Adsense

Rabu, 9 Mei 2012

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Amanah Bob Kuman : Saiful Apek Mula Bersuara

Posted: 08 May 2012 09:18 PM PDT

Sewaktu Melodi menemubual Saiful Apek untuk mendapatkan komen apa yang arwah Bob Kuman pesan kepadanya, Saiful Apek ada menyatakan "bob pesan sesuatu" ... rupa-rupanya Bob memberi amanah kepada rakan baiknya itu untuk bercerita mengenai seorang produser besar yang tak membayar job.



sumber : FB page Apek


- ---

Celebrity News

Celebrity News


Koleksi Kata-Kata Hikmat atau Hikmah | Himpunan Mutiara Kata

Posted: 09 May 2012 10:31 AM PDT

Sekadar Hiasan

Kata-kata hikmah ini merupakan koleksi kata-kata mutiara indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa.

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.



Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh.


Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

Lawati : Koleksi Cinta

Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)
Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan "Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona'ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia".

Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)

"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.


ZOOM : Apa Kata Anda ?

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Sinopsis Filem Jiwa Taiko

Posted: 09 May 2012 10:18 AM PDT

Filem Jiwa Taiko mengisahkan kesalahan Firman membawa dia ke penjara tetapi bagi Firman ia satu titik permulaan ke arah haluan hidup yang baru. Seperti gadis yang ingin dicintai, Trisya juga begitu tapi apabila cinta menemuinya barulah dia sedar erti cinta yang sebenar. 

Freez! Dia hanya memikirkan tentang kegembiraan dan berkongsi kegembiraan itu dengan kawan-kawannya. Dan Lara, jiwanya bebas dan dia mahu hidup berdikari. JIWA TAIKO menerokai makna persahabatan dan cinta yang sering disalah erti.

4 watak ini bertemu di WIRA CINTA; sebuah kelab dimana mereka dan kawan-kawan yang lain memperlajari ilmu persilatan. Dan di sana juga mereka menemui siapa diri mereka yang sebenar. Kelab itu dimiliki oleh Kak Pora yang merupakan seorang yang memahami jiwa remaja seperti mereka.

Kemunculan Pinto, sahabat baik firman masa lalu kini mencabarnya. Pulang ke tempat asal ke jalan yang gelap atau dia akan dimusuhi Pinto selamanya!

Jiwa Taiko adalah filem aksi drama arahan Osman Ali pengarah dari filem Ombak Rindu.


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Filem Mantera Lakonan Tomok Di Pawagam |Sinopsis Mantera | Video Mantera

Posted: 09 May 2012 10:09 AM PDT


KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail gementar untuk melihat penerimaan peminat terhadap lakonan pertamanya menerusi filem Mantera (MAN Transformable Exo-Robotic Armor) yang bakal ditayangkan pada 17 Mei ini.

Tomok berkata, dia gementar kerana bimbang akan mengecewakan para peminatnya menerusi lakonan pertama itu walaupun telah memberikan sumbangan yang terbaik.

"Ini adalah filem pertama lakonan saya yang bakal keluar dan sudah tentu saya rasa gementar untuk melihat reaksi penonton dan peminat terhadap lakonan saya.

"Bagaimanapun saya optimis mereka bakal menyukai filem ini secara keseluruhannya," ujarnya kepada mStar Online.

Tomok ditemui selepas menghadiri tayangan perdana filem arahan pengarah muda iaitu Mohd Aliyar Ali Kuthy di sini pada Selasa lalu.

Dalam pada itu, Tomok berkata, dirinya secara peribadi berpuas hati dengan lakonannya itu dan menganggap penantian selama ini akhirnya berbaloi.

Tomok bagaimanapun memberitahu, sebagai pelakon baru dia masih perlu mempelajari pelbagai perkara tentang selok-belok lakonan dan tidak boleh terlalu mudah berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan.

Info : Mstar

SINOPSIS MANTERA

Filem Mantera mengisahkan pergolakan antara dua kumpulan rahsia yang menguasai dunia dari sebalik takbir iaitu Alliance of Light dan Dark Legions. Kumpulan Dark Legions melalui syarikat Weston Tech membangunkan senjata rahsia yang dinamakan Mantera iaitu singkatan 'Man Transformable Exo-Robotic Armor yang juga sistem motosikal dan sarung tangan nano dan boleh berubah menjadi baju perisai robotik. Bagaimanapun, ketua pereka Mantera iaitu Dr Natasha yang menyedari niat jahat ketuanya cuba untuk sabotaj dan memusnahkan sistem Mantera. Dia menghilangkan diri dengan pelan skematik dan kertas kerja Mantera. Sisa dan cebisan Mantera secara tidak sengaja dihantar kepada pelajar IT di Malaysia bernama Azman.

Azman dengan bantuan rakannya, Kevin membina semula Mantera sehingga menjadi motosikal berkuasa besar. Tanpa mereka sedari, motosikal itu boleh bertukar menjadi baju amor robotik yang boleh memberikan kekuatan dan kepantasan 'superhuman' kepada pemakainya. Sementara itu, Weston Tech menjejaki Dr Natasha dan Azman bersama sistem Mantera yang kini menyertai Alliance of Light sehingga ke ibu pejabat rahsia Alliance of Light di Timur Tengah. Pertempuran sengit antara Azman yang menjadi Mantera dengan robot pembinasa Weston Tech yang dipanggil Vega akhirnya tercetus.

