Adsense

Rabu, 9 Januari 2013

Gosip Artis Malaysia

Gosip Artis Malaysia


Sharnaaz Kongkong Shila Amzah

Posted: 09 Jan 2013 04:36 PM PST

Sharnaaz Ahmad
PETALING JAYA: Pelakon Sharnaaz Ahmad secara terbuka mengakui dakwaan kononnya dia mengongkong pergerakan teman wanitanya iaitu penyanyi Shila Amzah.
Sharnaaz, 27, berkata, dia berbuat demikian kerana melihat kepada hubungan itu sebagai sesuatu yang serius selain meletakkan wanita tersebut sebagai bakal isterinya.
"Memang saya mengongkong dia kerana dia adalah bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan.
"Jika dia hanya teman wanita biasa saya, mungkin saya tidak perlu peduli dengan apa yang dia lakukan tetapi dia adalah bakal isteri saya," jelasnya tegas.
Sharnaaz ditemui ketika tayangan perdana filem Juvana di e-Curve, Damansara di sini pada Rabu.
Dalam filem arahan Faisal Ishak itu, Sharnaaz memegang watak sebagai Lan Todak di samping pelakon lain seperti Johan As'ari, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly dan Syafie Naswip.
Ia bakal ditayangkan bermula 24 Januari depan.
Dalam pada itu, Sharnaaz berazam untuk tidak lagi mahu bercakap mengenai cinta sebaliknya ingin menumpukan terhadap soal perkahwinan dengan kekasihnya itu.
Shila Amzah
Sementara itu, dia mengakui namanya pada tahun 2012 sedikit tercalar dengan cerita-cerita kurang enak mengenai dirinya dan berazam untuk memastikan kerjayanya lebih menyerlah pada 2013.
Bercakap mengenai Juvana, Sharnaaz berkata dia bertuah dapat membintangi filem berkenaan kerana ia memberikan kelainan kepada watak yang dipegangnya.
Katanya walaupun agak sukar untuk membawa watak jahat yang diberikan namun atas bimbingan pengarah dia berjaya melakukannya dengan baik.
Dalam perkembangan lain, Sharnaaz akan kembali ke set penggambaran filem arahan Kabir Bhatia yang masih belum mempunyai tajuk selain beberapa projek drama.
Ia adalah kerjasama ketiganya bersama pengarah itu.
"Saya sentiasa senang dapat bekerja dengan Kabir kerana beliau adalah seorang pengarah berbakat dan tahu apa yang dimahukan.
"Tahun ini saya menyasarkan untuk buat enam atau tujuh filem dan berharap ia akan tercapai," katanya.
- ---

Rapper Jambang (RJ) Bakal Rakam Lagu

Posted: 09 Jan 2013 04:34 PM PST

Aksi RJ dalam AJL27 Ahad lalu.
PETALING JAYA: Penyanyi rap, Rapper Jambang atau RJ menyifatkan tempias populariti yang di kecapinya bersama Black menerusi lagu Teman Pengganti sebagai kelebihan yang tidak dijangka.
RJ atau nama sebenarnya, Mohd Helmy Hamdan, 29, berkata, kemenangan mereka di pentas Anugerah Juara Lagu ke-27 pada malam Ahad lalu bagi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu berkenaan telah membuka ruang untuk dia mengembangkan bakat.
"Syukur dengan kemenangan itu dan ia juga telah membuka ruang kepada saya untuk mengembangkan bakat dalam bidang muzik walaupun tidak pernah menyangka mempunyai bakat sebagai penyanyi rap.
"Perancangan untuk menghasilkan single sendiri sudah ada dan kini sedang dalam proses perbincangan untuk memilih lagu sesuai," jelasnya ketika dihubungi pada Rabu.
Bagaimanapun kata RJ, dia tidak mahu terburu-buru mengeluarkan single tersebut kerana perlu mengambil kira kehendak pendengar dan pasaran tempatan.
"Biarlah lagu pertama saya itu nanti dapat memberikan impak kepada pendengar dan bukan sekadar untuk suka-suka," katanya.
Duet Black dan RJ menerusi lagu Teman Pengganti diterima baik oleh peminat.
"Banyak faktor yang perlu diambil kira kerana sebagai seorang yang telah lama terlibat dalam industri muzik di belakang tabir saya sedikit sebanyak memahami bagaimana proses menghasilkan album," jelasnya.
Dalam pada itu, RJ menolak dia terlibat dalam bidang muzik kerana ingin mengejar populariti sebaliknya berkata, ia adalah satu kebetulan.
"Sudah lima tahun saya bertugas sebagai pegawai perhubungan awam di syarikat rakaman Monkey Bone dan peluang sentiasa berada di depan mata saya. Jadi isu mengejar populariti tidak pernah timbul," katanya.
Sementara itu, RJ menjelaskan dia tidak terfikir untuk meninggalkan kerjayanya menguruskan artis di Monkey Bone dan yakin kedua-dua bidang itu dapat berjalan serentak.
"Saya sangat selesa dengan tugas saya sekarang dan tidak akan berhenti dan percaya ia boleh berjalan serentak kerana sudah biasa dengan perjalanan industri ini," ujarnya.
- ---

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Majlis perkahwinan Liyana Jasmay 2 Februari

Posted: 09 Jan 2013 01:03 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 9 Jan. - Pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay hari ini mula menjelajah ke pejabat media sekitar ibu negara bagi mengedarkan kad undangan perkahwinannya. Liyana akan bernikah dengan tunangannya...

Lagi program realiti cari pelawak diadakan

Posted: 09 Jan 2013 12:33 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 9 Jan. - Bagi meneruskan usaha mencari pelawak serba boleh, sebuah rancangan realiti Bintang Mencari Bintang akan diterbitkan oleh TV3 dengan sesi uji bakatnya akan berlangsung mulai 19 Januari...

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Emosi Black

Posted: 08 Jan 2013 01:52 PM PST

Berbekal props pentas bulat yang berputar sepanjang lagu hit, Teman Pengganti didendangkan, cukup membuatkan persembahan Black dan RJ pada Anugerah Juara Lagu ke-27 (AJL27), Ahad lalu, terpahat dalam minda penonton.

Ditambah dengan penghayatan Black yang ditafsir peminat bagai makan dalam selain vokal mendayu serta alunan rap oleh RJ yang mantap, duo ini dengan mudah dipilih penonton sebagai pemenang kategori persembahan terbaik pada anugerah tahunan anjuran TV3 itu.

Kemenangan Black dan RJ bagai direstui kerana tiada suara nakal yang mempertikaikannya. Namun, di sebalik kemenangan itu, siapa sangka ada cerita menarik yang ingin dikongsi bekas juara Mentor musim ketiga ini.

Black berkata, apa yang dipersembahkan pada malam itu adalah mengikut pesanan Malique.

Lagu ini ada kena-mengena dengan kehidupan saya. Walaupun tidak semua, tetapi ia tetap relevan. Sebelum ini, Malique pernah berpesan jika menyanyikan lagu ini, saya perlu membayangkan wanita yang paling saya sayang berada di depan saya. Barulah saya dapat menjiwai lagu itu dengan baik.

