Adsense

Isnin, 14 Jun 2010

Blog BOM321

Blog BOM321


Terima Kasih Datuk !

Posted: 14 Jun 2010 05:20 AM PDT

Karangan yang lawak dan lucu !
(Klik gambar untuk lebih jelas)

Terima Kasih Datuk !
Bagaimanalah reaksi cikgu yang menyemak karangan murid ni!

Kos Pembinaan Istana Negara RM800j

Posted: 14 Jun 2010 03:01 AM PDT


KUALA LUMPUR 14 Jun — Kos pembinaan Istana Negara yang baru kini bernilai lebih RM800 juta, termasuk kos menaik taraf jalan dan pembinaan persimpangan bertingkat, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata, perubahan kos itu, berbanding kos asal RM400 juta diumumkan sebelum ini, disebabkan kos asal tidak meliputi harga rundingan dan tidak menyeluruh.

Beliau berkata, pembinaan bangunan baru di Jalan Duta itu terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta).

"Istana Negara merupakan mercu tanda dan simbol kebanggaan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia yang mana kemudahannya mestilah melibatkan aspek keselamatan dan ciri-ciri estetika khusus.

"Sehubungan itu, kerajaan telah menimbangkan beberapa faktor dan menawarkan projek ini secara rundingan terus kepada tiga syarikat bagi ketiga-tiga komponen utama Istana Negara," katanya menjawab soalan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) di sini. - Bernama

Pembaziran? Boleh tanggung subsidi untuk rakyat ni.

Topi Ajaib !

Posted: 14 Jun 2010 01:30 AM PDT

Kenapa dipanggil topi ajaib? sebab dia boleh mengeluarkan bau yang agak aneh.
Topi Ajaib !
Untuk mengelakkan diri diganggu oleh orang tak dikenali, cuba pakai topi ini, mungkin dapat membantu.

Muka Babi Untuk Di Jual !

Posted: 13 Jun 2010 06:57 PM PDT

Ini adalah gambar di sebuah pasaraya di China, bukan daging babi sahaja dijual, tetapi dengan muka-muka babi sekali.
Muka Babi Untuk Di Jual
Muka Babi Untuk Di Jual
Kesian babi itu...

Saiful Apek Ditahan Polis !

Posted: 13 Jun 2010 05:16 PM PDT

Saiful Apek Ditahan Polis !
Biar Betul? itulah yang terjadi kepada saiful apek yang ditahan polis semalam bersama-sama 5 rakan di rumahnya, apek di tahan ekoran dakwaan memiliki ganja,
mereka dikenakan tahanan reman 4 hari.
Wardina pernah berkata "artis Malaysia tak boleh dijadikan contoh!"