Adsense

Sabtu, 12 Mei 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Remy Ishak Tidak Bimbang Kecederaan Di Dahi

Posted: 12 May 2012 09:07 AM PDT

Remy Ishak
PETALING JAYA: Aktor Remy Ishak berkata dia tidak berasa bimbang atau mengambil serius kecederaan di bahagian dahi yang dialaminya ketika penggambaran filem Bravo 5 pada malam Jumaat.
Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 30, berkata, ia bukan alasan untuk membatalkan komitmen kerja walaupun luka itu kelihatan dalam akibat tujahan senapang ketika babak kejar-mengejar yang dirakamkan di Tapah, Perak itu.
"Ramai yang kata luka pada dahi saya agak serius dan dalam tetapi saya tidak mahu ia menjadi alasan untuk tangguhkan penggambaran dan kerja lain.
"Saya tidak bimbang dan tiada apa yang serius. Selepas ia berlaku, kami berehat kira-kira 10 minit untuk menghentikan pendarahan dan hanya menampal dengan plaster sebelum menyambung penggambaran," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.
Bercerita mengenai kejadian itu, Remy berkata ia berlaku kerana kesilapan pengaturan masa(timing) ketika penggambaran babak yang membabitkannya dan Beto Kusyairy.
"Perkara sudah hendak jadi, saya tidak salahkan sesiapa pun. Kami pun tidak sangka ia berlaku kerana ketika sesi latihan, semuanya berjalan dengan lancar.
"Ia berlaku kerana kesilapan pengaturan masa di mana, muncung senapang Beto telah tercucuk ke arah dahi saya secara tidak sengaja," hurainya.
Kecederaan pada dahi Remy ketika menjalani penggambaran filem Bravo 5 di Tapah, Perak, malam Jumaat.
Bagaimanapun, kata Remy, demi filem itu dia sanggup menggagahkan diri dan meneruskan penggambaran sehingga selesai.
"Saya tidak mahu batalkan penggambaran kerana ia akan membabitkan banyak pihak. Kebetulan pula, babak itu adalah yang terakhir untuk penggambaran bagi hari itu (Jumaat).
"Hanya selepas semuanya selesai kira-kira pada pukul 2 pagi, baru saya mendapatkan rawatan di hospital askar di sana tetapi masih tidak dapat melakukan jahitan kerana ketiadaan pakar," katanya.
Ujar Remy, walaupun luka itu belum dijahit dia tetap menghadiri sebuah program konvoi bermotosikal pada pagi Sabtu dan hanya mendapatkan rawatan susulan pada sebelah petang.
"Saya terpaksa tangguhkan rawatan kerana temu janji dengan doktor hanya akan berlangsung pada sebelah petang (petang Sabtu).
"Malah, saya sempat menyertai program konvoi bersama Dira Abu Zahar & Red Garage pagi tadi. Saya akan ke hospital pakar di Kuala Lumpur pada petang ini untuk mendapatkan rawatan lengkap," ceritanya.
Bravo 5 yang diarahkan Yeop Hitler itu berkisar mengenai perjuangan askar Melayu dalam menentang kemaraan Komunis.
Filem epik peperangan itu dijangka menamatkan penggambaran dalam masa terdekat.

- ---

Super Spontan: Yasmin Hani Tersingkir Minggu Ketujuh

Posted: 12 May 2012 01:34 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pertandingan minggu Ketujuh Super Spontan menyaksikan penyingkiran pelakon jelita Yasmin Hani dari kumpulan Beruang Comel pada awal program yang berlangsung pada malam Jumaat.
Pelakon itu terkeluar selepas disingkirkan oleh ahli kumpulannya menerusi undian selepas mereka tumpas kepada Angsa Ganas pada minggu lalu.
Yasmin ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka akan terkeluar pada minggu ini namun menganggap ia bukan rezekinya.
Tambah Yasmin, dirinya turut berasa terkilan kerana tidak lagi dapat beraksi dipentasSuper Spontan kerana baginya ia telah meningkatkan keyakinan dirinya.
"Walaupun tersingkir, program ini telah memberi banyak pengalaman kepada saya terutamanya dalam membina keyakinan diri di atas pentas selain semangat kerjasama dalam kumpulan," katanya.
Dalam pada itu, persaingan minggu ketujuh Super Spontan berpihak kepada kumpulan Angsa Ganas apabila mereka memperoleh 55 peratus undian berbanding Beruang Comel dengan 45 peratus.
Kemenangan tersebut sekaligus memaksa Beruang Comel menyingkirkan salah seorang daripada ahli kumpulan mereka pada hujung program.
Aksi minggu ketujuh itu menyaksikan kedua-dua kumpulan mencabar kemampuan spontan mereka dalam lima pusingan permainan iaitu Freeze (Beku), Pantun Dua Kerat, Jualan Langsung, Dialog Dalam Tin dan Director Tak Siuman.
Super Spontan diacarakan oleh Adibah Noor dan turut dimeriahkan oleh Harun Salim Bachik sebagai pengulas dengan dibantu oleh Datuk AC Mizal sebagai tetamu undangan.
Amir (Raja Lawak ) pula bertindak sebagai pembantu mereka untuk berinteraksi dengan peserta dan penonton.
Wang kemenangan pasukan Angsa Ganas sebanyak RM5,000 itu disalurkan kepada Pusat Latihan Gurney untuk golongan cacat penglihatan.
Proses pemarkahan berdasarkan 100 peratus undian penonton tetapi pemilihan pemenang mingguan dan penyingkiran berdasarkan kepada suara ahli kumpulan.
Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 dan sebuah kereta Toyota Camry 2.0G.
Super Spontan menemui peminat secara langsung bermula 30 Mac lalu menerusi tiga saluran serentak iaitu Astro Warna (132), Ria (104) dan SingTel Mio TV di Singapura, setiap hari Jumaat pada pukul 10 malam.