TRAILER MANTERA

Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Berita Artis : Aliff Aziz Belum Sedia Tukar Kerakyatan

Posted: 09 May 2012 09:53 AM PDT

PETALING JAYA: Penyanyi Aliff Aziz mengakui dia belum bersedia untuk menjadi penduduk tetap negara ini walaupun banyak menghabiskan masa di Kuala Lumpur bagi urusan kerjaya nyanyiannya.

Aliff yang merupakan warganegara Singapura itu berkata, dia baru sahaja menetap di Kuala Lumpur sejak Januari lalu dan ingin melihat kemampuannya untuk bertahan dalam industri hiburan tempatan.

"Rasanya masih awal lagi untuk saya membuat permohonan bagi menjadi penduduk tetap di Malaysia. Tambahan pula belum sampai setahun lagi saya menetap di Kuala Lumpur.

"Umur saya pula baru saja 21 tahun dan saya belum bersedia untuk menukar kerakyatan saya. Setakat ini saya hanya berulang alik dari Kuala Lumpur ke Singapura tiga bulan sekali," katanya selepas pelancaran album ketiganya berjudul Aliff Aziz.

Tambah Aliff, dia percaya muzik-muzik yang dibawakannya masih boleh menawan hati peminat-peminatnya di Malaysia.

Mengenai album terbarunya terbitan Sony Music, Aliff masih lagi kekal dengan lagu berkonsepkan pop seperti dua albumnya sebelum ini.
"Selepas dua tahun melaksanakan tanggungjawab menjalani latihan khidmat negara di Singapura, secara pantas saya hasilkan album ketiga ini dengan bantuan dua komposer yang sangat saya gemari iaitu Azlan Abu Hassan dan Panji Sakti 

"Menariknya, album pada kali ini menampakkan kematangan saya walaupun penyampaian muzik saya berbentuk keremajaan.
 

"Dan bayangkan saya mengambil masa selama tiga minggu sahaja untuk menyiapkan album ini. Walaupun sekejap sahaja rakamannya tapi Alhamdulillah, hasilnya bagus. ," ujarnya.

Album terbaru Aliff yang telah pun berada di pasaran sejak 20 Mac lalu ini memuatkan sebanyak 10 buah lagu antaranya Jangan Ganggu Pacar Ku, Cinta Ya Cinta, Hanya Lagu, Sudah Nasib Ku, Cinta Dusta, Setiap Detik, Nada Cinta dan Dilema Cinta (menampilkan Hao Ren) termasuklah dua lagu berbentuk 'minus one'.
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip Hanez Suraya Berkawan Dengan Awi Rafael

Posted: 09 May 2012 09:48 AM PDT

PETALING JAYA: Pelakon drama bersiri 3 Janji, Hanez Suraya mengakui selesa menjalinkan hubungan dengan penyanyi Awi Rafael yang digosipkan bercinta dengannya.

Hanez berkata, Awi adalah lelaki yang paling rapat dengannya buat masa ini namun menolak dakwaan mereka sedang bercinta.

"Tiada apa yang perlu saya sorokkan kerana hakikatnya memang kami berkawan baik dan bukannya bercinta buat masa ini. Namun tidak dinafikan Awi adalah lelaki yang paling rapat dengan saya," ujarnya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Tambah Hanez, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan mengenai soal cinta kerana terlalu sibuk dengan kariernya sebagai pelakon dan tidak mahu terburu-buru mengejar soal itu.

"Sekarang ni memang tiada masa nak cari teman lelaki kerana sibuk dengan kerja jadi saya tidak terlalu memikirkannya. Tambahan pula ia bukan keutamaan untuk diri saya," katanya.

Dalam pada itu, ditanya jika dia ditakdirkan bercinta dengan Awi, Hanez berkata, sukar baginya untuk menyatakan mengenai hal tersebut dan membiarkan masa menentukan hala tuju hubungan mereka.

Hanez memberitahu, walaupun berkawan baik tetapi mereka jarang dapat berjumpa kerana sibuk dengan aktiviti seni masing-masing dan hanya berbual memalui telefon jika berkelapangan.

"Kami masing-masing sibuk dan hanya berkesempatan untuk bercakap menerusi telefon sahaja. Tetapi dia adalah seorang kawan yang banyak memberi saya semangat dan menyokong dalam apa saja yang saya lakukan," ujarnya.



Bagaimanapun kata Hanez, sekiranya hubungan mereka menjadi serius, biarlah perkara itu didedahkan sendiri oleh Awi kerana tidak manis baginya sebagai wanita untuk bercakap mengenai perkara tersebut.

"Nanti orang kata saya syok sendiri pula, jadi jika perkara itu berlaku antara saya dan Awi biarlah dia yang membuka mulut dan bukannya saya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hanez berkata, dia bakal berangkat ke Perancis pada 20 Mei depan bagi menyelesaikan baki penggambaran drama bersiri berjudul Dalam Hati Ada Taman yang menggandingkan dirinya dengan pelakon popular Indonesia iaitu, Randid Pangalila.