Justeru, pada malam itu saya praktikkan apa yang dipesan dengan membayangkan teman wanita saya berada di depan mata. Ternyata, memang saya dapat rasa perasaan kehilangan itu sekaligus menterjemahkannya dalam persembahan saya, cerita Black ketika dihubungi HIP, semalam.

Lebih menarik, kata Black, konsep yang ditampilkan hanya diputuskan tiga hari sebelum pertandingan. Itupun diambil daripada idea dua tahun lalu yang tidak sempat untuk dilaksanakan.
Konsep pentas berpusing itu sebenarnya direka untuk lagu Sofea Jane yang dipertandingkan pada AJL dua tahun lalu. Namun, cadangan itu terbantut kerana kesuntukan masa.

Bagi saya, konsep itu memang kena dengan lagu ini. Paling menarik, konsep itu menyaksikan semua pihak iaitu pengurusan saya dan syarikat rakaman Monkey Bone bekerjasama. Kalau nak tahu, pergerakan pentas dilakukan secara manual iaitu menggunakan tangan, ujarnya sambil tertawa kecil.

Ditanya tidakkah dia kecewa apabila lagu Teman Pengganti gagal mendapat tiga tempat terbaik, pantas Black menjawab, ia bukan rezeki mereka.

Kemenangan ini cukup bermakna kerana ia bukan idea saya seorang, tetapi dikongsi dengan orang sekeliling yang rapat dengan saya.

Sehubungan itu, hadiah kemenangan ini wajar saya kongsi bersama mereka yang banyak membantu menjayakan persembahan pada malam itu, katanya.

Mahu kolaborasi dengan RJ

Mengulas persembahan RJ yang pertama kali beraksi di pentas berprestij itu, Black memuji kesungguhan jejaka berjambang itu.

Saya amat bertuah kerana mendapat RJ sebagai pengganti Malique. Dia berjaya menampilkan persembahan yang cukup sempurna malam itu. Selalunya, dia ada buat silap tetapi malam itu tiada cacat cela langsung.

Kemenangan ini juga ada kaitan dengan dirinya. Bayangkan peminat saya dan RJ nya bergabung mengundi persembahan kami, katanya.

Black berkata, jika diberi peluang, dia teringin bekerjasama dengan RJ walaupun terpaksa menggunakan wang sendiri.

Saya percaya dia boleh pergi jauh dalam bidang yang baru diceburinya ini, katanya mengenai RJ yang juga pegawai perhubungan awam syarikat rakaman yang dinaungi Black.

Tarik enam juta penonton

AJL27 terus mengekalkan rekod tahun lalu apabila jumlah penonton yang menyaksikan acara itu kekal di paras enam juta penonton.

Mengikut kenyataan media yang dikeluarkan TV3 semalam, jumlah tontonan secara live streaming mencecah hampir 225,000 tontonan dengan Malaysia sebagai penyumbang utama kepada jumlah tontonan sebanyak 108,356 tontonan, diikuti negara lain seperti Singapura (8,057 tontonan), United Kingdom (3,461 tontonan), Jepun (1,828 tontonan) dan Brunei (1,661 tontonan).

AJL27 menyaksikan lagu ciptaan sepenuhnya Yunalis Zara atau Yuna, Terukir Di Bintang muncul sebagai juara dan membolot hadiah wang tunai sebanyak RM35,000 serta trofi.

Irma tak mahu terburu-buru

Posted: 08 Jan 2013 01:48 PM PST

Tiada apa yang lebih penting buat pelakon dan pengacara, Irma Hasmie, dan suami, Reza Syah Azmeer, pada tahun ini selain menunggu kelahiran cahaya mata sulung, beberapa bulan lagi.

Pasangan yang bernikah pada 29 Jun tahun lalu mendapat khabar gembira apabila Irma disahkan hamil tidak lama selepas menaiki pelamin. Kini kandungannya sudah mencapai usia lebih enam bulan.

Maka tidak hairanlah apabila pengacara yang kini menghiasi stesen kerohanian, TV Alhijrah, semakin berseri.

Syukur kepada Allah kerana sepanjang mengandung saya dilindungi daripada perkara yang tidak baik dan tidak mengalami alahan yang teruk. Semuanya berjalan dengan baik.

Cuma sejak berat badan bertambah daripada 58 kepada 70 kilogram ini, badan rasa cepat penat, ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Irma lagi, mereka belum membuat sebarang persediaan bagi menyambut zuriat pertama ini.

Jika ikutkan, memanglah kami teruja untuk melakukan persiapan, lebih-lebih lagi inilah zuriat pertama kami. Namun saya mengikut pesanan mak agar tidak perlu terburu-buru, katanya kepada HIP.
Bakal sambut bayi lelaki

Menolak untuk mengetahui jantina anak yang bakal dilahirkan pada mulanya, Irma bagaimanapun mengetahuinya daripada pemeriksaan dilakukan setiap bulan.

Jika boleh saya tidak mahu tahu jantinanya. Namun doktor mengatakan bayi kami lelaki. Apa pun, kita hanya merancang dan segala-galanya Tuhan yang menentukan, katanya yang agak mengah, memandangkan kandungan semakin membesar.

Walaupun persediaan menyambut permata hati akan mula diaturkan sebaik kandungan mencecah lapan bulan, Irma tetap melakukan pelbagai persediaan awal untuk dirinya sendiri.

Sebagai bakal ibu, saya banyak membaca buku berkaitan ibu mengandung, menjaga kesihatan, persediaan sebelum melahirkan dan penjagaan bayi. Di samping itu saya banyakkan membaca al-Quran dan meminum air zam-zam serta kurma. Ia baik untuk membekalkan tenaga kepada saya, katanya yang kelihatan makin berisi.

Masih rindu lakonan

Irma yang mula dikenali menerusi dunia lakonan, sama sekali tidak pernah melupai bidang itu. Malah rindunya pada bidang terbabit masih membara.

Saya tidak sama sekali meninggalkan dunia lakonan. Memanglah sudah agak lama saya tidak berlakon kerana sibuk mengacara. Lebih-lebih lagi sejak berkahwin dan terus disahkan mengandung, saya menolak tawaran berlakon kerana saya sedar tidak mampu melakukannya akibat cepat penat.

Insya-Allah, sebaik selamat melahirkan anak dan pengurusan keluarga sudah agak stabil, saya ingin memulakan kembali kerjaya lakonan. Alhamdulillah, suami juga tidak pernah menghalang saya untuk berlakon, asalkan tahu batasannya. Saya juga bersyukur kerana selepas berhijab, saya rasa lebih dihormati dan tawaran yang diterima sesuai dengan situasi saya kini, katanya yang mengacarakan program Assalamualaikum buat musim kedua.

Selasa, 8 Januari 2013

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Enam juta tonton Anugerah Juara Lagu ke-27

Posted: 08 Jan 2013 02:47 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 8 Jan. - Sebanyak enam juta penonton telah menyaksikan malam Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL-27) yang disiarkan secara langsung di TV3 Ahad lalu. Menurut kenyataan stesen televisyen swasta...