- ---

Marsha Bimbang Berduet Dengan D.J Dave Versi Baru 'I Will Always Love You'

Posted: 12 May 2012 01:33 AM PDT

Marsha bimbang jika salah sebutan bahasa Hindi ketika menyampaikan lagu versi baru I Will Always Love You bersama D.J Dave pada konsertJourney Through Song - Ingin Bersua D.J Dave, Jun depan. - Foto oleh AZLINA ABDULLAH 
PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh (Marsha) mengakui dia berasa bimbang untuk berduet dengan Datuk D.J Dave dalam lagu mendiang Whitney Houston, I Will Always Love You yang dirakamkan dalam versi baru bahasa Inggeris dan Hindi.
Bintang berusia 27 tahun itu berkata, lagu itu bakal disampaikan dalam konsert terakhir penyanyi veteran itu, Journey Through Song - Ingin Bersua D.J Dave pada 1 hingga 3 Jun depan di Istana Budaya.
"Saya bimbang untuk menyampaikan versi baru lagu I Will Always Love You itu bersama Datuk kerana liriknya terbahagi kepada bahasa Inggeris dan Hindi.
"Walaupun saya semakin terbiasa dengan lenggok dan sebutan Hindi yang betul selepas beberapa kali menyampaikan lagu itu bersama, terdetik juga kebimbangan jika berlaku kesilapan sebutan pada konsert itu nanti," katanya .
Konsert berkenaan adalah bersempena ulang tahun ke-40 D.J Dave dalam bidang nyanyian.
D.J Dave pula berkata, pemilihan Marsha adalah bagi mewakili penyanyi era 2000 yang berbakat besar dan versatil.
Katanya, pengalaman mereka menyampaikan lagu itu bersama pada beberapa acara pentas sebelum ini memberikan keyakinan untuk dia menyunting Marsha sebagai teman duet.
Marsha dan D.J Dave pertama kali berduet pada tahun lalu.
"Saya pernah berduet dengan beberapa artis lain dalam lagu itu pada persembahan pentas sebelum ini. Pertama kali saya berduet dengan Marsha pula adalah pada acara Miss Earth 2011 di Sabah.
"Sejak itu, saya mula mempelawanya untuk merakamkan lagu itu pada awal tahun ini. Kebetulan pula, Whitney Houston meninggal dunia pada Februari lalu, secara tidak langsung ia menjadi lebih sentimental," hurainya.
Selain Marsha, konsert mega terakhir penyanyi lagu Ingin Bersua itu turut menampilkan Uji Rashid, Dayang Nurfaizah dan komposer S. Atan selaku pengarah muzik.
Tiket-tiket bagi menyaksikan persembahan ini dijual dengan harga RM53, RM83, RM183, RM253, RM303 dan RM453.
Ia boleh didapati dengan melayari lawan web www.ticket2u.biz atau hubungi 03-41478600 atau 018-3268001.
Para peminat yang membeli tiket-tiket berharga RM183, RM253, RM303 dan RM453 turut berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan tajaan AirAsia.
16 pembeli tiket bertuah akan diumumkan pada penghujung konsert bagi ketiga-ketiga malam itu.
Konsert itu mendapat sokongan penaja seperti Celcom, Sogo, Hotel Concorde, AirAsia dan Hard Rock Cafe.

- ---

Bacaan Ujian Kanabis Saiful Apek Melebihi Takat

Posted: 12 May 2012 01:32 AM PDT

Saiful Apek.
PETALING JAYA: Mahkamah Majistret di sini diberitahu bahawa bacaan ujian pengesanan kanabis terhadap air kencing pelakon komedi Mohd Saifulazam Mohamed Yusoff, atau lebih dikenali sebagai Saiful Apek dan tiga rakannya adalah melebihi takat pengesanan dadah.
Rozita Abdullah, 41, pegawai sains di Jabatan Patologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, berkata keputusan bacaan ujian itu diketahui selepas ujian pengesanan kanabis dibuat terhadap sampel air kencing empat tertuduh itu pada 22 Jun 2010.
"Begitu juga dengan ujian saringan dadah yang dilakukan kepada kesemua mereka, keputusan kesemua bacaan air kencing mereka melebihi takat itu," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ishrakh Saad semasa pemeriksaan utama.
Pada 1 November tahun lepas, Saiful Apek, 42, dan tiga rakannya iaitu Shah Zainatull Ehsan Al-Muazam Shah Yahya, 28; Shaiful Baharom, 24; dan Noremy Mohamad, 28, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memasukkan dadah jenis kanabis ke dalam badan mereka.
Ketika disoal Ahmad Ishrakh mengenai yang mana satu ujian konklusif dalam menentukan kehadiran dadah terhadap air kencing sama ada melalui ujian saringan atau ujian pengesahan, saksi keenam pendakwaan itu berkata ujian pengesahan adalah konklusif berbanding ujian saringan yang tidak konklusif.
Rozita berkata ujian saringan untuk mengesan kehadiran dadah dalam air kencing tidak konklusif kerana ujian saringan dibuat secara biasa serta tidak sensitif.
Sementara itu, saksi kelapan pendakwaan Pegawai Penyiasat, Bahagian Narkotik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor, Insp Syed Mohd Rahayat Syed Mohd Ramli, 30, memberitahu beliau menerima sampel air kencing empat tertuduh daripada Pegawai Risikan Cif Insp Mohd Shaifuddin Zulkifli, 31, yang bertugas di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik daripada IPD Subang Jaya.
"Selepas menerima botol air kencing kesemua mereka (tertuduh), saya terus menyemak label pada sampel itu yang tertera nama dan nombor kad pengenalan mereka dan kemudiannya saya simpan kesemua botol itu dalam peti sejuk di bilik saya dan menguncinya," katanya.
Beliau berkata kesemua botol air kencing itu berada dalam keadaan baik semasa berada dalam kawalannya dan kesemua botol berkenaan diserahkan kepada Jabatan Patologi, Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pada 18 Jun 2010 untuk tindakan lanjut.
Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, di IPD Subang Jaya, Jalan LP 2A/1, Taman Putra Permai, Seri Kembangan di sini pada pukul 11 malam, 12 Jun 2010.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000. Keempat-empat tertuduh diwakili peguam Zambri Idrus dan Mohd Fadli Hashim.
Perbicaraan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid bersambung 22 Mei ini.- BERNAMA

- ---

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Saiful Apek tuntut RM200 ribu dari David Teoh

Posted: 12 May 2012 09:44 AM PDT

2-3 minggu lepas, Saiful Apek memohon David Teoh untuk memohon maaf kepada keluarga Arwah Bob Kuman, kemudian Saiful Apek memaafkan David Teoh atas kemaafan tersebut, kini isu hangat terbaru timbul pula Saiful Apek tuntut RM 200 ribu dari David Teoh, Ikuti keluhan artis ini.

Pelawak terkenal, Saiful Apek, 43, melancarkan 'perang' terhadap produser, David Teo dengan mendakwa penerbit filem terkemuka terbabit gagal melunaskan pulangan pelaburan RM200,000 filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali kepadanya selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.

