Adsense

Khamis, 16 Disember 2010

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Jom Meriah Viewing Party Chelsea vs Manchester United

Posted: 16 Dec 2010 08:15 AM PST

Kalau Budiey tak war-warkan kat sini, rasanya korang dah tahu tentang Chelsea akan melawan Manchester United pada hari Ahad ini. Ramai yang tak sabar nak tengok pasukan pilihan masing-masing berentap.

Tapi Budiey rasa nak war-warkan juga untuk info korang. Sebab Budiey antara peminat Manchester United. Kepada penyokong Chelsea, jangan marah ya. Hehe. Agak-agak, pasukan mana yang akan menang ek? Budiey rasa, tentu lah Man United yang menang. Hehe.

Sempena dengan perlawanan yang pastinya hebat ini, Budiey dapat tahu TM akan menganjurkan Viewing Party Chelsea vs Manchester United pada hari Ahad ini, 19 Disember 2010 di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya dari jam 12 tengahari hingga 2 pagi.

banner

Yang gempaknya, kalau korang nak tahu, viewing party ini akan memecahkan rekod iaitu viewing party TV skrin paling BESAR di Asia Tenggara! Dahsyat tuh. Budiey pun tak tahu besar mana skrin tu.

Informasi ni sebenarnya Budiey dapat tahu semasa melayari laman web Everyone Connect semalam. Di situ juga Budiey dapat banyak info tentang perlawanan dan berita terbaru tentang Manchester United.

chelsea

Chelsea VS Man United

manchester_united_logo

Kepada penyokong MU, jangan lupa layari laman Everyone Connect dari TM ini sebab banyak info atau berita terkini akan dipaparkan. Jadi, korang boleh tahu berita terbaru dan apa yang berlaku sebelum perlawanan ini di ruangan page The Stadium di website EC.

Sambil melayari, lepak dan baca bahan menarik di situ, apa kata korang meriahkan ruangan komen di ruangan Kopitiam dengan melontarkan komen-komen korang jugak kat situ. Barulah best dan happening, kan? Komen tu akan dibaca juga oleh semua pelayar dan korang dapat mencari kenalan baru yang terdiri dari penyokong pasukan yang sama. Cakap pasal cari kenalan ni, korang juga boleh berchit chat dengan semua pelayar yang lain. Amacam, best tak?

Budiey pun ada jugak lepak-lepak kat situ. Tegur-tegurla Budiey ya kat sana.

Selain itu, korang boleh dapatkan juga merchandise terbaru yang eksklusif dari TM Man United dan layari di ruangan FAN ZONE seats di mana korang boleh sign up untuk macam-macam lagi produk dan servis TM kat situ.

Kepada penyokong Man United mahu pun Chelsea, rajin-rajinlah lawat Fanpage Everyone Connect. Mana tahu, nasib untung korang, dapat wristband EC yang cool tu di TM booth.

Jadi, jangan lupa hadir di Viewing Party Chelsea vs Man United pada hari Ahad ini di Padang Timur, Dataran Petaling Jaya dari jam 12 tengahari hingga 2 pagi.
Jumpa korang kat sana, okay?

Apa-apa jom layan : Everyone Connect

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Hollywood: Tom Cruise, Katie Holmes, Will Smith Rai David Beckham
  • Sinopsis Estet Lakonan Farid Kamil dan Jayashree
  • Photo Jennifer Lopez & Marc Anthony Kick Off Tour In Atlantic City
  • Fahrin Ahmad, Intan Ladyana, Aliff Dalam Super Soccer Star Malaysia
  • Party Masquerade Media Hiburan
  • Gambar Linda Onn dan Fahrin Ahmad Mandi Laut
  • Reality TV Programme, MAGGI® Mencari Bintang Coming Soon @ TV3
  • Gambar Sekitar 8TV Viewing Party di Bagan Lalang
  • Gambar Red Carpet di Party 20 Eh! Yang Anggun Part 1
  • Gambar Birthday Suprise Party Hannah Tan
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Filem Songlap Lakonan Shaheizy Sam Tamat Pengambaran

    Posted: 16 Dec 2010 08:14 AM PST

    Semalam, jam 3 petang, Primeworks Studios (Grand Brilliance) bersama Red Films telah mengumumkan tamatnya penggambaran sebuah lagi filem terbaru mereka yang bertajuk 'SONGLAP' di Chawan, Bangsar.

