Adsense

Selasa, 9 November 2010

Sensasi

Sensasi


AC Mizal buat Laporan Polis,diugut sembelih berikutan didakwa menipu pelanggan

Posted: 09 Nov 2010 10:57 PM PST

Sensasi:kebelakangan ini,beberapa buah blog hiburan tempatan ada menyiarkan tentang pendedahan kononnya AC telah memalsukan testimoni..(iaitu dengan mengambil testimoni dari internet dan mengaku bahawa itu adalah testimoni AC health magnetic bracelet.

Bahkan dikatakan kos sebenar bagi satu gelang itu lebih kurang USD25,lebih kurang RM83 la,tetapi telah dijual semula oleh AC dengan harga RM1000,dimana RM500 adalah komisyen kepada ahli MLM AC heatlh magnetic bracelet.

RM1000?memang agak mahal la,dulu mak sensasi pun pernah beli tapi harganya dalam lingkungan RM250 jer mcm tue.

Disebabkan itu,ada gurauan yang berunsur ugutan yang menyebabkan AC membuat laporan polis..bahkan Ac mendakwa semua itu adalah satu fitnah..Sensasi rasa kalau betul la itu fitnah,adalah lebih baik AC menerangkan tentang hal tersebut dengan jelas..kerana perkara yang dikatakan fitnah itu dtg dengan bukti.mungkin AC boleh buktikan sebaliknya untuk menjernihkan keadaan

Mungkin utk menghentikan para bloggers daripada mendedahkan perkara tersebut.

Kes ini dalam siasatan pihak polis.



AMPANG: Pelakon dan pengacara, Datuk Mizal Zaini, 39, atau nama komersialnya AC Mizal (gambar) membuat laporan polis bagi membersihkan nama dan demi keselamatan selepas mendakwa menerima ugutan melampau serta pelbagai fitnah yang ditulis dalam beberapa blog, kelmarin.

Beliau yang juga seorang ahli perniagaan membuat laporan kira-kira jam 8 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini.

Menurut sumber polis, artis itu mendakwa menjadi mangsa pesaingnya yang turut menjalankan perniagaan sama dan beberapa blog mengaitkan namanya dengan pelbagai fitnah termasuk tuduhan dia menipu pelanggannya.

"Selain artis terbabit, turut menjadi mangsa ialah pekerja syarikatnya dan kejadian itu berlaku sejak lima bulan lalu. Sebelum ini mereka tidak ambil peduli kerana menganggap tuduhan dan cubaan itu sengaja dilakukan untuk memburuk dirinya dan syarikat.


"Bagaimanapun, ia semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini hingga memaksa artis terbabit membuat laporan polis kerana individu berkenaan turut mengugut untuk mencederakannya dalam blog itu," katanya.


Antara ugutan itu ialah 'elok sembelih je kot' dan 'AC Mizal ni dah tak sabar nak masuk 'jail' ke apa?' dipercayai ditulis individu yang juga pesaing dalam perniagaan dilakukannya.

Sumber itu berkata, dalam laporannya AC menyatakan antara tuduhan yang menjejaskan reputasinya dalam blog ialah mengenai harga kos serta jualan produk milik syarikatnya selain dakwaan dia cuba menipu pelanggan dengan testimoni palsu.

Katanya, selain itu, penulis blog itu didakwa turut cuba mengaitkan kehidupan peribadi artis berkenaan yang sengaja dibuat dengan tujuan mempengaruhi orang ramai supaya membencinya.

"Berikutan tuduhan dan fitnah itu, artis terbabit mendakwa perniagaannya mula terjejas selain beberapa kakitangannya mengalami nasib sama kerana orang ramai mula terpengaruh dengan semua yang ditulis dalam blog berkenaan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat AC.

"Setakat ini, kami masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini yang disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan," katanya.

Ekoran pendedahan Ijazah kedoktoran Dr Fazley palsu oleh BBC,Fazley letak jawatan sebagai pengarah FIC.

Posted: 09 Nov 2010 09:33 PM PST


Sensasi: Berita terbaru yang kini kecoh diperkatakan memang mengejutkan ramai pihak.
Terbaru wakil BBC Akademik Wales telah ke Kuala Lumpur untuk menemui Fazley untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan status Akademik Fazley iaitu Master dan Ijazah kedoktoran Bussiness yang dikatakan datang dari Europe Bussiness School (Cambridge) iaitu sebuah subsidiary kepada Irish International University yang telah dilaporkan Palsu (tidak diiktiraf) oleh BBC pada tahun 2008.

Hal ini telah menyebabkan Fazley menarik balik status Dr yang tidak layak digunakannya berikutan Ijazah itu diterima tidak diiktiraf.

University Of Wales yang berkolaborasi dengan FIC iaitu Fazley International College untuk program Bussiness Admission dan MBA courses telah menggantung kerjasama antara mereka sementara menunggu siasatan lanjut dijalankan..

Menurut Fazley semasa kerjasama dilakukan,pihak University of Wales tidak pernah meminta "credential" iaitu dokumentasi berkenaan kelayakkan beliau yang memegang status Dr.

Walaupun kerjasama FIC dan University Of Wales digantung sementara, Professor Nigel Palastanga,Naib chancellor di University Of Wales menegaskan isu pergantunggan ini hanyalah berkaitan dengan status akademik palsu Fazley yang dikatakan telah menjatuhkan reputasi baik University Of Wales kerana palsu,dan tidak dapat berkompromi dalam hal ini, namun tidak ada kaitan dengan standard akademi di FIC..

Dr Fazley yang ingin memulihkan kerjasama antara FIC dengan University Of Wales telah meletak jawatan sebagai pengarah di FIC.Lagipun kata Fazley lagi,Kolej tersebut adalah milik bapanya Yaakob,dan dia hanyalah berperanan sebagai pengarah.

Berikut adalah isi kandungan Surat perletakan jawatan beliau yang juga telah dihantar kepada pihak University of Wales dengan harapan kerjasama mereka diteruskan:



My role in Fazley International College is one of an investor.

"Though I hold a director's position, I have never been a part of the academic team nor have I sat at any of the academic meetings.

"As such, you can be assured that at no stage was the academic standards or the reputation of the university put at a compromise. To be honest I have only sat in at management meetings.

"Upon further reflection, I consider that to continue as a director could be damaging to the college, its student community and the dedicated staff who have worked hard to uphold the academic standards and integrity.

"It is quite clear that this continuing public controversy will undermine the reputation and the good relations between the college and the university, which I cannot, in any circumstances, allow.

'Public confidence'

"Therefore, I have decided to tender my resignation as the executive director of the college.

"It is my intention to keep fighting to clear my name and restore public confidence of my reputation.

"I sincerely apologise for having caused the university and its officials embarrassment.

"I do hope that the matter will be laid to rest and that the link between the university and FIC can be restored."




Walaubagaimanapun 35 pelajar Di FIC yang sedang dalam program kerjasaman dengan university Of Wales tidak akan terjejas berikutan kes ini,cuma pendaftaran baru tidak akan diterima lagi sementara penggantungan kerjasama ini belum ditamatkan.






sumber BBC :http://www.bbc.co.uk/news/uk-wales-south-east-wales-11720878
http://www.bbc.co.uk/news/uk-wales-11712992