Katanya, selain isu berkenaan perkara lain dibangkitkan adalah kegagalan David menyiapkan album nyanyiannya sedangkan kontrak dimeterai setahun ditandatangani pada tahun yang sama.

Menurutnya, berikutan tidak berpuas hati dan tidak mempunyai saluran memperjuangkan haknya, dia tampil membuat kenyataan di laman sosial facebook dan twitter sehinggalah menyedari menerima kritikan hebat pengguna rangkaian sosial berkenaan.

Saiful berkata, Ahad ini jam 2 petang, dia dan lebih 50 selebriti yang mahu menuntut hak masing-masing terhadap David dengan mengadakan sidang media bersama bukti dan dokumen yang pernah ditandatangani bagi menerangkan keadaan sebenar.

Katanya, pada 2005, dia ditawarkan membintangi filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali dengan bayaran RM100,000 sebelum wang itu dilaburkan semula dalam kedua-dua filem berkenaan.

KEPUTUSAN MANIA | SEPARUH AKHIR - Tiga Tersingkir, Lima ke Final

Posted: 12 May 2012 08:46 AM PDT


Akhirnya keputusan yang ditunggu tunggu siapakah yang layak untuk ke pusingan FINAL Konsert Mania telah terjawab setelah persembahan telah dibuat daripada kelapan-lapan peserta. Shila Amzah, EBI dan Adira telah tersingkir untuk melayakkan diri ke Peringkat Final. Apa Apa pun G.A.M ucapkan jangan putus asa mungkin tiada rezeki dalam pertandingan sebesar ini.

Walaubagaimanapun, Konsert Mania minggu ini menerima kejutan yang paling besar ialah penyingkiran Shila Amzah yang dilihat sebagai feveret untuk layak ke FINAL telah terkubur.


5 NAMA BERJAYA KE FINAL MANIA

1. HAFIZ
2. STACY
3. ARIL
4. JACLYN VICTOR
5. HAZAMA

3 NAMA TERSINGKIR KE FINAL MANIA

1. EBI
2. ADIRA
3. SHILA AMZAH

Pastinya konsert final minggu depan akan menjanjikan persaingan hebat dengan kelima-lima finalist bakal berentap untuk merebut wang tunai RM500,000. Siapakah yang bakal bergelar juara Mania? Sama-sama kita nantikan.
Manakala Artis undangan yang telah dijemput untuk Konsert Mania Separah Akhir iaitu Randy Pangalila dan Yuna bagi memeriahkan lagi acara pembukaan dan penutupan konsert untuk minggu ini.


Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Astrid optimis diterima

Posted: 11 May 2012 05:20 PM PDT

Hip

Astrid

Astrid

SEMAKIN ramai penyanyi Indonesia yang berlumba untuk memasuki pasaran muzik di Malaysia. Melihat kejayaan rakan seangkatan lain mendapat sambutan hebat dan lagu nyanyian mereka diterima baik oleh peminat tempatan, penyanyi kelahiran Surabaya, Astrid Sartiasari pula mengharapkan penerimaan dan sambutan positif daripada peminat tempatan.

Walaupun hanya bermula sebagai penyanyi di kelab, tapi suaranya yang penuh dengan misteri memikat produksi Sony Music Indonesia untuk menyuntingnya menjadi artis rakaman dan album pertamanya dilancarkan pada 2003 dengan judul, Astrid dan album kedua, Lihat Aku Sekarang yang diterbitkan pada 2010.

Dengan mempunyai dua album termasuk satu album pek semula yang dikeluarkan pada tahun 2007 membuka keyakinan kepada penyanyi muda ini untuk melebarkan sayap dan memperkenalkan aliran muziknya kepada peminat di Malaysia pula. Nama Astrid dalam industri muzik tempatan mula mendapat perhatian menerusi single, Tentang Rasa yang dipetik daripada drama Vanilla Coklat, Astrid merasakan tuah mula menyebelahinya apabila single terbabit berjaya membuatkan peminat tempatan untuk lebih mengenalinya.

"Pertama kali saya mengunjungi Malaysia adalah untuk menjayakan Konsert Nusantara 1Malaysia bersama teman-teman penyanyi Indonesia lain. Walaupun baru pertama kali, tapi peminat di Malaysia dapat menerima kehadiran saya dan ada yang dapat menyanyikan lagu saya dengan baik dan ketika sampai di KLIA ada peminat yang menegur saya. Saya sendiri tidak menyangka yang peminat di Malaysia begitu cepat mengenali dan menerima kehadiran saya di sini.

"Drama Vanilla Coklat banyak membantu memperkenalkan saya kepada peminat di Malaysia kerana menerusi drama terbabit, mereka mula mencari dan cuba untuk mengenali Astrid dengan lebih dekat. Sekarang juga, lagu Tentang Rasa banyak di mainkan di radio dan itu adalah maklum balas yang baik daripada peminat di Malaysia," katanya dalam satu pertemuan di sebuah kafe di Wangsa Maju, baru-baru ini. Dalam kunjungan kali ini, Astrid juga menjadi tetamu undangan untuk program realiti Mentor 6 dan Mania.

Walaupun lagu Tentang Rasa di petik daripada album Lihat Aku Sekarang yang diterbitkan pada 2010 dan kini selepas dua tahun baru lagu terbabit memasuki pasaran Malaysia, tapi Astrid tetap optimis yang kekuatan melodi dan lirik lagu itu menyebabkan peminat dapat menerimanya.
"Lagu Tentang Rasa adalah lagu cinta yang berbentuk sedih yang mana dia meletakkan harapan untuk dicintai tapi sebaliknya. Saya sangat sukakan lagu ini kerana lirik dan melodinya sangat bagus. Di Indonesia, lagu ini dimuat turun lebih 10 juta unit. Secara peribadi, ia adalah satu yang sangat membanggakan.

"Sebenarnya untuk album kedua ini juga sangat berbeza berbanding album pertama begitu pula penampilan saya. Ini adalah satu proses pendewasaan yang mana bukan saja pada karya tapi juga kepada penampilan diri. Album ini adalah menunjukkan kematangan saya dalam industri dan lagu juga berentak balada yang mana saya rasakan lebih sesuai dengan umur sekarang. Dari segi penampilan juga, saya sekarang terarah fesyen yang lebih feminin," katanya. Sebelum ini Astrid sering muncul dengan gaya penampilan gothic dan misteri seiring dengan kebanyakan lagunya yang dijadikan runut bunyi untuk drama dan filem mistik.