    Filem Songlap

    Barisan utama bintang filem ini seperti Shaheizy Sam, Syafie Naswip, Sara Ali termasuklah Omar Abdullah, Rozie Rashid, Lisdawati, Eizlan Yusof, Normah Damanhuri, Berg Lee, Izzue Islam dan pengarah filem ini sendiri, Farina Azlina Isahak dan Effendee Mazlan hadir bagi menyerikan majlis tamat penggambaran tersebut.

    Kemeriahan majlis ini juga diperhebatkan lagi dengan iringan persembahan tarian oleh pemenang anugerah B-BOY dance group Famous Crew termasuklah tayangan eksklusif sedutan klip filem 'SONGLAP' selama lebih kurang 6 minit.

    Paparan klip filem tersebut bertujuan untuk memberikan sedikit gambaran kepada pihak media mengenai konsep dan penceritaan yang ingin disampaikan sekaligus dapat memperlihatkan keisitimewaan yang terkandung dalam filem ini.

    Filem Songlap

    SONGLAP, atau secara terperincinya bermaksud, 'mengambil sesuatu tanpa kebenaran', menyelami dunia sosial remaja yang mengandung luar nikah dan jenayah pemerdagangan manusia yang sering menjadi tajuk utama di media massa.

    Perkara itu dijadikan inspirasi oleh pengarahnya, Fariza Azlina Isahak dan Effendee Mazlan untuk mengangkat isu semasa itu ke layar perak melalui kisah kehidupan dua beradik yang melibatkan diri dalam kancah sindiket penjualan bayi demi meneruskan hidup mereka yang penuh liku di bandar metropolitan Kuala Lumpur.

    AM (Shaheizy Sam) dan AD (Syafie Naswip) yang terlibat dalam jenayah itu telah didalangi oleh seorang perempuan bergelar MAMA (Eliza Wong). Apabila adik kepada kawan Ad iaitu HAWA (Sara Ali) yang mengandung anak luar nikah turut terjebak dalam kancah penjualan bayi itu, ia telah menyebabkan dua beradik ini, Ad dan Am mula membawa haluan masing-masing.

    Movie Still Songlap

    Ad tekad untuk membawa dirinya dan Hawa keluar dari kancah dosa itu namun Am tetap ingin terus hidup dengan cara begitu. Niat murni Ad dibayangi oleh PAK DIN (Omar Abdullah), ayah Hawa yang sentiasa menjejaki kehilangan anak perempuannya itu.

    Sebuah filem usahasama antara Primeworks Studios (Grand Brilliance) dan Red Films dan merupakan juga projek filem kedua selepas Kami The Movie bersama pengarah dan penulis yang sama ini menjanjikan kelainan dalam pembawaan emosi dalam setiap watak yang merangkumi banyak aksi-aksi seperti perlumbaan kereta, pembunuhan, pergaduhan serta persembahan tarian B-Boy yang pasti setiap satunya memberikan impak yang hebat. Filem penuh aksi ini dijangka menjengah ke pawagam pada tahun 2011.

    Filem Songlap

    Majlis dihoskan oleh Ahmad Fedtri Yahya.

    syafie naswip

    Syafie Naswip, antara pelakon pelapis yang bakal bersinar di 2011

    Filem Songlap

    Persembahan oleh Famous Crew

    Filem Songlap

    Pengarah Farina Azlina Isahak

    Filem Songlap

    Pengarah Effendee Mazlan

    Filem Songlap

    Filem Songlap

    Bakat baru

    Filem Songlap

    Movie Still Songlap

    Movie Still Songlap

    Filem Songlap

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Watak Ganas Shaheizy Sam Dalam Evolusi KL Drift 2 Dipuji
  • Video Temuramah Bersama Pengarah Filem Syirik M. Subash
  • M. Subash Mengamuk Di Lokasi Pengambaran Filem Syirik
  • Video Sekitar Pengambaran Hari Pertama Filem Syirik: Part 1
  • Trailer Filem Syirik Lakonan dan Arahan M. Subash
  • Drama Ali Din Lakonan Fazren Rafi, Umie Nazira, Hans Isaac, Vanidah Imran
  • Gambar Eksklusif Fasha Sandha di Lokasi Pengambaran Drama KEHANGATAN LANTANA
  • Filem ke-2 Pierre Andre – 9 September
  • Trivia: Sandal Putih Siapa?
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.