali ke berapa Maya Karin dan Yusry dilihat berdua...Kata Maya mereka hanya kawan biasa,dan mula berasa rimas bila org ingat mereka berdua dating.

Tapi hakikatnya hanya mereka berdua saja yang tahu..ke majlis-majlis anugerah semua Maya Karin mesti pergi berdua dengan Yusry,mesti duduk sebelah..lepas tue tengok wayang,pergi membeli belah pun dgn Yusry,,.,bahkan ada yang ternampak yusry dan Maya berpegangan tangan semasa kat Chow Kit.

Pendek kata memang nampak intim la..kemana saja berdua...Kalau sekadar kawan seperti yang Maya cakap,kenapa tak pergi keluar bertiga ke,ramai ramai ke...

Berdua nie mcm intim la...Apa pun,masing masing single,.jadi takda salahnya kalau nak bercinta,,

Mungkin Maya tak mahu hubungan cintanya di perkatakan,manalah tahu tak menjadi makin byk gossip liar pulak nanti..

Sabrina Ali,dan kekasih baru bakal berkahwin tahun depan

Posted: 22 Dec 2010 01:12 PM PST







Tidak sampai setahun tempoh menjanda, aktres Sabrina Ali sudah pun menemui cinta baru dengan seorang lelaki bujang, berumur 28 tahun dan merupakan seorang ahli perniagaan. Sabrina hadir pada malam tayangan media filem seram Khurafat, di Mid Valley tanggal 20 Disember 2010, di temani oleh kekasih hatinya.

"Kami baru berkenalan beberapa bulan yang lalu. Kebetulan kami berjumpa dalam satu majlis hari jadi rakan saya. Dari situ kami mula berkawan dan mengenali hati budi masing-masing sehinggalah hubungan kami menjadi semakin serius.

"Saya suka lihat cara dia berkomunikasi, terutama bila bersama saya. Kalau di lihat kami secocok dari banyak segi dan sudut. Saya dapat rasakan kami mempunyai keserasian yang amat kuat dan saling faham memahami. Apa yang paling penting orang yang akan menjadi suami saya nanti harus menerima saya dan anak saya seadanya. Setakat ini, hubungan dia dan anak saya sangat baik dan anak saya senang dengannya," jelasnya ketika ditemui selepas tamat tayangan media filem Khurafat.

Tambah Sabrina, dia dan kekasihnya merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan. "Walaupun hubungan kami masih terlalu awal, saya akui kini serius dengannya dan Insya Allah kami sudah terfikir untuk mendirikan rumah tangga pada tahun depan. Tarikh dan bulan saja yang belum pasti lagi," Jelasnya.

Sementara itu Tupai sempat juga untuk bertanyakan komen bakal suami Sabrina tentang perasaannya terhadap sabrina.

"Sabrina seorang yang happy go lucky, sporting serta lebih penting mengenai dirinya adalah sikat jujur dan terus terangnya. Dia bukan seorang yang hipokrit dan sentiasa menjadi dirinya.

"Saya sudah bersedia untuk mengambilnya sebagai isteri dan saya tidak kisah tentang statusnya sekarang. mungkin kami akan terus menikah tanpa mengikat tali pertunangan," jelas jejaka yang ingin di kenali sebagai Amin.

Mengulas dengan lebih lanjut tentang pengalaman berlakon dalam filem seram pertama arahan Syamsul Yusof, Sabrina berkata, "Banyak pengalaman yang saya dapat antaranya ialah bayangkan pada pukul 2 pagi, babak di mana saya dimandikan jenazah di atas pengusung mayat. Ketika babak tersebut di buat saya meminta jangan gunakan kapur barus kerana saya masih mempunyai anak. Memang takut tapi sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang pelakon.

"Lagi satu ketika babak saya terpaksa baring di dalam peti mayat memang tak dapat dilupakan. Kebetulan pada masa itu saya datang bulan dan diri tidak bersih. Memang menyeramkan dan terpaksa pula baring dalam peti tempat simpan mayat, memang saya ada rasa tak sedap badan tapi Allhamdullilah saya dapat atasinya".

Sabrina yang memegang watak Anna yang menagih cinta seorang lelaki yang bukan miliknya lagi sehingga dirinya menjadi tidak waras. Sabrina juga mengakui bahawa tatkala melakonkan watak tersebut dirinya hilang pertimbangan dan kawalan.