Astrid pernah menyumbangkan suara dalam album runut bunyi filem Tusuk Jelangkung (2003) dengan lagu Ratu Cahaya dan kemudian dalam album runut bunyi filem Vina Bilang Cinta dengan lagu Di Dadaku Ada Kamu dan Cinta. Sementara itu, lagu yang dipetik daripada album sulungnya, Cinta Itu dijadikan lagu tema untuk filem Mirror.

Kata Astrid lagi, beliau berharap kunjungannya ke Malaysia untuk mempromosikan album ini tidak disalah anggap untuk mengancam penyanyi tempatan lain kerana baginya, muzik adalah universal dan melalui muzik dapat membentuk penyatuan.

"Sejak dulu lagi saya sering mengikuti perjalanan karier Datuk Sheila Majid dan Datuk Siti Nurhaliza. Jika diberi kesempatan tentunya saya teringin untuk bekerjasama dengan mereka ataupun penyanyi tempatan lain. Bagi saya, di Malaysia mempunyai ramai penyanyi yang mempunyai suara dan vokal yang bagus dan tentunya mereka juga dapat diterima di Indonesia.

"Untuk berada pada tahap sekarang saya mengambil masa yang agak panjang dan tidak semudah yang disangka. Ini kerana di Indonesia mempunyai begitu ramai penyanyi dengan pelbagai ragam genre. Dalam kerjaya juga saya mempunyai jatuh bangunnya dan pernah hampir untuk menyerah kalah kerana tidak pasti dengan kerjaya nyanyian ini.
Tapi saya tetap optimis dan tidak menyangka yang masih diterima baik oleh peminat di Indonesia dan Malaysia," katanya yang sudah berkahwin November tahun lalu dengan Arlan Djoewarsa yang juga seorang pemuzik.

Walaupun Astrid baru saja melancarkan album keduanya itu di Malaysia, tapi kini beliau dalam perancangan untuk menerbitkan album ketiganya yang turut memuatkan lagu duet bersama penyanyi Korea, Tim Hwang untuk lagu Saranghamida (I Love You).

"Saya senang untuk bekerjasama dengan Tim dan kami tidak mempunyai sebarang masalah kerana Tim boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Tim akan menyanyi dalam bahasa Korea manakala saya dalam bahasa Indonesia dan saya dapat merasakan lagu ini adalah karya yang bagus dan berharap dapat diterima peminat.

"Lagu ini akan dijadikan runut bunyi untuk sebuah drama bersiri di Indonesia, Saranghae yang mana Tim turut berlakon dalam drama terbabit. Tentunya saya senang untuk melihat Tim berlakon sama lagipun ramai artis Korea yang popular di Indonesia sekarang," katanya. Selain lagu Saranghamida, album terbabit turut dimuatkan single terbarunya Mendua yang dijangka akan dilancarkan di Indonesia hujung tahun ini.

Profil

Nama Penuh: Astrid Sartiasari
Asal: Surabaya, Indonesia
Tarikh Lahir: 27 Januari 1982
Adik Beradik: Anak bongsu dari tiga beradik
Kerjaya: Penyanyi
Album: Lihat Aku Sekarang (2010) Jadikan Aku Yang Ke 2 (2007) Astrid (2005)


Mesti Tonton: Disumpah bila cinta tak berbalas

Posted: 11 May 2012 05:18 PM PDT

Hip

Filem: Dark Shadows
Genre: Klasik, Seram, Komedi
Pengarah: Tim Burton Pelakon: Johnny Depp, Michelle Pfeiffer, Eva Green, Bella Heathcote dan Helena Bonham Carter Tayangan: Mulai 10 Mei 2012 SUDAH tergambar watak yang bakal dibawakan Johnny Depp saat dikhabarkan dirinya terbabit dalam filem terbaru arahan Tim Burton, Dark Shadows, yang diangkat daripada soap opera sekitar 1960-an. Jika dibilang dengan jari, sudah lapan produksi mereka 'bersatu', bermula dengan Edward Scissorhands pada 1990.

Filem lain yang menyaksikan Depp beraksi di bawah arahan Burton ialah Ed Wood, Sleepy Hollow, Charlie and the Chocolate Factory, Corpse Bride, Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street dan Alice in Wonderland.

Setiap watak dilakonkan Depp penuh dengan keunikan, sama ada muncul sebagai jelmaan, lanun atau manusia bersikap pelik. Terbaru, pelakon siri 21 Jump Street itu menunjangi perwatakan sebagai pewaris keluarga kaya bernama Collins di Collinsport, Barnabas, yang terkena sumpahan.

Cinta tidak berbalas mengakibatkan dia disumpah menjadi pontianak oleh Angelique Bouchard (Eva Green) dan dikurung di dalam keranda selama 200 tahun hingga suatu hari jasadnya dilepaskan.
Filem mendebarkan dan mencuit hati ini berlatarkan peristiwa pada 1752, yang bermula apabila sepasang suami isteri, Joshua dan Naomi Collins, dengan anak lelaki mereka, Barnabas, belayar dari Liverpool, England untuk memulakan kehidupan baru di Amerika.

Walau berpindah jauh dari kampung halaman, ia masih belum dapat melenyapkan sumpahan misteri, malah lebuh teruk apabila anak lelakinya yang sudah dewasa melukakan hati Eva.

Barnabas yang bangkit dari kuburnya pada 1972 kembali ke Collinwood Manor, ke kediaman lamanya, dan menemui saki baki keluarga Collins di rumah agam usang dengan setiap seorang punya kisah gelap.

Bersama semangat, Barnabas cuba menaikkan semula perniagaan keluarga, namun dia terpaksa berdepan Eva yang masih menagih cinta dan pada masa sama mahu menghapuskan setiap insan disayanginya seperti 200 tahun lalu.

Melihat semula karakter dimainkan Depp, dapat digambarkan dia sememangnya bukan calang-calang pelakon kerana penuh dengan penghayatan. Malah setiap bait dialog dalam filem ini, walaupun dalam nada serius, ia penuh kelucuan. Menariknya, setiap watak dan perwatakan ada acuan tersendiri dengan ketua keluarga, Elizabeth (Michelle Pfeiffer) yang tegas; anaknya, Carolyn (Chloe Grace Moretz) suka menyendiri; David (Gulliver McGrath) boleh bercakap dengan roh ibunya, dan beberapa karektor lain yang cukup menambahkan perisa cerita.

