Adsense

Selasa, 5 Oktober 2010

Himpunan Kisah Sensasi

Himpunan Kisah Sensasi


Beckham mahu cari pelacur yang fitnahnya

Posted: 04 Oct 2010 01:00 PM PDT

du 08.1 Beckham mahu cari pelacur yang fitnahnya

IRMA NICI


LOS ANGELES – Pemain kelab bola sepak LA Galaxy, David Beckham kini mengupah barisan peguamnya untuk mencari seorang pelacur, Irma Nici kelahiran Bosnia tetapi dibesarkan di Britain untuk memberi writ saman fitnah, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelacur itu kini sedang bersembunyi selepas dia membuat kenyataan di sebuah majalah AS bahawa Beckham melakukan hubungan seks dengannya bersama seorang lagi wanita secara serentak.

Seorang rakan pemain bola sepak itu berkata: "Beckham bersedia untuk mencari wanita itu yang dilihat membuat satu fantasi yang sempurna yang amat melukakan dirinya (Beckham) dan keluarganya."

Irma mendakwa bahawa Hotel Merdien Le Parker di New York merupakan tempat dia dan seorang lagi wanita melakukan hubungan seks dengan Beckham pada 2007.

Bagaimanapun, rakan Beckham itu berkata, bintang bola sepak boleh membuktikan dia tidak berada di hotel tersebut bersama pelacur tersebut.

Seorang pakar undang-undang media AS, Sandy Baron berkata, Beckham, 35, boleh mendapat ganti rugi fitnah yang boleh mencecah sehingga £5 juta (RM24.31 juta).

Sementara itu, isteri Beckham, Victoria, 36, memberitahu saudara-maranya bahawa dia berdiri di belakang suaminya berhubung fitnah tersebut. – Agensi

// kosmo //

Full Feed Generated by GetFullRSS.com and Used Car Search Engine.