Kutipan filem

Posted: 08 Jan 2013 12:25 AM PST

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 8 Jan. - Filem "Minyak Dagu", arahan Azhari Zain berjaya mengutip sebanyak RM1.2 juta sejak ia mula ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 3 Januari lalu. Minyak Dagu yang bergenre seram...

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Yuna teruja

Posted: 07 Jan 2013 02:15 PM PST

Nun jauh di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), pemenang trofi utama Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL27), Yunalis Zarai teruja apabila lagu ciptaannya, Terukir di Bintang menewaskan 11 lagu lain di pentas berprestij AJL27, malam kelmarin.

Berkongsi kegembiraan, Yuna mengucapkan terima kasih kepada peminat yang tidak henti-henti memberi sokongan sekalipun ramai menganggap, detik itu menjadi lebih manis jika Yuna mendendangkan sendiri lagu ciptaannya.

Melalui Twitter dan temuramah menerusi Skype yang disiarkan program Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 semalam, Yuna mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak termasuk peminat atas kemenangannya itu.

Alhamdulilah terima kasih @adilhalim @efryarwis @pa_anoid, @MuhdAizatAmdan for being awesome (kerana anda hebat) & @agcoco for producing Terukir with me (kerana menerbitkan Terukir bersama saya).

Last but not least thank you to all the fans (akhir sekali kepada peminat) @KSMYOFFICIAL @yunanews.. Uji Rashid for inspiring me (kerana memberi inspirasi kepada saya) and muzik-muzik/AJL/TV3, katanya melalui Twitter yang dilayangkan beberapa jam selepas berakhirnya AJL27, malam kelmarin.

Ketika ditemuramah melalui Skype dalam program MHI yang turut mengundang Aizat dan kumpulan Pahlawan, semalam, Yuna mengaku cemburu kerana tidak dapat meraikan kemenangannya bersama mereka.

Ketika ditemubual hos Ally Iskandar, Zaim Helmi Zaini dan Nadia Anuar dalam rancangan itu, Yuna memberitahu dia amat berpuas hati dengan persembahan ala Melayu klasik berkonsepkan Perancis hasil ideanya oleh Izat dan teman-teman kumpulan Pahlawan.
Yuna yang dimaklumkan kemenangannya oleh ibu, mengaku menggemari aksi bersahaja Aizat yang menyanyi sambil memegang cawan berwarna merah. Aksi itu kata Yuna cukup klasik dan santai.

Sementara itu, Penerbit MHI, Mohd Izwan Ibrahim, Yuna menyumbang rakaman videonya ketika berada di Perancis sebagai paparan visual untuk persembahan pada malam itu.

Yuna amat berpuas hati dengan Aizat kerana melakukan persembahan dengan baik dan gembira melihat lagunya dipersembahkan seperti apa yang diinginkan.

Melalui temuramah itu, Yuna memberitahu dia gembira melihat konsep lagu dan persembahan Aizat dengan gaya tersendiri. Yuna sekarang sedang sibuk dengan komposer David Foster yang dianggapnya bos barunya dan dia akan muncul dengan album keduanya tahun ini, katanya.

Wan Norazlin lari?

Posted: 07 Jan 2013 02:10 PM PST

Kelibat pelakon, Wan Norazlin yang menghadiri majlis perasmian pejabat urusan World Evolution Brain (M) Sdn Bhd dan penyampaian sagu hati di Kuala Lumpur, baru-baru ini menarik perhatian media.

Namun, pelakon tinggi lampai yang kembali aktif berlakon sejak beberapa tahun lalu seolah-olah cuba menjauhkan diri daripada media yang ketika itu mahu mendapatkan perkembangan terbaru dirinya.

Wan Norazlin yang sebelum ini tampil berhijab selepas beberapa tahun meninggalkan dunia lakonan, nampaknya kembali dengan imej lama.

Tak mahu mempersiakan peluang bertemu pelakon ini, media cuba mendekati Wan Norazlin. Tetapi dia menolak ditemubual dengan alasan tidak perlukan publisiti dalam kerjaya seninya lagi.

Wan Norazlin tampak terkejut apabila dia ditegur wartawan yang menghampirinya pada majlis itu.

Temuramah untuk apa? Tak apalah, kalau boleh, saya sudah malas untuk keluar mana-mana akhbar. Saya sudah malas nak ditemuramah wartawan sebab mereka pasti hendak bertanya mengenai status saya.

Saya sekarang ini hendak low-profile saja dan tak perlukan publisiti. Apa yang penting, saya masih menerima tawaran berlakon dan mahu fokus pada kerja lakonan saya, katanya.
Wan Norazlin berkata, dia sudah serik berkongsi kisah peribadinya kepada umum. Sebaliknya, dia mahu memberi keutamaan kepada kerjaya seninya saja.

Maaf sangat-sangat kerana tidak mahu bercakap soal peribadi. Ini kerana rasanya sudah terlalu banyak cerita hidup saya keluar (dalam media) sebelum ini.

Saya tidak mahu lagi mencari publisiti dengan bercerita mengenai hal-hal yang tiada kena mengena dengan kerjaya saya sebagai pelakon," katanya.

Namun, pada majlis itu, Wan Norazlin menyambut baik pelawaan jurugambar untuk merakam foto terbarunya.

Gambar yang diambil tu boleh digunakan dalam akhbar kalau ada drama terbaru saya yang ingin ditayangkan.

Sekali lagi, saya minta maaf banyak-banyaklah tidak dapat memenuhi kehendak wartawan, katanya yang terus meninggalkan majlis.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Gambar Majlis Resepsi Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha Belah Lelaki

Posted: 07 Jan 2013 06:00 AM PST

Resepsi Khairul Fahmi dan Leuniey Natasha (8)
Tahniah buat Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha yang telah selamat diraikan dalam satu majlis resepsi belah pihak lelaki bagi menyambut kedatangan menantu pada hari sabtu yang lepas.. Majlis resepsi yang diadakan di kediaman keluarga Apek di Kampung Chenang, Kota Bharu, Kelantan berlangsung dengan penuh meriah sekali apatah lagi Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis itu..

Terima kasih kepada The Photolicous dan Azura Couture yang berkongsi gambar disekitar majlis resepsi belah lelaki ni.. Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha tampak segak bergaya dengan persalinan serba biru di majlis resepsi mereka..

Isnin, 7 Januari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Terukir Di Bintang juara lagu

Posted: 06 Jan 2013 04:00 PM PST

Lagu ciptaan Yuna ketepikan 11 ciptaan lain rebut RM35,000

Kekuatan melodi berserta lirik yang cukup puitis dan berkualiti membolehkan lagu Terukir Di Bintang ciptaan sepenuhnya Yuna dipilih sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-27 (AJL27).

Lagu nyanyian asal penciptanya sendiri itu dipersembahkan oleh Aizat pada pertandingan yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil, malam tadi. Dengan kemenangan itu, mereka membawa pulang wang tunai RM35,000 dan trofi.