Jika plot filem lain barangkali kita sudah mampu boleh mengagak dengan tepat kesudahannya, Dark Shadows agak lari daripada kebiasaan kerana sekali pun pengakhiran yang menggembirakan, masih banyak kejutan wujud di sepanjang menuju detik penamatnya.

Bukan hanya anda akan jatuh cinta kali kedua, ketiga atau ke lapan dengan bintang kacak bernama Johnny Depp ini sebaik menyaksikan Dark Shadows, secara keseluruhan anda pasti tersenyum puas tatkala keluar panggung.


Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


Impak ditinggalkan Kerispatih

Posted:

Impak ditinggalkan Kerispatih

Impak ditinggalkan Kerispatih

"SAKIT (sedih) sangat. Saya rasa lebih sakit ditinggalkan teman-teman Kerispatih daripada dipenjarakan akibat dadah!". Itu luahan Sammy Simorangkir, bekas vokalis kumpulan Kerispatih dari negara seberang, Indonesia apabila kesemua anggota band popular itu sebulat suara membuat keputusan yang amat pahit buat dirinya.

Mereka mahu Sammy disingkirkan daripada kumpulan tersebut pada 8 September 2010 atas kesalahan dirinya yang memiliki dan menggunakan dadah jenis syabu.

Akui Sammy, enam bulan meringkuk dalam penjara, walaupun pada mulanya derita tetapi lama kelamaan dia boleh menyesuaikan diri.

"Semasa di penjara, sakitnya hanya seminggu. Dua minggu sudah terbiasa dan tiga minggu seterusnya sudah mempunyai teman. Tetapi, sehingga saat ini, saya masih lagi trauma dan sakit ditinggalkan teman-teman Kerispatih," ujarnya jujur ketika ditemui pada pelancaran album solo pertamanya, Aku Kembali di Seduction Club & Live Bar, Kuala Lumpu baru-baru ini.

Pada 8 Februari 2010 juga, Sammy ditahan atas kesalahan menggunakan dan memiliki dadah jenis syabu. Dia sepatutnya menjalani hukuman selama lima tahun enam bulan dan didenda sebanyak 1 juta rupiah (RM332,829).

Bagaimanapun, Sammy dibebaskan lebih awal iaitu pada 8 September tahun lalu.


VOKAL Sammy ternyata masih sukses dalam memukau audiens.


Pemilik nama penuh Hendra Samuel Simorangkir, 30, itu juga mengakui bukan mudah untuk dia melalui detik hitam tersebut. Lima bulan Sammy mengambil masa untuk kembali semula ke dunia seni tetapi keyakinan dirinya masih tidak begitu kuat. Malah, sehinggakan setiap kali mengadakan persembahan solo di atas pentas dia akan gemuruh.

"Lelaki harus punyai prinsip. Apapun terjadi saya harus kembali. Walaupun bukan bersama kumpulan tetapi saya bisa gerak sendiri. Ya, saya akui tak mudah untuk bergerak sendiri sehinggakan lutut saya menggeletar saat menyanyi di atas pentas. Mungkin saat ini saya masih ada trauma sedikit dan gemuruh di atas pentas, namun ia akan beransur-ansur hilang," jelasnya optimis.

Menurut Sammy, dia bangkit atas sokongan kedua orang tuanya selain peminat-peminat yang masih menyokongnya.

Bersih dadah

Ditebak dengan soalan sama ada dia sudah bersih sepenuhnya daripada dadah, Sammy yang pernah mendapat jolokan penyanyi solo lelaki terbaik oleh media Indonesia itu mengakui sudah bersih daripada dadah sepenuhnya dan berazam untuk tidak mengambil 'najis' itu semula.

"Pertama, saya harus memulihkan otak. Jika otak tidak kuat maka saya akan terjebak semula. Saya juga harus meninggalkan lingkungan (kawan-kawan dadah) yang buruk," ujarnya yang mengakui kini lebih matang dalam berfikir.

Tidak menyimpan dendam pada teman-teman Kerispatih, ujar Sammy, dia mendoakan yang terbaik buat perjuangan Kerispatih bersama vokalis baharu mereka dan berharap kerjaya solonya berkembang.

Menurutnya lagi, selama di dalam penjara, Sammy sempat mencipta sebanyak 32 buah lagu. Aku Kembali yang juga merupakan judul album solonya merupakan ciptaan Sammy ketika dia berada di penjara.

Bercerita tentang lagu-lagu yang dimuatkan dalam album solo pertamanya itu, kata Sammy, ia sangat berbeza dengan lagu-lagu ketika dia bersama ahli kumpulan Kerispatih dahulu.

PENGALAMAN dipenjarakan memberi banyak pengajaran buat Sammy.


"Album solo saya ini lebih ke arah lagu-lagu cinta. Ia menceritakan tentang saat saya jatuh sehingga saya bangkit semula. Itu sebab saya memilih Aku Kembali untuk judul album ini.

Kena saman

Berkongsi cerita, Sammy memberitahu dia pernah disaman oleh anggota kumpulan Kerispatih yang lain kerana mendendangkan lagu-lagu kumpulan itu ketika diminta oleh peminat.

"Saya tidak mempunyai masalah jika ada peminat ingin meminta menyanyikan lagu-lagu Kerispatih. Bagaimanapun pernah satu ketika di Indonesia, peminat meminta saya menyanyikan lagu Kerispatih. Selepas persembahan solo itu, saya terus menerima surat saman," ungkapnya.

Walaupun perit kehidupan yang perlu dilaluinya, namun Sammy gembira kerana dia masih diterima peminat dengan baik.

Bersempena pelancaran album solonya, satu persembahan khas turut diadakan pada 8 Mei lalu di Seduction Club & Live Bar.

Dalam persembahan tersebut, Sammy mendendangkan kira-kira 10 buah lagu kepada 300 orang pengunjung yang hadir.

Artis popular turun Sarawak

Posted:

Artis popular turun Sarawak

Artis popular turun Sarawak

Oleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA

AMY SEARCH


SEBUAH konsert percuma yang bakal menampilkan enam artis popular tanah air bakal berlangsung sempena pelancaran akhbar kompak Kosmo! di Kuching, Sarawak pada 13 Mei ini (Ahad).