Hanez berkata, dia senang dapat bekerjasama dengan pelakon sinetron itu kerana Randid sangat peramah dan banyak membantu ketika di set penggambaran.

Sumber : Mstar


ZoOM : Kalau kahwin terus pun tak apa Hanez....dua-dua bujang...


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Perkahwinan Nurul Wahab Dan Eric Daniel Jejaka Perancis

Posted: 09 May 2012 09:43 AM PDT


Penyanyi Nurul Wahab tidak melihat kelainan budaya antara beliau dengan bakal suami iaitu Eric Daniel Depp sebagai satu halangan untuk mereka mengecap bahagia.

Nurul berkata, dia menerima Eric seorang warganegara Perancis kerana ketulusan dan kriteria yang dimiliki lelaki berusia 47 tahun itu.

"Saya tidak meletakkan bangsa atau warna kulit dalam memilih seorang lelaki sebagai calon suami tetapi memandang kepada ketulusan dan ciri-ciri yang saya cari.

"Eric juga seorang yang faham mengenai budaya, agama Islam dan sentiasa hormat budaya kita di Malaysia. Soal itu langsung tidak pernah menjadi masalah kepada saya," ujarnya kepada mStar Online pada Rabu.

Nurul ditemui selepas melancarkan album mini terbarunya di sini.

Tambah Nurul, dia tidak perlu risau mengenai budaya atau tanggungjawab bakal suaminya itu kerana sifat-sifat yang diinginkan daripada seorang lelaki ada pada lelaki Eric.

Nurul memberitahu, pengalaman Eric selama 10 tahun tinggal di Asia telah banyak mengajarnya mengenai budaya dan cara kehidupan masyarakat di sini.

"Aspek budaya atau tanggungjawab tidak menjadi isu kerana apa yang penting saya perlu memainkan peranan dalam aspek kerohaniannya sebagai mualaf.

"Tanggungjawab saya sebenarnya yang lebih besar dalam memastikan bakal suami faham mengenai agama Islam dengan lebih baik," ujarnya.

Sumber : Mstar Online

ZoOM : Semoga hari bahagia itu akan tiba, dan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku dengan artis yang berkahwin dengan jejaka daripada negara lain. Apa-apa pun tidak semua isi jagung rosak (pepatah ZoOM je tau)


Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Berita Semasa: Astro Oasis Dedah Cara Perangi Sihir

Posted: 08 May 2012 07:59 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pakar perunding ilmu spiritual Datuk Engku Ansaruddin Agus (Pak Engku) menegaskan tidak gentar untuk berhujah mengenai senario ilmu sihir melalui program televisyen kerana merasakan ia wajar didedahkan kepada masyarakat.

Pak Engku, 60, berkata, walaupun ilmu sihir adalah sesuatu yang digeruni dan sensitif di kalangan masyarakat tetapi dia terpanggil untuk memberikan pendedahan berdasarkan pengalamannya sebagai pengamal perubatan alternatif selama 42 tahun.

"Saya akui sihir bukan perkara main-main dan memang mencabar. Jarang ada pihak yang berani untuk berhujah atau memerangi perkara ini secara terbuka apatah lagi menerusi program televisyen.
"Namun, saya tidak ragu-ragu atau gentar untuk menentang sihir kerana ia adalah satu kerugian jika saya tidak berkongsi ilmu dan pengalaman yang dimiliki ini untuk membantu masyarakat," katanya kepada mStar Online.

Pak Engku berkata demikian selepas mengacarakan rakaman program terbaru berjudul Perangi Sihir (PS) di Pusat Penyiaran Asia Astro, Bukit Jalil di sini, malam Isnin.

Program bual bicara mingguan ini disiarkan selama 30 minit menerusi saluran Astro Oasis (saluran 106) pada setiap Isnin bermula pukul 7.30 malam sebanyak 13 episod.

Pak Engku berkata, umat Islam tidak perlu berasa takut atau tunduk kepada gangguan serta godaan jin dan syaitan, sebaliknya menentang amalan sihir tanpa tolak ansur.

"Sihir boleh dilawan jika kita mempunyai kekuatan rohani dan metafizik serta amalan yang cukup. Sebagai hambanya, kita wajar berusaha dan berserah selebihnya kepada Allah.
Sumber 

ZoOM : Semoga ia akan menjadikan program ini sebagai iktibar jika ia membawa kebaikan, dan begitu juga sebaliknya
Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !!

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti

Gossip Artis Malaysia :: Sensasi Selebriti


Ogy Ahmad Daud Ganti Dira Jadi Pengacara Melodi

Posted: 09 May 2012 09:10 AM PDT

Dira telah diberhentikan dari menjadi Pengacara Melodi selepas kes dia memukul orang di sebuah kelab malam. Menurut Produksi Melodi Tv3 kemunculan Ogy semula di Melodi bukan menggantikan tempat Awal Ashaari yang baru berkahwin tetapi menggantikan Dira. Status terkini Ogy Ahmad Daud bertindak sebagai pengacara jemputan dengan Zizan Raja Lawak.

