Adsense

Isnin, 22 November 2010

Sensasi

Sensasi


Iklan Perfume Heat Beyonce di banned Televisyen UK kerana terlalu seksual

Posted: 22 Nov 2010 10:29 PM PST

Iklan TV commercial untuk perfume pertama keluaran Beyonce ,"Heat" telah di "Banned" daripada televisyen nasionaln UK kerana dikatakan terlalu seksi dan dilabel sebagai "sexually provocative" dan tidak sesuai untuk tontonan remaja dan kanak-kanak.

Dikatakan dalam iklan tersebut mempunyai scene dimana Beyonce berbogel di dalam tab mandi,namun orang yang bertanggungjawab dalam pembikinan iklan tersebut menafikan hal tersebut dan mengatakan yang iklan tersebut bukanlah iklan yang tidak senonoh seperti yang digembar gemburkan...Dia mengatakan bahawa iklan itu adalah semata mata untuk menonjolkan diri sebenar Beyonce iaitu seorang yang seksi dan menggoda.


Bila sensasi tengok iklan nie pun memang ler sgt2 seksi dan tak sesuai untuk tontonan kanak kanak,mampu mencemarkan otak suci kanak kanak..hee...

kalau tak percaya cuba ushar video iklan nie:


Gambar Purple Carpet SHOUT! AWARDS

Posted: 22 Nov 2010 10:20 PM PST

Shout! Award yang dianjurkan oleh 8TV telah berlangsung pada 20 November 2010 dengan meriahnya. Dengan kehadiran penonton yang ramai memenuhi arena Stadium Putra Bukit Jalil menunjukkan acara ini dinanti-nantikan ramai.

Sebanyak 16 Anugerah telah dipertandingkan pada kali ini dengan penyampai-penyampai yang cukup meriah sekali. Ramai artis yang bertanding dan rakan-rakan artis yang lain turut hadir memeriahkan Shout! Award 2010 ini. Antara yang bertanding pada malam semalam ialah Yuna, Zizan Raja Lawak, Afdlin Shauki, Liyana Jasmay, Hujan, dan banyak lagi.

Semestinya bagi acara berprestij ini ada disediakan karpet merah untuk artis atau para petanding . Akan tetapi pada Shout! Award kali ini mempunyai keunikan sedikit dengan menggantikan karpet merah kepada ungu! Sangat lain dari yang lain, seperti orang yang lalu di karpet tersebut. Artis-artis dan petanding yang ada pada acara Karpet Ungu petang semalam cukup meriah, menawan dan ada juga yang pelik. Mari kita lihat antara artis dan para petanding di Karpet Ungu!

Hos Shout! Award: Hafiz, Sarah dan Henry

Prem

Iz yang serba hijau!

Adakah Silver Surfer menjadi idola bagi Wakaka Crew?

'Polis' Hujan yang segak memakai uniform polis

Love Me Butch




Faizal Tahir

Cantik dan unik dari Yuna

Dj Goldfish, Altimet, Dj Iman dan Joe Flizzow



Pesawat yang bakal terbang





Aisyah Sinclair



Pop Shuvit



Juliana Evans, Liyana Jasmay dan Daphne Iking




Tiga pelawak yang boleh mencuit hati






Reshmonu yang sentiasa membuat kejutan!


Mizz Nina
Iyaz yang ditunggu ramai, begitu mesra dengan peminat-peminatnya

Filem "... dalam botol" mendapat komen positif daripada para blogger

Posted: 22 Nov 2010 09:47 PM PST


Prebiu awal filem ...Dalam Botol telah pun dilakukan di Studio Digital Mixstage di Finas, Hulu Kelang pada 10 November 2010 yang lalu.

Apa yang menarik, produsernya iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman telah mengadakan prebiu tersebut di hadapan lebih 50 orang blogger serta beberapa portal.

Beberapa rakan dari kalangan media cetak dan media elektronik yang berasa sentap. Sebab, tak dipanggil sama untuk prebiu awal ...Dalam Botol tersebut.

Sebenarnya, memang sengaja Raja Azmi buat macam tu. Sebab, nak bagi kelainan katanya. Tapi, itu tak bermakna Raja Azmi telah melupakan rakan-rakan daripada media cetak dan media elektronik.

Sebaliknya, prebiu untuk mereka akan diadakan dengan lebih vazz lagi pada satu tarikh khas yang akan dipilih nanti. Apapun, disebabkan ...Dalam Botol, telah meletus perang blogger di antara kalangan blogger tempatan popular serta dikenali di dunia alam maya.

a khabarnya berlaku disebabkan seorang blogger ni yang kononnya tak begitu menggemari filem ...Dalam Botol.