Konsert yang dikenali sebagai Fiesta Bumi Kenyalang Kosmo! itu bakal berlangsung di The Square Tower, Tebingan Kuching, bermula dari pukul 8 hingga 11 malam itu akan menyaksikan Amy Search, Misha Omar, Nera AF9, Bob AF2, Akim AF7 dan Iwan Dasri muncul mendendangkan antara dua hingga tiga buah lagu-lagu popular masing-masing.

Penyanyi suara gemersik, Misha Omar bakal menyanyikan dua buah lagu popularnya iaitu Bunga-Bunga Cinta dan Pulangkan manakala sebuah lagi lagu yang akan didendangkan Misha merupakan lagu popular penyanyi lain.

"Lagi satu lagu itu saya masih belum buat keputusan untuk nyanyikan lagu siapa. Mungkin lagu tempatan dan mungkin juga lagu luar negara. Kalau nak tahu kenalah hadir untuk saksikan persembahan saya itu nanti," ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Selain teruja bertemu dengan peminatnya di Sarawak, ujar Misha, dia juga gembira kerana akhirnya akhbar Kosmo! dilancarkan di Sarawak.

Misha yang kali terakhir mengadakan persembahan di Sarawak pada 28 April lalu di Pekan Kuala Matu, melahirkan perasaan gembira kerana sekali lagi berpeluang membuat persembahan konsert untuk peminat-peminatnya di sana.


MISHA OMAR


Bagi penyanyi rock terkenal, Amy Search pula, dia mengakui teruja untuk mengadakan persembahan di Sarawak setelah setahun tidak muncul dalam sebarang konsert di sana.

"Kali terakhir saya mengadakan konsert di Sarawak adalah pada hari sambutan Tahun Baru 2011.

"Saya memang tidak sabar untuk kembali mengadakan konsert di Sarawak dan berjanji untuk memberi yang terbaik buat peminat di sana," ujarnya.

Tambah Amy, dia akan memilih lagu-lagu yang terbaik untuk dinyanyikan pada konsert itu dan pastinya memberi kepuasan kepada peminat di negeri tersebut.

"Saya mungkin menyanyikan tiga buah lagu tetapi judulnya masih belum ditentukan," jelasnya lagi.

Sementara itu, menurut bintang kelahiran Akademi Fantasia musim kedua iaitu Bob pula, dia teruja kerana terpilih sebagai salah seorang artis untuk membuat persembahan sempena perasmian Kosmo! di Sarawak.

"Saya gembira kerana menjadi salah seorang artis yang akan mengadakan persembahan sempena perasmian Kosmo! di negeri kelahiran saya sendiri," ungkapnya yang bakal menyampaikan sebuah lagu khas buat rakyat Sarawak.

Dalam pada itu Akim menegaskan dia tidak akan mensia-siakan peluang mengadakan persembahan di Sarawak kerana jarang mendapat peluang mengadakan persembahan di sana.

BOB AF2


"Sudah tentu saya akan memberi persembahan yang terbaik pada malam konsert itu nanti kerana inilah peluang baik untuk saya mengembangkan bakat di Sarawak," ujar Akim.

Sementara Nera AF9 akan menyanyikan lagu popularnya iaitu Hatiku Milikmu dan sebuah lagu daripada penyanyi popular Adele.

Fiesta Bumi Kenyalang Kosmo! akan turut dimeriahkan dengan kemunculan istimewa 15 finalis Miss World Harvest Festival 2012, persembahan kumpulan muzik Rainforest iaitu Kaban Ka'au' serta tarian tradisional kaum Iban, Melanau dan Orang Ulu.

Perjuangan mesti diteruskan - Zainal

Posted:

Perjuangan mesti diteruskan - Zainal

Perjuangan mesti diteruskan - Zainal

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

ZAINAL akur tetapi kesal konsert The Legendary Concert 2012 - Dulu, Kini dan Selamanya di Kuching terpaksa dibatalkan.


PADA tanggal 5 Mei lalu, konsert The Legendary Concert 2012 - Dulu, Kini dan Selamanya yang berlangsung di Kota Kinabalu, Sabah telah mendapat sambutan baik apabila dihadiri kira-kira 3,000 peminat.

Bagaimanapun, penganjur konsert tersebut iaitu Afro Inang Worldwide dan Research Venture Lab Sdn. Bhd. tiba-tiba mengumumkan konsert yang dijadualkan akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 23 Jun ini terpaksa dibatalkan.

Menurut penganjur konsert, penyanyi Zainal Abidin ketika dihubungi Kosmo!, pihaknya terpaksa membatalkan konsert berkenaan ekoran penjualan tiket yang tidak mendapat maklum balas positif daripada orang ramai.

Akur dengan situasi yang berlaku, Zainal turut meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir peminat yang dilihat masih lagi gemar menonton konsert secara percuma.

Kosmo!: Boleh Zainal komen mengenai pembatalan konsert tersebut?

ZAINAL: Kami sudah mengambil keputusan untuk membatalkan konsert yang sepatutnya berlangsung di dewan Majlis Bandaraya Kuching Utara pada 23 Jun ini. Keputusan itu dibuat setelah melihat sambutan yang tidak memuaskan terutama penjualan tiket dan tidak mahu menanggung risiko yang lebih tinggi.

Sehingga sekarang sudah berapa banyak tiket yang terjual untuk konsert di Kuching?

Satu pun masih belum dapat terjual dan tiada langsung mana-mana pihak yang bertanyakan tentang tiket. Sedangkan tiket untuk konsert tersebut sudah mula dijual sejak bulan Mac lalu.

Mengenai promosi yang dilakukan pula, segala-galanya berjalan dengan lancar dan kami sudah melakukannya menerusi promosi di media cetak, radio dan laman sosial seperti Facebook.

Apakah pandangan Zainal tentang situasi yang berlaku?

Sebenarnya objektif utama kami menganjurkan konsert ini adalah kerana mahu mengembalikan semula nostalgia dengan menganjurkan konsert berbayar. Selama ini orang ramai sudah terbiasa dengan konsert yang dianjurkan secara percuma.

Jadi, saya melihat kegagalan menganjurkan konsert di Kuching ini berpunca daripada sikap segelintir peminat yang masih belum dapat menerima sepenuhnya untuk menonton konsert berbayar.

Saya berpendapat perkara ini berlaku impak terlalu banyak konsert percuma menerusi pelbagai karnival yang dianjurkan. Apabila perkara ini berterusan, maka sambutan terhadap konsert berbayar sudah tentu semakin kurang dan inilah yang terjadi kepada kami.