Surat Khabar tempatan, mStar Online telah mengeluarkan artikel bertajuk Dira Tidak Beri Impak Sebagai Pengacara Melodi dan menyatakan kehadiran Dira dalam Melodi kurang memberikan impak kepada penonton.

 "Pihak kami bukan ingin mengambil kesempatan terhadap kelemahan Dira. Cuma apa yang dilihat, dia kurang menyerlah di Melodi dan berdasarkan rating penonton, kewujudannya tidak menunjukkan perbezaannya." – Azman Abd Ghafar, penerbit Melodi 

Info terbaru yang kami terima, pihak Melodi telah memutuskan untuk menggunakan khidmat pengantin baru yang juga seorang pengacara TV, Awal Ashaari. Awal akan digandingkan bersama Zizan bermula 20 Mei dan jangan lupa saksikan mereka dalam rancangan Melodi, setiap hari Ahad pada jam 12.30 tengah hari di TV3.

Apakah pandangan anda? Anda suka Ogy pengacara Melodi 2012?

Video kanak-kanak didera dan dipukul | Zalim!

Posted: 09 May 2012 08:29 AM PDT

Sungguh kejam, kanak kanak yang hanya mampu menangis telah diperlakukan dengan kejam oleh si ibunya. Seorang ibu sepatutnya menyanyangi anaknya dan mengawal perasaan sehingga mengelakkan dari melakukan kekejaman tetapi lain pula cerita si ibunya ini kerana terlalu marah dia telah melalukan kekejaman terhadap kanak kanak dan  kanak kanak itu hanya mampu menangis meminta simpati.

Kanak-kanak ini telah dipukul dengan bantal, ditendang, dicubit tanpa ada langsung belas kasihan dan simpati. Berdasarkan perbualan dalam klip video ini, kemungkinan besar kejadian ini berlaku di negara kita kerana menggunakan bahasa negara kita.

Sekiranya anda kenal dengan si pelaku dalam video ini, laporkan segera kepada pihak polis agar dia dapat diadili di atas kesalahannya itu.

Mungkin dalam kes ini, polis boleh memulakan siasatan tanpa menunggu sebarang laporan rasmi. Ini soal nyawa seorang kanak-kanak kecil yang tidak tahu mengadu, selain hanya reti menangis.



G.A.M pasti, sekiranya anda mempunyai perasaan terhadap kanak kanak ini pastinya anda akan berasa marah dan ingin membantunya serta merta. Semoga Allah merahmati kanak-kanak ini.

Beego Ditangkap Khalwat

Posted: 09 May 2012 02:20 AM PDT

Selepas ahli politik isu skandal, kini Beego atau nama sebenarnya Md Aszerul Nizam Abdullah,32, bersama Fikry Zainon dan Mohd Arsli Meor Atan Ahmad membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.

Penyanyi dan pelakon Beego (gambar) bersama dua rakannya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan khalwat yang dikenakan terhadap mereka di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Sementara itu dua wanita yang merupakan kenalan mereka iaitu Azlina Yazit @ Aziz dan Hadijah Mohamad Mokhar mengaku bersalah dan dikenakan denda sebanyak RM3,000 atau enam bulan penjara jika gagal bayar denda.Kedua-dua mereka bagaimanapun membayar denda.

Mengikut fakta kes, kelima-lima tertuduh ditahan sekumpulan Pegawai Penguatkuasa Agama pada 23 Februari 2011 kira-kira pukul 6 pagi di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang dekat sini. Kesemua mereka masing-masing didakwa di bawah Seksyen 29 (1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat yang boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Kelima-lima tertuduh hadir selepas mahkamah mengeluarkan waran tangkap kerana gagal hadir sebutan kes berkenaan pada 10 April lalu. Beego yang merupakan seorang duda pernah berkahwin dengan Intan Shariza Mohd Shahru,31, tetapi berpisah pada 16 Mac 2009 selepas dua tahun menjadi suami isteri.

Terdahulu Shaiful Azli turut menasihati dua wanita berkenaan agar bertaubat atas perbuatan itu kerana Allah memberi mereka ujian untuk menyedari kesilapan yang dilakukan. "Saya ingin petik nasihat Saidina Umar, sekiranya kesalahan itu adalah perbuatan pertama, Allah akan menutup aib kamu tetapi jika ia dilakukan berulang kali, maka Allah sendiri akan membuka aib itu. Jadi, pilihlah untuk kehidupan lebih baik selepas ini," katanya.

Pendakwaan dilakukan Pendakwa Syarie, Hasrul Hafiszi Ahmad Kamal. Mahkamah bagaimanapun menetapkan 26 Jun 2012 untuk perbicaraan Beego bersama dua rakan lelakinya itu.

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Artis eksklusif

Posted: 08 May 2012 04:35 PM PDT

Hip

Maya Karin

Maya Karin

Strategi Maya Karin untuk kekal popular, diminati ramai

FILEM Ombak Rindu melonjakkan nama Maya Karin meskipun wajahnya dianggap jarang menghiasi filem tempatan. Bukan filem saja, dia juga memang sukar dilihat membintangi drama atau telefilem baru yang disiarkan oleh mana-mana stesen TV.