Idola ciptaan Audi Mok dan Azlan pula diumumkan sebagai naib juara yang menyaksikan mereka membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta trofi.

Tempat ketiga jatuh kepada lagu Ku Akui hasil karya Ajai yang dinyanyikan Hafiz sekali gus meraih hadiah wang tunai RM12,000 dan trofi.

Tuah juga nampaknya masih berpihak kepada Hafiz apabila vokal mantap penyanyi ini membolehkannya mengekalkan gelaran Vokal Terbaik buat tahun ketiga berturut-turut. Dia menerima hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Gandingan mantap Black dan RJ pula melayakkan mereka bergelar pemenang Persembahan Terbaik menerusi lagu Teman Pengganti untuk meraih RM10,000 dan trofi. Buat julung kali, kategori ini menyerahkan kuasa undian sepenuhnya kepada peminat.
Hadiah disampaikan Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd, Ahmad Izham Omar.

Lagu Ombak Rindu pula diumumkan sebagai Juara Mobile.

AJL27 turut diserikan dengan persembahan pembukaan oleh Misha Omar melalui lagu Bunga-Bunga Cinta, Ziana Zain dengan Fatalistik serta Faizal Tahir bersama Royal FT Force menghangatkan suasana stadium dengan lagu terbaru, Anti Graviti.

Menerusi segmen Interlude, penonton diajak mengimbas kembali zaman rock kapak apabila menampilkan persembahan empat vokalis legenda iaitu Rahmat daripada kumpulan Mega, Aris Ariwatan, Joey Bumiputera Rockers (BPR) dan Ramli Sarip. Persembahan mereka diiringi gitaris terkenal tanah air seperti Man Keedal (Lefthanded), Rodi (Kristal), AG (Coco) dan Edrie Hashim (Projek Pistol).

Penyampai radio Hot FM, Faizal Ismail, dan bekas hos Muzik-Muzik, Cheryl Samad, bertindak sebagai pengacara bersama malam anugerah yang bertemakan Ekspresi Seni itu.

INFO: Pemenang/Hadiah AJL27
* Juara - Terukir Di Bintang (Trofi dan wang tunai RM35,000)
* Naib Juara - Idola (Trofi dan wang tunai RM15,000)
* Tempat Ketiga - Ku Akui (Trofi dan wang tunai RM12,000)
* Persembahan Terbaik - Black & RJ (Trofi dan wang tunai RM10,000)
* Vokal Terbaik - Hafiz (Trofi dan wang tunai RM10,000)

Finalis diumum Rabu

Posted: 06 Jan 2013 02:58 PM PST

ABPBH 2012 bakal saksikan saingan paling sengit calon akhir

Ketika artikel ini disiapkan, proses pengiraan undi bagi menentukan calon yang layak ke peringkat Top 5 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 sedang rancak dilakukan, selepas borang terakhir pencalonan awal disiarkan pada 25 Disember lalu dan tarikh tutup penyertaan pula tiba beberapa hari kemudian.

Hanya tinggal beberapa hari saja lagi proses pengiraan berkenaan dijalankan sebelum pengumuman mengenai calon akhir diadakan pada sidang media kedua ABPBH 2012 yang dijadualkan berlangsung petang Rabu ini di Subang Jaya. Jemputan pun sudah dihantar kepada pihak media yang sudi membuat liputan, seterusnya menyokong penganjuran.

Ketika ini juga, tentu saja calon yang layak bertanding pada peringkat awal anugerah berdebar-debar menunggu panggilan daripada penganjur. Andainya mereka menerima panggilan untuk hadir ke majlis sidang media terbabit, maknanya nama masing-masing turut tersangkut sebagai finalis. Ia juga pastinya menjadi khabar paling menggembirakan beberapa hari selepas kedatangan tahun baru.

Semua calon yang bertanding sedar, untuk disenaraikan sebagai calon awal saja sudah begitu ketat 'syarat' dan 'kriterianya'. Inikan pula tersenarai sebagai calon akhir, ia sudah tentu boleh dianggap kejayaan awal walaupun keputusan sebenar siapa yang menaiki pentas untuk menjulang trofi ABPBH edisi ke-26 ini hanya diketahui pada April nanti.

Faktor kejayaan

Berdasarkan kedudukan semasa undian, nyata bayangan calon yang memboloskan diri ke peringkat Top 5 amat hebat. Selain wajah yang pernah menjadi finalis dalam anugerah ini, ada juga nama baru yang ternyata cukup dirasa impak kemunculan mereka dalam industri seni hiburan negara.
Tidak kiralah sama ada undian peminat terhadap calon terbabit adalah berdasarkan produk mereka yang menonjol sepanjang tahun lalu ataupun hasil publisiti meluas diterima artis berkenaan kerana pelbagai cerita sensasi membabitkan diri masing-masing, boleh dikatakan calon yang berjaya memang berada dalam kelompok yang dikenali serta sering diperkatakan sepanjang 2012.

Populariti sesebuah lagu, filem, rancangan TV dan program radio nyata memberikan kelebihan buat sesetengah calon untuk meraih banyak undian daripada peminat. Pendek kata, lagi kuat sesebuah produk membabitkan mereka, lebih cerah peluang untuk artis atau personaliti terbabit terpilih sama sebagai finalis ABPBH kali ini.

Begitu juga kejayaan seseorang calon pada sesebuah anugerah sebelum berlangsungnya acara berprestij ini. Faktor itu dilihat turut membantu seseorang artis untuk menyaksikan nama mereka melekat sama sebagai calon akhir, yang akan sama-sama memeriahkan acara kemuncak anugerah ini di Bukit Jalil, kira-kira tiga bulan dari sekarang.

Pendedahan di media

Tidak dinafikan sumbangan pendedahan meluas diberikan media massa kepada seseorang artis ataupun personaliti. Walaupun baru beberapa produk dalam genggaman, tetapi dek kontroversi mahupun cerita hangat yang sentiasa mengekor di belakang, ia juga menolong sesetengah nama untuk bersaing pada acara sebenar.

Usah terkejut andainya nama yang sudah lama tiada dalam senarai akhir kembali memberikan saingan hebat dek produk mereka yang semakin menambat hati peminat. Begitu juga jangan kecewa apabila artis pilihan gagal disenaraikan ke peringkat Top 5 akibat prestasi mereka yang menurun sepanjang 2012. Semuanya boleh terjadi dalam ABPBH.

Pada masa yang sama, peluang artis yang kuat mendapat sokongan kelab peminat untuk melangkah gah sebagai finalis tidak harus diperkecilkan. Menerusi semangat dan kerja keras semua pihak dalam kelab berkenaan, mungkin hasilnya cukup membanggakan.

Secara ringkas, berdasarkan kedudukan semasa, calon yang berpotensi melangkah ke peringkat Top 5 kali ini bakal memberikan cabaran paling hebat pernah disaksikan dalam sejarah penganjuran.