Berapakah kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penganjur?

Kalau boleh saya tidak mahu memberitahu tentang jumlah kerugian yang terpaksa ditanggung. Bagaimanapun, perjuangan kami untuk menganjurkan konsert berbayar perlu diteruskan kerana ini merupakan salah satu punca pendapatan kepada golongan penyanyi.

Apakah perancangan pihak penganjur sekarang?

Buat masa ini kami mahu memberikan lebih tumpuan kepada penjualan tiket untuk konsert yang akan berlangsung di Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur. Setakat ini penjualan tiket di ketiga-tiga lokasi konsert tersebut begitu memuaskan.

Saya percaya, masih ramai lagi peminat yang akan hadir untuk menyaksikan konsert berbayar kerana mereka tahu kualiti dan kepuasan yang akan dirasai berbanding menyaksikan konsert percuma.

Adakah Zainal berpuas hati dengan konsert yang berlangsung di Kota Kinabalu?

Sudah tentu saya berpuas hati kerana persembahan yang ditampilkan kesemua penyanyi, pencahayaan dan sistem bunyi yang dihasilkan boleh dianggap sebagai sebuah konsert bertaraf antarabangsa.

Biarpun hanya 3,000 peminat yang hadir pada konsert di Kota Kinabalu, saya yakin konsert yang akan berlangsung di Pulau Pinang (19 Mei), Johor (23 Mei) dan Kuala Lumpur (30 Jun) akan mendapat sambutan yang lebih hangat.

Harian Metro: Rap

Harian Metro: Rap


Hanez baru mencari tapak

Posted: 11 May 2012 06:13 AM PDT

ANGKA '8', bilang orang Cina 'banyak ong!'. Lapan tahun, bagi pelakon cantik, Hanez Suraya Abdul Aziz, 27, adalah saat paling mengujakan dalam hidupnya apabila kehadiran di persada lakonan makin mendapat perhatian.

Lama menanti saat itu, namun tidak pula bersarang rasa kesal di hati Hanez meskipun terpaksa mendaki tangga populariti secara perlahan-lahan.

Bertemu Hanez secara empat mata baru-baru ini, tiada kurangnya dia berbanding jelitawan-jelitawan yang menghiasi skrin televisyen jika diukur daripada segi paras. Namun, mengapa terpaksa dia mengambil masa lama untuk menyerlah? Sedangkan ada juga pelakon wanita berwajah cantik namun lakonan suam-suam kuku, lebih popular.

"Untuk menjawab soalan itu saya tidak punya jawapan. Mungkin rezeki saya baru sekarang ada. Pun begitu, sepanjang lapan tahun meski tidak begitu dikenali, Alhamdulillah ada saja 'kerja' saya terima, cuma watak yang diberikan tidaklah besar.


"Terus-terang saya tidak kesal atau berasa kecewa. Bahkan sangat bersyukur, disebabkan tidak naik secara mendadak membuatkan saya sentiasa berazam untuk menjaga kualiti lakonan dan memberi persembahan yang terbaik supaya suatu hari orang pandang bakat saya.


"Erti mengalah atau berputus asa tidak pernah wujud dalam kamus kehidupan saya. Nyata usaha serta kesabaran selama ini suatu penantian yang berbaloi," katanya.
Diperkenalkan menerusi filem Bicara Hati arahan Datin Rosnani Jamil pada 2004, Hanez adalah pelakon seangkatan Nur Fazura dan Sheera Iskandar.

Berbanding dua nama itu yang sudah menempah kedudukan selesa, sebaliknya Hanez baru hendak mencari tapak. Apakah, pernah dia dihambat cemburu terhadap mereka?

"Saya tidak pernah cemburu malah menjadikan mereka inspirasi dan kalau hendak tahu, Fazura adalah salah seorang pelakon kegemaran saya," katanya.

Akui pelakon tinggi lampai bermata bundar ini, dia harus berterima kasih kepada pengarah dan produser yang memberi kepercayaan kepadanya membawa watak antagonis.

"Saya perasan orang mula mengenali saya bila saya melakonkan watak antagonis. Bertitik-tolak daripada drama Exora yang disiarkan pada 2009, sedikit demi sedikit orang mula mengenali saya. Mungkin watak antagonis mudah diingati, kerana ia lebih dominan.

"Namun, ada cabarannya apabila terlalu kerap membawakan watak jahat. Saya harus mempelbagaikan karakter jahat itu kerana jahat ada macam-macam. Jahat terang-terangan, jahat dalam diam, kejam dan macam-macam lagi.

"Kesemua itu perlu disuntik emosi yang betul," katanya mengagumi keberkesanan Jasmin Hamid dan Sheila Rusly melakonkan watak antagonis.

Bertahun di sogok watak sama, akhirnya Hanez mampu menarik nafas lega apabila kebelakangan ini dia mula diberi kepercayaan membawakan watak baik sebagaimana Adila, yang dipersembahkan menerusi drama 3 Janji yang bersiaran di slot Lestary, setiap Selasa jam 9.00 malam di TV3.

Drama diterajui oleh Liyana Jasmay dan Shahrizal Jaszle serta turut menampilkan Shah Iskandar, Ana Dahlia dan Idzham Ismail itu mengisahkan Dalia yang kehilangan teman lelakinya, Khursyi yang meninggal dunia.

Bagaikan kehilangan sesuatu dalam dirinya, Dalia pasrah tetapi cuba menguatkan diri untuk meneruskan hidupnya. Dalia reda dengan pemergian Khursyi dan sentiasa teringat kepada tiga janji yang pernah dilafazkan oleh Khursyi.

"Dalam 3 Janji saya pegang watak maksu kepada Dalia. Sebelum ini saya sering kali juga bawa watak mak-mak tetapi menjadi ibu kepada anak tiri yang jauh lebih tua daripada saya.

"Terbaru, saya membintangi drama Suri arahan Emy Sufian. Drama itu akan ditayangkan menerusi slot Azalea, TV3 tidak lama lagi. Saya sendiri memegang watak sebagai Suri dan permainan karakter itu sangat berbeza dengan drama-drama yang pernah dijayakan sebelum ini.

"Jujur, saya tidak pernah menyangka memperoleh peluang ini, memegang watak utama untuk drama terbitan TV3. Saya terharu kerana pihak stesen itu memberi kepercayaan kepada saya. Kisah Suri ini ada sedikit persamaan dengan Bawang Putih Bawang Merah.