Kalaupun ada yang pernah melihatnya, itu adalah drama atau filem yang disiar ulangannya. Bukan terbitan terbaru. Ini menjadikan Maya dianggap meletakkan dirinya sebagai sangat eksklusif. Itu memang diakui dan ia juga adalah strategi Maya untuk dirinya dilihat sebagai artis eksklusif.

Formula yang digunakan itu membuahkan hasil sehingga merangkul kembali gelaran Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 yang pernah digenggamnya tiga tahun lalu.

Mengakui dirinya sememangnya eksklusif, dia menganggap itu adalah formula yang digunanya sejak 10 tahun lalu dan hanya memilih watak bersesuaian serta memenuhi cita rasanya saja.

"Saya memang macam ini, sudah eksklusif dan disebabkan formula itu, saya menjadi. Saya sangat seronok dengan peluang besar yang diberikan dalam industri kita walaupun industri ini kecil saja.
"Bagi saya, kalau menang jangan terlalu gembira dan kalau kalah jangan terlalu bersedih kerana kita akan menghadapi keadaan jatuh bangun dalam industri ini," katanya yang pernah diangkat sebagai Pelakon Filem Wanita Popular pada 2005 dan 2008.

Bukan dirinya yang diletakkan sebagai eksklusif sebaliknya Maya meletakkan bakat yang dimilikinya ke tahap itu supaya orang melihatnya berdasarkan bakat.

Tindakannya itu bukan saja memperlihatkan mutu lakonannya lebih baik, bahkan memberi peluang untuk menguasai pelbagai watak dengan penceritaan berbeza.

"Saya tidak perlu risau soal menang atau kalah kerana setiap tahun ada turun naik. Saya tahu peminat akan mengundi kerana itu membuktikan peminat nampak bakat yang saya miliki. Mereka memilih bukan kerana baju atau muka cantik tetapi bakat yang pelbagai. Saya memang cerewet dalam memilih watak dan jalan cerita kena kuat baru saya terima," katanya.

Jika dulu Maya amat dikenali dalam karya arahan Datuk Paduka Shuhaimi Baba, sejak kebelakangan ini dia lebih memberi laluan kepada pengarah, Osman Ali kerana merasakan karyanya lebih sesuai dengan dirinya.

Menganggap Osman sebagai pengarah hebat selepas kemunculan pertamanya dalam filem Anak Halal, dia akan meneliti setiap tawaran yang datang daripada pengarah filem Ombak Rindu itu.

"Bukan semua tawarannya saya terima, ada juga saya tolak sebab komitmen dengan filem lain. Saya tidak mahu menerima tawaran yang jalan ceritanya hampir sama atau mencuri idea daripada filem lain kerana saya mahukan skrip yang asli.

"Dalam pemilihan watak, saya lebih mengikut naluri bukan memilih pengarah.
Macam watak saya dalam filem Duyung, orang tidak menyangka saya terima tawaran ini tetapi menerimanya itu kerana naluri saya ia sebuah kisah menarik, walaupun jalan ceritanya kelakar," katanya yang baru selesai penggambaran filem Lagenda Budak Setan 3.

Mengimpikan watak lasak seperti puteri pahlawan, Maya mahu mempelbagai wataknya seperti di dalam filemnya sebelum ini, Cun, Pisau Cukur dan Duyung.

Jika diberi peluang beraksi semula di dalam filem yang pernah dibintanginya, Maya memilih untuk kembali mencorakkan watak Bella dalam filem Pisau Cukur kerana merasakan lakonannya belum cukup memuaskan.

"Saya jarang dapat watak kuat, jadi kalau boleh nak watak seperti pahlawan wanita dan mahukan perubahan dalam watak yang lasak. Secara peribadi, saya nak buat lebih baik lagi dalam filem itu," katanya.


Sammy tak mungkin kembali ke pangkuan Kerispatih

Posted: 08 May 2012 04:31 PM PDT

Hip

Sammy Simorangkir

Sammy Simorangkir

TRAUMA serta luka akibat ditinggalkan masih berbekas dalam hati. Bayangkan, teman seperjuangan yang suatu ketika dulu sanggup bersusah payah akhirnya meninggalkan dirinya sendirian ketika dia ditimpa musibah. Ternyata, benarlah ungkapan si bijak pandai, teman ketawa senang dicari tetapi teman menangis sukar ditemui.

Berbekal pengalaman pahit apabila disingkirkan ahli Kerispatih lain, saat diri berdepan ujian dahsyat iaitu dipenjara akibat penyalahgunaan dadah, bekas vokalis kumpulan itu, Sammy Simorangkir, mengakui pintu hatinya sudah tertutup untuk kembali ke pangkuan mereka. Tegas pemuda berusia 29 tahun ini, walaupun ada banyak pihak meminta mereka bersatu semula, namun perkara itu mustahil untuk terjadi.

"Banyak maklum balas saya terima dari laman Facebook dan Twitter, serta dari pihak media di Indonesia, yang mahu kami bergabung kembali. Tapi sebagai lelaki, saya ada prinsip. Mereka yang tinggalkan saya, jadi untuk apa saya perlu kembali kepada mereka? Begitupun, saya tidak pernah berdendam.
"Cuma tidak mungkin saya kembali kepada mereka. Kami hanya mendoakan kejayaan masing-masing dari jauh," ujar Sammy ketika ditemui pada sidang media pelancaran album solonya, Aku Kembali, di sebuah kelab hiburan di Kuala Lumpur, semalam.