Bagi calon yang mempunyai drama atau siri TV popular, filem yang meletup di pawagam, lagu yang kerap diputarkan di radio atau mendapat tontonan tinggi di YouTube, rancangan televisyen yang menerima rating hebat dan program radio yang menjadi ikutan ramai sepanjang beberapa bulan akan datang, tentunya semua itu akan menguatkan lagi profil masing-masing serta membantu diri mereka untuk bergelar pemenang.

Kepada mereka yang layak bergelar calon akhir ABPBH 2012, tahniah kami ucapkan. Buat mereka yang kali ini kurang bertuah, ingatlah kejayaan itu tidak datang dalam sekelip mata. Kemenangan yang hadir atas hasil usaha keras pula selalunya akan lebih manis rasanya.

Sila layari http://www.abpbh.com.my/

Ahad, 6 Januari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Adira, Stacy mahu kekal lama

Posted: 05 Jan 2013 02:51 PM PST

Mahu jadikan musim 2013 lebih menyerlah dalam kerjaya seni suara, bukan hal peribadi

Tidak semua yang mereka miliki hari ini datang hanya dengan berpeluk tubuh. Melewati laluan mencabar untuk memastikan diri kekal di hati peminat bukan sesuatu yang mudah dilaksanakan.

Sering disogok persepsi bintang realiti mudah tenggelam dan hanyut ditelan masa membuatkan dua permata kelahiran Akademi Fantasia, Stacy dan Adira berusaha keras mempertahankan populariti yang sedia dalam genggaman.

Barangkali langkah yang diatur tidak laju namun setidak-tidaknya dahan yang mereka paut memberikan sedikit ruang selesa untuk kedua-dua permata seni kelahiran Sabah ini bernafas. Melangkah ke tahun baru 2013, Stacy akur, cabaran besar sedang menanti untuk dirinya terus memperkemaskan kedudukan.

Tidak seperti segelintir bakat muda yang mengambil jalan mudah dengan mencipta kontroversi untuk terus diingati, Stacy memilih langkah berbeza.

Yakin dengan bakat besarnya, Stacy tidak gusar biarpun kelibatnya jarang menghiasi sama ada di media cetak mahupun elektronik.

Tiada kontroversi
"Mungkin kerana tiada kontroversi dan cerita panas membuatkan ada yang menyangka saya menjauhi publisiti," katanya yang kelihatan sedikit berisi, namun kekal dengan sifat ramah yang sebati dengan dirinya.

Antara bintang AF yang konsisten dalam merencana kariernya, Stacy berkata, meskipun kurang publisiti namun tawaran persembahan berterusan diterimanya. Memikirkan nyanyian adalah punca rezeki utama, gadis berusia 22 tahun ini menyusun strategi sendiri supaya tidak hilang di mata peminat. Stacy percaya Tuhan akan memberikan rezeki jika dia tidak berputus asa.

Kongsi bakat

Mengimbas laluan yang ditempuhinya, ada ketika kata Stacy, dia bagaikan tidak percaya dirinya masih di sini untuk terus berkongsi bakat dengan peminat.

"Untuk terus melangkah saya perlu sentiasa berfikir dan mencari strategi baru. Enam tahun mungkin ada yang melihat saya sudah selesa, tetapi perasaan itu tidak pernah ada dalam diri saya.

"Selalu saya bertanya apa lagi yang mahu ditawarkan kepada peminat? Perjalanan itu menuntut kudrat yang bukan sedikit tetapi saya bersyukur kerana Tuhan menyusun setiap satu dengan baik.

"Satu persatu lagu yang saya perkenalkan diterima baik peminat, membuatkan saya rasa bertuah kerana mereka sentiasa di sisi menyokong kerjaya saya," kata penyanyi yang cukup sinonim dengan lagu Aku Stacy dan Kisah Dongeng ini.

Berazam untuk tampil dengan album baru pada 2013, Stacy menjelaskan, proses mengumpul material sedang dilakukan.

Apa yang memberikan kepuasan katanya, album terbaru ini turut mengambil kira pandangannya sebagai penyanyi yang menzahirkan sesebuah komposisi.

Adira enggan layan gosip

Helaian 2012 ditutup Siti Adira Suhaimi atau Adira, 21, dengan catatan perjalanan yang mengesankan. Semua itu diraih hasil populariti lagu duetnya bersama Hafiz, Ombak Rindu.

Menerusi lagu itu juga, Adira berjaya membawa kerjaya nyanyiannya ke satu tahap lebih tinggi apabila Ombak Rindu meraih pelbagai pencalonan untuk beberapa anugerah hiburan berprestij.

"Saya bertuah kerana fenomena filem itu membantu lagu Ombak Rindu menyerlah. Meskipun pernah memiliki tiga single seperti Ku Ada Kamu, Ilusi dan Sakura namun Ombak Rindu mencatat sesuatu yang manis untuk diingati. Saya tidak takut populariti Ombak Rindu membayangi lagu baru yang bakal diperkenalkan nanti. Setiap lagu memiliki keistimewaan tersendiri. Malah saya sentiasa mencari kelainan supaya peminat dapat melihat sesuatu yang baru daripada Adira," kata gadis berkulit mulus ini.

Akur perjalanannya turut diuji dugaan apabila namanya dikaitkan dengan beberapa kontroversi, terutama membabitkan teman lelaki.

Biarpun heboh diperkatakan, Adira selesa mengambil langkah berdiam diri kerana baginya tiada guna melayan gosip yang cuba mengalih fokus ramai terhadap karier nyanyiannya.

"Gosip itu lumrah, malah saya berusaha untuk tidak terlalu mengambil tahu mengenainya. Orang bebas bercakap apa saja, itu hak mereka.

"Alhamdulillah kerana gosip seperti itu tidak menjejaskan kerjaya.

"Tidak mudah untuk berdiri di sini dan apabila memperoleh segala peluang di depan mata, mengapa perlu saya lepaskan hanya kerana tunduk kepada gosip," katanya berharap dapat meneruskan kerjaya seni dengan lebih terancang membawa strategi dan pendekatan berbeza.

Cabaran bertanding dalam AJL

Pernah bertanding di pentas berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL), malam ini Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, menyaksikan Stacy dan Adira akan kembali berentap dalam acara yang mengiktiraf komposisi terbaik untuk 2012.

Stacy mempertaruhkan ciptaan Taja dan isterinya, Tun Teja menerusi Pelangi Senja, manakala Adira bergabung kekuatan bersama Hafiz membawakan Ombak Rindu ciptaan Nurzaidi Rahman. Sinonim dengan pentas AJL, namun Pelangi Senja kata Stacy memberikan pengalaman berbeza kerana buat pertama kali dia mempertaruhkan lagu perlahan.

"Sebelum ini penonton sudah terbiasa melihat saya membawakan lagu rancak, jadi mereka boleh menjangka bagaimana bentuk persembahan saya.

"Berbeza kali ini, fokus saya terarah kepada vokal. Cabarannya juga lebih besar kerana lagu itu menuntut penghayatan berat dan mendalam. Andai Pelangi Senja berjaya, ia menjawab doa saya yang cuba membawa pembaharuan selepas sering menemani peminat dengan sentuhan rancak," katanya.