Dia pun tulislah pandangannya itu di dalam blognya dan mempertikaikan beberapa scene yang ditonjolkan dalam ...Dalam Botol. Tapi, pandangannya itu tak begitu dipersetujui oleh beberapa blogger yang lain. Sebabnya, mereka berpendapat pandangannya itu tidak begitu kukuh dan seperkara lagi dia juga sebenarnya tidak begitu memahami keseluruhan cerita ...Dalam Botol.

Dia tidak memahami mengapa Ruby mampu bertukar menjadi lelaki sepenuhnya. Sebenarnya, watak Ruby atau Rubidin yang ditonjolkan dalam ...Dalam Botol arahan Khir Rahman ini adalah seorang gay.

Tetapi, bila dia berasakan teman lelakinya, Ghaus lebih menyukai dia sebagai seorang wanita, dia sanggup mengorbankan cintanya dengan menukar jantina. Malangnya, Ghaus sebenarnya lebih menyukai dia sebagai Rubidin.

Akhirnya, dia hilang segala-galanya termasuklah cinta dan dari situ, Ruby mula kembali sebagai Rubidin. Hingga akhirnya, dia jatuh cinta dengan seorang gadis kampung bernama Dina.

Dengarnya ramai yang suka dengan ...Dalam Botol.







Video Celepets (Sazzy Falak,Atilia,Daphne iking,Yasmin Hani and Dynaz )menari lagu MJ

Posted: 22 Nov 2010 09:28 PM PST




Nama grup sekawan kawan baik yang slalu hang out bersama nie,Celepets diambil sebab mereka semua ada kucing,dan mereka selebrity,so gabungkan Celeb dengan Pets..

Kumpulan nie ada Sazzy Falak,Atilia,Daphne,Yasmin Hani,Dynaz...and lagi sorang sensasi mcm tak ingat sapa...

Banyak gambar dan event yang derang buat sama sama as a grup of bestfriends...termasuklah video menari lagu MJ nie...

Sejadah yang ada corak babi?

Posted: 22 Nov 2010 09:25 PM PST


"Niat anak saudara untuk mengerjakan solat terhenti sejurus mendapati corak pada sejadah itu seolah-olah muka dan kepala babi," kata seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Mas, 50-an.

Menurutnya, sejadah merah berkenaan dibelinya di sebuah kedai dekat sini yang dijual secara lelong kira-kira enam bulan lalu.

"Saya dan beberapa ahli keluarga membeli-belah di kawasan berkenaan sebelum ternampak jualan lelong di kedai menjual permaidani dan sejadah itu.

"Sejurus memasuki kedai berkenaan, saya teruja apabila mendapati ada sejadah yang dijual dengan harga amat murah iaitu hanya RM10 untuk tiga helai."Saya membelinya tanpa melihat lebih teliti setiap sejadah yang diambil," katanya.


Bagaimanapun, katanya, minggu lalu anak saudara perempuannya berusia 20-an bertandang ke rumah dan mahu menunaikan solat Asar.

"Saya menyerahkan sejadah itu kepadanya dan terkejut apabila dimaklumkan corak yang tertera menyerupai muka dan kepala babi," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (Nesca), Khairuddin Yunus, berkata pihaknya menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti.

"Malah, lebih buruk apabila terjadi kes begini yang menyentuh sensitiviti umat Islam," katanya.

Beliau berkata, isu sensitif seumpama itu sesuatu yang 'panas' dan ia perlu dielakkan sebaik mungkin demi kepentingan bersama.

"Ini kerana ia membabitkan kesucian dan maruah masyarakat Islam sama ada corak berkenaan sengaja dilakukan atau sebaliknya," katanya.

Sehubungan itu Khairuddin, menggesa pihak terbabit menjalankan pemantauan di setiap kedai bagi mengelak perkara sama berulang.

Video:Teknologi 3D membongkar rahsia disebalik lukisan dan Seni yang memeningkan kepala

Posted: 22 Nov 2010 01:03 AM PST



Bila kita melihat hasil seni dan lukisan yang kadang kadang tampak abstrak dan tiada hala tuju,kini dengan teknologi 3d yang baru,mampu membongkar rahsia sebenar kisah disebalik seni yang terhasil...Enjoy!

Video: Kisah McDonald Merosakkan hubungan Cinta

Posted: 22 Nov 2010 01:00 AM PST



Sedeyhnyer...hubungan cinta yang romantik akhirnya berkubur...hee

Video : Meletup ketika menjawab Panggilan di Stesyen minyak

Posted: 22 Nov 2010 12:44 AM PST



Ramai yang mengambil mudah isu handphone di stesyen minyak,dan kdg2 ada yang tak mematikan engine kenderaan semasa mengisi minyak...

bahayaa....