Untuk rekod, Sammy dibebaskan pada September tahun lalu selepas enam bulan dalam tahanan.

Meskipun agak sukar untuknya meneruskan kerjaya seni secara berseorangan, namun kata Sammy, dia perlu membiasakan diri.
"Terus-terang, memang sukar untuk menerima hakikat saya kini bergerak solo.
Selalunya bila menyanyi, saya toleh ke sebelah, ada pemain gitar mengiringi persembahan saya. Tapi kini semuanya sudah tiada. Namun ia tidak mematahkan semangat saya untuk terus kembali menghiburkan peminat.

"Namun itulah juga yang dikatakan tuah. Setakat ini saya tidak menghadapi masalah untuk kembali aktif kerana semua pihak, sama ada wartawan mahupun peminat, masih terus menyokong seperti dulu," katanya dalam nada teruja.

Ditanya apakah dia kini sudah bersih sepenuhnya, Sammy mengangguk sambil memberitahu, dia tidak lagi terbabit dengan najis dadah sejak hampir setahun
lalu.

Sebagai bekas vokalis Kerispatih, pastinya Sammy tidak dapat mengelak jika ada antara peminat masih mahu mendengar dia menyanyikan kembali lagu kumpulan itu.
Mengulas perkara berkenaan, Sammy berkata, dia sentiasa bersikap profesional namun insiden yang berlaku di sebuah stesen TV membuatkan dirinya akur, dia tidak boleh lagi menyanyikan lagu bekas kumpulannya.

"Saya tidak mempunyai masalah menyanyikan lagu Kerispatih, cuma mereka sudah mengeluarkan arahan tidak membenarkan saya menyanyikan lagu mereka seperti yang pernah berlaku sebelum ini," katanya.


macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Sudah Ada Kekasih, Jehan Miskin Belum Sedia Kahwin

Posted: 08 May 2012 05:08 AM PDT

PUTRAJAYA: Pelakon Jehan Miskin mengakui masih belum bersedia untuk bergelar suami dan tidak menetapkan tempoh masa untuk mendirikan rumah tangga.

Jehan, 33, berkata, dia ingin memberi fokus kepada kariernya terlebih dahulu lebih-lebih lagi dia kini sibuk dengan urusan penerbitan program televisyen menerusi syarikat produksi miliknya, Mastermind Group.

"Walaupun sekarang ini musim artis-artis kahwin, cerita kahwin saya belum tiba lagi. Bagaimanapun saya akui sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang gadis dan hubungan kami sudah lebih daripada dua tahun.

"Jadi, bila dah sampai jodoh nanti, saya beritahulah. Walaupun usia saya semakin lanjut, tetapi biarlah buat masa ini kerjaya diutamakan dahulu," katanya.

Mengenai perkembangan teekini, Jehan baru sahaja selesai menjalani rakaman program MasterChef Celebrity (MC) di saluran Astro yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Dia sanggup meluangkan masa untuk beberapa hari dengan belajar pelbagai masakan sebelum menyertai program tersebut.

"Apabila ditawarkan menyertai MC, saya terus menerimanya walaupun tidak tahu memasak. Ketika itu, saya ingin mencabar diri adakah saya mampu melakukan perkara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

"Dan beberapa hari sebelum rakaman, saya belajar memasak daripada seorang teman.

"Bayangkan, daripada tidak tahu apa-apa tentang masakan, kini saya mampu memasak pelbagai jenis makanan. Bagaimanapun, ketika rakaman dibuat, ada juga masakan saya yang tidak menjadi," selorohnya.

Sementara itu, sebanyak empat buah filem lakonan Jehan bakal ditayangkan pada tahun ini iaitu Apokalips, Awan Dania The Movie, Sepah The Movie dan Prince Of The City.

Manakala pada pertengahan bulan ini, Jehan akan menjalani penggambaran filem Amukan Frankenstein Tempatan, arahan Mamat khalid

Dira Tidak Beri Impak Sebagai Pengacara Melodi

Posted: 08 May 2012 05:06 AM PDT

PETALING JAYA: Pengacara Melodi, Dira Abu Zahar kurang memberikan impak kepada penonton dan disifatkan tidak sesuai mengendalikan program hiburan tersebut.

Menurut penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar, walaupun Dira banyak menunjukkan kemajuan, tetapi dia tidak mempunyai keserasian bersama gandingannya, Zizan Razak.

"Sudah setahun dia bersama Melodi dan telah menunjukkan banyak kemajuan berbanding di awal kemunculannya.

"Bagaimanapun, apa yang pihak kami lihat, tempat Dira mungkin bukan di Melodi, tetapi dia mungkin sesuai mengacarakan program-program berbentuk pengembaraan," katanya yang ditemui selepas rakaman siaran langsung Melodi di Sri Pentas TV3, di sini, Ahad.

Tambah Azman, kenyataan yang diberikan itu bukan kerana ingin mengambil kesempatan terhadap Dira yang dikaitkan dengan dakwaan kes pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur sehingga mencetuskan kontroversi pada April lalu.