Debaran makin hampir Debaran yang bakal dilalui diharapkan
Adira tidak mengganggu tumpuannya untuk memberikan yang terbaik.

Agak bernasib baik kerana sering digandingkan dalam beberapa persembahan pentas, lantas keserasian antara mereka sudah lama tercipta. Cuma apa yang membimbangkan Adira, harapan yang diletakkan peminat memberikannya sedikit tekanan untuk berdiri di sisi Hafiz.

"Mungkin ada yang beranggapan, saya bernasib baik kerana Hafiz banyak membantu memberikan nafas kepada Ombak Rindu. Persepsi itu tidak membuat saya lemah, malah mendesak saya untuk berusaha lebih keras membuktikan saya juga mampu menjadi yang terbaik.

"Sebagai kawan, kami saling menyokong antara satu sama lain. Mudah bekerja dengannya kerana Hafiz seorang yang merendah diri, malah kejayaannya menjadi contoh untuk saya menggapai setiap impian," katanya.

Ashraf buka maahad tahfiz

Posted: 05 Jan 2013 02:38 PM PST

Dalam kesibukan Ashraf Muslim meneruskan bakatnya dalam bidang lakonan dan menguruskan produksi sendiri, fokusnya tetap diberikan kepada ilmu perubatan yang menggunakan ayat suci alQuran di Pusat Rawatan Islam AlHidayah yang kini beroperasi di Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Namun dalam diam, Ashraf dan bapa mentuanya, Lokman Abdul Hamid mempunyai impian besar untuk menubuhkan sebuah yayasan sebagai penggerak kepada kerja amal yang dijalankan seperti pusat rawatan alternatif dan terbaru, dia bersama bapa mentuanya menubuhkan Maahad Tahfiz alQuran AlHidayah (MATAH) yang memulakan operasinya tahun ini di Janda Baik, Bentong, Pahang.

"Pada awalnya, kami merancang untuk menubuhkan rumah anak yatim kerana mempunyai masalah kewangan untuk menubuhkan sebuah yayasan sebagai badan bukan kerajaan (NGO). Namun selepas memperoleh kelulusan dan sumber kewangan kukuh, kami meneruskan perancangan untuk menubuhkan sebuah maahad tahfiz alQuran.
Ia mendapat sambutan menggalakkan yang mana pendaftaran sudah melebihi 1,000 pelajar. Pihak kami terpaksa membuat tapisan pelajar," Ashraf Muslim

Tanah ihsan pesakit

"MATAH akan beroperasi di tapak sementara di Lembah SumSum sebelum tapak sebenar seluas empat ekar yang akan dibina di Kampung Cheringin, Janda Baik, Bentong, Pahang, yang mana tanah itu diwakafkan oleh bekas pesakit yang pernah mendapat rawatan daripada kami dan dua ekar lagi dibeli menerusi wang disumbangkan pesakit yang membuat rawatan di Pusat Rawatan AlHidayah. Projek ini dijangka siap menjelang 2014.

"Untuk permulaan, pengambilan pelajar tahfiz adalah seramai antara 40 hingga 50 pelajar setiap kali sesi pengambilan yang membabitkan pelajar tingkatan satu. Setakat ini, ia mendapat sambutan menggalakkan yang mana pendaftaran sudah melebihi 1,000 pelajar. Ini menyebabkan pihak kami terpaksa membuat tapisan pelajar. Sasaran kami, apabila tapak di Kampung Cheringin siap kelak, ia mampu untuk menampung seramai 300 pelajar sekali gus.

"Selain itu, kami juga menitik beratkan kemudahan yang akan diberikan kepada semua pelajar di sini supaya mereka mendapat kemudahan kelas pertama kerana mereka ini adalah insan yang dipilih Tuhan untuk meneruskan pengajian alQuran," katanya.
Tambah Ashraf lagi, sebagai permulaan, Yayasan AlHidayah menjalinkan kerjasama dengan Yayasan AsSofa untuk menyediakan tenaga pengajar dan juga silibus pengajian.

"Kami tidak mempunyai asas dalam bidang pendidikan untuk membangunkan maahad tahfiz, tetapi dipermudahkan dengan kerjasama yang diberikan Yayasan AsSofa untuk peringkat awal yang akan menyediakan tenaga pengajar dan silibus pembelajaran tahfiz. Lagipun kerjasama ini untuk memastikan pelajar bakal diterapkan konsep pengajian pondok moden, iaitu apabila tamat pengajian tahfiz nanti, mereka boleh memilih untuk memasuki pengajian peringkat profesional ataupun meneruskan dalam hafazan alQuran termasuk di Kolej Islam As Sofa," katanya ketika ditemui selepas majlis peletakan batu asas maahad berkenaan di Janda Baik. Ia disempurnakan Ulama Mesir, Dr. Sayyid Nafi' al 'Arabi al Sanusi.

Aktif sebagai produser

Pada masa sama, Ashraf juga giat mengembangkan sayapnya sebagai produser menerusi syarikat AlHidayah Production Sdn Bhd. Projek pertamanya ialah telefilem Aku Bukan Haji yang disiarkan sempena Aidiladha lalu menerusi TV AlHijrah yang menyaksikan Ashraf turut berlakon sebagai watak utama.

"Memang selepas tayangan telefilem terbabit ada beberapa tawaran berlakon lain yang diterima, tapi tawaran itu terpaksa saya ketepikan dulu kerana fokus saya ialah kepada amalan perubatan Islam dan juga untuk syarikat produksi sendiri. Sekiranya saya berlakon mungkin hanya di bawah produksi sendiri.

"Saya bukan memilih, sebaliknya biarlah kena dengan imej dan status saya sekarang. Lagipun berlakon di bawah produksi sendiri mudah untuk saya berkarya dan membuat garis panduan kepada pelakon dan kru sepanjang penggambaran dilakukan. Fokus penerbitan AlHidayah Production untuk menerbitkan drama dan telefilem yang menjurus kepada unsur Islam dan terbaru kami akan tampil dengan telefilem Surat Untuk Dia. Selain itu, di bawah produksi ini juga menyediakan perkhidmatan untuk pengurusan acara dan seminar.

"Melalui drama dan juga telefilem, ia juga adalah bentuk dakwah yang boleh disampaikan kepada penonton kerana zaman kini pelbagai medium teknologi boleh digunakan untuk menyampaikan dakwah Islam," katanya yang turut merancang merancang membangunkan Hospital AlHidayah suatu hari nanti sebagai usaha menggabungkan perubatan moden dengan kaedah perubatan alternatif menggunakan ayat suci alQuran.

Sabtu, 5 Januari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Singkir sangsi

Posted: 04 Jan 2013 03:28 PM PST

Sering yang disorot mengenai Acha Septriasa hanya hal peribadi yang remeh hingga mengaburi kemampuan dirinya sebagai insan seni.

Hanya selepas tujuh tahun menggeluti dunia lakonan, gadis kelahiran Jakarta, Indonesia berusia 23 tahun ini berjaya menutup mulut yang pernah sangsi dengan keampuhan bakat dimilikinya.