Sensasi pun kdg2 terlupa untuk off handphone semasa isi minyak,..,bayangkan kalau time tengah isi minyak tetiba handphone berdering,gelombang yang terhasil boleh menyebabkan bahan bakar petrol meletup.panas beb...

kita memang x nampak gelombang tue...tp bahan api memang bertindak balas..jadi beringatlah semua...heeeeeee....takuts

Video Sotong Kurita yang pandai menyamar menjadi 40 jenis binatang lain

Posted: 22 Nov 2010 12:35 AM PST



Wow,kebelakangan nie jenis sotong kurita banyak jadi famous kerana memiliki kelebihan..
dulu Paul the octopus mengangkat nama spesis Sotong Kurita yang mampu meramal dengan tepat...

Kali ini seekor sotong kurita dijumpai mempunyai bakat luar biasa dengan kemampuan untuk menyamar sebagai haiwan lain...

Menurut kajian,Sotong ini telah membuat mimik 15-17 jenis binatang lain...namun dalam Video nie menyatakan dah 40 jenis mimik dilakukan haiwan ini,,,

Gambar hangat Awal Ashaari tersentuh Lisa Surihani

Posted: 22 Nov 2010 12:09 AM PST



Ish ish,kat mana tangan Awal tue...kalau tengok betul2 macam awal menyentuh bumper lisa dan lisa tersenyum je...huhu

Mungkin nie cuma silap mata je

Gambar Pernikahan dan Persandingan Elyana dan Khairul di Dutches Place

Posted: 21 Nov 2010 11:59 PM PST

Selepas diijabkabulkan pada Jumaat lalu, pasangan pengantin baru, Erneelya Elyana Emrizal dan Khairul Anuar Hussin telah diraikan dalam dua majlis resepsi yang diadakan pada Sabtu, 20 November di Dutches Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pada sebelah siang, majlis resepsi diadakan khas buat sanak-saudara dan kenalan. Manakala, pada sebelah malamnya ia turut dihadiri oleh rakan-rakan media.

Pada majlis di sebelah malam itu, Elyana dan Khairul memukau pandangan tetamu apabila muncul dengan busana kuning 'champage' rekaan Zery Zamy. Busana berkonsepkan Vintej Inggeris itu menjadikan Elyana dan Khairul persis pasangan pengantin diraja.



Gaun moden berperincian perak yang dipakai Elyana menyerlah bentuk badannya yang kembali langsing. Begitu juga dengan Khairul, jejaka berusia 35 tahun ini tampak segak berbaju Melayu moden.

Majlis dimulakan dengan pasangan pengantin diarak masuk ke dewan dengan diiringi oleh ahli keluarga pihak pengantin. Sebelum bersanding di atas singgahsana, bacaan doa dan selawat diadakan terlebih dahulu bagi mendapat keberkatan Ilahi.



Selesai bacaan doa, pasangan pengantin terus dibawa naik ke pelamin dan ini diikuti dengan upacara menepung tawar. Upacara ini dimulakan oleh tetamu VVIP pada malam itu iaitu YAM Tengku Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan diikuti oleh kedua ibu bapa pengantin perempuan dan lelaki serta sanak-saudara terdekat.



Sebaik selesai upacara menepung tawar, upacara makan beradap pula dilakukan. Ketika ini pengacara majlis Hilmy Ashley (Bernama TV) menjemput tetamu yang hadir untuk sama-sama menjamu selera. Antara menu lazat yang disajikan ialah Gulai Kari Daging, Ayam Masak Merah, Ikan Masam Manis dan Udang Goreng Kuning. Sambil menjamu selera, tetamu dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi jemputan seperti Bob AF, Nabil Zamanhuri dan Farhan.

Dalam kelekaan tetamu menjamu selera, pasangan pengantin ini sekali lagi diarak masuk ke pelamin. Kali ini Elyana mengenakan pakaian bercirikan Inggeris klasik yang dinamakan 'The White Love', rekaan Hazwani Osman. Khairul pula memakai suit putih juga daripada pereka yang sama. Persalinan kedua ini digayakan untuk acara memotong kek.



Majlis resepsi ini berakhir kira-kira jam 11.00 malam. Antara rakan-rakan artis yang hadir memeriahkan suasana ialah Sherry Ibrahim, Zarina Zainuddin, Serina Chef Wan, Farah Asyikin dan Anita Baharom.


Dress warna ngolden champange nie sangat cantek