"Suri mempunyai musuh sejak di bangku sekolah iaitu Kira (lakonan Izreen Azminda) dan konflik di antara mereka menjadi tambah rumit apabila ibu bapa mereka berkahwin. Apa yang menyeronokkan bekerja dengan Izreen, kami sudah lama mengenali satu sama lain.

"Malah, kami berdua sama-sama ingin memanfaatkan peluang diberikan TV3 dengan memberi persembahan lakonan yang baik. Justeru kami kerap berlatih untuk memastikan setiap babak yang kami lakonan meninggalkan impak kepada penonton," katanya pernah membintangi Bunga April yang diterajui Tasha Shila.

Semekar namanya tatkala kini, semakin kecil ruang 'privasi' Hanez apabila kisah percintaannya dengan penyanyi berbakat besar, Awi Rafael, mula heboh. Tersipu-sipu malu sebaik mendengar nama Awi, Hanez tidak mengiyakan atau menidakkan gosip berkenaan.

"Kami masih dalam peringkat mengenal hati budi masing-masing. Kami berkenalan sewaktu sama-sama mengikuti Jom Heboh di mana saya mempromosikan drama dan Awi pula adalah barisan artis yang membuat persembahan konsert.

"Terus-terang saya tidak pernah meminati Awie tetapi sangat sukakan lagunya, Bila Aku Jatuh Cinta. Hendak dijadikan cerita pada malam konsert kami bertemu di belakang pentas, ambil gambar dan dia bercerita yang dia sedang mencari model untuk klip video lagu terbarunya.

"Kami bertukar nombor telefon dan dua hari kemudian kami berjumpa untuk berbincang mengenai klip video kerana dia berminat untuk menggunakan saya sebagai model. Keesokan hari-hari selepas itu, perbualan tidak lagi berhubung soal kerja tapi seperti mahu mengajak saya 'dating'.

"Itulah kata orang tua-tua, kalau tidak suka seseorang itu jangan cakap sebarangan. Nah! 'ambik' sekarang saya pula yang dah suka dengan dia.... (hahahaha). Awi lelaki paling romantis yang pernah saya jumpa setakat ini," katanya bersambung ketawa.




Mahu tulis lagu sendiri

Posted: 11 May 2012 06:03 AM PDT

JIKA anda peminat program realiti paling berpengaruh di dunia, American Idol (AI), anda pasti mengenali gadis ini. Siapa lagi kalau bukan, Thia Megia.

Meskipun, tidak bergelar juara pertandingan itu, namun Thia, sewaktu pembabitannya menerusi musim ke-10 program AI yang berlangsung pada 2011, mencipta sejarah tersendiri apabila bergelar peserta paling muda sepanjang penganjuran program berkenaan.

Thia dilahirkan dengan nama Thialorei Lising Megia ketika menjalani uji bakat AI yang dilaksanakan penghujung 2010, baru berusia 15 tahun. Bagaimanapun, impiannya untuk benar-benar berada di pentas persembahan AI menjadi kenyataan awal 2011.

Paling kurang pengalaman berbanding peserta lain, sedikitpun tidak pernah menggentarkan Thia untuk berhadapan dengan pesaing yang jauh lebih berumur daripada.


Buktinya, setiap peringkat uji bakat berjaya diharungi malah juri American Idol, Jennifer Lofez, Randy Jackson dan Steven Tyler, tertarik untuk memiliki Thia dalam pertandingan itu kerana menyifatkan dia mempunyai bakat dan pakej menarik.


"Berada di pentas AI, pengalaman cukup berharga dan indah buat saya. Di situ yang membina keyakinan diri dan berpeluang bekerjasama dengan produser serta komposer hebat di mana ilmu itu tidak mungkin diperoleh semua orang.

"Sekalipun pada peringkat awal ia agak memberi tekanan untuk mempersiapkan diri menghadapi persembahan dan pada masa yang sama belajar di mana ada guru yang mengajar kami, lama-kelamaan ia membentuk disiplin dalam diri saya.

"Saya kini berazam untuk menjadi penghibur yang baik juga berilmu. Saya yakin, untuk mencapai kedua-duanya tiada apa yang mustahil.

"Dulu, sebelum uji bakat saya selalu fikir saya tidak layak walaupun saya tahu saya punya bakat. Namun, bila sudah berada di pentas AI baru saya sedar tiada apa yang memungkinkan kita kita punya bakat serta keazaman yang tinggi.

"Tewas di pentas AI yang lalu, bukan pengakhiran dalam hidup saya malah, akan terus memburu peluang menjadi penghibur terkenal," katanya di temui Alexis, The Garden Mid Valley, baru-baru ini.

Pernah muncul dalam America's Got Talent serta bergelar bintang YouTube, kunjungan gadis campuran Filipina sebelah ibunya, itu bagi memenuhi rangka promosi ke Asia. Selain Malaysia, negara lain turut dikunjunginya adalah Taiwan, Filipina, Jakarta dan Bali.

Setahun meninggalkan pentas AI, Thia yang dibawa ke Kuala Lumpur atas usaha Star World tidak pernah duduk diam malah, rancak mempromosikan karier nyanyiannya dengan mengikuti jelajah ke Asia.

"Saya mahu bertemu dengan semua peminat saya yang pernah menyokong saya sewaktu di American Idol. Tidak lama lagi saya juga bakal muncul dengan
single yang diharapkan dapat memacu karier nyanyian saya ke satu tahap yang lebih tinggi.

"Selain memasang impian untuk bekerjasama dengan 'singer-songwriter' terkenal antaranya Jason Mraz, Adele, saya turut mencipta lagu sendiri dan turut berharap dapat mengembangkan bakat dalam bidang penulisan lagu.

Semasa menjadi bintang Youtube, Thia pernah diundang membuat persembahan dengan penghibur terkenal, David Foster, menganggap peluang itu satu pengalaman berharga buatnya.

Beralih kepada program AI musim ke-11 yang sedang bersiaran ketika ini, tiga peserta sedang bersaing adalah kenalan lama Thia. Salah seorang daripada mereka adalah Jessica Sanchez.

"Sukar untuk membuat pilihan, tetapi alangkah baik sekiranya teman baik kamu yang menang. Iya saya berharap Jessica boleh melakukannya kerana saya tahu Jessica seorang penyanyi yang baik dan bersungguh-sungguh.

"Saya mengenali sejak beberapa tahun yang lalu dan kami sering terbabit dalam banyak acara nyanyian bersama," katanya.