Penantian panjang Acha untuk melihat bakatnya diiktiraf oleh karyawan seni akhirnya terjawab pada pertengahan Disember lalu.

Doa panjang Acha menjadi kenyataan apabila dia meraih Piala Citra sebagai Aktres Terbaik pada Festival Filem Indonesia (FFI) di Vredeburg Fortress, Yogyakarta.

Sejak 2009, menggenggam Piala Citra menjadi azam utama setiap kali tahun baru menjelma. Saya menerima dua tawaran filem, paling banyak tiga produksi setiap tahun dengan meletakkan harapan untuk menjulang kemenangan.
Syukur kerana doa itu terjawab pada 2012. Harapan yang sama turut saya letakkan untuk 2013, selain berdoa karier lakonan dan muzik akan bertambah lancar.

Tahun ini bakal memberikan cabaran lebih besar kerana saya akan muncul dengan tiga filem, satu daripadanya adalah percubaan pertama sebagai pengarah, katanya.
Acha yang melonjak populariti selepas membintangi filem Heart, mengenepikan saingan daripada pelakon hebat, Atiqah Hasiholan dan Jajang C Noer untuk meraih trofi impian itu menerusi lakonannya dalam Test Pack: Youre My Baby.

Dalam filem yang menemukannya dengan aktor muda, Reza Rahadian, Acha memainkan watak sebagai isteri yang berdepan tekanan untuk mendapatkan cahaya mata.
Di sebalik kejayaan itu, masih terselit perasaan kesal apabila saya melepaskan satu tawaran daripada produksi Malaysia.

Pencapaian filem itu luar biasa membuatkan saya kesal menolaknya. Filem itu mencatat kutipan hebat dengan ditonton lima juta penonton, katanya.

Pernah dicalonkan dalam kategori yang sama pada FFI 2007 menerusi filem arahan Hanny R Saputra, Love Is Cinta, kemenangan itu kata Acha, menjadi manifestasi cintanya terhadap lakonan.

Saya mengimpikan kemenangan ini sejak hari pertama berlakon. Namun jujurnya, saya berlakon bukan untuk mengejar anugerah.

Selepas beberapa tahun dan berpeluang membintangi pelbagai filem, saya mula menaruh harapan untuk melihat bakat saya dihargai di tanah kelahiran.

Segala penat lelah, kesulitan dan cabaran yang terpaksa dilalui ketika berada di lokasi terbayar dengan kemenangan ini. Ia membuat saya lebih jatuh cinta kepada lakonan, katanya.

Dilahirkan dengan nama lengkap, Jelita Septriasa, Acha menggambarkan dirinya sebagai seorang yang gemar beraksi di khalayak.

Cinta pertamanya adalah nyanyian kerana sejak kanak-kanak, Acha sering diminta untuk menyanyi ketika majlis keramaian anjuran keluarganya.

Pada usia 14 tahun, Acha menyertai pertandingan Gadis Sampul yang membantunya melancarkan karier sebagai model.

Bagaimanapun, nasibnya berubah pada 2005 apabila peminat Natalie Portman dan Jake Gyllenhaal ini mencuba nasib dengan menyertai uji bakat filem romantis, Apa Artinya Cinta?.

Acha memperoleh watak pembantu di samping pelakon utama, Shandy Aulia dan Samuel Rizal. Meskipun filem itu tidak mendapat sambutan, namun kemunculan Acha mula meraih perhatian.

Hanya pada 2006, namanya menjadi sebutan selepas membintangi filem Heart bersama bekas kekasihnya, Irwansyah dan Nirina Zubir.

Filem itu mendapat sambutan hebat penonton, malah menerima enam pencalonan untuk FFI 2006. Bagaimanapun, Acha gagal meraih sebarang pencalonan untuk watak yang dijayakannya.

Populariti Acha sebaliknya, mengharum menyeberang sempadan. Selepas enam tahun, populariti Acha tidak merosot malah kekal sebagai antara pelakon yang mampu memacu khalayak ke pawagam.

Baru menamatkan penggambaran, Rectoverso yang diadaptasi daripada koleksi cerpen karya penulis prolifik, Dewi Lestari, 2013 juga menyaksikan Acha bakal menduduki kerusi pengarah.

Bakat saya sudah diiktiraf dan tiba masa, saya mengarahkan filem pula. Skripnya sudah siap iaitu mengenai wanita yang berkahwin muda tanpa mempunyai idea jelas peranan mereka sebagai isteri dan ibu, katanya.

Tawaran demi tawaran yang diterima tidak membuat Acha gelap mata. Selain Rectoverso yang dijadualkan menemui penonton pada Februari depan, Acha juga sedang menyempurnakan filem, Lupus selain bakal beraksi dalam Soekarno.

Sejak dulu saya berhati-hati dalam pemilihan filem untuk dibintangi. Jika produksi itu meyakinkan, saya tidak teragak-agak menjayakannya.

Cita-cita saya dalam lakonan terlalu besar. Saya ingin mencuba lebih banyak karakter, malah mahu terbabit dengan kerja di balik tabir.

Disebabkan itu, saya belum bersedia untuk memikirkan soal peribadi. Saya belum berfikir untuk mendirikan rumah tangga walaupun sudah mempunyai teman lelaki, katanya yang kini menjalin cinta dengan DJ,
Ditto Rukmana.

Mengulas sambutan tahun baru, Acha berkata, dia akan melawat adiknya yang menetap di Kuala Lumpur seterusnya ke Hong Kong untuk bercuti.

Jumaat, 4 Januari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Sam teringin kahwin

Posted: 03 Jan 2013 03:28 PM PST

Pelakon Adnan Sempit cerita soal jodoh sempena kedatangan tahun baru

Apabila berbicara dengan lelaki berbakat ini, tentu saja bab jodoh tidak lupa diperkatakan. Maklum saja, bukan saja bergelar pelakon popular, malah status dirinya yang masih solo pada usia 30 tahun pastinya menarik perhatian peminat.

Begitupun, akui pelakon Songlap ini, jodohnya agak liat walaupun keinginan untuk bergelar suami serta bapa kepada ramai anak kian terasa.

"Tahun ini, memang saya ada rasa nak berkahwin dan seterusnya memiliki anak yang ramai. Biar 12 orang sekali pun saya tak kisah, jika itulah rezeki saya. Lagipun saya memang suka melayan kerenah kanak-kanak.

"Cuma, sehingga kini saya sekadar berkawan saja dengan wanita, serta belum berkenan dengan mana-mana daripada mereka. Mungkin sikap cerewet saya membuatkan jodoh saya lambat.

"Bukan apa, saya inginkan wanita yang tidak suka memaksa, sebaliknya membuatkan saya sentiasa tenang. Kurang provokasi dan memberi ruang untuk saya berfikir dalam membuat keputusan. Saya mahu ibu yang baik dan penyayang untuk anak-anak saya nanti. Semua ciri itu belum saya temui setakat ini," kata Sam.