"Pihak kami bukan ingin mengambil kesempatan terhadap kelemahan Dira. Cuma apa yang dilihat, dia kurang menyerlah di Melodi dan berdasarkan rating penonton, kewujudannya tidak menunjukkan perbezaannya.

"Apa-apapun, pihak kami belum membuat sebarang keputusan sama ada ingin mengekalkannya bersama Melodi ataupun tidak. Biarlah kes dia selesai dahulu," ujarnya.

Sejak hampir sebulan ketiadaan Dira dalam Melodi, program tersebut kerap menggandingkan Zizan bersama bekas-bekas pengacaranya seperti Wahid dan Fauziah Ahmad Daud.

Malah, Awal Ashaari juga cuba digandingkan dengan Zizan sebelum ini sehinggalah pihak Melodi memutuskan untuk menggunakan khidmat Awal secara sepenuh masa bermula 20 Mei ini.

Gambit Keliru Mahu Jadi Pelakon Atau Tidak?

Posted: 08 May 2012 05:05 AM PDT

PUTRAJAYA: Pelakon Gambit Saifullah menjelaskan masih keliru dengan hala tuju kariernya sama ada mahu kekal sebagai seorang pelakon atau melakukan bidang profesional lain setelah kecewa dengan industri seni tempatan.

Gambit atau nama sebenarnya Mohd Saifullah Rosli, 27, berkata, walaupun dirinya jauh ketinggalan berbanding rakan-rakan seperjuangan, namun ia bukanlah satu isu besar untuk dia meneroka kerjaya seninya.

"Sudah setahun saya berehat daripada berlakon. Selain kecewa dengan cara kerja industri tempatan, saya masih tak tahu apa yang diinginkan untuk dijadikan sebagai karier tetap.

"Malah saya tak tahu sama ada nak teruskan berlakon atau mungkin sambung belajar dalam bidang psikologi di luar negara.

"Mungkin orang akan kata sudah terlambat untuk berfikir tentang masa depan, tetapi bagi saya, usia bukannya penghalang tetapi kita harus berfikir sebaik-baiknya untuk mengenali diri dan apakah perkara yang boleh membuatkan kita gembira dengan kerja itu," katanya yang ditemui pada majlis resepsi Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya di di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), di sini, malam Ahad lalu.

Tambah graduan Diploma Kejuruteraan Mekanik dan Automotif di Kolej WIT ini, kekeliruan yang melanda mengenai masa depannya itu tiada kaitan dengan kontroversi yang pernah dialaminya sebelum ini.

"Kontroversi yang berlaku tiada kaitan pun dengan impian saya dan saya bukan mengejar wang, sebaliknya kepuasan diri.

"Alhamdulillah setakat ini peminat-peminat faham dan masih menyokong dengan setiap perkara yang saya lakukan," ujarnya.

Memandangkan pelakon ini berehat seketika, dia sedang sibuk dengan penerbitan rancangan pelancongan bersama penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat.

"Buat masa ini, fokus saya lebih ke arah kerja di belakang tabir dengan menghasilkan beberapa program dokumentari dan pengembaraan.

"Cuma, dengan apa yang dibuat sekarang, tidak bermakna saya berhenti terus daripada dunia lakonan," tegasnya.

Gambit pernah membintangi filem Misteri Jalan Lama, Cinta, Susuk, Rasukan Ablasa, Hantu Bukit Cina dan Karipap Karipap Cinta.

Lelaki Muda Bukan Pilihan Cinta Stacy

Posted: 08 May 2012 05:04 AM PDT



PETALING JAYA: Penyanyi remaja Stacy meminta agar para peminat tidak menyalahertikan keintimannya dengan anggota kumpuan VIP iaitu Fadlan Hazim Anuwar (Fadlan) dengan menganggap mereka sebagai pasangan kekasih.

Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam, 22, berkata pada hakikatnya mereka hanya akrab sebagai sahabat kerana sudah saling mengenali sejak beberapa tahun lalu.

"Memang saya rapat dengan Fadlan. Secara kebetulan tiga anggota lain kumpulan tersebut iaitu Adam, Marlon dan Yandy berasal dari Sabah, maka sebab itu kami menjadi rapat dan serasi.

"Boleh tanya kepada anggota VIP yang lain kami rapat macam adik-beradik tetapi tidak sampai ke tahap bercinta seperti yang digembar-gemburkan," katanya kepada mStar Online, baru-baru ini.

Stacy menambah, dakwaan yang mengatakan dia bercinta dengan jejaka berusia 20 tahun itu adalah tidak logik kerana secara peribadinya dia lebih selesa menjalin hubungan dengan lelaki lebih matang.

"Dia terlalu muda untuk saya seperti pangkat adik. Kalau pun saya hendak bercinta, biarlah lelaki itu lebih tua. Paling tidak pun biarlah lebih tua setahun dua daripada saya.

"Terus-terang, saya kurang berminat dengan lelaki yang lebih muda," jelasnya sambil menolak tuduhan kononnya Fadlan dikatakan punca hubungannya dengan Akim berakhir.
Fadlan (VIP)

Dalam perkembangan lain, Stacy berkata penglibatan dalam program Mania (Astro Ria) sejak lebih sebulan lalu membantu perkembangan kerjayanya apabila dia berpeluang untuk merakamkan lagu dengan komposer terkenal Indonesia, Ahmad Dhani.

