Adsense

Sabtu, 10 Julai 2010

ISU HANGAT

ISU HANGAT


Ini bukan stainless steel

Posted: 09 Jul 2010 08:54 PM PDT

Ini bukan stainless steel ya bro n sis , ini adalah EMAS PUTIH!

Ini adalah Merc seorang jutawan minyak di Dubai yang ditempah khas.. Bapak kaya, aku harap diaorang ada hulur-hulur kat Gaza.

Mercedes Dubai

Mercedes Dubai

Mercedes Dubai

Kredit kepada blog AUTO WORLD SHOW

:
Mininiaga

jana wang adsense

**LETAKKAN IKLAN ANDA DI SINI**

Share/Bookmark

Sotong Paul pilih Sepanyol

Posted: 09 Jul 2010 06:27 AM PDT

BERLIN – Sotong Paul yang menghangatkan Piala Dunia 2010 dengan ramalan-ramalan keputusan perlawanan yang tepat telah meramalkan Sepanyol akan mengalahkan Belanda dalam final Piala Dunia Isnin ini.

Paul memilih Sepanyol tadi di stesen TV di Eropah. Sotong yang terkenal di dunia ini dilihat duduk di tangki yang ditandai dengan bendera Sepanyol hanya beberapa minit sebelum menyambar kerang dan memakannya, dan tidak ambil kisah tangki Belanda . Ini menunjukkan kemenangan Sepanyol dalam perlawanan final Piala Dunia.


Paul yang dikenali sebagai nujum Piala Dunia ini juga digelar sotong goreng tepung (perminat dari Malaysia la ni), sotong salai,sotong bakar oleh peminat fanatik pasukan yang kalah. Paul telah meramalkan dengan tepat 6 perlawanan sebelum ini.

Beliau juga meramalkan bahawa Jerman akan menang atas Uruguay dalam perlawanan hari Sabtu untuk tempat ketiga dan keempat.

Video ramalan perlawanan akhir Belanda VS Sepanyol oleh sotong Paul di bawah

Manakala seekor burung kakak tua di Singapura yang bernama Mani pula meramalkan Belanda akan memenangi final Piala Dunia ini pula dan memilih Jerman tempat ketiga.

Ini menunjukkan 2 ekor haiwan ini mempunyai ramalan yang berbeza. Kira macam Paul VS Mani la pulak. Ramalan-ramalan binatang-binatang ni dipercayai mempengaruhi kaki judi di dunia. Walau bagaimana pun orang Islam adalah haram mempercayai ramalan sotong Paul dan burung Mani kerana Islam mengharamkan mempercayai menujum dan bertilik nasib. So suka-suka juga tapi jangan sampai tergelincir iman kita. Sendrik mau ingat..!!

Share/Bookmark