Simpanan mencukupi

Apabila melihat kawan rapat bermain dengan anak-anak mereka, tegas Sam, perasaan untuk bergelar bapa serta memiliki cahaya mata sendiri kian membuak-buak.
Malah, Sam turut memberitahu, jika diikutkan, simpanannya sudah mencukupi buat memulakan alam rumah tangga. Bagaimanapun, semuanya terserah kepada ketentuan Tuhan.

"Mungkin juga jodoh saya lewat kerana saya menganggap perkahwinan tanggungjawab yang berat dan bukan perkara main-main. Saya percaya, perkahwinan ialah ikatan yang membawa ke hujung nyawa" katanya.

Terbit drama dengan kakak

Pelakon ini turut berharap 2013 bukan saja membawa khabar gembira dalam soal jodoh, malah memberikan sinar harapan kepada kerjaya barunya sebagai penerbit drama.

Bintang filem pecah panggung, Adnan Sempit, ini tidak sekadar ingin lebih serius dalam memilih tawaran, sebaliknya mahu fokus kepada syarikat penerbitannya, Cat & Kids Entertainment, yang diasaskan dua tahun lalu.

"Saya mahu menerbitkan drama pada tahun ini. Selain lakonan, ia juga mungkin menjadi sumber pendapatan saya pada 2013. Lagipun sebelum ini saya kurang menumpukan perhatian kepada syarikat ini dek beberapa halangan, walaupun ia sudah lama ditubuhkan. Tugas menerbitkan drama akan saya pikul bersama kakak, Zizie Ezette.

"Tahun lalu pun saya terlalu banyak cuti dan kurang berlakon filem. Namun begitu, walau bergelar penerbit, saya akan terus berlakon kerana ia minat saya sejak kecil. Tapi saya akan pastikan hasil lakonan saya lebih berkualiti.

"Dulu, saya terima saja tawaran yang datang sehingga terlupa nilai kerja sebagai pelakon. Saya seperti tak jujur ketika berlakon kerana merebut tawaran saja. Ia membuatkan saya tak puas dan tak seronok," katanya kepada HIP.

Zizan keseorangan

Posted: 03 Jan 2013 03:25 PM PST

Kecederaan Johan uji kekuatan Jozan pada minggu kelapan MLM 2

Walau disebut-sebut sebagai pilihan awal untuk membawa pulang wang tunai RM500,000 sebagai juara musim kedua Maharaja Lawak Mega (MLM), kumpulan Jozan yang dianggotai Johan dan Zizan kini berhadapan dengan masalah besar.

Berkemungkinan besar, kumpulan lawak popular itu akan meneruskan perjuangan ke pentas akhir MLM secara berseorangan selepas Johan dimasukkan ke hospital akibat kecederaan ligamen.

Johan yang baru saja selamat menjalani pembedahan pada bahagian lutut pada 29 Disember lalu akibat kecederaan ligamen dan meniscus yang terkoyak dinasihatkan doktor untuk tidak meneruskan pembabitan dalam pertandingan berkenaan buat minggu ini.

Pengurus Kumpulan Saluran Premium Astro, Nizam Sani, bagaimanapun berkata pihaknya menyerahkan kepada kumpulan itu untuk membuat keputusan sama ada ingin meneruskan atau menarik diri daripada program terbabit memandangkan MLM ialah rancangan realiti bersifat pertandingan bakat.

"Ketika saya melawat Johan, keadaannya semakin positif selepas melalui beberapa sesi fisioterapi. Kami juga tidak menghalang sama ada mereka mahu meneruskan pertandingan ini atau menarik diri. Namun, daripada perbualan saya bersama Zizan, Jozan akan tetap bertanding hingga ke pentas akhir walaupun secara berseorangan.

"Begitupun, saya tidak rasa kesihatan Johan membuatkan Zizan putus semangat. Malah saya yakin Johan akan menyusul selepas diberikan rehat secukupnya dalam masa 10 hari ini.

"Cuma doktor menasihatkannya agar dia tidak melakukan kerja lasak, seperti bermain bola. Rasanya tiada masalah untuk artis komedi itu beraksi di pentas MLM dan meneruskan tugas sebagai penyampai radio," katanya yang dihubungi Hip, semalam.

Belum boleh rasa selesa

MLM episod ke-8 yang bakal disiarkan secara langsung dari Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, bermula jam 10 malam ini akan menyaksikan Zizan beraksi berseorangan di bawah nama Jozan.

Meskipun disebut-sebut bakal menjuarai MLM, Zizan tidak sesekali menaruh harapan besar. Namun keajaiban boleh berlaku memandangkan Zizan akan beraksi di hadapan penonton di kampung halamannya sendiri.

"Memanglah jika dilihat kepada undian terkini, kedudukan Jozan antara yang teratas. Tetapi saya tidak pernah berasa selesa, malah lebih sukar untuk mengekalkan kedudukan sebegitu. Apa-apa saja boleh berlaku sekiranya kita khayal dan cuai dengan tanggungjawab kita.

"Perasaan berdebar untuk melakukan persembahan pada minggu ini tetap ada kerana saya berseorangan. Namun saya sudah bersedia dengan idea untuk menghiburkan pengundi yang selama ini sentiasa menyokong Jozan.

"Saya akan tetap meneruskan pertandingan ini dengan apa yang termampu walaupun tanpa Johan. Saya juga memohon maaf terlebih awal kepada pengundi sekiranya gagal memberikan yang terbaik," katanya.

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Zarina Anjoulie Bakal Bebas Hari Ini Dan Bakal Dibuang Dari Industri

Posted: 03 Jan 2013 07:29 PM PST

Zarina Anjoulie bakal bebas dari penjara
Zarina Anjoulie yang sempat meringkuk di dalam penjara Kajang semalam selepas kegagalan ahli keluarganya mengikat jamin di kaunter mahkamah, akhirnya bakal dibebaskan hari ini apabila salah seorang ahli keluarganya bersetuju untuk mengikat jamin Zarina Anjoulie dengan wang jaminan sebanyak RM2,000..

Melalui akhbar Kosmo, seorang jurucakap polis memaklumkan yang Zarina Anjoulie akan dibawa ke Mahkamah hari ini untuk prosess ikat jamin tersebut..

Dalam pada masa yang sama, Zed Zaidi selaku presiden SENIMAN menegaskan mana-mana artis yang terlibat dengan kes serius seperti ini akan digantung atau dipecat daripada persatuan demi menjaga imej artis secara keseluruhan.. Secara automatik namanya juga akan disingkirkan daripada senarai Finas sekaligus bakal menamatkan kerjaya beliau dalam industri hiburan ni…

"Kita tidak mahu artis yang terlibat dalam kontroversi menjejaskan nama baik artis lain… Dalam kes Zarina, buat sementara ini kita akan gantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan.

"Namun, sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah, Seniman akan terus memecatnya sebagai ahli,"

"Secara automatik, nama artis yang sudah dipecat Seniman akan dibuang daripada senarai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

"Ini adalah syarat yang tertakluk dalam Padu Citra yang mewajibkan pelakon menyertai persatuan yang diiktiraf Finas.

"Jika masih ada produksi yang mengambilnya berlakon, kita boleh ambil tindakan," katanya kepada akhbar Sinar Harian..