Katanya, lagu duet bersama penyanyi baru Indonesia, Alexa Key berjudul Kimia Di Antara Kita itu sudah dirakamkan di Jakarta, Indonesia pada hujung Mac lalu.

"Lagu itu berentak pertengahan, tidak terlalu rancak atau perlahan. Ia sebuah komposisi yang segar dan berbeza daripada lagu-lagu yang pernah saya rakam sebelum ini.

"Saya difahamkan lagu itu akan dimuatkan dalam projek album khas Ahmad Dhani iaitu Antara Kuala Lumpur dan Jakarta dan akan dipasarkan pada tahun depan," kongsinya.

Azza Tidak Terbeban Hantar Suami Pergi Kerja

Posted: 08 May 2012 05:03 AM PDT






PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Nor Azzarima Zawari atau Azza (Elite) menganggap bukan satu beban apabila terpaksa menghantar suaminya Azlan Zulaily,25, yang bekerja sebagai Pramugara AirAsia ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) setiap hari.

Azza berkata, dia tidak berasa susah walaupun perlu berada pada pukul 4 pagi di LCTT kerana dia juga perlu keluar rumah awal untuk ke lokasi penggambaran.

"Bagus juga kena hantar di ke LCCT kerana selepas itu saya boleh terus ke lokasi penggambaran sekiranya jadual memerlukan saya tiba awal di lokasi awal.

"Ia tidak menjadi masalah buat saya malah gembira dapat menghantar suami ke tempat kerja," katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Azza berkata, walaupun dia sering ditinggalkan kerana bidang tugas suaminya menuntut pengorbanan itu, Azza berkata, Azlan akan tetap pulang ke rumah apabila habis waktu kerja walaupun kadangkala perlu bertugas untuk penerbangan luar negara.

"Alhamdulillahlah kebanyakan tugasan Azlan adalah untuk penerbangan domestik, jadi dia akan balik ke rumah walaupun sudah lewat," ujarnya.

Tambah Azza, sebagai suami isteri mereka perlu mempunyai sikap tolak ansur untuk memastikan rumah tangga yang baru dibina itu bertahan sehingga ke akhir hayat.

Sementara itu, Azlan berkata, perkahwinan yang dilaluinya menjadikan dia lebih bertanggungjawab selain berasa bertuah kerana memiliki Azza yang sangat memahami dan banyak bertoleransi terutamanya dalam soal remeh temeh.

"Azza sebenarnya seorang yang kelakar dan suka berterus terang. Itu adalah antara sifatnya yang saya kagumi dan tertarik dengannya," kata Azlan.

Azza, 34 dan Azlan, 25 diijabkabulkan pada 1 April lalu di Bukit Antarabangsa dekat sini.

Dia sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce pada 14 Februari 2001 di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur dan berpisah pada tahun 2005.

Hasil perkahwinan pertama itu mereka tidak mendapat cahaya mata sebaliknya Azza memilih untuk memelihara seorang anak angkat iaitu Marissa Janna yang kini berusia tujuh tahun.

Kerana Percaya, Awal Tidak Sekat Kerjaya Scha

Posted: 08 May 2012 05:02 AM PDT



PUTRAJAYA: Pelakon dan pengacara, Awal Ashaari memberitahu tidak akan menyekat kerjaya seni isterinya iaitu Scha Al-Yahya selepas kedua-dua mereka bergelar suami isteri.

Awal berkata, dia meletakkan kepercayaan penuh terhadap isterinya itu dan yakin Scha tahu batasannya sebagai isteri orang.

"Tiada sebab mengapa saya perlu menghalang kerjaya seni isteri saya kerana sebelum berkahwin pun memang itu kerjayanya.

"Saya menaruh keyakinan penuh Scha akan menjaga diri dan lebih peka terhadap tawaran yang diterimanya selepas ini," ujarnya kepada mStar Online.

Pasangan itu selamat bernikah dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Pullman, Putrajaya dekat sini pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Scha berkata, dia akan mengikut jadual suaminya sebelum menerima sebarang tawaran berlakon selepas ini untuk memastikan dia sentiasa berada di sisi suaminya jika Awal tidak mempunyai sebarang komitmen.

"Kalau tak ikut jadual Awal takut nanti jadual kami akan bercanggah yang akhirnya menyebabkan kami tidak dapat meluangkan masa bersama," katanya.

Sementara itu, Scha berkata dia dan Awal sudah bersedia untuk menimang cahaya mata namun menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Ilahi.

Scha berkata, dia tidak meletakkan sebarang bilangan anak yang diinginkan namun suka untuk mempunyai sebuah keluarga yang besar.

"Awal dan saya datang daripada keluarga yang besar dan tidak kisah jika diberikan anak yang ramai," katanya.

Dalam perkembangan lain, Awal memberitahu mereka akan berangkat ke New York selama 10 hari selepas majlis resepsi yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.

Awal berkata sejurus kembali ke tanah air mereka berdua akan kembali bekerja seperti biasa.